Pages

Jun 4, 2012

tersadung dalam perjalanan

salam satu agama.




panda is happy!



jauh perjalanan kita seorang hamba.
sebenarnya apa yang kita kejar dalam perjalanan ni?

teringat satu persoalan yang timbul masa oral tadi.
rasa nak quit je medik. dah la belajar susah, exam susah, gaji tak berbaloi, kerja nanti takda masa untuk benda lain. jadi mana pulangannya?
tiada.
kalau dunia yang kita kejar.

selalu je kita terlupa apa asal tujuan kita. termasuk la aku pun. kenapa ambik medik? is it just as simple as 'gaji besar' atau 'mak suruh'?
tak.
ambiklah apa pun. engineering, lagi harem. law pun, sapa kata senang? art pun, mudah ke? tak. takda yang mudah dalam dunia ni. dan itu yang menarik sebenarnya.



sebab tulah tuhan melihat usaha. bukan natijahnya.


waktu kita balik kampung. selangor ke kedah contohnya. naik kereta ramai-ramai, adik beradik hambik 8 orang, kemain meriah keluarga kau. naik kereta sederhana besar. mesti annoyed gila dengan perangai masing-masing. sorang nak tidur. sorang menyakat adik. sorang buat hal sendiri, berangan. sorang menyanyi. sorang nak layan avatar (assuming ada TV dalam tu lah) tak pun lilo and stitch. Ohana means family!
fokus kita lari kepada perangai masing-masing, bukan balik kampung tu sendiri. lalu si ayah pun marahlah anak-anak yang bising kat belakang nu. kenapa? sebab tumpuan dia terganggu. dan hilang tumpuan menyebabkan hilang rasa seronok nak balik kampung lalu rasa penat je.

begitu jugak kita dengan dunia. fokus kita hilang. bukan lagi akhirat. mengejar atau fokuskan diri pada yang samping-samping saja. tu jadik penat tuu. jadik fedap.

exam pun dah separuh jalan. ayuh betulkan balik niat. kenapa kita belajar?
bukan ke belajar/menuntut ilmu tu membawa kita kepada kenal pada tuhan?


tersadung

kena pulak macam exam biochemistry semalam. eh, kelmarin. susah harem. tu tak kira pulak physiology. tahun ni scary betul. semua susah! macam nak nangis je dalam dewan exam. terdengar sayup-sayup lagu raya. haih. takut jugak kalau kena dur thani pastu tak boleh balik raya. haha.

itulah dugaan dalam perjalanan. kita akan kalah kalau salah tujuan kita.

kenapa kita kejar mumtaz? kenapa kejar title yang hebat-hebat?

aku nak lulus je do. cukup la.

ya. aku pun. dapat lulus pun syukur. tapi kalau boleh biarlah result tu power sikit. power pun bukanlah untuk berlagak. power ni untuk ummah!
kenapalah mindset kita, Melayu Muslim selalu puas hati dengan yang paling minima. itu masalah kita.

teringat petikan kata-kata CEO (memandai je aku petik CEO) Awakening Records. kenapa mereka boleh berjaya? sebab mereka mencari dan mencipta kualiti. bukan 'ala kadar janji siap'.
nak bersaing di peringkat global, nak bersaing dengan zionisme, dengan ala kadar je? cukup ke?

dalam setiap perkaralah, bukan belajar je. akhiri dengan cantik.
ucap syukur seulas dua,
tadah tangan dan pinta,
kerana Dia Maha Memberi Kurnia.

wassalam.
ps: layan lagu ni sekaloih! sedap kot~
pps: sangat sikoh entri ni. bosan bosan!








 
 eh apa ni? >.<


6 comments:

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Salam Meneruskan kehidupan sebagai pelajar dan hamba Allah di muka bumi...

Perlu jelas ViVaMOS kita ...iaitu

Vi = Vision Kita

Va = Value yang ingin kita gunakan

M=Mission kita

o= Objektif perlaksanaan Misi dan Visi Kita

S = Apa strategi yang kita gunakan...

Belajar bukan untuk kerja semata-mata tetapi untuk ilmu dan kuncinya bagi membuka segala ilmu lain yang pelbagai.....

Salam Belajar dgn Kepayahan....bila dah grad nanti, akan ada rasa kebanggaan dan kepuasan dengan apa yang telah kita lakukan...

amalina hanifah said...

sedap entri ni. slrpp. *ala-ala mkn derian

fikrahuddin said...

ko sorang je makan derian macam baca blog. huhe

Anonymous said...

wei gua skang ni tengah amik stpm n minat sangat nak belajar medik... Bukan nak glamour tp niat nak guna ilmu medik utk merawat umat islam yg cedera di medan tempur... Wahh cam skema gila... Tp tu la hakikatnya... Cuma rasa cam xconfident la dgn result nanti sebab exam cam susah gile... Dah study tp susah nak ingat, especially bio ygbanyak sangat istilah spt krebs cyclela , photosystem la.. Blablabla...adakah sy tergolong dlm kalangan orang2 yang lembap @ dlm golongan melayu islam yg kerjanye nak senang je mcm yg saudara mention td... Pls i need to know what u think?

fikrahuddin said...

sori lambat sangat respon, tak perasan ada komen baru. hehe.

gini, betul ke minat medik?
kalau ada solid reason untuk ambil medik, then, go on. tapi ingat, jangan separuh jalan! dan andai kata pun nanti terkandas separuh jalan (nauzubillah), ilmu tetap ilmu. pengalaman tetap pengalaman. cuma rezeki kita bukan di situ.

kalau takda solid reason untuk ambil medik, maka carik alternatif lain. bukan medik je boleh tolong umat Islam. betul tak?

tapi kalau betul nak amik medik walau tahu hakikatnya susah, maka selau2 ingatkan diri nanti, kenapa ambik medik dulu. ingat sebab, ingat Allah. insyaAllah dibantu.

Anonymous said...

Terima kasih