Pages

Mar 31, 2011

ilmu dan tuhan.

salam satu agama.

berulang kali di dalam al quran tuhan menyeru makhluknya berfikir, merenung. kerana mereka yang berfikir itu selalunya orang yang mendapat hidayah.

ilmu sangat signifikan dalam Islam. buktinya, wahyu pertama turun ke muka bumi adalah mengenai menuntut ilmu. pandangan bahawa Islam itu hanya jumud kepada ilmu akhirat seharusnya sudah lama terpadam dari minda kita.
apalah salahnya kalau kita kaitkan semua yang berlaku di sekeliling kita itu ada sebabnya. dan sebab mutlaknya hanya satu-Allah.

siapa itu tuhan? siapa pula makhluk? kenapa perlu ikut syariat islam? 

tuhan itu adalah zat yang tiada terikat dengan hukum, dengan syarat, dengan logik akal. kita tak pernah dapat samakan rupa tuhan dengan rupa manusia. tak tercapai dek akal.

manakala, makhluk pula dicipta terikat dengan hukum2 tuhan. samada yang diberi pilihan ataupun bukan pilihan, seperti bernafas. hukum alam, (atau tuhan ,sebenarnya) siapa tak bernafas maka dia mati, kerana kekurangan oksigen.
itu tanggapan pemikir2 sekular. ya, benar. tambah sikit lagi, kerana kita adalah mukmin, bahawa semua itu terjadi kerana izin tuhan. tuhan menciptakan peraturan, bermakna Dia juga bisa merombak peraturan itu, supaya manusia percaya adanya Dia yang mencipta peratuan2, yang digelar manusia sebagai hukum tuhan, atau semulajadi.

contoh lain. api sifat kebiasannya adalah panas. tetapi kerana itu terjadi atas aturan tuhan, maka tatkala Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, Firman Allah telah menukarkan sifat api itu serta-merta, sepertimana mafhumnya yang bermaksud,

"sejuk dan sejahteralah ke atas Ibrahim.."

lihat. itu salah satu kuasa tuhan yang terpamer pada kita. kalau tak percaya dalil ni, maka anda tak percaya quran. dan itu sgt parah.
ada lagi satu hikmah di sebalik ayat di atas. Allah memerintahkan 'sejuk' dan 'sejahtera' 'ke atas Ibrahim' itu bersebab semuanya.
'sejuk', supaya bertukarlah sifat api dari panas ke sejuk.
'sejahtera'. tanpa sejahtera nescaya Ibrahim akan mati kesejukan pula.
'ke atas ibrahim'. alhamdulillah arahan ini keluar spesifik untuk nabi ibrahim sahaja. kalau tak, dengan kita2 sekalilah tidak dapat menggunakan api sebagaimana yang kita biasa lakukan hari ini.

itulah Allah yang kita sembah. Maha Bijaksana, Maha Pengasih kepada SELURUH HambaNya.

subhanallah.

justeru, apa pulangan kita pada Allah?

Allah tak perlukan hambaNya. kita yang perlukan Rahmat dan RedhaNya. kita perlu memberikan pulangan kepada tuhan bukan kerana tuhan memerlukan, tetapi untuk diri kita sendiri.

mulai hari ini, apa kata kita sematkan dalam diri kita, semua yang ada di sekeliling kita, baik zahir mahupun tidak, adalah datangnya dari tuhan yang maha kuasa.

bahkan ILMU pun dari tuhan.

alhamdulillah, saya belajar di Mesir. lecturer2 kami sering, jika ingin menerangkan sesuatu, dia akan menggunakan tuhan sebagai alasan.
contoh,
"the amount of elastic tissue in the lung is determined by God. we do not know how much exactly for each person."

atau,

"thanks to God, Allah swt has prevent this from occur, by protect this part by external oblique muscle.
(agaknya2 lecturer tu tengah cakap pasal apa? hehe)

kami rasa macam, "alhamdulillah. terima kasih tuhan."

nampak segala kebesaran tuhan itu bila kita mengkaji diri kita sendiri. itulah sebab tuhan suruh kita berfikir dan mengkaji.

tapi kadang2 kita fikir, kalaulah tuhan betul hebat, sistem dalam badan manusia tersusun, kenapa ada orang yang kena penyakit?
kenapa ada bencana?
kenapa ada kesedihan?

hikmahnya tuhan cipta semua itu adalah untuk kita juga.
pertama, kita boleh ambil pengajaran dari kesilapan.
dua, ini adalah untuk menebus dosa2 kecil.
tiga, untuk mengingatkan manusia yang sering lupa, bahawa tuhan itu ada.

terakhir, saya suka untuk menceritakan tentang wudhuk, yang telah diterangkan secara ringkasnya oleh Dr. Harishah di sini.

antara superficial pulse (nadi yang boleh dirasa dgn sentuhan kot.)adalah di kawasan kaki, muka, dan tangan.
ok, simpan fakta tu.

antara fungsi darah adalah untuk regulate body temperature. maintain jgn turun rendah sangat, atau tinggi sangat.
jadi, apabila seseorang itu demam teruk, doktor akan segera menyejukkan kawasan supeficial pulse ini supaya salur darah itu akan membawa suhu itu ke seluruh badan, sekaligus menyejukkan, dengan hukum equilibrium dalam fizik.
pentingnya mengawal suhu badan ini adalah bermacam2 kepentingan. boleh baca di blog Dr Harishah tadi.

cuba kaitkan dengan wudhuk. kawasan tangan yang kita basuh sehingga ke siku itu adalah kawasan radial Artery. kaki juga ada pulse. begitu juga muka (kawasan pipi dan telinga kot.)

Subhanallah. siapa tak percaya lagi, solat dan wudhuk boleh menjaga kesihatan kita dalam tahap paling optimum?

banyak lagi sebenarnya. bukan dalam bidang perubatan semata. bidang perundangan, muamalat, dan macam2 lagi. kita akan nampak betapa indahnya sistem Islam itu sendiri.

Allahuakbar. merenung, mengkaji, dan berfikirlah. kelak kita akan tergolong dengan mereka yang diredhai, insyaAllah.

"maka nikmat tuhanmu yang manakah yang telah engkau dustakan?"

Wallahua'lam. betulkan saya, mana yang salah.

Mar 29, 2011

apa akhir kita?

salam satu agama.


semua perkara ada mula pangkalnya, kecuali Allah yang Maha Esa.

sore tadi, ketika kami sekelas belajar respiration, Dr Randa Salah sibuk mengingatkan kami bagaimana recoil of lung berlaku.
"everything wants to come to end. lung want to relax, even the sun is moving in the orbit to go to the end."
lalu beliau mengeluarkan satu ayat quran,

"dan matahari, ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya, itu adalah takdir tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui. dan bulan pula kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya  kelihatan kelihatan KEMBALInya pula keperingkat awalnya.."

subhanallah. dalam vogue2 Dr Randa tu, dia bagi dalil kot. terkesima aku. hehe.

kalau kita yakin ada akhirnya kita ni, apa rencana kita?
macam belajar, hujungnya exam. nak cemerlang, stadi la kan.
kerja, nak releks di hari tua. nak releks, kena la kerja keras kan. tak boleh foya2 sgt.
hidup kita, kalau dah tau ada hujungnya, kita nak baik ke buruk?

ye, bukan senang nak amal kan? abrar, kau cakap lebat. ape status kau banyak mengarut kat fb tuh?

exam nak cemerlang? stadi kau tara mane sangat?

astaghfirullah. sama2lah kita berusaha menjadi insan (daie sebenarnya!) yang lebih baik, insyaAllah.

wallahua'lam.

Mar 27, 2011

pernah jadi loser?

salam satu agama.


pernah tak rasa macam diri ni macam loser?

aku?

