Pages

Dec 25, 2011

batu-batu yang menghalang perjuangan

salam satu agama.

haila malasnya aku nak mengepos. huhu.
tapi kira ok lah. blog lain haram aku tak update langsung.


ok straight to the point.
pernah tak korang rasa jatuh je bila buat benda baik?
buat itu salah, buat ini salah?
aku tanak bahasakan 'perjuangan', macam kelaka dan skemalah pulak.
iyelah.

contohnya macam ni.
contohnya korang berazamlah nak pastikan semua housemate korang solat jemaah.
maka korang pun plan cantiklah. nak bangun awal, pastu kejut diorang, pastu sama-sama solat.
"aku boleh ni, hari-hari aku bangun awal".
maka korang pun setatlah. hari berganti hari, plan yang korang susun cantik tu masih tak berjalan dengan baik. kenapa ye?

atau mungkin ada kawan korang yang couple. korang nak tegur elok-elok sebab takut kalau tegur kasar, nanti die tanak ikut lak. korang pun ambik masalah nak rapat dengan dia bagai, tapi terkandas pulak. teguran tak didengat, walaupun dah lapan belas ratus kali. kenapa ye?

senang saja.
dalam berdakwah, ada tiga perkara yang perlu diambil berat.
pertama, strategi.
kedua, usaha dan tawakkal.
ketiga, jangan buat dosa!

orang nampak langkah pertama dan kedua. tetapi perkara tiga sering-sering saja terlupa. ada saja dosa konsisten yang kita takkan tinggalkan.
contoh mudah, mengumpat.

jujur cakap, aku ni kalau menegur tu suka. nasihat pun, bolehla kot. tapi kalau mengutuk belakang ni, memang aku terer. memang aku jaguh.
dan aku harap teguran-teguran aku sebelum ni diterima orang. dihadam betul-betul. aku lupa, dosa aku sebelum ni masih tak selesai.
dan bila aku nampak orang tak terima dakwah aku, aku kecewa.

aku terlupa, ada dosa yang belum terlangsai.

ya, hakikatnya dosa itu batu-batu yang menghalang perjuangan.


dah tu nak buat apa?

pertama, muhasabah diri, apa dosa-dosa yang kita tak tinggalkan tu?
mengumpat, berkapel, pinjam barang orang tanpa izin, tak jaga solat...

ok, lepas tu, cuba pastikan semua ini jadi list kita untuk kita tinggalkan.
mungkin susah. tapi takpa. slow-slow.janji makin lama makin kurang. janji ada azamnya tu. dan usahalah, ofkos.

dah tu, jangan la lupa nak doa pulak. tak tak. kita ni terlalu lemah untuk melawan nafsu yang telah kita rajakan sebelum ni. doa pada raja segala raja agar diberikan kekuatan. dan mintak jugak ampun atas dosa-dosa lalu tu ye. yang lama-lama tu belum setel lagi tau.

ngantuknye...
jangan kita yang jadik batu penghalang perjuangan orang sudah la ye..


insyaAllah, usaha dakwah kita bukan saja akan diterima Allah, malah berkesan di hati masyarakat. yang bagi hidayah bukan kita. Allah yang bagi. kalau kita diredhai Allah, senang je Allah nak campakkan hidayah kat hati orang lain.
masa tu berbahagialah kerana menjadi asbab hidayah.
Allahu rabbi...=)

wassalam.
aku lapo.

Dec 19, 2011

Mr Judge & Mr Perfek

salam satu agama.

hai haikal. huhu.
selalunya aku akan 'hai naqi' tapi dia macam dah lama tak mai blog aku. ya, blog aku sangat bosan pasai tu la hang tak mai dah kan. takpa aku mengerti.


ada dua kawan baik ni. suka jalan sama-sama, lepak sama-sama. romantik nian. tapi diorang bukanlah gay ke hape. cuma diorang ni satu pe'el, satu perangai - everybody couldn't be any wrong.

bahasa inggeris aku sangat teruk. ohh. aku nak kata sebenarnya diorang selalu nampak kesalahan orang. hebat gila macam kasyaf tapi dapat bukan sebab banyak ibadat, tapi sebab banyak sangka buruk.

ingat ye, sangka buruk means no longer ukhuwah.
sebaik-baik perkara dalam ukhuwah adalah ithar, dan selemah-lemah ukhuwah pula adalah bersangka baik.


sori bro. gambar takdak kaitan.




Mr Judge.

sifatnya ini suka menganalisis semua yang orang buat, lagi-lagi kalau dia tak suka makhluk tu.
dan mereka ni terer buat assumption.
"diorang dating-dating nih, mesti dah terlanjur"
"amboi pegang-pegang tangan, mesti kapel nih. jahil agama!"
"tak datang kelas lagi. kantoi la pemalas."

yang aku paling kagum dengan minda diorang ni adalah diorang boleh pusing cerita tu jadi macam-macam versi. yang uniknya, semuanya versi yang buruk-buruk belaka.

even orang buat benda baik pun jadik buruk di mata kepala hotak depa ni.
"dengar nasyid? bajet baik si*l!"

masyaAllah. siapa kita nak menilai baik buruk seseorang?
siapa Yang Maha Mengetahui? siapa Yang Maha Bijaksana?
kita ke? Allah! ya, hanya Dia yang layak menghukum baik buruk seseorang tu!
so, bila ada fikiran macam tu, cepat-cepat pakai spek fotokromik 'dakwah' anda!
(spek dakwah adalah idea pn fatimah syarha-atau macam yang beliau sebut, kacamata dakwah)

bila nampak orang pegang tangan, tahu pulak diorang ni bukan suami isteri, instead of fikir macam-macam, cuba fikir macam ni,
"sian diorang. mesti takde orang ingatkan diorang yang kapel tu haremm. takpe nanti aku tegur die leklok."

kan bagus camni. ni keje nak sangka buruk, pastu nak pangkah orang je.


Mr Perfek.

yang ni jujur cakap aku benci gila. haha. takleh elak dah. buat ini, salah, buat itu salah. dah tau salah, kenapa tak kau je buat, atau at least tolong??
hahaharamm aku tak paham.
ingat, aku selalu tersilap langkah dalam dakwah atau menegur orang.

pertama, tak semua orang dengar cakap kita.
aku ingat lagi bila satu hari Hasan Al-Basri tengah jalan, tetiba dengar orang bagi tazkirah. dia dengar la. lepas habis tu, dia jumpa orang tu then dia kata, " apa yang tuan sampaikan tadi tak masuk dalam hati den. so, samada hati den ada masalah, atau hati tuan yang menyampaikan."

aku nak kata, orang tak terima dakwah kita, mungkin sebab diri kita sendiri. muhasabahlah ye.

kedua, hidayah milik Allah. ada ke kita nak paksa orang tu ikut syariat Islam. yang boleh paksa dia hanya Allah. hang, aku, mereka hanya mampu menyampaikan. ingat tu.

ketiga. jangan bajet pro kau tau semua. kita tahu bermakna kita punya tanggungjawab. hambik lu. ko tak dakwah, ko nak jawab apa kat akhirat nanti.

dan ingat, kita dulu masa tak tahu, Allah bagi kita ilmu tu baik-baik. so jangan nak perli-perli orang "hai kau ni, tu pun taktau. bahahahaahha. takpe-takpe meh aku ajar." haram betei.


kesimpulannya, diorang ni adik beradik. dan dua-dua tak elok. so elakkan diri kita dari memilih salah satu di atas sebagai diri kita. penat-penat aku menaip, tak amik iktibar lak ye.

samada hati korang yang kotor, atau, er, hati korang! haha.


adios.
wassalam~

Dec 13, 2011

bittersweet?

salam satu agama.


it's kind of hard to live in a world (or a class, doesn't matter) when people are hating you.
yes, my english is not that good. so i will now change my language to the native one.

ya.
apa suara-suara aku begitu menjengkelkan?
apa nasihatku begitu melukakan?
apa senyuman aku begitu menjelekkan?
apa kelakarku begitu meloyakan?

mungkin, dalam nada-nada aku, bunyinya sedikit sumbang membawa kau ke arus pemahaman yang lain. tidak, jawapannya tidak, kalau kau bertanya. aku bukan pembenci mahupun seorang yang bongkak. bukan rakus mahu menunjuk kau mana yang betul mana yang salah.
well, kalau tak mahu ditegur dah, ok. lepas ni aku tak tegur dah. salah di mata aku, tak pernah salah pun di mata kau kan?

sungguh, rasa bagai putus saja semua urat sendi bersama semua asa yang aku ada selama ini. kononnya dulu aku berkata, "dakwah itu perlu perlahan, sabar dan ikhlas. agar apa pun jua yang terjadi setelah itu, kita redha."
lihat saja aku yang menanggung derita pasca teguran. ada yang kekok bercakap dengan aku. ada yang pandang pun tidak. ada yang annoying habis kalau tengok muka aku. what? what the heck?
kalau aku salah, kenapa takda yang nak tegur aku?

akhirnya buah fikir itu yang terlintas. aku ni, dalam memegang amanah dakwah ni, bukan untuk menegur orang sebenarnya. tapi untuk memperbetul siapa diri aku yang sebenar-benar.
pandangan aku pada dakwah berputar. dakwah bukan kerana orang lain. tapi kerana diri aku. ya, bunyik selfish habis kan?
mana taknya, aku kena belajar dalam pahit-pahit pasca teguran itu, mana baik buruk dalam menegur, apa hasilnya kalau tindakan itu, apa hasilnya kalau tindakan ini.belajar menerima jika nasihat tidak diterima. dan paling penting, belajar agar tidak putus asa.

betul kata orang tua-tua, terlajak perahu boleh diundur. terlajak kata, buruk padahnya. memang buruk pun.

mungkin, sesiapa terluka dengan kata-kata yang terpancur dari mulut aku. ya, salah aku. tapi maaflah, aku ini manusia juga, kadang dalam cuba menasihati kawan aku sendiri, dari mahu menjahit baju, tercucuk pula jari. bukan sengaja. bukan suka-suka.



biarkan aku sendiri untuk seketika. lagipun kalian kan tak mahu dengar lagi leter panas dari mulut 'sang sempurna' macam aku ni.

ya baiklah. kalian yang tak mahu ditegur, kubur lain-lain kan. lepas ni aku senyum je.
bitter aku dah rasa. sweet? aint no sweet.
wassalam.

