Pages

Jun 7, 2012

fokus dan kebergantungan [fixed]

salam satu agama.


yasmin tidur. luls

*entri ni telah ditambah sikit kat bawah ye.

yep. Yasmin Mogahed. kebarangkalian korang dah tahu benda ni amat tinggi, memandangkan aku dgn eksaitednya letak gambar-gambar program kat FB.

tapi sayang kalau share gambar, tapi tak share pengisian. well, kalau ikutkan ramai je pegi, biar diorang jelah yang bagi. huhu. tapi apa salahnya kan. just trying to do my role.


Siapa Yasmin Mogahed?

dia bukan siapa-siapa. hanya seorang manusia biasa macam kita. sebelum pergi tu pun, aku tak kenal langsung siapa dia. just pernah baca satu entri dari website dia. and sangatlah... awesome.
simple yet membuka minda.
kalaulah tak diajak oleh si Eimad, memang tak pegi dah kot. Alhamdulillah.

jadi, siapa dia? kenapa dia macam hebat?
orang akan nampak hebat bila fokusnya betul (merujuk pada entri yang lepas). dia jelas fokusnya, jelas matlamat, dan dia jadi manusia yang hebat.
semua orang boleh jadi macam dia sepatutnya. tapi dengan peranan masing-masinglah. siapa jadi pelukis, pelukis yang betul matlamatnya, jadi wartwaan, yang jelas fokusnya. jadi pencuci kasut yang jelas visinya.

dan fokus yang utama, yang paling penting adalah akhirat sana.
itu yang saya (skema) ada pada diri Dr Yasmin ni.
respek, bagaimana beliau dapat datang 15 minit lebih awal sebelum program bermula.
even peserta pun tak penuh lagi masa tu.
respek bagaimana dia menjawab persoalan-persoalan yang ditujukan dengan berhemah.
respek bagaimana dia menggunakan bahasa yang mudah untuk memberikan faham yang mudah kepada pendengar. padahal duduk US beb.
tidaklah saya obses, cuma saya rasa moleklah kalau orang sebegini yang kita jadikan contoh.

sebelum kami pulang, ada dua orang kawan saya yang terlambat datang, ada problem sikit. waktu dia sampai zamalek, program tu dah habis pun. sebabkan kesian, saya pun berkejaranlah bawak diorang ni jumpa Dr Yasmin. mujur sempat.
mereka (eh, kami) bergambar dan diorang bagi sejambak bunga kat Dr Yasmin. bunganya cantik, cuma gubahannya kurang kemas. seganlah nak bagi bunga macam tu pada orang hebat kan. tapi dah  didesak, diorang bagi jugaklah.
and Dr Yasmin was like, "awwwwww, thank youuuuu!!!"
bagaimana beliau menerima hadiah dan menghargainya. respek.

Hope And Future of Egypt

terpaksa curik gambar murt sebab dia tak bagi yang ori.

cantik bagaimana beliau bawa tajuk yang sedemikian sehingga menjadi sangat umum. kerana persoalan hati ini bukan persoalan suatu kaum mahupun sekadar satu negara. tidak.ini persoalan yang berlegar di sekitar hubungan hamba dengan penciptanya. jadi persoalan Hope dan Future ini bukan persoalan skop kecil, di mesir saja, tapi di setiap jihat yang ada tubuh seorang Muslim.


Fokus dan Kebergantungan

saya taknak bawak semua benda yang ada dalam lecture tempoh hari. tak best lah. korang boleh baca sendiri nanti.

yang saya nak tulis di sini adalah isi yang saya dapat.

fokus kita.
kenapa kita menyokong parti-parti politik tertentu untuk memimpin negara?
kenapa rakyat mesir turun ke medan tahrir protes beramai-ramai?
kenapa tidak hanya tunduk taat kepada Mubarak sepertimana 30 tahun yang lalu?

adakah jawapan persoalan-persoalan ini, betul?

sebab Mubarak zalim!
sebab kami mahukan keamanan.
sebab kami mahukan negara yang stabil.
sebab kami mahukan Islam.

fokus kita - umat islam yang sepatutnya adalah Islam itu sendiri. tidak kisahlah parti politik yang mana, tidak kisahlah bagaimana caranya.

apa benar perjuangan yang digembar-gemburkan selama ini adalah kerana Islam? berapa ramai rakyat mesir sendiri memandang Islam yang mungkin akan dibawa Ikhwan itu rumit, menyusahkan. bahawa Islam itu sendiri adalah kolot.
bermakna perjuangan sebahagian daripada mereka salah. salah fokusnya.
dan ingat, bila salah fokus kita, kita akan terkandas.



di mana kebergantungan kita yang sebenar?
pada parti politik semata-mata?
pada, demonstrasi di jalan beramai-ramai?

salah apabila kebergantungan kita pada asbab. sebab asbab itu adalah adat. adat tidak semestinya essential.
contoh- adat api itu panas. tapi tidak bermakna api tidak boleh menjadi sejuk. ketika Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api neraka, Allah memberi firman yang mafhumnya lebih kurang begini:

"sejuk dan sejahteralah kau ke atas Ibrahim"

see? api tidak semestinya perlu sentiasa panas. sebab itu jangan sesekali bergantung pada asbab. analogi lain. 