SERING.

apa yang aku buat, ada aje salahnya. aku taklah salahkan sesiapa. tapi kadang2 rasa nak putus asa.
ingat lagi dulu2, masa SPM, subjek sains boleh bagi aku sakit kepala. hampir2 aku putus asa duduk menanti ajaib tiba.
tapi ada ramai sahabat yang tak sanggup tengok aku gagal seorang. ditariknya aku dari ruang gelap itu dan pimpin aku menuju cahaya meski sedikit cahaya itu.
yang penting bagi mereka, jangan pernah putus harap.

ya, aku insan lemah, nak tak nak, aku akan susahkan kawan2 aku, sentiasa. tapi tak pernah pula mereka mengeluh ke.

aku dah rasa banyak sekolah. maknanya aku banyak kawanlah.

bila aku jumpa kawan lama, lihat betapa majunya mereka dalam kehidupan, betapa faqihnya, betapa terjaganya perangai, betapa siqahnya semua, ah, aku rasa macam,
masing2 berlari, dan terjatuh dalam lopak kefasikan. lopak maksiat yang mengotori. biasanya akan adalah kawan yang mampir menghulurkan tangan, sambil cuba mengenepikan rasa jijik dengan 'lumpur2' dosa yang ada padaku. tidak juga dia menunjukkan rasa mual dengan luka nanah darahku yang mengalir ke bahu saat dia memapahku. dia hanya senyum dan terus pimpin aku.

ah, kawan. aku berterima kasih banyak banyak.

tapi, ada juga yang dah lupakan aku. yang 'lama2' biasanya. yang dah jauh. lihat aku pun tak mahu. iayalah,kalau dah bernanah begini, siapa yang mahu dekat, kan?
mereka pula dengan jubah bersih, mahu ke masjid. takkan mahu kotorkan diri pula?

tak mengapa, kawan. aku tak lupakan kau. kau juga mungkin tak lupakan aku. kau kan mahu beribadat.  pergilah, aku tak halang. iya, terkilan itu ada, tapi, sedikit cuma, melihat kau pergi mengendahkan aku dalam kelukaan begini.
tapi, yalah, takkan aku nak halaang kau pula. kau kan mulia.

padanlah dengan muka aku. mesti ramai kawan2 aku pernah kena dengan aku begitu. ketika aku rasa 'suci' dulu.

apapun, aku doakan kalian semua bahagia saja. dunia apatah lagi di sana.





dengar mereka nyanyi. soutul jihad. bagai irama sempurna. masyaAllah.
kadang2 aku rasa tak bersyukur, apabila rasa hati semacam mengungkit,
"tuhan, duhai, kenapalah aku tak sedap seperti mereka?"

dan terus, dari dalam, paling2 dalam, hati yang lebih kecil dengan berani bersuara, tapi perlahan saja bunyinya,

"kau lupa doa kau dulu?"
"apa?" tanya hati luar.
"begini doamu. tuhan, aku pohon Kau kurniakan aku suara yang indah2 saja, supaya dapatlah aku bacakan ayat2Mu dengan senang, dengan indah. jangan Kau kurniakan suara yang terlalu sedap, sampai aku riak, leka dengannya. biar ianya sedang2 saja. cukuplah untukku tuhan."
hati kecil diam sebentar, dan menyambung,
"dan kira2 seminggu kemudian, suara kau tiba2 lembut, kau azan, dan, mereka memuji2. ah kau memang ikut nafsu saja, hati. hari ini, kau mahu lebih sedap lagi dan lagi. kau lupa janji kau? lagukan ayat tuhan konon. berapa kali kau selak mushaf suci tu dalam hari2mu?"

dan tangan yang menulis tetap menulis, meski hati pedih mendengar, mata bergenang membaca.

susahnya mencintai erti syukur. sungguh tuhan, aku lemah. ajari aku berterima kasih padaMu.

ampunkan aku, tuhan.




kata umar RA: "tiadalah aku takut doaku tak dimakbulkan tuhan, tetapi lebih aku takut tuhan menarik taufiq dariku untuk terus berdoa."

Allah. ingatkan lagi aku perlahan kalau aku lupa. aku hambaMu yang hina.

wallahua'lam.


Mar 26, 2011

takda la pandai, cuma nak kongsi...

salam satu agama.

hari ni takda tazkirah, boleh? nak share benda lain. tapi takda la nak mengarut pun. huhu.

apa kita rasa bila tgk gambar lawa2? mesti kita rasa macam,
"pergh, aku pun nak jugaklaa DSLR.. tapi duit biasiswa tak dapat lagi.. mana tak, taun lepas aku fail kot..."

takpa2. mungkin duit nuffnang korang pun tak memberansangkan macam saya, so, kita pakai apa yang ada jela, ye?

mula2 sekali, anda kenalah anda kamera.
tak kisah la kamera apa. janji gambar tu biar jelas.
kamera paling cikai sekarang pun, kamera henset 3.2 megapiksel. kalau tak silap la. kalau kurang lagi, ha, tu susah. sebab kalau tangkap gambar, nanti gambar dia pecah2.

tangkap gambar tu biar jelas.
ok, then, korang boleh la pakai photoshop.
oh tidak tidak~ aku takkan ajar photoshop sebab aku dah lama sangat tak guna lalu dah lupa banyak. haha.

kepada sesiapa yang tak reti guna photoshop, meh aku kongsi sikit apa lagi yang bes selain photoshop.

sumo paint


haip!!


ini adalah website edit gambar yang free dan paling gempak. features dia ala2 photoshop, dan, err, memang beslah! sapa yang tak reti guna photoshop tu, boleh la belajar kat sini dulu. tapi kan, sini macam lagi mudah la.



picnik.com


website yg agak comel dan simpel.

yang ni sangat simpel dan mudah. selalunya aku bukak picnik untuk main temperature gambar je. taknak tunjuk contoh. hangpa try la sendiri baru thrill. tapi kekadang website ni jadi gila n boleh crash tetiba.  mungkin laptop aku yg masalah kot.



photoscape

yg ni software pulak. free jugak, jangan risau. yang ni sangat2 la mudah dan sangat2la aku prefer. yelah, free kan. tak payah online pulak tu. tapi kalau orang pro2 ni mana nak guna software2 simpel macam ni...


tu dia...


yg ni nenek yang ajar aku. terer betul beliau kan. hehe. mekasih nenek.



kalau takda, pakai apa yg ada je ye...



again, aku bukanla pro pun. ni pun banyak orang ajar. aku cuma nak kongsi benda2 bes je. macam sumopaint tu, bukan aku selalu guna sangat. pernah la bukak sekali. huhu. cuma aku rasa menarik la untuk dikongsi. kepada yang dah tau tu, takpela. ini untuk yang tak tau. antum jangan nak eksen yeaaa~

itu jelah.


mekasih kepada sume kawan2 yg banyak ajar aku, dalam macam2 perkara. sori to sifuku kajai, aku da lupa la gane nok gune photoshop. hehe.


wallahua'lam.


ps: student mesir, korang kena ziarah dua blog ni. author yang sama. photographer yang hebat, dalam masa yang sama, ustaz yang gila kentang. tabik spring pada ust syed israa' kita.

atas jalan lurus.

egypt inside.