Dec 9, 2011

lari lari

salam satu agama.




last-last blog ni macam bosan je en? huhu.
btw, aku dah buat blog baru. domain sendiri lagi. hehe.


kadang-kadang, kita penat. penat menjalani kehidupan. kerja bertimbun-timbun. kadang-kadang terfikir, kena kita sanggup pikul tanggungjawab kalau kita tahu kita akan lelah?

ketika itu rasa macam, "ah, tanggungjawab ini akan mampu aku pikul. lagipun menjadi ini pun kerana ketetapan Allah. Dia tahu kemampuan hambaNya."

tetapi sejauh mana keyakinan kita pada firman Allah yang satu ini, tanyalah diri sendiri.
waktu bersungut beratnya kerja, waktu mengeluh sakitnya tanggungjawab, tanya diri kita semula,
mana keyakinan kita pada Allah yang memberi ujian?

oh, nasihat ni sebenarnya utk diri sendiri.
penatlah. seminggu macam-macam hal. design banner yang tak habis-habis ada masalah. study untuk test yang berterusan.dengan kerja sampingan yang belambak.
dah la kelas quran kurang sambutan. T___T
takpelah. itu kerja tuhan nak bagi hidayah pada orang.
samada masalahnya di hati aku atau mereka.
dan pastinya hati aku ada masalah. ditambah pula kalau sebahagian yang tanak datang tu pun bermasalah. lagi-lagi la takkan datang.

 aloh sedihnya~

Allah, kuatkan kami. janganlah sampai kami ini putus asa. kerana rahmatMu sentiasa ada.


Dec 3, 2011

ehwei

salam satu agama.

rasa seperti mahu larikan diri.
rasa tersepit diantara maya dan realiti.

bila mahu menulis, orang mengkritik. mana positifnya, mana negatifnya. kadang mereka yang mengenali kita akan menilai tulisan kita itu baesd on ou behaviour.
kalau buruk perangai, bila bagi nasihat, orang kata hipokrit.
kalau baik di mata, buruk tulisannya, dibilang alim-alim kucing.

susah sekali untuk kita menolak dahulu perangainya sebelum kita nilai nasihat seseorang, adakah benar pahit atau salah keji. minda lebih bahagia memilih untuk menolak nasihat andainya mereka yang memberi itu kita anggap picisan.

itu memang manusia. tidaklah aku mahu menyalahkan, sebab aku pun macam tu.

kerana itu, hati serasa mahu lari. lari dari tersepit ini. biar tiada yang mengenali identiti diri, lantas mereka menilai sendiri, adakah tulisan itu benar ataupun tidak. mungkin dengan cara itu mereka lebih terbuka menerima kritikan. menerima realiti.

sekarang aku faham kenapa ramai blogger yang dahsyat isinya tidak mahu dikenal di dunia ramai. biarpun ribuan yang membaca, mereka lebih selesa sirna dari mata masyarakat. walhal isi penulisan mereka menggegarkan jiwa, menyuap realiti dunia sebenar.

macam mana dengan blog ni? entahlah. kalau ada tulisan baru nanti, adalah. khas untuk kalian yang mengenali saya.
tapi kerajinan menulis ni akan dibahagikan lagi dan lagi. kepada fikrahislam yang sudah menjadi tanggungjawab, pseudosains yang entah bila nak datang idea, juga blog baru yang sedang dibikin.

ya, blog baru lagi. aku memang suka buat blog banyak-banyak lepas tu menyemak kat dashboard. heh. diri kurang rasa istiqamah kot.


awek sapa la tido tengah jalan nih.

away.

wassalam.

Dec 2, 2011

dinding, paku dan tukul

salam satu agama.


ya. siapa yang tidak tahu? dinding itu keras sifatnya. dinding memang itu sifatnya. iyalah. tidak bolehlah salahkan dinding. memang begitu sifatnya. ada baik buruknya sendiri. kalau lembut lemah gemalai, bagaimana mahu lindung kita dari hujan panas ribut petir kan?

dan sampailah satu masa dinding itu jatuh cinta. jatuh cintanya pada cat yang mewarnai dirinya. cantik yang amat. ada putih, kuning, biru muda, bambi (pink kalau tak silap), dan macam-macam lagi. dindng kini tampak bahagia dan tidaklah kosong sahaja macam dahulu.


dinding itu memang lawa. tetapi sampailah satu hari, tuan ini sedar bahawa rumah itu tidak cuku serinya kalau sekadar dinding dan cat. perhiasana perlu ada. wajib! maka untuk mencantikkan lagi, dinding itu mahu disangkutkan gambar atau ayat-ayat kursi begitu. nah, bukankah indah nanti?

tapi iyalah. sudahlah dinding itu baru dicat sebulan dua. siapa yang tak sayang, kan? kalau boleh calar pun tiada. dinding dia juga.

jadi dia cubalah cara lain untuk menggantungkan bingkai tadi. bermacam-macam cara dicuba, dan tuan itu terpaksa bersusah payah menggantungnya tanpa merosakkan dinding dan cat itu. malangnya semua keluarganya sering bertempiak, "pakailah paku. iayalah, memang berlubang. kalau tak berlubang macam mana mahu melekat bingkainya? jangan terlalu dungu begitu."

ah, sedihlah si tuan dinding ini. sudahlah tiada membantu, lagi mahu menolak semua tanggungjawab ke atas diri dia seorang saja. mahu tidak mahu, akhirnya dia mengalah.


dan dia pun pakulah dinding itu, perlahan-lahan. kalau paku kuat, nanti bising pula rumah tu. jenh sudah paku perlahan, paku tidak mahu masuk, maka tukulnya diketuk kuat-kuat saja biar masuk cepat. habis satu rumah bising. ah, lantak! aku dah menyampah dan lelah ni!

akhirnya tergantunglah bingkai itu. alhamdulillah.

orang yang lalu lalang akan kagum dengan kecantikan bingkai itu di dinding tersebut.
tapi orang tidak tahu usaha orang menukul. tak tahu usaha orang menggantung.
dan orang tak tahu sifat dinding itu sekarang.
yang orang nampak hanyalah cantik.
ya, dalam hati si tuan ini ada sedikit kesal, dindingnya sudah rosak.

tapi, takkanlah kerana menjaga dinding, bingkai dibuang? tak masuk akal benar.

maka si dinding pun diamlah dalam kecil hatinya. khali benar.
dan si tuan rumah pun begitulah dengan kesal di hatinya yang tidak berkesudahan. puas dipujuk hatinya bahawa alhamdulillah selamatlah sudah bingkai itu di dinding. cantik dan indah. tidaklah kosong macam dulu.

dan tidak ramai yang tahu kisah begini. kalau tahu pun, peduli apa? bukan dinding mereka, bukan bingkai mereka.


antara dinding, paku dan tukul.

begitulah antara mad'u, dakwah dan cara kita menyampaikannya.
kita mengambil risiko atas teguran kita. dan 'lubang di dinding' akan kekal berlubang. maaflah. kalau tidak berpaku, bagaimana mungkin bingkai tergantung?



orang kata minta maaf itu indah.
minta maaf bukan kerana rasa bersalah.
hanya kerana menghargai persahabatan.
and for that I really am sorry.

Nov 26, 2011

lagi-lagi tahun baru

salam satu agama.
lagi-lagi tahun baru. bila tahun baru je nak buat azam baru.
memang itulah yang sepatutnya kan.



tahun baru.

syukur sebenarnya. kita ni sebagai hamba yang dikotori dosa, masih Allah kurniakan peluang demi peluang untuk kita baiki diri.
hari ini kita buat dosa, esok Allah bagi kita hari baru untuk ubah diri kita menjadi lagi baik.
malang tak kalau dah dapat peluang macam tu, tapi kita still tak hargai peluang tu?
rugilah kan.

tahun baru.
tahun ini kita taktau berapa hari kita ada. cukup setahun ke, setengah ke, ESOK ke, sapa tahu? yang pasti, tahun baru ini sebenarnya adalah peluang baru untuk kita, menjadi hamba dan khalifah Allah yang lebih baik.

wui taknak la cakap banyak2. den ni nama yo exco dakwah bagai, tapi tak sikoh langsung. ceramah pungpang, tapi tak buat. bahaya wooo.
nanti kang Allah tanya,
"Nape ko tak buat macam apa yang ko cakap?"
kan mampus.


so ala kulli hal, jom setting azam baru.

azam.

azam baru aku adalah untuk seimbang dari segi akademik dan kemasyarakatan.
akademik aku sekarang memang terabai gila laa duk sibuk itu ini. so mulai sekarang aku nak cuba seimbangkan balik.

dalam masa yang sama, persatuan bukan yang kedua. pentingnya selari. kerana tiada hari tanpa dakwah.
ecehh.

ya Allah, ampunkan dosa kami pada tahun yang lalu, dan Kau kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menjadi hambaMu yang lebih beriman kepadaMu pada tahun-tahun mendatang. amin.

ingat, setting azam, setting jugak. kalau tak buat, dop jadi!!