"In His very first meeting with Musa (AS), Allah commanded him to throw his staff.  Musa was asked, “Ma tilka bi yaminika ya Musa?” “What is in your right hand, oh Musa. And so Musa replied,

“It is my staff, I lean on it…” (Quran 20:18) Musa was leaning on the asbab, so Allah commanded him:

“Throw it, ya Musa” (Quran 20:19) He was depending on his staff, so Allah told him to throw it.

Brothers and sisters, we need to throw our dependencies on who takes office and who doesn’t, who gets worldly justice in court and who doesn’t. We need to throw our dependencies on the asbab. Realize that is very different that throwing the asbab, completely. Nakhuth bil asbaab, wa lakin lan tatawakal alal asbab: We still take part in the asbab, but never, ever depend on it.

Like Musa (AS) we need to throw the staff."


petikan dari lecture haritu. kita tidak perlu bergantung pada asbab, kita guna. kita guna politik, demonstrasi, apa jua, tapi bukan kita bergantung pada parti politik itu sendiri, bukan taksub, kerana absolute goal  (mandai je rosakkan english) adalah Allah.
bimakna, menggunakan asbab tersebut untuk mencapai Allah tidak mengapa, tetapi jadi 'jatuh cinta' pada asbab itu sendiri yang menjadikan sesetengah daripada kita tersalah langkah.

kita nak bina rumah. kita pakai paku, tukul, macam-macam lagi. adakah kita akan sayang pada tukul tersebut? tidak, sebab gunanya tukul itu untuk mencipta rumah yang selesa untuk kita duduk, maka rumah itu yang kita sayang, bukan tukul.
begitu jugak dengan dunia dan akhirat. dunia hanya jambatan, checkpoint menuju akhirat. waktu di dunia ini adalah penentu ke mana kita di akhirat nanti. banyak amalnya-ke syurga. buruk tingkahnya-ke neraka. adakah kita patut jatuh cinta pada dunia? tidak. kerana dunia hanyalah jambatan kita ke akhirat.

letakkan tawakkal kita pada tempat yang sepatutnya.
dan saat tawakkal kita betul pada letaknya, pada Allah, barulah kita nampak resultnya. selepas dicampak tongkat nabi Musa, barulah terbelah laut merah. barulah siapnya rumah.


 jumpa kat luar. sempoi je jalan dengan member. padahal orang femes.

so, in a nut shell,
fokus kita= Allah.
kebergantungan kita, bukan asbab, bukan means, tapi Allah jugak.

babai. malas nak tulis panjang-panjang lagi. hehe.
for the lecture, boleh baca di sini dan boleh dengar di sini.

problem?


 *andai kata ada yang tak faham, boleh tanya. sebab tidak semestinya apa yang saya cakap ni betul. yelah, saya pun masih belajar lagi kan. ini pun ditulis atas pemahaman semata-mata. mungkin jugak ada yang kurang jelas sebab analogi yang saya guna tak 'cantik', apa pun, sila komen ya!


wassalam.
(kalau rajin den sambung lainkalilah yo?)

8 comments:

ariff haikal said...

sedih ana tk diajak!

Anonymous said...

Alhamdulillah setakat nih ana paham (walaupun enta rosakkan english skit :P - tapi betol lah penggunaan enta tuh. xsilap pon hik hik)

entri nih buat aku blajar benda baru. tq abror. & tq to Allah too sebab menggerakkan hati aku ke sini (bukan asbab blog nih blog abror sampai aku rajin nak gerak ke sini tau :P)

tulis lagi kalo ada input baharu. ana tetap menunggu! #woha

from - takmau bagitau nama betol. nanti komen aku xdipandang :P chewahhh

*ROAR*

fikrahuddin said...

sape ni ye. -_-
haha, anyway, cuma kongsi dari apa yg aku dengar. so, takleh nak bangga. (tak ori)

lain kali datang boleh la tinggalkan jejak nama sekali. apa salahnya.




haikal, saya pun diajak orang je. hehe

Izzati Hashim said...

Salam alaik.

*Jealous*

Kecewa la juga tak dapat nak pergi. Buat dekat Cairo, budak2 muhafazah yg dtg. -.-

Mcm yg Abrar tulis, kawan2 akak yg pergi tu memg semua bercerita, cakap memg Yasmin ni seorang yg bagus. (=

fikrahuddin said...

memang ramai gila org melayu yg pi. kawan akak la kot yg belambak tu. hehe.

takpelah. peluang jumpa live tu satu nikmat, tp isi lecture dia boleh je akak dapatkan kalau ilmu yg kita cari.

Izzati Hashim said...

True!

Ilmu yg kita cari, dan dapat peluang bertemu itu satu bonus.

Allah.
(=

Saya said...

salam.
aku ni slow reader..
kalau boleh ko translate semua speech dia...

haha~

fikrahuddin said...

haha. itu saya malas.
maap!