Mar 25, 2011

awareness.

salam satu agama.


hari ini jumaat. seperti biasalah, kami pelajar2 melayu pasti samada duduk melongo tak paham khutbah tapi cuba pahamkan jugak sampai berkerut2 muka tapi akhirnya tetap tak paham,

atau,

tidur. huhu.

memang lemah bahasa arab menjadi masalah di situ. tetapi tak rugi utk cuba fahami isi khutbah. sekurang2nya kita boleh faham ayat quran kot.
 

ada sekali sang khatib duk ulang ayat ini,

"wahai orang2 yg beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar2 taqwa..."

setiap jumaat kita ulang lagi ayat ini. ulang lagi dan lagi. tapi apa natijahnya? bertaqwakah kita dengan sebenar2 taqwa?

taqwa

apa maksud taqwa tu sebenarnya?

entahlah. saya bukan orang yg faqih dalam bidang agama. so, saya harap saudara hilmi boleh menjawab lebih detail tentag hal taqwa ini.

seingat saya, Umar RA pernah berkata,

"taqwa itu ibarat kamu berjalan penuh berhati2 di dalam semak samun yang penuh berduri. itulah taqwa."

saya tak mampu nak hurai definisi taqwa, tetapi, jom berfikir,

bertaqwakah kita?
bila kita buang sampah, ingat tuhan ke kita?
bila kita mengeluh dengan mak bapak kita, ingat tuhankah kita?
bila kita bangun subuh lambat tanpa rasa bersalah, ingat tuhankah kita?

muraqabah. kita perlu rasa tuhan itu ada, dalam setiap pergerakan kita. barulah kita senang nak bertaqwa.


saudara kita


saat kita semangat ambil tahu tentang Jepun, Libya, Yaman,  Tunisia, Bahrain dsb, dimana kita letakkan Palestin?

susunan domino revolusi yang kita aturkan, bagai tertinggal sebiji. kita meletakkan Tunisia sebagai pemangkin revolusi.
tapi, bukan ke kita patut letakkan Palestin sebagai pemangkin, sebenarnya?
berapa ramai sangat dari kalangan kita yang betul2 aware dengan saudara2 kita?
kita sebenarnya lebih pentingkan diri sendiri saja.
betul ke kita menganggap muslim sesama muslim itu bersaudara?







kasihan kita pada bumi2 bergolak, jangan dilupa pada yang dah lama bergolak. Palestin menderita lebih lama dari yang kita tahu. mereka menderita sebelum kebanyakan dari kita lahir lagi!

ayuh kengkawan. apa usaha kita untuk membantu mereka?

apa kata, kalau kita jadi muslim yg paerfek. ok, bukan perfek. next to perfektion.
kita kan rantai perjuangan. so, bermakna kita kena sambung yang lama dan pastikan ada yang baru.
kita kena bina generasi baru yang bersifat kepimpinan dan pejuang2 belaka.

untuk itu kita kenalah mula dengan diri kita dulu. jadi contoh muslim yang baik. baru boleh jadi baik. bila dah baik, anak2 kita nanti akan contohi kita pulak. last2 semua baik. takda dah watak jahat, dan, end of story. huhu.
nak bina khilafah yang sempurna, bukan bermula dengan bait muslim, tapi dengan individu dulu... hihi.

Wallahua'lam.


sebenarnya aku blur tak tau nak tulis apa. ingat nak tulis pendek last2 jadi macam merapu jer...-_-

takpenting:

buah2 n sayur2 kat mesir sekarang awat kecik2? comel je rupe.. haha..

mesir masih sejuk. beku buku lali macam ni.. brrrr~~


Mar 24, 2011

satu tubuh badan.

salam satu agama.

alhamdulillah, tadi kami seperti biasa ke kelas menuntut satu dari ilmu2 Allah yang maha banyaknya itu.
seperti biasa, mesti ada yang menarik.

pulmonary circulation of respiratory system functioned as a blood reservoir as during haemorrhage the pulmonary circulation constrict and give blood to important organs.

yang dulu2 punya pulak,

sometimes, yellow bone marrow can change to red bone marrow to produce blood, when the body suffer from hypoxia.

nampak tak? 
kerjasama dalam badan kita memang terbaek! 

nak lagi?

basophil (salah satu WBC) akan release chemotatic factor (semacam bahan kimia sebagai komunikasi. yalah, cell2 ni mana ada suara..), untuk meminta tolong membasmi problem2 dalam badan.

stail tak stail badan manusia.

SUBHANALLAH.

tiba2 teringat satu hadis nabi,

"Ibarat sesama mukmin dalam kasih sayang, cinta, hubungan mereka itu bagai satu jasad. Bila sebahagian sakit, seluruh badan turut berduka dengan panas dan berjaga."

masyaAllah. 
betul ke mukmin macam tu sekali? 

adakah kita akan datang memberi pertolongan kalau kawan kita dalam kesusahan, macam basophil minta tolong tadi?
malu2 pulak. comel je. hehe

adakah kita akan ithar pada sahabat andai mereka sedang memerlukan, seperti ketika badan memerlukan darah tadi? 

malangnya, kebanyakan daripada kita ni belum lagi layak bergelar mukmin sebenar. mungkin dari segi nilai ukhuwah itu sendiri. 
cuba kita ambil pengajaran daripada tubuh badan kita sendiri. kita patut rasa malu dengan cell2 dalam badan kita yang bekerjasama dalam bekerja. 

kita pula bagaimana? 

sombong bongkak dengan arahan tuhan. leka je memanjang.

sepatutnya, sebagai khalifah tuhan yang dikurniakan akal, kita boleh buat lebih baik dari itu. 
bukankah tuhan suruh kita merenung dan berfikir?
lihat keajaiban dalam diri kita sendiri. apa agaknya yang terjadi kalau cell2 dalam badan kita syok sendiri? tak mahu bekerjasama?

alamatnya jahanamlah kita. 

semua dah besar, kan. dah pandai fikir sendiri. jadi, saya tinggalkan bahagian kesedaran dan praktikalnya pada diri masing2. 
tepuk dada tanya iman kita. 

biar di mana kita berdiri, pastikan islam dijulang tinggi. 

sekadar perkongsian ringkas.


Wallahua'lam.

Mar 22, 2011

tidak perlu meratap, cukuplah mengenang.

salam satu agama.

Al-Fatihah.

subuh 22 Mac, 7 tahun yang lalu, tiada bezanya dengan subuh pagi tadi.
dingin2 itu beliau bangkit dalam upaya diri yang hampir tiada, lumpuh seluruh badan, mata sebelah buta dan sebelahnya lagi rabun teruk, berkerusi rodalah beliau ke masjid.


As-Syahid tersenyum


subuh itu sepi. subuh itu menyaksikan sendiri bagaimana perginya beliau meninggalkan rantai perjuangan untuk disambung oleh generasi selepasnya. generasi yang lebih sihat fizikal mentalnya. sayang, fizikal saja belum cukup untuk menjamin kelangsungan perjuangan itu. banyak generasi selepas beliau diracuni mindanya.

usai subuh itu, seperti biasa, mereka pulang. dalam berkerusi roda itu, pastinya hati kekal berzikir. otak sibuk berfikir. dalam lumpuh2 itu kata2 semangatnya selalu mencungkil semangat anak2 muda untuk bangkit. biar di negaranya mahupun negara luar.

pihak musuh kalut berhadapan dengan tentera pimpinannya. kebangkitan intifadha pertama bak ombak besar menghentam pantai tanpa amaran. intifadha kedua datang lagi mengundang bencana kepada mereka. ya, gelombong intifadha ini dikobarkan oleh seorang yang cacat serba-serbi!

apa tak cukup tahanan mereka selama ini? berulang-alik masuk keluar penjara, tapi masih bisa 'berdiri' di dalam medan perjuangan ini? apa dia gila?

subuh itu mereka siapkan Apache AH-64 dipersiapkan. ah, tak mainlah senapang-senapang. 'ikan besar' begini kita pakai peluru berpandu saja.

dan Apache pun terbang. sedang beliau diiringi oleh pembantu2nya.

dan tragedi berdarah itu bermula!

satu, dua. tidak cukup, malah tiga! tiga peluru berpandu untuk seornag lumpuh yang hanya bisa bersuara.
hasilnya badan sang pejuang hancur berkecai bertebaran di jalan2. orang2 sekeliling terkejut melihat sang pejuang yang dalam sekelip mata menjadi serpihan2 daging yang berserakan di mana2.
sebahagian dari kepala dan tangan sahaja yang masih elok.


semua menangis. sekelip mata sahaja! mereka bukan menangis kerana bom. mereka menangis kerana perginya pemimpin mereka. mereka menangis kerana jasad mulia itu berkecai tanpa belas kasihan. mereka menangis kerana bapa perjuangan mereka telah pergi.

tapi mereka tidak akan jatuh. Palestin akan terus diperjuangkan. hingga ke titisan darah terakhir. hingga ke serpihan daging terkecil.

mana mungkin mereka jatuh. pesanan sang pejuang dipegang erat menjadi keramat.