Nov 12, 2011

first-timer.

salam satu agama.

dalam lama-lama aku jadik blogger, haram takda sapa penah tag aku. yelah, aku kan tak femes. kalau kena tag pun, bukan aku rajin. haha.

tapi utk menghargai pertama kali ditag ni, takpelah, den buat. meraikan jemputanlah konon.



tag dan soalan ni datang daripada seorang blogger yang berada tak jauh la dari mesir-urdun.
jemput2lah melawat blog denyutan fikrah ni ye.huhu.

bismillah.

ini rules and regulation.
Here's the rules :
1. You must post these rules.
2. Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3. Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.
4. You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5. Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6. No tag back
7. No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people

aku nak ikut peraturan? gi mam la.. haha.
anyway, ni soalan2 beliau kat aku.
1. perkara pertama yang korang buat selepas bangun tidur.

ceh. kalau aku jawab soalan ni kantoi la tak siqah. haha. biasanya cek hempon la. takut ada mesej2 penting ke. tapi replynya sejam dua kemudian. hehe.
well lepas ni kena usahakan baca doa dulu lepas bangun ni. -___-

2. pengalaman ngeri yang tak pernah korang lupa.

paling ngeri kalau diikutkan, adalah mimpi mati. bila tu ye. rasanya adalah dah sebulan kot. serius bangun2 tu tergamam kejap. masih rasa macam dah takda kat dunia ni. tapi bila tau tu hanya mimpi, lega!
kenapa perlu takut mati? sebenarnya aku sebelum ni fikir, "alah kalau mati setel semua, takyah fikir dah".
betul, tapi ruh kita masih akan runsing dengan banyak perkara yang tak setel di dunia. hutang, mintak maaf, mengorat, buat baik, semualah! dulu masa kat dunia tanak buat. dah mati tiba-tiba baru tau menyesal.
pastu bila satu hari mula dah nak berlalu, terasa sunyiii sangat. hari makin gelap, kita duduk sendirian, mengharapkan ada orang yang memahami nasib kita waktu itu. hakikatnya tiada. kita masih melihat mereka yang masih hidup, tapi mereka takkan nampak langsung kita. 
takda dah teman berbual.
takda dah teman tempat adu masalah.
takda dah orang nak melayan.
sunyi yang mencengkam tu adalah yang paling menakutkan.
mujur bangun tido lepas tu. bayang kalau sampai azab kubur. NAUZUBILLAAAAHHH..

itu mimpi. kalau realiti, eksiden tremko haritu cukup dah kot utk bagi aku trauma. huhu.

3. perkara yang korang nak buat sangat tapi tak tercapai.

ohoh. ni peliks. peliks.blogspot pun tak pelik camnih.
aku nak belajar musik. aku nak kamera deseler. nak laptop or komputer yg power gila. tapi takkan la dapat kan? duit pun tarak.
ala kulli hal, benda yang paling aku nak buat adalah buat filem.
pengalaman buat video kat sekolah dulu aku kira yang paling menarik, jerih, dan panjang pernah aku buat.
tapi above all, apapun kita nak buat, biarlah berpaksi dan memberi untung untuk agama.

4. dua prinsip semasa berjalan kaki

menarik soalan ni. sebab tu rasa nak jawab. hehe
aku biasanya nak cepat je. tak suka jalan lambat-lambat. tapi kalau tetiba tengah penat atau malas, aku la paling lambat kot. hehe.
lagi satu, jalan kaki jangan sampai dilanggar kereta. hehe. ammu2 nih bawak kereta cam harem. hati2 semua.

5. perkara paling lucu pernah dibuat oleh sahabat terapat den.

aku ni kira untunglah sebab banyak sahabat yg baik dan rapat dengan aku. dah tu semua otak masuk air pulak. memang kelaka sokmo la kan.
tapi cukuplah aku cerita pasal hanip. dia sorang je sanggup terima aku duduk sebelah dia masa aku baru masuk sepintar. sedih gila wei masa tu. dia ni kira macam antara orang berpengaruh la kat sekolah taim tu. bakal KU pulak tu.
tapi yang busuk hati tu, bila boring, main liquid paper aku, conteng meja aku. haramm betei. 
hahahaha. takpe hanip. den sayang ekau. pastu dah la kentut tak cover. haha. okay dah!

6. perkara paling pantang dalam hidup korang.

memburukkan orang lain. ha, aku pantang. once ada orang tu burukkan orang, memang aku burukkan diorang baliklah. sapa suruh mula dulu. huhu.
teringat dulu ada cikgu ni buruk-burukkan nama aku. sampai hati betul. tapi bila budak2 tanya aku, aku cerita la hal sebenar. masa tu, nama sapa buruk? aku ke dia? padan muka.
tapi perangai ni sebenarnya tak elok. eloknya biarkan jelah. jadi macam rasulullah.

tapi yang rasulullah pun pantang adalah, orang yang menghina Islam. lagi pantang kalau orang tu sendiri Islam. bawak kat aku. meh aku lempang.

7. lebih suka membaca atau menulis?
dulu suka membaca. lepas tu entah macam mana, minat tu memudar. lepas tu suka menulis. tapi tak pernah lagi la sampai novel. paling2 dahsyat pun cerpen jelah. setakat ni adalah kot dalam belas-belas cerpen. tah bila nak bukukan.
tapi sekarang semuanya dah malas. baca malas tulis malas. bizi sangat. huhu.

8. apa aku rasa kalau orang komen blog aku.

kalau komen tu make sense, aku rasa hargai gila. kalau orang tu aku tak kenal, aku cuba jugak nak ziarah blog dia. lagi bangga kalau orang yang komen tu, datang bila aku komen kat blog dia. pergh terharu habis.
kalau tetiba datang promote produk bagai, aku tak suka. menyemak je.

9. suka blogwalking atau baca post sendiri.

dua-dua suka.

10. sasaran pembaca.

orang yang nak bacalah. hehe.

11. kalau masa boleh berputar kembali, apa nak dibetulkan?

betulkan diri. teruk sangat aku sekarang ni. huhu.

ok tu je. semangat lak aku jawab panjang2. haha.

ok aku tanak tag sapa2. tapi sapa2 nak perasan silalah jawab soalan den ni.
pastu kalau rajin letak link kat komen ye.


1. blog peveret.
2.buku peveret.
3.penulis peveret.
4.lagu nasyid peveret.
5.berapa lama korang layan internet, berapa lama korang layan quran.
6. mana korang utamakan, syariat ke fesyen?
7. apa sesalan utama korang kalau korang mati?
8. benda yang korang paling suka.
9. paling tak suka.
10. pernah gaduh dengan parent?
11. rindu ke nabi? siyes? bukti?


ada berani nak jawab? muehehehe~

tu je. wassalam.


Nov 11, 2011

macam-macam

salam satu agama.

oh. selamat hari raya. dah lepas dah pun. hehe.
alhamdulillah, haritu kami diberi kekuatan untuk buat majlis sambutan aidiladha anjuran siswa AQ kat sini.

penat, letih, lelah, semua ada.
bagi aku, ni adalah pengalaman yang terbaiklah setakat ni. bukan senang nak pegang program wei~

ala kulli hal, alhamdulillah semuanya dah berlalu. usah pening lagi adakah akan berlanggar dengan program 'pihak' lain, usah runsing lagi adakah ramai yang akan turun, usah risau lagi, munculkah soalan2 'kenapa perlu perpecahan' dan sebagainya.

sebelum kalian sambung baca, harus kalian tahu aku tulis dah panjang kat bawah ni tapi aku delete balik.
tulisan lebih bahaya daripada lisan. so aku tukar topiklah.

hello juniors.
belakangan ni banyak jugak aku nampak junior. yelah, masa memula tu aku tak lepak sangat dengan diorang. bila dah banyak program, banyaklah aku nampak.

ramai yang sedih kot, ataupun yang terlalu kecewa dengan keadaan mesir.
mesir kotor, mesir buruk, mesir serabut.

kalau nak list yang negatifnya, memang banyak!
keluar kena ada musyriflah bagai, takleh keluar malam2 sangat dsb.

susahnya hidup kat mesir!

lagi pulak haritu aku tolong hasan menyetelkan masalah rumah bebudak akhawat, juniorlah.
tandas rosak itu ini!
even lampu rosak pun nak suruh aku baiki. aku sepak jugak kang.

hai adik abang kakak sekalian.

sebelum jauh kita merungut, ingat!
Allah yang menentukan kita berada di sini.
nothing else matters.
dan ingat, segalan perancangan Allah itu lebih baik untuk kita.
kenapa kita perlu ada di tempat yang kotor, sesak, tak bertamadun ini?

supaya kita membesarlah. makin matang. makin bijak. makin kasar.

kalau dulu di Malaysia ada bibik buat kerja. ada mak ayah jadik 'hamba' (nauzubillah.). ada adik nak dibahan. ada teknologi. huhu.

sekarang semuanya tiada. sekarang semuanya sendiri. benar, kadang2 rindu juga rotan ayah, leter mak, tapi kalau dikenang-kenang, sampai bila mahu bergerak?

akan sampai satu masa nanti kita yang akan merotan, kita yang akan berleter. jadi didiklah diri kita awal2 untuk menerima kesusahan ini.

ini baru belajar.
mungkin ada orang anggap belajar medik ni taklah sesusah yang kita ingat. hotak hang. sekarang ni rasa tak susah even tak faham sebab takda test lagi. tengoklah nanti midterm. terberak nak stadi semua yang tak stadi dulu. mimpi pun mimpi tulang je. masa tu baru tau medik tu hape. kalau midterm tak rasa lagi, takpa, final nanti tengoklah.

medik yang susah ni pun, (yang sebahagian kita belum rasa tu), kita tercungap nak belajar, apatah lagi kerja nanti. praktikal nanti. ingat senang ke nak diagnose macam House? dia baca skrip bolehlah.
realiti doktor penuh kepahitan. aku tau la aku doktor kot. haha. takdelah. ni pengaruh citer medik sangat ni..


...

aku taktau aku mengarut hapa ni.
aku cuma nak nasihat, kepada yang masih baru di bumi pasir ini, masih baru di alam medik ini,
tabah2kan hati.
dunia tanpa dugaan tak seronok.
nanti muka2 yang takut lipas tu, lama2 pijak-pijak je lipas tuh. sempoi.

gembira2 di bumi mesir. syita' pun dah datang. takdela salji tapi sejuk tu syok apa!


aku dah merapu. tu je. huhu.

oh btw, mekasih la sesapa yg singgah sahur baca blog aku walaupun berkurun tak hapdet. komited pada benda realiti dari yang di alam maya ni. hehe.

wassalam.

Oct 20, 2011

yang bernama manusia

salam satu agama.

yang bernama manusia itu, ada tanggungjawabnya.
yang bernama manusia itu, sering lupa.
yang bernama manusia itu perlukan peringatan.

peringatan sering datang kepadaku saat aku di hujung kelekaan. saat itu tuhan hantar manusia-manusia lain atau apa sahaja bentuk peringatan, agar aku tidak terus alpa, tidak lupa, aku ada tanggungjawab.

