Pages

Dec 8, 2012

Beruk dapat nama

salam satu agama.




dulu bila belajar kat sekolah, kita haruslah membezakan 'yang hak dan batil', 'mana betul mana salah', tak sangka rupanya praktiknya sungguh-sungguh sukar.
tak sesiapa pun terlepas dari ujian memisahkan kebenaran dan kebatilan ni.
sealim mana pun anda. sebangsat mana pun saya.

jika pilihannya ketika tidak mengantuk, sama ada mahu membaca al-quran, solat malam, dan berzikir, atau mahu layan movie, lepak, dan main game, mana satu pilihan kita?

Solat malam? Pfft. Pehlis. Oh tapi saya bersangka baik. anda mungkin. saya berat sikit.

dan pucuk pangkal permasalahan ini bermula dengan hati. hati yang kotor yang tidak dilazimi dengan pembersihan nurani secara berkala. sedang kereta pun kena selalu dibasuh, apatah lagi hati.

kalau belajar medik, hati ni tempat 'penapisan' segala toksik dan benda-benda yang tak diperlukan dalam badan. contohlah kalau makan drugs banyak sangat, yang akan rosak pasti hati. uiks, kalau fakta ni salah minta maaf~

begitulah juga dengan rohani kita. dosa dari mata, dosa telinga, dosa kaki, semuanya ditapis ke hati. mata mungkin terima tempias, tapi efek paling menampakkan kesan adalah hati. hatilah yang akan kotor, akan gelap, akan kotor.
dan hati yang kotor inilah yang menyebabkan kita susah nak jaga solat, susah nak baca al-quran, susah nak jaga persahabatan kita. susah!


Zagazig dan Thaurah

saya taknak ulas panjang, sama ada anda patut menyokong Mursi, atau menolaknya. kang kalau kita berbeza pendapat, tak pasal-pasal kena cop sekular ke, liberal ke ape.kang ada jugak yang kata saya berjaya dihasut oleh agenda pihak-pihak tertentu. haish.

yang den nak ulas ni, adalah thaurah di Mesir sebenarnya.

punca, punca pertama sekali sebenarnya, wujud ketika 'jaman revolusi' yang lalu.
ketika itu dunia digemparkan dengan kematian petani (kot) di Tunisia yang membakar diri sendiri tanda protes. senanye den pun dah tak ingat sangat tapi lebih kuranglah. huhu.
dan ketika itulah Domino Effect berlaku berleluasa di kawasan Timur Tengah. Mesir, Jordan, Syria. tapi alhamdulillah, Jordan kembali aman setelah beberapa krisis. manakala negara-negara lain yang mengalami proses 'revolusi' sebenarnya tidak pernah aman kembali.

menyuarakan pendapat tidak salah. keganasan itu yang salah. memetik kata-kata Mursi sendiri berhubung kes sekarang, dalam temu ramahnya dengan Times kot, mafhumnya (nak quote tak ingat la pulak, tapi lebih kurang beginilah)
"saya tidak menghalang mereka untuk menyuarakan pendapat mereka. itu bagus. yang saya halang adalah pihak-pihak yang cuba mencetuskan provokasi, mengambil kesempatan ini untuk melakukan keganasan ke atas pihak-pihak tertentu"



masalahnya, minda rakyat Mesir ini sudah ditanam bahawa rusuhan adalah teman baik mereka. segalanya boleh selesai dengan melakukan rusuhan.

ingat lagi, awal tahun ni, ada perhimpunan menuntut naik gaji kot. ape tah. macam PIBG je. haha. takkanlah nak mintak naik gaji pun nak berhimpun, buat kecoh? dan siapa yang nak bagi mereka naik gaji masa tu? pilihanraya pun belum lagi!

satu dunia bertepuk tangan kononnya apabila mereka berjaya menjatuhkan Husni Mubarak yang zalim itu. tapi cara mereka melakukannya bukanlah dengan cara yang terbaik.
bak kata imam besar As-Syahid Hassan Al-Banna sendiri, kalau tak silap,
"Ikhwan tidak akan melakukan rusuhan. tapi suatu hari nanti rakyat pasti akan bangkit sendiri sekiranya kezaliman ini berterusan".

ya, benar. akhirnya rakyat bangkit. tapi point saya di sini adalah mengapa Hassan Al-Banna tidak mahu melakukan rusuhan. mudah, kerana itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik.
pernahkah Rasululllah mengajar kita kalau nak achieve something, buat apa je yang boleh buat janji dapat? buat je rusuhan kat kafir quraisy tu! ada?
tidak.
cara Rasulullah biasanya lebih damai. lebih harmoni. mencari kawan, bukan lawan.

ya, mungkin ketika itu mereka terdesak, sepertinya tiada jalan lain untuk menjatuhkan pemimpin mereka yang satu ini. kakinya berakar di kerusi kuasa, mungkin.

tetapi malangnya, mereka menjadikan itu sebagai langkah primer mereka dalam mendapatkan apa jua perkara yang mereka inginkan.