"sekiranya aku mati, akan ada 1000 aku yang akan mengganti."

As-syahid Syeikh Ahmad Yassin pergi meninggalkan dunia fana ini dengan lara dan api perjuangan. lara bagi umat islam. dia mungkin sedang tersenyum di sisi tuhan.

"..mereka yang syahid itu tidak mati, bahkan hidup di sisi tuhannya..."

sekarang, setelah subuh 7 tahun itu, di manakah kita?

adakah kita salah seorang 1000 pengganti beliau itu?
atau 1000 pengganti Yahya Ayyash?
atau hanya salah seorang pemuda yang melongo tak kenal erti perjuangan?
atau yang lebih teruk, sudah kenal perjuangan, tapi masih duduk bersantai di kerusi penonton?

Wallahua'lam.


ps: selain besday muadz, singer dan hasan, saya perlu letak dalam kalendar peristiwa tarikh bersejarah ini. biar tak lupa-lupa lagi. ni pun mujur kawan mengingatkan.

baik punye.

salam satu agama.


saya pernah tulis satu entri di sini. mengenai agama Islam. saya kata betapa bertuahnya kita bila masuk Islam, betapa besarnya komuniti Islam tu sendiri.

lalu saya mendapat soalan oleh seorang hamba Allah,

"komuniti terbesar di dunia! jadi apa saudara telah lakukan untuk menjadi 'the real muslim'?"

soalan tu macam mencucuk akal sedar saya.

pertama, 

apa usaha saya sebagai penulis sendiri?

saya mengajak kita cakna dengan agama, cakna dengan masyarakat kita, tidak abaikan Islam sebagai ritual agama semata-mata,
tapi,
dalam masa yang sama, apa usaha saya dalam menjadi muslim sejati?

"Wahai orang2 yang beriman, kenapa kau berkata sesuatu yang tidak kau kerjakan?"

soalan itu mungkin ikhlas ditanya. mahukan perkongsian. tapi jujur bagi diri saya sendiri, saya tiada apa untuk dibanggakan.

apa usaha saya dalam membentuk diri menjadi muslim?
dalam pergaulan?
dalam ibadah?
dalam pelajaran?
dalam seluruh kehidupan?

TIADA APA-APA. bila saya muhasabah betul2, hakikatnya saya seperti 'cakap kosong' saja banyak. semua yang lain2, biasa2 saja. baik nak kata berdakwah, ibadah, sahsiah, tiada apa untuk dikagumi.

lalu kenapa saya tulis di sini?

kerana saya nak tanya anda,

APA JASA ANDA UNTUK ISLAM?

APA USAHA ANDA UNTUK MENJADI MUSLIM SEJATI?

cuba selami betul2 dalam hati, soalan2 tadi.

apa anda berdiri hari ini, semua yang anda lakukan, semua kerana tuhan? itu niatnya, bagaimana pula dengan pelaksanaannya?

kebanyakan orang hanya cakap tapi tak buat. termasuklah diri saya kot.

jadi, apa kata lepas ni, kita muhasabah balik, dan pasang niat dan hala tuju yang jelas dalam diri kita. tajdid niat semula. biar hidup kita benar2 bermanfaat andai maut datang nanti.

intention, by native deen.


yang kedua,


saya tersedar bahawa betapa menjadi muslim bukan sekadar sign up sahaja.
ada tindakan susulan selepas itu.
pernah tak dengar program affiliate? kita promote link then dapat duit.
kalau kita tak buat apa2, hanya melongo tunggu orang klik link, layak ke kita nak dapat duit?
tak malu! tak mungkin dapat duit.

saya salah. mana ada tiket syurga itu free.
nak dapat syurga, kenalah ada pahalanya, redhaNya.
beruntunglah, walaupun syurga itu tak free, tapi sekurang-kurangnya tuhan itu tak kedekut.
kalau syurga diberi berdasarkan amalan seseorang, maka entah siapa yang lay;ak masuk ke syurga.
tapi tuhan masukkan ke syurga atas rahmatNya, maka semua yang beriman, dengan izinNya, akan ke syurga.

ada orang kata tuhan itu zalim, menciptakan neraka untuk menyeksa di luar kemampuan manusia.

saya kata manusia itu yang zalim.

kalau tuhan tak cipta neraka, orang yang buat jahat, mendapat balasan di mana? kalau begitu, baik buat jahat. buat jahat lagi bes. lagi masyuk. buat baik poyo je. kalau macam tu mana thrillnya buat baik? mana faedahnya buat baik kalau semua ornag senang2 dapat masuk syurga?

siapa yang zalim sebenarnya?

ok. tuhan cipta kita. kadang2 kita buat maksiat, kadang2 kita lupa nikmat. tapi tuhan beri jugak rezeki, beri jugak nikmat. malah, nikmat itu tak tertanding dengan apapun.
apa yang boleh menandingi mata?
apa yang boleh menandingi rasa?
dengar?
membaca?

atas semua nikmat itu, kita masih lagi ingkar. lalu kita ke neraka. dan kita kata tuhan zalim.

saya mahu bertanya,

siapa yang zalim sebenarnya?

"Lalu nikmat tuhanmu yang manakah yang telah engkau dustakan?"

Wallahua'lam.

Mar 20, 2011

dunia dan kita.

salam satu agama.

kita dan dunia. ada banyak 'kita' dan 'kita', akhirnya terbentuklah dunia. ada semut, pasir, batu, air, manusia. jadilah dunia.
siapa kata kita tak perlukan semut? siapa kata pokok tak perlukan manusia?
ada sebab kenapa terciptanya sesuatu di atas muka bumi ini. tuhan yang Maha Tahu pasti mencipta sesuatu bersebab.

tetapi, perlukah kita akan sebab?
manusia banyak mencari sebab. mereka suka mengkaji dan mengkaji. malah mengkaji itu digalakkan juga dalam islam, apabila dalilnya dibuktikan di dalam firman tuhan, "apakah kamu tidak berfikir?"
mengkaji itu satu proses belajar yang dalam dan tinggi.
tapi dalam beberapa perkara, pengkajian itu terhenti di titik buta. soal aqidah, lazimnya.
mana kiamat?
mana syurga?
mana malaikat?
masa itu, kajian itu sia-sia. keyakinan pada tuhan saja yang perlu.
percaya wujudnya Dia. wujudnya akhirat.
tanpa keyakinan, percaya pada tuhan ibarat seorang pekerja yang diberi kerja oleh bos tapi dia tak percaya bos tu ada. macam mana tu? macam mana mahu jadi hamba yang benar2 hamba, khalifah yang benar2 khalifah kalau percaya itu tiada?
bagaimana mahu percaya kalau tiada bukti?
tak cukupkah tanda kiamat yang tuhan tunjukkan?
tak cukupkah kuasa tuhan yang terpapar di dada akhbar hari hari?



dunia dan kita.




kita sebagai manusia dilantik menjadi khalifah di bumi. khususnya, untuk mukmin. ya, tugas itu berat. sebab itu tuhan ciptakan berbagai2 kaum supaya kita bisa berkenal-kenalan dan bekerjasama.