DAKWAH.

gerun sebenarnya aku diketuk dengan kalimah itu. kerana dakwah itu bukan perkara main-main. kerana dakwah itu satu kewajipan. dan peringatan itu tiba saat aku leka. seperti dipalu dengan kata-kata, bahawa aku lupa akan dakwahku!

jadi menggeletar saat kalimah dakwah digegarkan ke lubang telingaku. kerana aku sedar tanggungjawab yang satu itu terabai. hanyalah kerana aku rasa selesa sebentar, atau terlalu selesa, dakwah aku lupakan.

aku yang dunia tahu bukanlah manusia yang membawa obor dakwah suci itu. usahaku tiadalah bernilai sedikitpun di sisi tuhan kerana kotornya tanganku yang membawa panji dakwah itu.

Allah, terima kasih kerana mengingatkanku lagi dan lagi. agar aku tak lari dari landasanMu ini.

Allah ya Allah, layakkah aku ini, ya Allah?
mereka bertanyakan kepadaku apa tu dakwah, sedangkan yang empunya diri lupa di mana obor dakwahnya dahulu!

Allah ya Allah, aku menganggap itu satu peringatan dariMu. satu peringatan yang cukup memberi kesan.
Allah ya Allah, ampuni hambaMu yang sering leka.
kerana aku yang bernama manusia.

kalau tiada cinta dari Allah...

Oct 15, 2011

penat

salam satu agama.




aku penat. penat dengan ragam manusia.
penat dengan tak tahu malu mereka.
penat dengan tingkah mereka.

penat yang membawa aku kepada meluat.
meluat dengan kerenah manusia.
aku juga manusia.
ya, kadang-kadang aku juga meluat pada diri sendiri.
bukanlah aku membenci diri.

cuma benci pada lakonan. bentuk watak yang aku benci, aku lakonkan sendiri.
tapi itu cuma kadang-kadang. ia terjadi kerana sudah jenuh aku melihat watak itu dengan mata kepala sendiri.

kadang berlagak alim, berlagak berjuang walhal diri sendiri merosakkan saudara.
cuba, cubalah kita buka mata,
renungkan sekalian isi dunia,
apakah yang sedang kita lakonkan ini benar,
atau realiti cuma?

manusia ini pelik sekali gerak tarinya.
biji yang kecil juga bisa dikatakan bata.
walhal kalau kita sekalian umat manusia yang lain ini membuka mata,
biji itu kekal kecil sifatnya.

benar, dunia ini cuma pentas lakonan,
tapi memilih watak itu kuasanya di tangan tuan.
lalu kenapa watak yang kita lakonkan sering-sering itu jijik rupanya, jijik perihalnya?
sedang bukankah watak itu yang kau hina-hina?

duhai, rasa berkuasa, mahu lakukan apa saja.
duhai, cepat sungguh lupa sehingga suara orang lain dipekakkan sahaja.
duhai tuhan, mana balasan mereka!
duhai tuhan, tidak bersalahkah mereka?

sudah terlalu banyak, tuan. banyak tak terkira.
tuhan Yang Maha Agung memberikan kita peluang, bukan sekali cuma.
dan bagaimana pula perihalnya peluang itu kita hargainya?
bagaikan menuang air di daun keladi cuma.

ah, random sekali suaraku kali ini.
sekadar keluhan kecil, di lautan jeritan manusiawi.
duhai kita, menjerit itu, biarlah bersama.
biar jelas mesejnya pada mereka.

dan siapa mereka?
mereka, yang merasakan diri sungguh berkuasa.

Oct 7, 2011

den maseh hidup.

salam satu agama.

yes naqi, alhamdulillah den masih hidup.
dan yes jugak, den eksiden semalam. tapi lepas eksiden tu kitorang tak trauma, tapi gelak pulak.

alkisahnya bermula mungkin dengan niat naqi dan muzak yang salah kerana nak berpoya2 kek City Star. den nak ziarah member je asalnye. hehe.

maka dalam perjalanan kami ke cairo, tetiba drebar tremko tu melelong ke tepi. tidoq ka ngantuk ka pengsan ka mabuk ka, kami pun taktau. den tak tido saat tremko tu mabuk ke tepi, ke tepi lagi, dan tetiba langgar divider tongah jalan! ammu sebelah den pun apo laie, molalak cakap padia tah tapi bising la. hehe. kedebang gedebush, tremko tu melompat-lompat macam roller coaster. alhamdulillah dia tak tergolek ke terbalik ke. selamat beb. masa macam nilah, semua orang menghadapi flashback ape yg dia dah buat seumur hidup dia.

terasa macam terdengarjeritan batin abang payad berkata, "aku tak kawin lagi!" dari belakang. den pun menjawab dari hati gak, haah, aku pun!"

gedebang, gedebang. tremko tu berenti. tayar depan pecah. arab pun dengan nerbes sistem dan cuaknya keluar dari perut tremko. naqi yang tersepit kat belakang sekali teruih lompat ikut tingkap. haih nasib baik naqi. kalau aku yg kat belakang, mau sangkut jugak kat tingkap tu.

oh ya, saat signifikan ini juga, semua penumpang melompat keluar tanpa mempedulikan ada kereta ke tak kat tengah jalan tu. muzak lagi best, sempat lagi dia kutip mandolin yang berterabur tengah jalan.


tiada injuri dilaporkan. seko brader arab kat depan je berdarah hidong. mungkin lepas ni dia buat operation, lubang hidung dia jadik besar. who knows? naqi pun berdarah luka calar-calar sikit kat belakang badan dia. habih kotoq baju henshin baru dia. ececeh. hehe.

dalam 15 minit lepas kejadian, tetiba ambulen sampai. celah mana embulen tu mai pun kami tak tau. kami tengah haiwey kot. rasanya lepas kejadian tu, kami masuk ke cairo, setengah jam jugak. embulen tu rileks je datang kejap.

ada orang tanya, dah tu kitorang ke cairo cemana? tremko tu boleh gerak ka?
muahaha. meh den jawabkan.
kerosakan tremko tu hanya pada bahagian depan ja. belakang sikit saja. oleh kerana tayar depan pecah dan drebar sangat sengal sebab takdak tayar spare, maka ammu2 otai pun carik la tayar. dan, yang paling best sekali, sebelah tempat kitorang eksiden tu, ada tayar!
tayar tu dah la muat untuk tremko tu, baru pulak tu. entah2 tayar tinggal tu lagi elok dari tayar tremko yg tak pecah lagi tu. huhu.

so, alhamdulilah, kitorang selamat. still berpoya2 kat city star, pastinya.


oleh kerana cerita ni sangat cepat tersebar, agak2 cerita ni akan cukup hangat tak nak masuk jadi isu di malaysian in zagazig? itu ibarat hot page 9gag utk zagazig la. hehe.




tu je. wassalam.

Oct 3, 2011

kalau orang tanya saya...

salam satu agama.

pengalaman betul-betul mematangkan kita, kan?
siapa sangka hidup bermasyarakat, kerja dakwah, mahu bersosial, itu tidak seindah mimpi?
realiti yang kita hadapi benar-benar lain.

dan salah satu pengalaman hidup yang paling menarik saya rasa adalah berada di bumi bertuah bernama zagazig ini.
banyak konflik, banyak juga hikmahnya. banyak dugaan banyak pula pengalamannya.

sebenarnya apa yang selalu berlaku di zagazig adalah benda merepek.
kenapa perlu bergaduh di antara sesetengah pihak? perlu ada pertelingkahan?

kalau orang tanya sayalah...

"kenapa perlu ada persatuan-persatuan lain? bukan ke itu taadud jamaah?"
maka akan saya jawab,

siapa kita untuk menafikan orang lain? ada satu pesanan yang masih saya ingat, kita ini ibarat hidup di dalam mimpi. mahu membina rumah di tepi pantai untuk menghadapi hari-hari yang indah setiap petang, bermain pasir di kaki, berlari-lari bermain air, tetapi realitinya, tidaklah seindah itu. ombak besar yang mengunjung.

begitulah juga dengan persatuan-persatuan ini. yang kita mahukan adalah percambahan program, tapi hasilnya akan ada pergaduhan.

like a wise man once said, "bukan kita terlalu banyak perpecahan, tetapi kurang perpaduan." (patutlah orang ni mumtaz)

yang menimbulkan masalah ini adalah diri kita sendiri.
siapa kita untuk menafikan orang lain?
banyak kes yang terjadi adalah dari kalangan mereka yang kononnya memperjuangkan Islam.

kes yang berulang-ulang.

menafikan orang lain

Di UM dahulu, ketika zaman demonstrasi kampus, ada dua pihak yang giat memperjuangkan Islam. satu PAS, satu lagi JIM. sayangnya, mereka tidak serasi bekerja bersama. PAS seringkali cuba menafikan hak JIM dan usaha mereka memperkenalkan Islam pada kampus waktu itu. sedang usaha JIM tidak boleh dinafikan kerana sangat jelas sekali.
malah, dikatakan silibus tarbiyyah PAS sekarang pun berdasarkan apa yang diterapkan di dalam JIM. bezanya, dan masalahnya, PAS adalah parti politik yang sedang berharap dapat memegang tampuk kepimpinan negara. dan JIM, hanyalah satu organisasi NGO.
sayang apabila usaha JIM yang lebih hebat impaknya waktu itu tidak diraikan oleh PAS. walhal JIM ketika itu tiada niat lain selain mentarbiyyah orang-orang Islam di UM.

sama jugalah apa yang berlaku di tempat lain, seperti pakistan dan mesir. pihak itu mengaku paling berhak mendapat kuasa sedang orang yang paling patut kita junjung (di mesir) adalah kedutaan.
kedutaan UMNO?
ibaratkan kedutaan seperti ayah kita sendiri. biar sejahat mana pun dia, dia tetap ayah kita, kan?
hormat tetap perlu hormat. bukan mencari jalan untuk memalukan orang kita sendiri, pemimpin kita sendiri.

bagaimana situasi di Mesir? seringkali terdengar ada pihak yang menafikan pihak lain, kononnya tidak boleh ada banyak jemaah, kelak nanti kita berpecah.

kalau orang tanya saya, maka akan saya kata, pendapat itu salah sama sekali! ibaratnya setiap persatuan ini adalah individu. berbeza cara hadf dan matlamat, tetapi serupa tujuan., seperti menjaga kebajikan dan menyediakan ruang tarbiyyah. matlamatnya mungkin berbeza seperti menyatukan pihak-pihak tertentu seperti semua pelajar sains kesihatan, atau menyatukan mereka yang datang dengan ejen yang sama.
siapa kita untuk menghalang mereka melakukan kerja mereka-kerja yang baik?

mereka yang tidak melihat sejarah adalah orang yang bodoh. lihat sejarah, mahukan kita pertengkaran tidak bermakna seperti di UM berlaku lagi dan lagi?

kalau orang tanya saya, maka akan saya nasihat,
jangan rasakan diri kita yang terbaik.
hormati orang lain.
bekerjasama, dan raikan orang lain.
cari jalan supaya tidak bertengkar.

kita kan sesama Islam. mengapa perlu bergaduh macam anak-anak kecil?

