Pages

May 21, 2014

Selamat buat cekgu


Sempena hari guru yang lalu.
Izinkan saya berkongsi tulisan saya yang dahulu.




Duhai cikgu,
masih ku pegang mutiara gurumu itu,
secebis ilmu aku pasak di dada,
biar teguh pendirian,
tidak berganjak walau ditentang badai.



Masih jelas di kotak mindaku,
saat kau mengajarku sebidang ilmu,
kelak menjadi pedoman,
saat aku keluar mengenal dunia nanti.



Dan kini, aku di sini,
mengecam dunia, menghadam realiti,
dunia tidak seindah yang disangka,
onak dan duri mencengkam rasa,k
adang duka mencalar hiba,
tapi aku teguh, 
aku teguh,
kerana mutiaramu aku simpan kukuh.



Kata kau, guruku,
hai anakku,
berbaktilah pada ummah dengan ilmumu,
sesungguhnya kau harapan kita,
sesungguhnya kau adalah Hamka,
kau juga bernama bijaksana,
kelak nanti kau akan sedar,
bahawa dunia ini tidaklah lama,
dan kau kira-kirakan,
berapa banyak bakti kau untuk ummah telah terlaksana,
atau hanya sekadar mimpi semata,
yang kau lakar di kertas, seperti senarai yang takkan selesai?



Ya, aku pegang kata-katamu itu sedari dulu.
Hari ini mungkin aku bukan siapa-siapa.
Tapi besok lusa akan aku pastikan kau berbangga,
akan kau sorak “hei dunia, itu, itu anak muridku di sana,
berdiri megah menjunjung syariah,
menyemai bumi dengan kebenaran tuhan.


Kalau mereka bertanya apa rahsiaku,
akanku katakan ia adalah mutiara guruku,
saat dia membekalkan aku dengan secebis ilmu,
cebisan itu lebih berharga berbanding emas yg bisa cair dengan api dunia,
tetapi ilmu ini tidak akan mati sampai akhir dunia.




Hai guru,
aku tidaklah pandai mencorak kata,
bak A Samad Said yang mencari ilham di kedai kopi,
atau bijak menyusun kata seperti Faisal Tehrani,
tidaklah hebat melukis kayak Leonardo da Vinci,
atau hebat menyanyi seperti Al-Farabi,
aku hanya picisan di atas bumi yang luas,
berbekalkan mutiaramu akanku menjadi besar,
dan akanku buktikan bahawa ummah ini akan terbela,
bukan kerana aku!

Tetapi berkat mutiara guru.