Pages

Mar 12, 2011

cerpen mikro: suq khalili

     "Maliziy, assalamualaikum," sapanya. aku diam. cuba angguk seikhlas mungkin. aku lelah sebenarnya. lelah melayan perangai penjual arab di pasar khalili ini.

      "Waalaikumussalam," jawabku. aku perasan dia membawa sesuatu. gaya aku duduk yang bagai melunjurkan kaki seperti lubuk duit pula bagi mereka. aku tarik semula kaki rapat dengan tembok. di belakangku orang sibuk mengecat pokok, menghiasi mesir baru.
  
     apa yang baru? entahlah. setakat pokok-pokok yang dicat, apalah sangat kalau rakyat masih miskin, masih pengotor. merata-rata aku melihat orang miskin duduk berteleku meminta ihsan orang. 'Haggah lillah', atau dalam bahasa melayunya, 'Derma kerana Allah'. ah, bukannya aku kedekut. tapi kalau aku hulur duit, habis semua pengemis di situ kejar aku.

     "ismak eh, Maliziy?" dia menegur lagi. memang suka berborak gamaknya. tidak pun, mahu beramah mesra supaya dapat menggilap kasutku.

     "Abrar." aku jawab pendek sahaja. dengan lelah yang mencengkam, aku seperti kehilangan daya mahu beramah mesra. lain kali sajalah kalau mahu berkenalan pun.

     "Kasut kau kotor, Maliziy. tak mahu aku tolong cuci? murah saja," dia mula memasang umpan. maaflah kawan. aku memang tak berminat. lagipun, kalau kasut bersih sangat, tak macho pula.


     dia menarik kembali tawarannya apabila melihat aku tidak memberi sebarang reaksi. aku benar-benar penat. menunggu 'anak-anak' yang belum usai membeli-belah. penatnya...

     "Enta tadris fi masr?" soalan biasa. aku menjawab ya. dia bertanya lagi, dan dengan ringkas aku menjawab aku di kuliah Tibb di Zagazig. dia mengangguk sambil menyedut dalam asap rokok.

     dia hembus perlahan.

     "Aku dulu juga pelajar Al-Azhar seperti kamu," dia mengeluarkan dompetnya dan menunjukkan aku gambarnya. ya, dia pelajar Al-Azhar. dia menggilap kasut di sekitar makam Hussin. kenapa?

     dia menutup dompetnya. sedut lagi. hembus lagi. asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya. "tiada duit," katanya. aku masih diam. malas mahu melayan, walaupun aku agak tertarik dengan ceritanya.

     "Kau tahu, Maliziy, bukan semuanya indah. walaupun aku belajar di universiti yang hebat, tapi akhirnya aku berakhir di sini. bukan senang mahu mencari nafkah. ya, kau dan aku mungkin lebih kurang saja. kekurangan wang. aku tahu, aku juga pernah menjadi pelajar seperti kau. cuma, ya, kau Maliziy. Maliziy punya duit, selalunya." aku masih diam. kasihan pula pada penggilap kasut yang satu ini.

     tiba-tiba ramai pula penggilap kasut yang datang. semua mahu menggilap kasutku. gila betul. aku sudahlah lelah, mahu melayan mereka lagi. hampir saja aku menjerit di tengah-tengah dataran itu. menyibuk betul.

     akhirnya semua berlalu. menyedari bahawa memujuk aku adalah usaha yang sia-sia. sedang penggilap kasut yang sedari tadi ada masih lagi duduk, menghabiskan sisa-sisa rokoknya dengan tenang.

     "5 genih, Maliziy," tawarannya. aku tolak dengan baik. kasutku masih bersih, kataku. dia menggeleng-geleng. cuba membuktikan kasut aku wajar dicuci. peduli apa aku.macamlah aku tidak reti mencucui kasut sendiri.

     aku tolak lagi. dia tawar lagi. "Leyh Maliziy, Leyh? kenapa, Maliziy, kenapa? kenapa kau tak mahu beri aku 5 genih?" aduh, mahu saja aku bangun pergi meninggalkan latar itu. rimas, tahu. akhirnya dia menglaah. bangun dan mencari mat saleh yang melancong di situ. lebih senang ditipu.

     dan penantianku berakhir. 'anak-anak' tiba dengan wajah serba salah, membuatkan musyrif mereka menunggu lama. aku senyum saja. malas mahu mencipta rasa berslah mereka.


     azan asar pun berkumandang dari makam hussin.

menunggu di tepi suq khalili.

mencorak mesir baru.

lagi, mencorak mesir baru.



11 comments:

Harishah Halim said...

saya kena charge RM40 dengan pakcik teksi yang patutnya RM30 je masih mampu diam x melawan. aihhh camne nak keras ni?

tgk beggars, org jual2 tepi jalan, lg kesian. T___T

Syaef said...

masukkan maksud yang lebih mendalam. Baru lagi berfikir~

sarkastik pun ok ape.

MUJA said...

lahh ending die mcm tu jeee ?

nemesis3891 said...

lah.. aku saje nak cerita.. yg korang semangat sgt nape... hahahaha...

anyway, aku ni biase2 je. tgah belajar nak tulis berat2. lebih selesa tulis ringan2. macam makan keropok dgn teh petang2. santai je. huhu.

aku just nak tekankan pasal graduan al-azhar tu je. ada pengajaran tersendiri. tp korang fikirlah sendiri. korang kan dah besar.

time kasih komen. lain kali aku cuba buat better...=)

Norashikin Abdullah said...

peh pnulisan blog smkin mntap...
jeles plak..siap ade saving mode lg..hehe

chencheung said...

kesian la kt mamat tu.

nemesis3891 said...

akhirnya... ada pun yg kesian dgn mamat tuh.. hahaha....

penulisan makin mantap apenye ekin... takyah aaa perli2...

save the world!!

afiq zulhilmi said...

menarik..tetapi terlalu ringkas...
cam ad part yg tertinggal je ni..

nemesis3891 said...

boq jangan nak mengada... takkan la aku nak cerita jugak part,

"tolonglah aku.. aku ada anak2 nak sara... belilah.. ok ok.. kalaulah, kalau ko nak beli, ko nak berapa??"

part ni biarlah rahsia, boq...

hilmi said...

dulu mamat tu kuliah ape kt al-azhar?

nemesis3891 said...

tak sure pulak.. agama la kot..