~kubu salahuddin~

zaman berganti zaman. mereka-mereka yang berjuang sudah meningkat dewasa. lihat saja penyesalan mereka yang dulu bergaduh, kini bersatu. kita bila? harapnya tidak terlalu lambatlah.


pernahkah kita terfikir, dalam kita memburukkan orang lain, kita mungkin akan menghadapi situasi yang sukar  sama seperti apa yang mereka rasakan sekarang?

wallahua'lam.

itu kalau orang tanya saya.

itupun kalau orang tanyalah...

Oct 1, 2011

dinding kita

salam satu agama.

dinding sifatnya keras. ditolak tidak bergerak, dicium tidak bernafsu, dijilat tidak geli, dimaki tidak mengerti. dibaling bola melantun. dijerit tengking bergema pula.

sia-sia bermain dengan si dinding.

seringkali orang melihat mereka yang memaki mencarut pada dinding itu orang yang bodoh.
tapi kan, bukan ke dinding itu lagi bodoh?






bukankah lagi bijak kalau kita tahu cerita di sebalik cerita itu.
kenapa dia memaki sang dinding?
pernahkah kita ambil cakna? hanya kerana dinding itu adalah dinding rumah kita, tak bermakna orang itu bersalah. mungkin dinding itu menghalang dia mendapat cahaya matahari? mungkin dinding itu menghalang laluannya?

"ah! peduli apa! dinding itu dinding aku! siapa kau mahu memakinya?"
lah. bodoh juga orang ini. membela dinding yang tiada respon itu.

ah.. dunia huru hara. dinding menjadi perhatian.
ada yang menengking, ada yang membela pula. kelakarnya, siapa dinding ini? dahulunya dia hanya dinding biasa-biasa saja.
ah, aku sendiri sering menahan kakiku di dinding, sampai berkilat hitamnya.
adik aku sendiri gemar menconteng dinding rumah ketika kecilnya.
siapa hirau nasib si dinding?
kecuali mereka. ya, mereka.
benar, kelakar dan malangnya, mereka benar.
memang perbuatan yang bodoh untuk memaki suatu dinding (kerana pasti dinding itu jugakan bodoh.)
tapi bukankah lebih elok kita siasat dahulu kenapa terjadinya hal sebegitu.
apa implikasi negatif dinding itu? pernah ambil tahu?

baik segera dicari kelemahan dan dibaiki, dipermolek. kalau tidak, kelak tindakan bodoh memaki hamun sang dinding akan terjadi lagi.

saat itu janganlah mengatakan mereka bodoh, sebelum meletakkan diri sendiri kehinaan itu, lantaran tiada mengambil kisah nasihat dan tindakan serta pengajaran daripada sejarah.
mungkin saya sendiri yang akan memaki dinding itu.
siapa tahu?

sssshhh... ini rahsia kita, ya?

wallahua'lam.

kisah ini tiada kaitan dengan mana2 dinding. tiada dinding yang mati semasa proses entri ini ditaip.

Sep 26, 2011

alone and lonely.

salam satu agama.

selalunya kalau sampai kat muscat airport ni, aku akan pegi subway, makan2.
tapi bukan hari ni.

sekali lagi aku tinggalkan bumi 'bergolak' Malaysia untuk tunaikan tanggungjawab sebagai pelajar muslim, di mesir. waktu beli tiket hari tu lagi aku tahu, aku kena dan terpaksa balik awal dan perlulah bersedia. tapi kita takkan pernah puas.

samalah macam aku pagi tadi, saat Toyota Innova melaju di tengah jalan, menuju ke KLIA, seakan ada sebahagian rohku yang tertinggal di rumah. seakan ada urusan yang belum selesai. kalau ikutkan, memang ada. tapi rasanya taklah kuat sampai boleh buat aku rasa macam ni. aku pasrah jelah.

lega kerana kargo tiada masalah, cuma sebentar. aku bergerak seorang diri, menaiki tren ke gate, solat sorang2, lepak sorang2, dan semuanya bersendiri. hui rasanya teruk.

dan sekarang, inilah dia aku. sorang2 kat muscat (dalam kapal terbang tadi ramai je melayu, tapi diorang ke jordan kot. aku sorang je ke yang balik mesir? T___T).

niat nak telepon teksi, atau siapa2 saja untuk ambil aku di airport nanti mati. mati kerana simkad mesir aku rosak. ha baguslah. kontek semua lesap. weii pasrah lagi...

jam tangan takda, lepak sorang2, simkad rosak, duit genih (untuk tambang teksi la kot) tak cukup.
hei dugaan, dugaan.

and till now, i keep convincing myself that i'm actually lucky. hey, it CAN BE WORSE, right?
(HOW???)

takpe. tunggulah korang wahai hadramaut, 7days, karamel dan semua makanan yang sedap2!



alone.

Sep 14, 2011

Haram!

salam satu agama.



korang ever wonder macam mana boleh banyak munculnya hadis2 palsu?
yeah, beside, usaha2 israiliyyat yang nak menjahanamkan kita.
one once said to me, lepas zaman nabi wafat, ada peniaga2 yang cuba cari untung dengan mempromosikan produk mereka dengan hadis nabi, like, for instance,

"barangsiapa yang makan timun boleh dapat pahala qiam"

atau 

"barangsiapa yang makan kelapa akan rasa hilang hausnya bla3"

ok itu contoh2 yang tipu. tapi you guys get the point, right? mereka sanggup guna nama nabi semata2 nak produk mereka laris.

ohyeah. tak payah le terkejut sangat. manusia memang tamak. even mereka hidup tidak jauh pun dari nabi.

agak2 kalau zaman kita pulak macam mana?
oh, zaman kita lagi unik. kita 'paku' produk lain, biar pelanggan takda pilihan, and beli produk kita. mungkin cara ni lebih berkesan kot. yelah, lariskan produk kita, hapuskan saingan lain. seems like lebih produktif, kan?

main haram2kan orang lain ni sebenarnya dah lama dah kat mesia ni.

dulu pernah ada kes orang kata gardenia yang enak dimakan begitu saja tu haram, sebab tokey dia bela babilah bagai.
dan orang kata orang hi-5 yang mulakan fitnah tu.
makes sense what. gardenia lagi laku, sebab enak dimakan begitu saja. they just proved that they're not good enough. diorang kena ada krim, baru sedap. huhu.

tak tahulah cerita tu betul ke tak. mungkin hi-5 tak buat pun macam tu.
tapi itulah. meng-haramkan orang lain sesuka hati.

sedang nak kata orang munafiq pun tak boleh, lagi la pulak nak kata orang haram

ada pulak kes orang haramkan colgatelah, haramkan KFC lah, haramkan starbucklah...
dan lama2 akhirnya terbukti diorang ni halal je dipakai.

dan ada beberapa kemungkinan saja macam mana fitnah macam ni boleh tersebar.

orang yang betul2 benci produk negara lain, (still, tak berapa nak masuk logik, sebab KFC malaysia bernaung bawah syarikat mesia.)

orang yang suka sebar fitnah (termasuk sms pasal hindraf dulu, dan lainlain lagi sms yang berantai) sebab mereka ni gila,

atau, orang yang akan dapat benefit. contoh, peniaga lain. aku ingat lagi masa orang kata colgate haram, ada satu produk ubat gigi yang bukan main lagi mengiklankan bahawa mereka halal dan selamat dan bagus semua. yeah, dan situasi itu sangat menguntungkan mereka, sebab semua orang bertukar dari ubat gigi regular mereka kepada ubat gigi 'islam' ni. well done. until kantoi bahawa colgate pun halal.

contoh lagi, KFC. ayam tak bersihlah, sembelih cara halallah, tup tup mereka yang marah tu bagi alternatif lain, dan alternatif lain itu adalah produk mereka! demmit, kalau betul nak tolong orang, tolonglah ikhlas. sempat pulak carik keuntungan. yang lagi keji bila terbukti KFC tak macam apa yang mereka fitnah tu.

banyak lagi wei. Starbucks(kalau tak silap sekarang dah tak 'haram'), Secret Recipe, dan Munchy's. wei, Munchy's dah la sedap. lempang kang.


orang melayu ni paraniod lebih. itu haram, ini haram. tak salah kalau nak berjaga2, sebab makanan akan jadi darah daging kita, tapi cukuplah kot kalau kita nak berjaga2 sekadar cari lambang halal yang sah, dan pakai. kalau tak jumpa, tak yakin, dah, tak payah pakai. ape kes kalau dah ada lambang halal kita still nak takut? kalau betul itu haram pun, bukan salah kita. salah mereka yang berkuasa. dari sudut syariahnya, makanan itu dah halal sebab dah terbukti halal.


inilah masalah orang melayu kita. takut sangat. dan orang guna ketakutan itu untuk manfaat mereka. semua haram!

agak2nya laptop yang tengah aku guna ni, haram ke? yelah, orang yang buat ni belum tentu orang islam kan.




nonsense.
oh ye, dan rokok adalah HARAM.
correct me if i'm wrong.

salam.