ingat, saya cakap tadi, saya takda masalah dengan perhimpunan, tapi tak suka pada keganasan!

hari ini, sekali lagi, hampir mencecah dua tahun sebenarnya, Zagazig bergolak lagi. ironinya, rakyat (di Zagazig terutamanya) kini membantah pula Presiden yang 'agung' ini, yang mereka undi sendiri.
apabila saya bertanya rakyat sini, ramai yang menyokong, tapi sepertinya lebih ramai yang tidak bersetuju dengan Mursi. kenapa? haaa tanya depa sendiri. dan kebanyakan daripada mereka sebenarnya bukanlah geng bas sekolah Fulul Mubarak, tetapi mereka yang pada awalnya, juga menyokong Mursi.

tak kisahlah.
saya orang luar. saya malas mahu campur. jangan aku kena balik mesia lagi sekali udah. serik!

cuma, rusuhan kali ini, walaupun katanya tidak seramai yang dahulu, tetapi kelihatan seperti lebih teruk pula. menyatakan pendapat mereka yang tidak bersetuju dengan Mursi tidak salah, tetapi melihat pada batu-atu yang berserakan di jalan, nak taknak ada jugaklah kot sebijik dua batu yang dibaling ke arah pihak berkuasa yang menjaga keamanan. tadi pun, waktu nak balik rumah, kebetulan lalu kawasan yang 'panas' sikit, kelihatan anak-anak muda yang melepak, pasca rusuhan, berserakan di jalan raya, ada yang main api, ada yang tutup muka taktahan tear gas, dan sebagainya.
dan baru saya sedar, kebanyakan yang 'turun padang' ini adalah orang muda!

kalau sebelum ni saya berbual dengan pakcik teksi, dokter gigi, mereka tidak bersetuju dengan Mursi. iyalah, mereka mungkin bependidikan, maka mereka ada pendapat mereka sendiri.
tapi anak-anak muda yang melepak di dataran, pasca rusuhan ni, tampaknya, quoting Haziq Aiman,
"mintak maaf cakaplah, nampak macam orang bodoh je semua".
memang pun. masing-masing yang turun tu, mungkin separuh betul-betul mahu menyatakan rasa tidak setuju, sebaliknya yang lagi separuh tu hanya mahu buat kecoh.

saya taknak menuding jari siapa punca, siapa salah dalam hal ini. takut tak cukup jari nak dituding nanti.
tapi saya kesal, pemuda dari tanah para anbiya', bumi bersejarah, di akal mereka masih di takuk lama, masih 'terpenjara' dengan kebodohan, bahawa jalan penyelesaian paling utama adalah melalui keganasan dan porak peranda.

 ambil dari fesbuk.
banyak gila amaun tear gas depa guna kalini.
teringat kat murt dengan suhayl.


jalan ni area kuliah kami. tutup habis dah. sape jiran Mursi, ambil saham sekali la sekuriti free. hehe
esok unibersitas kami cuti,sebab kekecohan yang berlaku dekat sangat dengan area kuliah.

ketika ontheway ke arah satu kawasan, saya bertembung dengan sekelompok budak-budak sekolah ala-ala ninja sebab taknak kena efek gas pemedih mata. tapi dia mana tutup mata? hurm takpe.
tak pasal-pasal salah seorang daripada mereka ejek saya,
hungga bungga!
pada mulanya saya nak mendoakan kesejahteraan tanah anbiya ni, tapi sebab ada makhluk macam tadi tu, terus tak jadi nak doa!
patutla hangpa ni huru-hara sangat. perangai masing-masing takda ciri-ciri Islam langsung.

Aku hanya seorang Umar,
kemuliaanku kerna Islam,
semua ke syurga kecuali dia,
ku bimbangi dialah diriku~

macam mana suatu bangsa tu nak mulia kalau hanya memakai nama Islam tanpa mengamalkannya? kan?
macam manalah dengan Malaysia. tiba-tiba aku risau!

so, waktu-waktu macam ni, elok kalau kita fikir semula,

bagaimana seorang pemimpin itu sepatutnya membezakan mana yang hak, mana batil, dan prioriti utama negara.
apa peranan rakyat. merosakkan negara ke?
apa peranan saudara muslim aka kita?

esok la kot aku doa. hati terguris lagi pasal tadi, tekad takmau doa untuk depa malam ni. huhu.



Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang?
Beruk goyangkan!

situasi ini aku panggil, angin punya kerja, beruk dapat nama!
fikir-fikirkan.
tuding jari anda pada orang yang sepatutnya.


*tulisan ni tak berniat ditaip untuk mencetuskan rasa curiga, menghasut, kontroversi, malah provokasi.
saja nak ajak anda berfikir sama. andai kata tak setuju, tak mengapa.
andai kata anda rasa saya salah, maka tegurlah dengan cara yang juga akademik dan profesional.
bunyi geli, erk, tapi saya serius.


wallahua'lam.