akhi,

apa jadi pada Libya?
Mesir?
Thailand?
PALESTIN?

di mana kita yang kononnya mendabik dada mengaku khalifah kalau saudara sendiri pun kita tak mampu bela?

inilah masalahnya muslim sekarang.
lihat saja Mesir pasca revolusi. apa bezanya sekarang dan dulu?
alah, bezanya hanya pada warna!
cat pokok2, tapi kemiskinan tetap mencengkam.
penipuan masih ada.
sampah masih banyak.
sampah memang remeh. kalau menjaga kebersihan pun diremehkan, macam manalah pula dengan perkara lain agaknya ya.


beli beli beli!!! mesir ni byk sayur tp orang diorang byk jugak yg sakit.. huhu
(gambo hiasan.)

ya, kita tak harap mereka berubah segera. alah, kita pindah skop ke Malaysia. boikot sehari dua, hari ketiga makan McD. LOL. hilang cepat sangat semangat tu.

inilah masalah muslim sekarang. semangat menggunung yang datang cepat sangat mencair. wahan tak usahlah nak kata. solat? haha. tak payah katalah. susahnya nak jaga solat kan. astaghfirullah. itu kan perintah Allah yang paling basic. macam2lah kita ni. malu nak jumpa nabi nanti.

mana janji tuhan?


orang kata, tuhan janji nak bagi kemenangan orang islam. mana tuhan, mana? umat islam tertindas teruk ni!

nak cerita sikitlah.

kita analogi macam ni jelah.

kita ada syarikat gula yang terbesar di dunia. anak sorang. satu masa ni kita nak bukak cawangan di Karachi. malangnya anak kita ni takda kelulusan yang layak untuk pegang cawangan tu. dia baru je habis PMR.

secara logiknya, kita nak bagi ke? nak syarikat bankrup ke hape? nak taknak, walaupun sayang kat anak, kenalah juga bagi cawangan tu kat orang lain.

macam tu jugalah tuhan. tuhan benar sayang kita. tapi kalau tuhan berikan kemenangan pada umat islam yang belum betul2 bersedia ni, hancurlah dunia.
tengok sajalah sekarang. negara Islam manalah yang kaya? banyaknya miskin, tertindas. pemimpin2 pula korupsi, rasuah. cuba bayang kalau Islam pegang dunia. tak ke hancur dunia?

maka baiki diri kita. saat kita layak untuk pegang dunia, tiada lagi penindasan berlaku, baik kepada org islam mahupun Zimmi. kan elok kalau macam tu.

perfecto!


nak tahu macam mana rupa dunia perfek?
tak, orang buat salah. buat jugak.
 tapi bila sang pemborong mahu menipu, sang peniaga menasihati.
 bila sang client nak berbohong, sang peguam menasihati.
bila azan masuk, bos suruh gi solat, BERJEMAAH lagi.

bila nak berhibur, tahu batasannya.
bila nak berfesyen, fesyen yang mengikut syariat saja yang dibenarkan.
bila nak buat jahat, teringat dengan balasan tuhan yang dahsyat.
semua ada fikrah dalam diri.
fuh.. dunia ni aman betul2 punya. tak mustahil, tapi mampu ke kita, rantai perjuangan, mengakhiri perjuangan ini dengan 'happy ending?' tepuk dada tanya, err, diri kita.

ok pos ni bosan.

wassalam.

tacing benar....




gambar ni masa kat CFS. ada Zaid, Ajaq, Aku, dan Singer. ni memang antara saat paling bes la untuk tahun lepas. (gi Gontor tu macam disaster...huhu..)

rindu siot masa nih.

zaid ke Intec, otw ke US kot. aku rasa bersalah lak suruh dia gi Intec. Dia rindu biah UIA. aku doa dia selamat dunia akhirat.
singer pun dah takde. gi GMI. moga thabat di jalan tuhan.
aku gi mesir.
ajaq je tinggal. sian ajaq. padahal die la yg paling taknak stay kat situ. haha.


sesungguhnya kita merancang, tuhan juga merancang. tetapi perancangan tuhan itu yang terbaik.

moga thabat di dalam perjuangan. ada jodoh kita jumpa lagi.




Mar 17, 2011

boleh tak kalau....

(banyak merapu.)

ulamak pesan, jangan ber'kalau-kalau'. kalau itu mainan syaitan.

tapi, aku nak kalau jugak.

boleh tak kalau, aku belajar medic hanya sekadar belajar? tak payah risau pasal kerja. pasal yuran. pasal hidup sengsara lepas ni. boleh ke?

boleh tak kalau aku berenti sekarang, ambik agama pulak? ohh aku memang minat nak amik bidang agama. tapi nak tinggalkan medic pun aku tak sampai hati...

boleh tak kalau, belajar medic tu, belajar anat je. physio susah dan banyak laaaa....T.T

boleh tak kalau, silibus medic ni sikit dan aku boleh belajar dengan tenangnya?


ahh, lemahnya aku sebagai manusia. mengharap sesuatu yg mudah saja. kalau tuhan kata aku mampu, ya, aku mampulah tu.
duhai, penat diri aku menyelak lambakan buku di bilik. ya, taklah banyak mana, tapi bagai setiap details dlam buku tu kau kena tahu, tiba2 jadi macam banyak jugak, kan?

duhai, aku rasa letih. lambakan-lambakan ilmu yang cuba masuk dalam akalku melayuku yang tak sepintar arab itu melelahkanku. mereka tak perlu berusaha gila2 pun. tahu2 dah hafal. kami pula baru study dah disuruh hafal. tak hafal, kena marah...T.T

duhai, aku mengeluh pada siapa ni. pada diri sendiri ke? mengeluh 'padan-muka-siapa-suruh-kau-ambik-medic' ke.. ahh.. ke-emo-an aku kalau macam ni...

kalau aku mengeluh pada tuhan, jangan2 itu maknanya aku salahkan tuhan. ohh tuhan, anda terdetik secebis rasa dalam nurani ini menyalahkan Kau, ampunkan aku ya tuhan.

jadi aku mengeluh pada siapa??

bila aku tenung semula kisah silam, ya, banyak sudah duri2 yang mencalarkan badan aku. kini aku berdiri lagi di dalam hutan duri yang baru. tersepit, jalan masuk yang kian menjauh, jalan keluar yang aku pasti masih jauh nun di sana. aku mahu mengalahkah? pengecut!

orang kata lari dari masalah. aku nak lari macamana? celah2 mana pun ada duri jugak. takkan aku nak sia2kan segala pengorbanan semata-mata aku bisa jejak kaki di sini? tuhan...

kadang diri rasa lemah, tak mampu berdiri kejap.
kadang diri terasa hina, tak mampu aku nak bertahan.

tuhan, kuatkanlah semangatku, kukuhkanlah pendirianku, hilangkanlah gusarku, buakkanlah imanku, dan cintaku padaMu dan umat ini ya tuhan..

dan tolonglah tuhan, jangan Kau biarkan siapapun dari teman2ku yang rasa apa yang aku rasa.