Sep 12, 2011

in the vein

salam satu agama.
yes. aku memang malas update. muehehe.

korang pernah dengar tak Mona Vie? dulu aku pernah minum sekali. botol dia lawa. macam botol, er, arak. tapi takkan la ada arak lak dalam thallagah rumah aku? so kerana aku sangat berminat, aku pun minum la, agak banyak.

and aku pulang ke UIA. tetiba aku rasa penat gila. badan berpeluh2. pergh. itulah efek Mona Vie. diperbuat daripada acai berry, dari brazil, bagus untuk kesihatan dan berguna untuk memperbaiki sistem dalam badan.

pergh.

lepas tu lama aku tak dengar cerita pasal produk ni. sebab aku pegi padang pasiaq.

and bila aku balik, mak aku dah jadik otai Mona Vie. kalau korang dengar la testimoni pelanggan-pelanggan mak aku, macam iklan TV. serius. rasa nak minum banyak2 je. mana tau esok boleh kurus. huhu.

tapi yang menariknya, nak kata depa lebat, depa bagi testimoni tu sebelum beli dari mak aku lagi. means, diorang dah percaya sebelum mak aku promote lagi. means, diorang dah pernah guna!

yup, produk ni mahal. tapi kalau beli dari mak aku, aku rasa korang akan dapat harga paling murah, sebab mak aku akan jual harga ejen, kalau ambik untung pun, untung la dalm RM2-RM3 je. orang lain ada yang ambik untung sampai RM50!

yes, aku saja nak promote, sebab aku tengok bisnes mak aku kencang gila. silap2 tak siap jugak tesis PhD dia. haha. orang tu order orang ni order, sampai habis bateri menjawab telepon. ye, itu hiperbola.

and i saw something miracle just now.
my mom had a 'house moment'. dia boleh diagnose and bagi prescription without looking to her 'patient'. haha.

"kalau sakit sendi, beli warna hijau."
"kalau sakit obesiti bla3 (aku ingat obesiti je sebab mak aku paksa minum), beli la warna merah"
"kalau biasa2 je, minum la warna ungu."

see?
"dia ada sakit2 pinggang? tak ada, so ambik ungu je."

hebat en mak aku? dah macam House. senang2 je diagnose. hehe.

kira aku tengok terer gila mak aku berniaga. mungkin sebab barang tu memang bagus kot.
mungkin, mengalir dalam badan aku ni, gene suka berniaga. eh, gene mengalir ke?

it' in my blood. mungkin sebab tu jugak aku jual baju brotherhood.
(kalau hangpa nak beli baju brotherhood, boleh tempah dengan aku, klik link sini utk tgk stok baju yg ada).

so, sapa yang taktau lagi pasal Mona Vie, google la sendiri. siyes noob la korang ni. even heimlich pun orang google.


terbaik.



dan, mak aku ada jugak botol warna hijau. (kalau korang pay attention, mesti korang tau warna hijau utk ape), yang ada jual kat singapore je.


inilah dia Mona Vie.















dan yang ini stok2 yang korang boleh tempah dari aku. 

itu je.
adios.
oh ye, bisnes itu sunnah nabi, tahu? =)

wassalam.

Sep 9, 2011

hey, hey egypt

salam satu agama.

adik aku nak pegi egypt dah. padan muka. muahahahaha.
dan as always, kenalah buat list barang2 nak bawak ke egypt.
now, korang2 yang baca ni pun mesti nak tau jugak kan menatang ape yang penting utk dibawak.

sobona eh, banyak kat blog2 orang lain dah listkan dah barang2 yang penting utk dibawak. kalau korang malas gak nak selongkar, meh aku tolong.

pegi kat blog2 ni.
zieda, ust fahmi.

tapi takpe. andai kata korang malas gak, meh la aku buat list sikit.

persediaan ke mesir.

pakaian.
1. kalau aku, aku akan carik jeans dan kakhis banyak2. seluar diorang tak bes. huhu.
2. baju kemeja sehelai dua, kalau boleh bawaklah. utk program rasmi. biasanya pegi kelas pakai t shirt kolar je.
3. jaket pun tak payah banyak kot. satu dua dah cukup banyak. nanti masa masuk winter, pegilah beli baju kat sana. lagi lawa.
4. stokin, kalau aku, better carik sini. stokin diorang cam haram tak sedap.
5. kopiah pun, aku suka pakai yang mesia. dengan info tambahan bahawa kepala aku agak besar sebab pandai, maka susah nak carik saiz yang sesuai di sini.
6. yang paling penting, bawalah iman dan sabar sebagai pakaian kita ke sana nanti. hehe.

makanang
hah part ni la yang paling leceh sebenarnya. ada sesetengah orang rasa, "alah kat sana mesti banyak makanan, pastu nasik arab kan sedap gila, nak buat apa bawak rempah banyak2.."
tapi kalau dah 3 bulan makan nasik arab je, berak pun tak puas tau. huhu. jadi, sebenarnya bahan mentah ni agak pentinglah.

1. bawak la brahim's dengan megi. kalau taknak bawak banyak, bawak sikit. mungkin masa mula2 sampai sana korang tak ada kerajinan nak masak, dengan tambahan korang belum reti masak, so, brahim's menjadi pilihan. huhu.
2. rempah2 kari, kunyit, tomyam, kurma, dan sebagainya ang korang boleh fikir, bawak jelah. yang nak memudahkan korang. aku bawak benda ni je, tambah perencah sup dengan perencah nasi goreng. ni utk memudahkan. sapa dah terer tak payah la bawak. huhu.
3. serai, asam keping, cili kering, ikan bilis. cili ada je kat sana, tapi tak bes. tak berapa nak sedap. yang lain2 tu sukatilah nak bawak taknak. serai pun ada. tapi tak banyak. sangat limited.
4. makanan rohani macam ma'thurat dan quran bertafsir melayu pun bagus utk dibawak. hehe.
senang cerita, bawak apa yang kroang nak makan. macam aku, masa nak shopping ni, aku pegi dengan mak. die tau la mana penting, mana tak penting. huhu.
5. hah, ni sangat penting. milo takda ye kat sana. yang ada nescafe je. tapi bagi peminum nescafe tegar, bawak la dari sini. diorang punya 3-in-1 tak berapa nak kaw. power root ada jugak dowh. huhu. so, klau aku, aku bawak horlicks, milo, nescafe, dengan old town kot. tapi better carik yang bukan 3-in-1. sana ada gula la wei.
6. ini pun tak kurang signifikannya. kicap dan sos cili!!!! kalau rajin bawak la banyak2. kang dah habis menggelupur takde kicap. aku tau, rakyat mesia ni memang ramai yang sangap kicap. so, hati2. jangan buat kesilapan ni. huhu.

lain-lain.
mula2 nak pegi ni, bawak la berus gigi, syempu kecik, sikat kecik, minyak rambut kecik, deodorant kecik. sabun kecik. sebab kalau sampai sana, bukan korang nak terus pegi shopping. semua cuak nak pegi kedai sebab kena cakap arab. so, kalau ada benda2 ni, korang selamat la sikit kan. huhu.
also, pen pun aku suka mesia punya. mesir punye cam haram tak bes.

itulah dia list2nya. tinggal nak beli atau taknak je. pandai2 jugak setting barang jangan sampai lebih Kg yang ditetapkan oleh kapal terbang korang nanti.

dan korang bakal disambut oleh pasir2 dan debu2 nanti. berjaga-jagalah. muahahaha.




cerita lain.
semalam punya malam rumah aku ada kenduri untuk adik aku yang nak pegi ke mesir. so sorilah kepada yang tidak diajaka secara personal, sebab kenduri ni untuk adik aku, bukan aku. kalau kawan aku yang banyak, lain jadiknye. huhu.
time kasih jugak kepada yang datang, Alip, Aufa, Singer, Adi, dan Muadz. nasib baik ko datang muadz. huhu.
yang kata nak datang tapi tak datang, takpe. aku maafkan. boleh aku makan lebih. sedap bai semalam. semua terrbaik. taufufa ada, roti jala ada (aku bold sebab aku yang buat. hehe) ketupat nona ada, ketupat palas yang bentuk dia unik ada, karipap yang sangat delicious ada, dan macam2 lagi. ha, kan dah rugi sebab tak datang. huhu.


kepada yang nak pegi mesir, rajin2kanlah diri mencari ilmu agama dan bahasa arab. pegi je kedai2 tibai arab. esok lusa tererlah. hehe.
kang jadik macam aku. balik kampung, tok cik aku tibai arab dengan aku. pergh. nasib baik aku paham.
-__-

topi jackie chan dalam citer karate kid. die pinjacm kat aku tak pulang sampai sekarang.
sabar jelah.

ok lah, babai. buang masa aku je borak dengan korang. huhu.
wassalam.

Sep 4, 2011

depa raya, aku pun raya

salam satu agama.

yup, entri ni adalah merapik kosong insyaAllah.
nama pun blog aku kan. sukati akulah. huhu.

Mr. K kata blogger tipikal suka tulis pasal raya2 ni. tapi aku still rasa aku unik sebab dah seminggu raya baru rasa rajin nak menaip. hehe.

raya tahun ni, bagi aku, unik. unik ni boleh apply kat aku je. mungkin raya korang besa2 je. huhu.

balik kedah
selain raya, perkara2 wajib yang perlu dilakukan kalau balik kedah adalah ziarah sedara mara. luckily, tahun ni tak payah sangat sebab depa yang banyak pi umah tok aku. lega. huhu.

yay baju raya kami sama!!!
(budak yg gelak dan nanges sama kuat ni nama dia Yin. comel~)

then, wajib jugak untuk minum air nira. kalau aku tak dapat minum sebelum balik mesir, memang frust la aku. huhu. dan yang paling penting, adalah mandi air terjun. kat mesir celah mana nak carik? takkan nak pegi fayoum? panas gila wei. air terjun tengah padang pasir. rasanya aku ni belagak sikit, nak mandi yang tengah hutan je. hehe. balik-balik lak dapat makan kambing bakar. hoyeah. gila bes wei. huhu.

sebelum bako. lepas bako tak sempat. habis cepat sangat.




wait, what? mana gambar air terjun? ey korang ni tak senonoh betul nak tengok gambo orang mandi.


balik sekinchan
yep. tapi sedih sikit, sebab balik lambat, so memang tak dapat jumpe sedara sangatlah. sume pakat balik dah. tapi takpa. masa nilah aku dapat merasa ikan laut yang sangat fresh, dengan air kelapa fresh. pergh.mana nak dapat kat mesir wei? alhamdulillah aku balik kampung~

tengok.. kereta pun dah tarak. isk3~

duit raya? pergh.. taknak bold lah. aku tak looking forward sangat nak dapat duit raya. tapi alhamdulillah orang bagi jugak. hehe.

so...
senanye banyak benda lagi aku tak buat kat mesia ni, memandangkan aku bizi. oh yeah kenapa aku tulis kat sini? yelah, takkan nak tulis kat fesbuk lak. gila panjang wei. huhu.

yang pasti, sebelum balik, aku kena makan makanan yang aku mengidam masa kat mesir dulu. jagala korang!!!

ceh. memang bosan kan? takpe layan gambar2 ni. huhu.
wassalam.


 saya memang comel.





kampung gua yang cantik.


all of sudden, sume orang ada DeSeLeR. saya pun nak jugak! jeles!

