Pages

Jan 5, 2014

Hang Kapiaq!

Salam. er, satu agama (dah lapuk).


Belakangan ini timeline saya di FB (foreign body) kecoh dengan JAIS 'serang' Kristian dan Benz Ali 'munafik'.

Haruslah kot saya beritahu bahawa sebelum saya menulis, sudah beberapa kali saya menggeleng kepala, sejak semalam.

Saya geleng kepala kerana resah. Resah melihat pendapat dan 'pegangan' yang dilontarkan oleh saudara Benz Ali. Sejujurnya saya tidak bersetuju dengan kebanyakan perkara yang disebutkan oleh beliau, tetapi saya tidak berniat untuk memberi komentar dalam hal itu.

Cuma saya risau, adakah ramai manusia seperti beliau? Kerana tidak silap saya, banyak perkara yang disebutkan oleh beliau menyentuh bab akidah.
Adakah ramai umat Islam yang skeptik terhadap 'geng usrah tarbiyyah' yang mempunyai suara hati yang serupa?
Adakah akidah saya juga begini?

Nauzubillah. Saya harap tidak.

Saya geleng kepala kerana risau. Selepas ini, diskusi-diskusi ilmiah akan dipandang sinis dan jelek oleh masyarakat. diskusi sebegini akan dijauhi, dan tidak dimakmurkan, dengan alasan kononnya diskusi ilmiah yang membincangkan perkara kritikal melahirkan golongan yang berfikiran liberal dan sekular.

Saya juga geleng kepala melihat pelbagai reaksi orang. Tajuk video yang saya lihat menyebut beliau sebagai seorang munafik, hina nabi dan sebagainya.


Mudah untuk kita menuding jari dan mengkafirkan orang. Bahkan lebih mudah untuk melakukannya di FB.
Tetapi bukan itu suruhan nabi. Kan?

hang kapiaq!


Sebenarnya ini adalah tamparan buat kita.
Konon-kononnya tahu agama.
Konon-kononnya berusrah.
Konon-kononnya ke kuliah agama.
Konon-kononnya berjemaah. berukhuwah. bertarbiyyah.

orang seperti mereka ini lahir kerana mereka berfikir. ya, mungkin, apa yang mereka fikir dan pegang tidak betul. atau setepatnya, tidak kena dengan pendirian kita.
Lalu lahir figura-figura yang berani menempik suara mereka ini biarpun berbeza ideologi dengan masyarakat umum.
Kita cukup kenal dengan nama seperti Kassim Ahmad, Irshad Manji, dan macam-macam lagi.

Kita tuduh mereka sosialis, liberal, KAFIR, anti-islam, sekular, sesat dan berbagai-bagai lagi.

tetapi jika ditanyakan kepada kita, apa itu sosialis, kita tergagap ingin mencuba menjawap. Sedang mereka ini fasih sekali berbicara soal ideologi dan perkara-perkara kritikal.

Kita yang kononnya punya fikrah islamiyyah yang jelas ini, selesa di dalam usrah berbincang soal-soal fiqh, akhlak dan ukhuwah saja. tidak berani menyentuh sedikitpun mengenai ideologi dan pemikiran seperti yang mereka-mereka ini baca dan bincangkan.

Kita tidak mahu membaca karya falsafah barat, tetapi adakah kita mengkaji dan membaca tulisan ahli falsafah Islam?

Kita katakan mereka ini berdiskusi tanpa disiplin ilmu (personally, saya juga berpendapat begitu), tetapi adakah ketika mereka berdiskusi, ada ustaz atau golongan yang faham agama turun padang bersama mereka untuk berdiskusi dan menunjukkan mana salah mana benar?

Bahkan kita yang konon-kononnya reti agama ini duduk di rumah, menghadap laptop masing-masing dan kafir-mengkafirkan manusia di FB.
Kemudian main game. Kemudian buka 9gag. Kemudian tonton filem.

Saya jemu melihat pergaduhan demi pergaduhan yang berlaku. Perangi syiah, perangi Kristian, Perangi liberal.

Kita ajak berperang dengan mad'u kita. Astaghfirullah.

di kala mereka yang kita kafirkan ini mencari ilmu, kita pula meninggalkan buku-buku dan sibuk leka bermain facebook.

Mereka, saya dan kita hanyalah manusia. Dan selayaknya bagi manusia itu mencari kebenaran. Mungkin mereka yang kita 'kafir'kan itu dalam perjalanan mencari kebenaran, lantas kita yang konon-konon lebih tahu ini tolak mereka ke neraka.

Seandainya benar mereka ini tersesat ketika perjalanan, jika benar mereka ini berdiri di tepian neraka,
maka anda, kita, yang tahu ini, pimpinlah.
bukan menghukum.

Mengkafirkan seseorang itu mudah.
Mengislamkan seseorang itu cabaran dan suruhan nabi tercinta.

Pilihlah.

*Dulu masa on the way pegi kedah naik bas, pemandu bas tu marah sorang Arab ni (panjang gila kalau nak cerita apa jadik). Pastu orang Arab tu istighfar, selawat.
pastu pemandu tu mengamuk, "Hang muhammad muhammad apa? Hang kapiaq!"

Mudah sekali mengkafirkan. Hehe.