Mar 16, 2011

manusia yang sungguh stail.

salam satu agama.

manusia.

hidup tak boleh sorang2. mesti nak ada teman.
ada orang buat tempat kongsi masalah.
ada orang kongsi makanan.
ada orang bercinta.
ada yang nak buat bahan je.

tak kisahlah. janji ada teman kan.

satu hari, kita gadh dengan kawan kita. marah gila dah ni. tapi esok lusanya, tak sangka, dah boleh borak baik balik.
eh, senangnya kita maafkan orang, kan? haha.

diri kita sendiri pun. kononnya taknak pisang berbuah dua kali.
hari ni rajin. esok malas. lusa rajin balik.

kalau terus2an rajin, manusia jadi bosan la. takda perasaan menyesal, takda motivasi nak rajin.

manusia jadi menarik bila jadi normal dan buat salah. contohnya, stadi la kan. kejap malas, kawan perli "ko tak stadi ke? pandai sangat la kot." adeh, pedih. kita pun stadi. esok lusa malas balik. pastu mak post kat wall fesbuk. "anakku, janganla memalas. mak terpaksa jual karipap pagi petang supaya kau dapat belajar." ohh, rajin balik.

begitulah. cuba bayang kalau rajin je. mesti bosan.
asyik2 muka sama je dapat hadiah. lagi bosan, kalau sume dapat hadiah. mana datang spesialnya tu?

sesetengah orang lebih bertuah dari yang lain. sebab tu tuhan kata, kita ni dicipta kena la saling berkenal-kenalan. bukan yang hebat duduk dgn yang hebat.
tapi yang hebat, bantu yang lemah. saling tolong menolong. saling terhutang budi.

amenda ko cakap ni? aku tak paham. huhu.


takdelah. aku cuma nak kata, kita kena belajar jadi orang yang memaafkan.

salah pada diri sendiri, kena maafkan. cuba lagi. jangan putus asa.

salah kawan pada kita, kita maafkan. satu hari nanti bila kita salah mereka pulak maafkan kita.

salah pada tuhan, kita taubat.

orang kata kalau kita tak taubat nasuha, tak guna kan? tapi jangan lupa, tuhan tu Maha Pengampun. salah dengan manusia lagi payah.

tah hape aku merepek ni. huhu

wassalam.

Mar 15, 2011

emo je tau.

salam satu agama.

nabi kata jangan marah2.

mak kata marah cepat tua.

awek kata, kalau you marah tak hensemla,

cikgu kata, dari marah baik buat keje skola,

pakcik meon kata, kerana marah, hilang sabarnya,

hilang sabar, hilang imannya,

hilang iman, buruk tingkahnya,

buruk tingkah, malu padahnya.

pak meon la yg cakap paling panjang sekali. huhu.

aku rasa hari tu aku marah bersebab. tapi taklah bermaksud aku boleh marah, atau aku boleh tulis kat blog. macam mana kalau aku lukakan hati kawan2 aku? tak ke kesian kat diorang? ye, aku tak suka nak sakitkan hati orang. tapi aku nak orang tahu, aku tak salah.


nampak sangat aku ni pentingkan diri sendiri.

kalau iya pun orang lain tu salah, maka janganlah kita, tak, aku ikut jugak buat salah.

pentingkan diri.
marah2.
carik gaduh.
tak rasional.

yg dah berlaku tetap dah berlaku. aku patutnya carik point untuk jadikan ianya positif.
ahh.. tanak marah2 dah. saya mintak maaf kalau ada salah. saya mintak ampun andai salah tingkah.

yang tak faham, takpalah. anggap jelah ni tazkrah pasal jangan marah2. huhu.

siapa lagi hebat?


                Akbar dan kawan-kawan bertemu. Lama benar mereka tidak berjumpa sebegini. Semua sudah punya jalan hidup tersendiri. Semua punya cecita yang ingin dikejari.
                Assalamualaikum,” sapa Syed yang tiba lambat. Dia tersengih-sengih dan agak gopoh-gapah. Biasalah dia. Memang begitu. Sudah tiga tahun, dan dia kekal begitu.
                Semua hanya tersenyum. Akbar berdiri menyambut sahabat mereka itu. Semua sudah bertamu. Dia sebagai tuan rumah sungguh-sungguh syukur. Dalam mereka menuju ke meja jepun itu, mereka yang lain menjawab, “kuwayyis.”
                Maklumlah, mereka kan belajar di luar negara. Mana pakai bahasa arab fushah. Nampak sangat baru belajar bahasa arab.
                Akbar menyelak langsir rumah. Cahaya matahari yang terik di luar seakan berlumba masuk ke dalam ruangan itu. Habib berpesan, “Akbar, ini baru Malaysia. Enta belum rasa Mesir lagi.” Yang lain angguk-angguk. Habib senyum. Bangga barangkali.
                Ibu Akbar masuk ke ruangan itu. Habib yang sedikit gempal memberikan ruang supaya Mak Cik Limah bisa bolos ke tengah ruangan itu. Dia meletakkan dulang yang berisi dengan cawan itu segera, dan menjemput mereka semua minum. Dia bergegas ke dapur pula untuk menyediakan makanan, setelah menghadiahi tetamu-tetamu anaknya seulas senyuman.
                “Kau tahu,” kata Hairi, “hidup di Madinah lain dari hidup di sini. Mereka mewah. Malah, kami juga mewah. Itulah berkatnya hidup di tanah nabi,” ulasnya panjang. Akbar mengangguk-angguk. Yang lain hanya diam. Akbar perasan Syed sedikit mencebik.
                Habib mencicip bibirnya di gelas kaca. Akbar yang baru sudah menghidang air kepada sahabat-sahabatnya, duduk semula. Syed meletakkan gelasnya sesudah minum. “Eleh, biasalah. Ada negara yang senang, ada negara yang susah.
                Akbar diam saja. Syed menyampuk, “kau orang semua tahu, Jordan pun tak kalah hebatnya. Ada salji pada musim sejuk. Tidak seperti Mesir. Salji habuk adalah.” Hairi senyum tawar. Itu hakikat Mesir. Akbar masih diam. Semuanya berbangga dengan negara masing-masing. Akbar yang hanya belajar di dalam negara, hanya memerhati.
                Khairul pula menyampuk. “Ah, enta semua belum merasai nikmatnya Syria! Kalau enta semua rasa talaqqi di Mesir hebat, kami juga tak kalah, tahu. Syeikh Mustofa, salah seorang penulis kitab ‘Fiqhul Manhaji’, yang membincangkan tentang fiqh dari sudut mazhab Syafie itu menarik.tak lupa juga Al-Maududi yang terkenal dan tokoh-tokoh yang lain.” Dia meneguk air sehingga habis. “Tambahan pula, katanya ais-krim di Syria adalah yang tersedap sekali berbanding di negara-negara lain,” sambungnya lagi.
                Akbar senyum saja. Malas mahu masuk campur. Ibunya masuk lagi ke ruang tamu sambil membawa dulang makanan pula. Akbar bingkas dan membuntuti ibunya ke dapur untuk menolong. Semua yang hadir tersengih suka. Nasi ayam Mak Cik Limah memang yang terbaik.
                ‘Diskusi’ diteruskan lagi. Habib tak mahu kalah. “Enta tahu Akbar, Syawarma di Mesirlah yang paling sedap sekali. Kebab memang kepakaran Mesir. Ada juga yang dinamakan Krib. Itu bentuknya lain pula. Ah, kalau enta ke sana, sambil-sambil makan Syawarma ataupun Krib, nikmati juga air Asob atau tebu yang segar dan sejuk!” Habib bagai ejen pelancongan pula. Akbar sekadar senyum.
                “Madinah apa kurangnya,” tambah Hairi. “siapa yang tidak mahu merasai tamar nabi yang terkenal itu? Lagi pula Madinah sungguh dekat dengan Mekah. Setiap hujung minggu aku akan mengerjakan umrah, ataupun menziarahi makam nabi. Betapa berkatnya hidup aku. Kau orang kurang berkatnya. Setakat Mesir yang ada Makam Imam Syafie, makam Husin, Imam Hassan Al-Bannda, juga Salahuddin Al-Ayubi, apalah mereka nak dibandingkan dengan nabi yang maksum?” panjang lebar dia menerangkan.
                Syed tidak mahu kalah. ‘Perjuangannya’ takkan terhenti di situ sahaja. Dia menambah, “Alah, Jordan pun tanah para nabi juga. Akbar, kelak kau habis Darul Quran nanti, marilah ke Jordan. Kau tak lihat ke betapa banyaknya ulamak-ulamak yang lahir dari Jordan? Al-Azhar dah lapuklah. Ustaz Zaharuddin, Ustaz Hasrizal mahupun Ustaz Zahazan, bukan semuanya dari Jordan? Kan hebat-hebat belaka semuanya itu? Ah, lagi, penulis terkenal juga belajar di situ. Kau tahu kan Hilal Aysraf pelajar di Yarmouk?” Akbar mengangguk lagi. Dia tahu semua fakta itu.
                “Alah, Syed. Setakat novelis. Kau tak tahu ke, Mesir juga ada penulis? Kalau tidak, mana lahirnya ‘Ayat-Ayat Cinta’, dan ‘Ketika Cinta Bertasbih’ itu? Itu baru yang Indonesia, bagaimana pula dengan novelis Malaysia, Siti Munirah Abdul Rashid, penulis ‘Qasidah Untuk Kekasih’? Nah, apa kau rasa Mesir tidak hebat?” Syed menjuihkan bibir. Habib seakan menang. Mulutnya terus mengunyah.
                “Mesir hebat,” Hairi menyindir. “Mesir hebat, ya? Alah, pelajar-pelajar Mesir ramai yang leka ‘bermain’ dengan persatuan. Sokong sana, sokong sini, bermain politik saja tahu. Kalian ke Mesir untuk belajar atau bermain politik sesama kalian sendiri?” pedas sekali sindiran itu. Tambahan pula, Habib antara orang kuat di sana.
                Habib yang berang mula membalas. Usai menghabisi sisa makanan di dalam mulut, dia berkata, “enta, Madinah, lagi bahaya! Boleh jadik enta sudah menjadi salah seorang dari Wahabi jahanam itu!” yang lain tersentak. Akbar mendamaikan.
                “Sudah, sudah. Kalian semua belajar di tempat yang hebat-hebat. Tak perlulah bergaduh. Tengok pada ana. Setakat belajar di dalam negara saja. Kalian patut bersyukur,” butir-butir kata itu sedikit sebanyak mententeramkan keadaan semula.
                “Jadi, Akbar, enta rasa Negara mana yang paling hebat?” soal Khairul. Akbar meletakkan cawannya di atas meja. Dia memandang semua. “Semua hebat, Khairul. Oh ya, Al-Maududi yang enta katakana tu, bukan ke di India? Dan, ana rasa ana tak mahu ke luar negara, takut leka tidak belajar dengan apa yang entum sebut tadi. Jadi, baik ana duduk di Malaysia, fokus pada belajar, dan membawa manfaat pada ummah kita, tak begitu ustaz semua?”
                Khali seribu bahasa. Semua terkena paku buah keras.