Sep 3, 2011

saya nak tanya pasal visa, visa ni apply mcm ne ye?.. kena ada return ticket ke?.. selalunya visa siap brapa lama?..

visa?
hurm. visa apply sebelum kita masuk negara tu.

aku assume soalan ni utk ke mesir ye.
kalau nak datang ke mesir, kena bawak passport je kot. sampai sana dia bagi cop, kire lepas la kita ke mesir, pakai visa pelancong, utk 2 minggu. kalu sape rajin, boleh apply sendiri kat kedutaan mesir, visa student utk 3 bulan. tapi dokumen yg diperlukan kena cukupla. (biasanya kena ada bukti pengesahan uni.)
tapi, kalau aku, (dtg dgn ejen je.. isk3...) just pakai visa pelancong, tunggu sampai Uni bagi pengesahan kita belajar kat situ, then kita boleh apply visa student utk setahun.

ade pape lagi, tanye je ye.

tanye puas2..

Aug 27, 2011

apekejadah?

salam satu agama.

di sebalik cuaca mendung nyaman di malaysia ini,
dalam tabir hari diselubungi damai suasana,
dan angin berhembus perlahan-lahan, menyusup ke lapisan kulit palig luar, menggetarkan roma, perlahan.

dan pada itu, ada lopak-lopak air semalam,
yang masih bergenang,
bagai mengenang hujan kelmarin.




ape kejadah?
aku tak hapdet blog sendiri,
aku tak hapdet blog fikrahislam.com,
aku tak hapdet pseudosains.

hilang komitmen.
hilang rajin.
yang mampir berkali-kali hanyalah seperca kemalasan yang mengotorkan.

dan kenapa,
dan kenapa aku menulis sedemikian?

kerana,
satu sahaja asbabnya,
karena,

saja nak bagi korang menyampah. hehe. ye, aku malas. yela, kalau tulis macam ni, baru la korang ingat aku serius. hehe.

selamat hari raya, lagi beberapa hari.
selamat menghabiskan sisa-sisa ramadhan dengan terrrbaik.
malas la cakap dengan korang dah. huhu.

wassalam.

(macam mana pemburuan lailatul qadr kalian? eden maleh nak lotak gambo. lenkali la ye?)

Aug 25, 2011

menyampah.

salam satu agama.

kau tahu apa yang lagi teruk daripada orang yang tak berdakwah?
pendakwah yang tak berhikmah.

kau tahu apa yang lebih teruk daripada membuat kesalahan?
menegur orang buat salah apabila yang menegur itu pun buat perkara yang sama.

kau tahu apa yang lebih hina dari seorang musuh?
kawan yang makan kawan.

kau tahu apa yang lebih busuk dari sikap buruk orang lain?
sikap buruk diri kau sendiri.

yup, aku menyampah dengan diri sendiri.
useless!

Aug 23, 2011

bajet: rebiu buku

salam satu agama.
wuish. tak sangka aku update en. hehe.
ok, kali ni nak serius sikit. pasal buku Qasidah utk Kekasih, karya Siti Munirah Abdul Rashid, yang nak kawin bulan depan,insyaAllah (hehe).

Qasidah untuk Kekasih.









kalau sesiapa yang mengikuti novel-novel beliau, unsur penulisan yang matang memang akan cepat dikesan usai membaca biarpun barusan bab pertama. seperti novel ini, mesejnya jelas, tentang cinta seorang pemuda pada satu karekter yang paling mulia pernah wujud di muka bumi, iaitu Rasul SAW. dalamnya cinta Zainul Muttaqin tergambar jelas sejak mula cerita, dan cintanya berbalas apabila bermimpi menemui nabi pada akhir-akhir usianya. saat ini yang paling membuat saya meremang dan sebak, kerana cintanya terjawab. usahanya tidaklah kecil, dalam mendalamkan lagi rasa cinta pada nabi itu, dan sekaligus mengajak masyarakat sekelilingnya mengenal cinta nabi itu bagaimana rasanya. seakan saya sendiri melagukan qasidah-qasidah yang terbait di situ.

watak lelaki, pada saya, 'dicipta' terlalu 'lembut'. mudah mengalirkan air mata, contohnya. saya sering bersama dengan mereka yang baik-baik, dan meski hati mereka lembut, tetapi untuk menangis di hadapan orang semudah itu adalah agak mustahil. lelaki lebih tabah daripada itu. bagaimanapun, mungkin watak yang terlalu ideal ini boleh dijadikan contoh untuk kita uli peribadi kita sebaik itu. secantik itu.

jalan cerita, bagi saya, biasa. pada mulanya saya tertarik dengan susunan latar tempat di pusat asasi UIA (saya pernah belajar sebentar di sana) dan saya terasa bagai berada di sana.
tetapi jalan cerita tidak konstan menarik sehingga ke akhir cerita. tengahnya agak hambar (kurang konflik, peristiwa pun sekadar biasa, mungkin) tetapi penutupnya cantik. tetapi, keseluruhannya, novel ini kurang sedikit, berbanding dengan novel perindu pelangi, yang sebelum ini.

satu bentuk pembaikan berbanding novel sebelumnya, yang paling signifikan, adalah, fakta dan ilmu yang terkandung di dalamnya. saya sendiri, walaupun belajar di mesir, tetapi masih banyak fakta-fakta yang baru saya kecapi saat membaca novel ini. tetapi kadang-kadang fakta terlalu padat sehingga memakan jalan cerita. namun, ilmu adalah ilmu. tidak betul kiranya saya mengatakan ilmunya terlalu banyak. ilmu adalah ilmu. lebih banyak lebih bagus.

apapun, novel ini banyak pengajaran dan ilmunya. secara peribadi, ia (salah tatabahasa) banyak mengajar saya, baik secara general mahupun dalam bentuk penulisan.

saya komen je. nak tulis sehebat itu, tak mampu. hehe.
sapa tak beli lagi, cepat beli. kalau kedekut sangat, pinjam kat aku. huhu.

tu je. komen amatur.
wassalam.

Aug 18, 2011

semangkuk tau fu fa di neraka. erk.

mula-mula masuk dah nampak roti john. lepas ni entah apalah pulak. roti bob? roti daniel? roti jack? huhu. sebelah roti john ada karipap macam-macam inti. brader yang jual tu besar gila. sebesar napsu aku nak beli karipap tu. urgh. jalan lagi. ada nasik tomato dengan lagu tema pulak. "nasi tomato, nasi tomato," sebutan berirama dikumandangkan secara duet oleh brader-brader yang meniaga. oh,  KFC (kelantan fried ceken kot) pun taknak kalah. tambah pulak dengan ayam pakcik ni. macam ceken cop pulak kalau tengok. bau dia, aduh~ menusuk kalbu. menduga iman!

tapi, mana taufufa aku? aku nak taufufa, dan terus keluar dari penyeksaan ini! nun jauh di sana, aku nampak taufufa gula merah. ah, akhirnya! tanpa membuang masa aku terus beli dua. mak tak kasi beli lebih. in fact, mak tak kasi beli selain dari dua taufufa! tiba-tiba aku ternampak taufufa lain. dijual bersama air soya. biasanya taufufa dengan air soya ni sedap. ah, dem. lain kali saja aku beli kat situ. harini aku bedal akak ni punya je.



melangkah balik bukannya senang. ayam percik, burger, nasik lemak dengan ayam rempah, dan macam-macam lagivmenghalang aku pulang cepat. ah, tabahkan langkah! keluar segera!

ya, aku tak boleh beli selain dari dua taufufa. lain kali saja kita bertemu, makanan-makanan yang enak. tunggu!

oh sungguh. kadang-kadang bazar ramadhan pun dah rupa macam neraka.

salam satu agama.
hehe.

