Pages

Mar 10, 2012

symptoms

salam satu agama.

bizinya hidup ana sekarang. kehkeh.
sampai sakit habis pinggang bahu punggung dan sebagainya dengan kebizian ana belakangan ini. yeah.

tapi tak gunalah diriya'kan segala kebizian yang melanda ana kan.


jom fikir kejap.

ada tak anda menghadapi masalah-masalah macam ni,

malas baca quran,
malas solat,
susah bangun awal,
solat malam apatah lagi kan,

dan selanjutnya, diteruskan dengan sikap-sikap macam ni,

suka mengata belakang,
cepat kecewa dengan orang,
rasa diri je betul,
cepat sakit hati dengan orang,
cepat dengki dengan orang jugak,

apatah lagi yang ini,

malas gila nak study.



ha, ini adalah simptom-simptom hati busuk namanya.

jujur kata, den sendiri ada sebahagian besar sifat-sifat di atas. sebab itulah saya menaip lagi malam ni. bak kata orang, satu jari tuding orang lain, 4 lagi jari menaip untuk diri sendiri. huhu.

HUBUNGAN DENGAN ALLAH

macam mana hubungan kita dengan Allah? bagaimana dengan solatnya? zikirnya? bacaan qurannya? kalau makin malas makin kurang, maknanya makin jauhlah kita dengan Allah. tidaklah nak kata orang yang tak solat tu kompem-kompem jauh dari Allah (yelah, orang koma mana solat ye dak?), tapi kalau yang diberi kekuatan untuk mendekatkan diri dengan Allah ni pun, tanak berusaha untuk cuba dekat, memang haramlaaa jauhnya.

itu step pertama menempah hotel di neraka.

HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

lalu bila hati tu dah makin busuk, mala mulalah tidak terjaga pula hubungan kita dengan manusia. mula rasa dengki, rasa benci mengalir dari dalam hati, mula rasa diri ini betul semua, mula rasa orang lain semuanya salah, dan sebagainya.

cuba fikir sejenak ye, kalau Allah Sang Maha Pencipta pun jauh dari diri kita, masakan yang lain pula akan dekat? kompem-kompem jauh jugak. maka bila hubungan dengan Allah tidak dijaga dengan baik, maka hubungan dengan manusia jugak rosak.


maka jahanamlah misi kita sebagai seorang muslim dan mukmin. yelah, nak adik daie macam mana, kalau hubungan kita dengan manusia pun rosak? ah, tak payah fikir jauh-jauh. nak jadik daie kejadah kalau hubungan kita dengan Allah pun rosak!



maka cuba, cuba nak tidur nanti, diam sejenak, fikir waktu mana pernah kita jadik baik gila. pernah kan? dan apa yang membawa kita jauhh sangat dari diri kita yang dulu tu? apa dah jadik pada diri kita? hubungan dengan manusia usahkan terjaga, dengan Allah pun serabai.

yaaaa Abrar! dan kawan-kawannya,

cuba, mulai hari ini, mula jaga semula hubungan kita dengan manusia, juga dengan Allah.

for instance, mula rajin-rajinkan diri semula banyak baca quran, banyak zikir. oh ya, banyak jugak selawat. jangan nak melagha sangatlah.

lepas tu, cuba bukak besar-besar minda tu. fikir positif. kita hidup di dalam dunia ni, ramai-ramai tau. bukan duduk sorang-sorang. kalau asyik nak mendengki dengan orang, kalau asyik nak busuk hati dengan orang lain, baik hidup sorang-sorang je bro.

macam aku ni. cubaaalah fikir positif dengan orang. macam kawan kau nasihat tu, "cuba Abrar jangan rasa diri tu yang paling keras berusaha. nanti diri tu akan sakit hati dengan orang lain."

insap aku. hukhuk. ye tak ye kan. siapalah aku ni. hari ini hari dia, esok lusa bila aku malas, tak pulak fikir macam mana orang akan maki aku. huhu.

kepada yang baca ni, 0-0 ye. tamau gaduh-gaduh dah. saya mintak maap banyak-banyak kalau ada salah silap.

ok. enough with monolog luaran. hehe.

semalam kami ada event malaysian day. best gila weh. fuh. banyak gila makanan malaysia dijual. kesian gerai arab, tak laku. haha. sapa suruh jual benda bosan?

tapi iyalah. bukanlah semua benda elok. memang ada pun kekurangan. tak payahlah nak gaduh-gaduh sangat. siapa buat salah, siapa ada kurang, cuba bawak muhasabah elok-elok. yang menegur, mungkin ada solusi yang lebih baik.

yang buruk itu memang datangnya dari diri manusia, yang semua orang ada. janganlah kerana sikit yang buah yang buruk, habis dipotong pokok mangganya, kan?



oh ye. lepas tu harini pulak pergi rumah anak yatim. Alhamdulillah. kat malaysia pun aku jarang la nak terlibat dengan event macam ni. rasanya pernah sekali je kot.

budak yg dekat dgn aku tu nama dia ahmad. baru but medical cekap dia (padahal kira BMI je. muahaha)



lepas-lepas ni moga Allah rahmati kita untuk buat banyak lagi event bermanfaat macam ni.

gambar malaysian day tarak lagi. nantilah.
layan video dulu naa.


wassalam.