Mar 13, 2011

sesaja.

salam.

uih,, sayang internet putus masa kecoh kat mesir dulu. masa rusuhan. kalau internet ada, mesti aku tau apa yang terjadik.

korang betul2 tau ke?? kalau nak tau betul2, kena tgk video ni.




LOL.


comelnya. geram aku. kan bes kalo ade anak cenggini. at least, adik la. at least, adik sedara la. tapi, sayangnya, takda sapa dalam family aku yg besir ni dah boleh cakap english and jepun. eh, tapi ada la yang boleh cakap english!! tapi dia suka lari dari aku....
-_-"


ni lagi satu...




she's so cute. haha.

wassalam.

Mar 12, 2011

cerpen mikro: suq khalili

     "Maliziy, assalamualaikum," sapanya. aku diam. cuba angguk seikhlas mungkin. aku lelah sebenarnya. lelah melayan perangai penjual arab di pasar khalili ini.

      "Waalaikumussalam," jawabku. aku perasan dia membawa sesuatu. gaya aku duduk yang bagai melunjurkan kaki seperti lubuk duit pula bagi mereka. aku tarik semula kaki rapat dengan tembok. di belakangku orang sibuk mengecat pokok, menghiasi mesir baru.
  
     apa yang baru? entahlah. setakat pokok-pokok yang dicat, apalah sangat kalau rakyat masih miskin, masih pengotor. merata-rata aku melihat orang miskin duduk berteleku meminta ihsan orang. 'Haggah lillah', atau dalam bahasa melayunya, 'Derma kerana Allah'. ah, bukannya aku kedekut. tapi kalau aku hulur duit, habis semua pengemis di situ kejar aku.

     "ismak eh, Maliziy?" dia menegur lagi. memang suka berborak gamaknya. tidak pun, mahu beramah mesra supaya dapat menggilap kasutku.

     "Abrar." aku jawab pendek sahaja. dengan lelah yang mencengkam, aku seperti kehilangan daya mahu beramah mesra. lain kali sajalah kalau mahu berkenalan pun.

     "Kasut kau kotor, Maliziy. tak mahu aku tolong cuci? murah saja," dia mula memasang umpan. maaflah kawan. aku memang tak berminat. lagipun, kalau kasut bersih sangat, tak macho pula.


     dia menarik kembali tawarannya apabila melihat aku tidak memberi sebarang reaksi. aku benar-benar penat. menunggu 'anak-anak' yang belum usai membeli-belah. penatnya...

     "Enta tadris fi masr?" soalan biasa. aku menjawab ya. dia bertanya lagi, dan dengan ringkas aku menjawab aku di kuliah Tibb di Zagazig. dia mengangguk sambil menyedut dalam asap rokok.

     dia hembus perlahan.

     "Aku dulu juga pelajar Al-Azhar seperti kamu," dia mengeluarkan dompetnya dan menunjukkan aku gambarnya. ya, dia pelajar Al-Azhar. dia menggilap kasut di sekitar makam Hussin. kenapa?

     dia menutup dompetnya. sedut lagi. hembus lagi. asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya. "tiada duit," katanya. aku masih diam. malas mahu melayan, walaupun aku agak tertarik dengan ceritanya.

     "Kau tahu, Maliziy, bukan semuanya indah. walaupun aku belajar di universiti yang hebat, tapi akhirnya aku berakhir di sini. bukan senang mahu mencari nafkah. ya, kau dan aku mungkin lebih kurang saja. kekurangan wang. aku tahu, aku juga pernah menjadi pelajar seperti kau. cuma, ya, kau Maliziy. Maliziy punya duit, selalunya." aku masih diam. kasihan pula pada penggilap kasut yang satu ini.

     tiba-tiba ramai pula penggilap kasut yang datang. semua mahu menggilap kasutku. gila betul. aku sudahlah lelah, mahu melayan mereka lagi. hampir saja aku menjerit di tengah-tengah dataran itu. menyibuk betul.

     akhirnya semua berlalu. menyedari bahawa memujuk aku adalah usaha yang sia-sia. sedang penggilap kasut yang sedari tadi ada masih lagi duduk, menghabiskan sisa-sisa rokoknya dengan tenang.

     "5 genih, Maliziy," tawarannya. aku tolak dengan baik. kasutku masih bersih, kataku. dia menggeleng-geleng. cuba membuktikan kasut aku wajar dicuci. peduli apa aku.macamlah aku tidak reti mencucui kasut sendiri.

     aku tolak lagi. dia tawar lagi. "Leyh Maliziy, Leyh? kenapa, Maliziy, kenapa? kenapa kau tak mahu beri aku 5 genih?" aduh, mahu saja aku bangun pergi meninggalkan latar itu. rimas, tahu. akhirnya dia menglaah. bangun dan mencari mat saleh yang melancong di situ. lebih senang ditipu.

     dan penantianku berakhir. 'anak-anak' tiba dengan wajah serba salah, membuatkan musyrif mereka menunggu lama. aku senyum saja. malas mahu mencipta rasa berslah mereka.


     azan asar pun berkumandang dari makam hussin.

menunggu di tepi suq khalili.

mencorak mesir baru.

lagi, mencorak mesir baru.



makam siapa lagi hebat?

salam satu agama.







di atas adalah gambar di makam imam syafie. tak ramai yang datang. kebetula masa ni kami ada jaulah (lawatan) kem makam imam rahimahullah. makam ni agak terpencil, dan tidak ramai pengunjung.

sedih juga. beliau merupakan orang penting dalam sejarah islam. tapi makamnya sangat terabai. seakan tiada penghargaan, sekadar mengharap ehsan saja untuk kekal terus berada di situ. 

makamnya sangat wangi. hati aku seakan disentuh lembut, menyuruh aku menangis mengenangkan dosa yang aku pikul, bertemu imam kami ini. 
apalah aku dibandingkan dengan perjuangan imam syafie.












ini pula makam sayidina hussin. ada pendapat mengatakan ini bukan makamnya. entahlah.
anda boleh lihat, gambar mereka seakan meratap, menyanyi beramai2 seakan satu lantunan lament yg menggetarkan, jelas menunjukkan kesedihan mereka. tiada salah di situ. tapi, di mata aku, yg lemah ni, aku tgk macam taksub pulak. cium2 pintu siap. 

apa bezanya mereka? oh,, husin keturunan nabi? imam syafie juga keturunan nabi! 

sayang, seribu kali sayang. 

tolonglah saudara, jangan taksub begini. sedang di makam nabi pun kita tidak digalakkan begitu, apatah lagi kalau mahu buat di makam lain. mereka juga hamba Allah. bahkan, pencipta mereka lebih layak dipuja begitu. 

wassalam.

Mar 10, 2011

impian korang?

salam satu agama.

pa habaq semua? sihat ka? ha, sapa yang baca sebab nak kondem aku, sila blah. entri aku ni agak serius. haha

"bro, tanya sikit boleh?"

"pa dia?"

"apa impian bro?"

"err, nape tanya sekarang?" (masa ni dah pukul 3 pagi di mesir, pukul 9 di malaysia. bukan waktu yg tipikal utk beramah mesra.)

"saje tanya. kan tv3 ada buat rancangan realiti sejuta impian."

"ooo.. i see. so, apa kaitan dgn saya?"

"nak masuk tak?"

ok yg tu tipu.

"takda la bro. saja tanya. nak tgk pendapat org."
aku tak penah tau pun ada rancangan gini.huhu


huih. secara spontannya, apa jawapan anda, kalau orang tanya, apa impian kita?

jawapan buku teks yg dipengaruhi unsur politik:

"saya mahu membanggakan malaysia dengan mencipta menara paling tinggi di dunia"


jawapan macam baik:

"saya nak tubuhkan masjid banyak2.lawa2. barulah nampak islamik"


jawapan nak menang rancangan realiti ni:

"saya nak bina rumah anak yatim terbesar di dunia. biar semuanya terbela."


berkata tentang impian. siapa yang betul2 ada impian yang murni? bukan semata2 utk diri sendiri? tidak berunsur material?
siapalah yang baik sangat tu kan.
bila org tu tanya, aku diam lama. tak tahu nak jawab macamana.

ye. aku minat musik. minat menulis. tapi aku rasa tak relevanlah kalau aku nak minta studio jamming pulak kan. baik tak payah ambil medic jauh2 kat mesir.

bagi aku, kita pilihlah impian yang boleh jadi nyata, dan relevan dengan kita.

jadi, aku fikir dalam2. aku macam terlupa impian aku ni. lama dah aku simpan. satu pasal bisnes. satu lagi pasal institusi pendidikan.

sudi tak korang baca panjang2 kalau aku tulis? takpa lah. aku tulis jela ye.

bisnes.

bila tgk situasi bisnes mesia, aku pasang impian. impian nak tgk org islam ada rangkain mereka sendiri. macam al-arqamlah kot. tp lebih hebat, dan tak sesat. huhu.
kan seronok kalau kita jumpa pasaraya yang jujur, tak ambil untung lebih, supaya org yang kurang berkemampuan pun dapat merasa hidup selesa. apa salahnya kita kongsi sama2 rasa selesa, kan. so, kalau takda org yang nak buat, apa salahnya kalau aku yg buat?

tp tiba2 aku amik sains taim sekolah rendah. babai, pasaraya murah!


sekolah.

ya, sekolah. bukan sekolah biasa. aku nak bina sekolah seni. institut pengajian seni islam malaysia. tak ke indah nama tu. (janganla korang buat singkatan IPSIM. memangla bunyiknya tak sedap.)

bila orang jalan2 bawak gitar, apa pandangan korang?
stedi la brader! rock! suksess! suksess!


stylo siak mamat tuh.


walawei dia pandai main gitar!!!


bajet la plak. macam dia sorang ada gitar. nak show off la tuh.


rosak akhlak mamat ni. gitar kan melalaikan!


macam2 persepsi masyarakat. bukan gitar jelah, sume jenis alat musiklah.
lagi2 orang surau.
mereka melihat orang2 macam ni seakan orang yang lupa agama.
jangan salahkan orang surau. salahkan mereka yang majoritinya memang begitu.
dia ni baik. tak nampak ke pada keayuan kebaikan di wajahnya? ahaha


kenapa mereka yang suka seni banyak yang jauh dari agama?
bukan ke seni tu salah satu keagungan tuhan?

maka, aku pun pasang impian besar. aku nak buka satu institusi seni. suma jenis senilah!
musik.
melukis.
menulis.
menyanyi.
khat.
tilawah.
photoshop
wuiyooo bes betul kalau ada institusi macam ni.

setiap yg ambik satu course (musik, sebagai contoh.), kena ambik jugak subjek2 lain ni sebagai basic.
al-quran subjek wajib.
sejarah seni dan islam (sapa nak buat buku teks utk aku?) kena belajar.

dan penekanan ciri2 islam dalam kampus. means, no ketat2!! no rokok2. hisapla rokok, aku buang kolej!!!
anak2 muridku, janganlaa hangpa dok menyanyi sakan macam depa ya. biasa2 sudah. huhu.


tapi, tak semudah itu. mana nak cari pensyarah2 dalam bidang2 ni yg berkelulusan dalam bidang masing2?
senang?
tak tak. korang tak faham.
mana nak cari mereka yg berpendidikan begini yang nak sokong impian aku?
yang mana aku percaya, setiap profesion perlu ada pakarnya,
dan ada fikrahnya.

ini tidak. ramai mana sangat pemusik yang ada lulusan ijazah betul2?
lagi penting, ramai mana antara mereka yang tak ramai tu yg berfikir tentang islam?

fuhh, jenuh nak carik. malaysia dah cop, musik dan seni itu utk orang lagha semata. yeke?

so, sapa nak tunaikan impian aku ni?

apa pun impian kita, biarlah kita kejar baik2. dan biarlah ada pulangannya untuk islam. berfikir matang sikit. kita kan dah besar. takkan nak fikir untuk diri sendiri je. kamonlah. macamana umat nak maju. ni tak, asyik nak kondem orang yang buat kerja, bukan nak tolong. huhu.

entri ini sangat panjang. dan bosan. sapa yang dah habis baca tu tahniahlah.

ps: belog aku ni lebih selesa dibaca kot. tona warna dah terang. taknak dah gelap2 macam dulu. background belakang pun tak serabut. harap kome sume lebih puas hati la ye.

lagi, aku ade taman hewan. dah tengok? ahha..

dan lagi, aku ada buat slideshow gambar yg aku dah edit, kat bawah sikit. kalau sudi tengoklah ye..=)

senanye kan, aku rindu nak nasyid. tapi sini takda geng. sapa nak geng ngan aku? huhu. seriously.

wassalam.