Aug 16, 2011

mesia vs mesiaq

salam satu agama.

apa beza ramadhan kat mesir dengan ramadhan kat mesia? jengjengjeng~
oh ye, aku akan jadikan ianya tidak seklise yang mungkin. huhu.

mesir.
kalau puasa kat mesir, sahur pukul 3. dalam pukul 3.40(awai-awai dulu pukui 3.30 ja) dah azan subuh. pastu tidor. sedihnya sahur kat mesir ni, sebab malas masak, makan jelah apa yang ada. kalau ada lagi lauk berbuka, makan. kalau sempat beli makanan lepas terawih, makan. kalau tak, makan la roti dengan apa-apa yang boleh dicapai. pastu tido lepas subuh. oh yeah.

mesia?
makan ofkoslah best. mak masak. cuba suruh aku masak. tak sahurlah rumah ni. haha. setiap pagi makan nasik. pergh. kalau kat rumah sendiri jangan haraplah. malas gila padahal malam tu bukan buat apa pun. haha. lepas subuh aku takleh tido sebab biological clock aku follow jam mesir. bagus apa. haha.

mesir.
rumah panas gila. sehari mau 4 kali jugak mandi. kalau boleh nak bogel je dalam rumah tu. tapi kalau bogel pun sama je panasnye. -__-
tunggu nak berbuka tu selak la ape-ape movie yang best. almaklumlah, koleksi lepas exam tu tak habis teroka lagi. lagipun aku suka ulang-ulang movie yang best. tak bosan pun. aku setia. huhu.

mesia?
lepas zohor, kalau boleh nak tido sampai buka terus. asar? eh, ada ke? dah solat ke belum eh? haha. tapi biasanya ayah aku kejut solat. tadi gila aku tertido balik lepas asar, sampai maghrib! sabar jelah.

bukak puasa kat mesir, memula je masak. aku penah makan kat rumah dua kali je. yang lain semua makan free. hehe. orang arab ni, macam yang sudah dimaklumi semua, jadik malaikat masa bulan ramadhan. bukak puasa pertama, aku ke cairo, ada orang edar-edar susu dengan kurma untuk orang ramai. kami bukak puasa dalam teksi. touching aku. baik gila siap bagi susu. juhayna lak tu! bukan susu cikai woo. pastu memang bersepah laarab duk edar kurma tepi jalan. pergh. baik betul mangkuk-mangkuk ni. cuba la korang baik sampai ramdhan seterusnya. kan bagus.

setawadhuk nik aziz kalau kat mesir. huhu


lepas-lepas tu, kami makan kat maidah rahman jelah. lagi bes. ada ke dia bagi sorang ayam rubu'. memang membuatkan aku nak datang hari-hari! huhu. yang bestnya, pelajar luar macam kami ni macam dijaga sikitlah. kalau ada lauk lebih, letak kat pinggan kami. tapi kalau daging biasanya takda lebih sebab mahal. mekasih ammu!


mesia?
bazarrrr ramadhan!!! di kala waktu berbuka di mesir yang kian menyepi jalan-jalannya (semua redi nak berbuka) kita berpesta makanan kat mesia. gila sangap la orang mesia ni. macamlah tak makan sebulan. diborongnya habis makanan-makanan tu. sampai terawih tak larat nak angkat perut. agak-agak la wei. aku, belum singgah lagi bazar setakat ni. tidur sampai maghrib, jangan harap le nak ke bazar. haha. tapi insyaAllah aku bertekad akan ke bazar gak nanti, mencari makanan idaman! yeah!!!



macam mana amalan kita?

kalau kat mesir, diorang manfaatkan sungguh-sungguh peluang yang ada. ada masa kosong, isi dengan zikir, selawat. kalau duduk kat masjid, baca quran. jaga kedai, baca quran. satu suasana yang menarik dan damai. kalau mesia? usah kata nak baca quran, nak pakai tudung pun liat. aku masa sampai kat KLIA hari tu, rasa macam.. "woi, korang tak puasa ke?"

kalau puasa setakat tahan lapar je, lapar jelah kita dapat. kalau masuk Islam sekadar masuk je, nama Islam jelah dapat. yang lagi best, bulan-bulan puasa nilah dia nak bukak tudung. aku tak paham betul. ada jugak yang dating kat bazar. dulu selalu gak aku tengok. sakit mata tau tak. aku masa tu dah la siqah. haha.

itulah dia. sejujurnya aku rindu nak puasa kat mesir. rasanya lain. tapi boleh ke, kalau nak puasa kat mesir, bukak puasa kat mesia? eleh, biasalah tu. manusia memang tamak. walaupun tau takkan dapat, dia nak mintak jugak. huhu.

ramadhan bukan untuk disambut tau. ramadhan untuk didirikan.

wassalam.

(bila nak makan satay ni? aduh~)

Aug 13, 2011

home sweet home

salam satu agama.

pergh. akhirnya kat mesia jugak aku kan. semalam dapat bukak posa cekodok dengan bihun sup mak. memang best ah. senanye takde la spesel sangat. tapi lagi spesel la dari makan roti ngan sosej je kalau kat mesir (sedih).

jetlag? ofkos. sebab Omanair banyak sangat movie baru. takkan nak tido? rugi la kan. haha. memang pengalaman la pose dalam flight.
tapi. flight haritu macam ada pengajaran woh.

camni citernye.
flight ke muscat, aku duduk sebelah pakcik arab ni. mulut dia bau, baik punye... rasa nak pengsan aku. aku macam tak boleh toleh ke belah dia la. seksa gila aku 6 jam tu. hadoi la...
then, aku pun doalah, supaya flight ke KL nanti tak teruk camtu. dapat duduk sebelah melayu pun cantik. boleh ngorat borak2. hehe. tahu apa Allah bagi? kerusi kosong. ha amik kau.
satu pengajaran aku dapat:
kita takkan berpuas hati dengan mana2 manusia sebab manusia tu tak sempurna. kalau kita tak boleh bertolak ansur menerima kelemahan masing2, maka baik duduk sensorang la wei. erk. insaf aku bulan2 ramadhan ni. pakcik, lenkali duduklah lagi sebelah saya. tapi gosoklah gigi ye? huhu.

malas ah tulis panjang2. bukan korang baca pun. huhu.
salam.

Aug 11, 2011

august rocks!

salam satu agama.

ye. ye. blog aku gila bosan. aku pun taktau sapa la rajin sangat pi klik iklan nuffnang aku sampai naik sikit. mekasih. hehe.

the thing is,
kalau malas peking=takda idea=macam sibuk=tengok movie=company of heroes=tak update blog.
simple equation!

by the way, bulan ogos ni memang penat. penat mengewish kat fesbuk, sebab ramai sangat orang lahir bulan yang gilang gemilang ni.
dan ofkoslah penat membalas. er, tu tahun lepas. tahun ni sikit je wish aku. tapi sapa yang wish tu memang....
i love you. T__T
tak. aku bukan gay. well, biasalah sayang member. korang ni tak baca ke status bugis, ""never leaves LEO 'cause they are loyal friends" or stuff like that. see? aku memang menyayangi kengkawan aku. hikhik.

DAN,
bulan ni jugak,
ramai orang lahir. that's why we rocks! yeah!
tapi...tak boleh lawan bulan aprillah.

12 rabi'ul awwal. 20 april. terpadam api majusi. runtuh istana kisra parsi. pagi yang bening dan damai. ahli kitab telah menjangkakan hari itu. Allahu rabbi. sirah telah bermula.

dalam sirah, ada pape yang spesel ke jadik dalam bulan ogos yeh? malas lak nak google. huhu. yang pasti bulan ogos tahun ni sangat best. puasa kat mesir first time. result pun, alhamdulillah tidak mengecewakan. dapat makan free. huhu. dan, macam-macam lagi. alhamdulillah...

fasa dua dah masuk. jom tobat reramai.
wassalam.

wei aku taktahan tengok produk-produk baru brotherhood. nak beli~
sekian.
hai naqnaq.

Aug 6, 2011

maturing

salam satu agama.

alhamdulillah, setelah menjejakkan kaki ke umur 20 ni, terasa matang sikit.
(act, tak rasa pape pun. sama je. -__-")

hayaakkk!



bertambah umur, bertambahlah tanggungjawab, bebanan, kesedaran. itulah yang sepatutnya. so, kalau orang lain pasang azam baru masa awal tahun, aku nak pasang azam baru sekarang. setelah menjelang 20 ni, boleh?

aku berazam nak jadi orang yang betul-betul berjaya. macam mana orang yang aku kategorikan betul-betul berjaya tu? iya-iyalah, pastinya orang yang menjaga ibadahnya etc etc. ya, tu betul.

satu lagi bentuk kejayaan yang aku nak adalah, bila orang tanya bagaimana aku belajar, aku nak aku boleh jawab dengan bangga dan menjadi contoh, "aku belajar rajin dan tersusun. itu punca kejayaan aku."

betul. kejayaan datang dari Allah. aku tak nafikan. cuma apa yang aku nak cakap sekarang adalah, aku tak rasa bangga dengan result aku sekarang. ini bukan berlagak lak. bacalah dulu. kalau orang lain, bila ditanya, macam mana dapat result cemerlang? mungkin mereka akan jawab, "alhamdulillah, ana rasa ini semua rezeki dari Allah. ana study buat nota bla3, pastu tak lupa jugak rajin belek buku bla3, study sehari 6-7 jam bla3..." hui bestnya kalau boleh cakap macam tu. menjadi contoh dan motivasi kepada orang lain.

aku? kalau orang tanya? entahlah. kejayaan aku ni boleh dianggap kesian. nak kata belajar gila-gila, tak pun. biasa je. awal sesi dulu memang haramlah nak belajar. semua cerita bersiri aku habiskan dalam masa seminggu. marathon habis. then, sejak masuk tahun baru, aku belajarlah sikit. buat nota sikit-sikit, baca buku sikit-sikit.

sampailah masuk musim exam. cuak sebenarnya. study aku mana pernah cukup. ingat medik ni sikit. masa nilah aku terima parut belajar medik. perit. berjujuran peluh aku study last minute. susah wei. alhamdulillah result aku ok. itu pun, sipi-sipi je nak ke Jayyid.

persoalannya, aku bangga ke? TAK. sebab, kalau orang tanya macam mana aku study, boleh menjadi contoh ke kepada orang lain? "aku dulu study so-so je. jangan risau, korang akan berjaya." no, no. aku taknak macam tu. kalau boleh aku nak mampu kata, "kita kena study dari awal. medik ni belajarnya kena konsisten." ah, mimpilah. aku pun tak buat macam tu.



tapi ada, ada yang lebih study dari aku, dan resultnya kuranglah memuaskan. satu saja aku boleh cakap. ini semua urusan tuhan. mungkin Allah atur result aku macam ni supaya aku akan lebih rajin. mungkin kalau result aku teruk, aku patah semangat, aku tak mampu hadapi. sebab, Allah hanya akan memberikan ujian pada mereka yang mampu sahaja.

so, tahniah. kalian orang yang hebat, mampu menghadapi ujian itu.
jadi, itulah azam aku. mahu menjadi orang yang berjaya, yang sebenar. Allahu Rabbi. sebenarnya beban kita bukan sedikit. tapi kita tangguh-tangguhkan hinggalah kita sendiri tersepit.

kumpul, kumpul. lagi-lagi bulan ramadhan ni. kumpul amal kita sampai cukup nak dibawa ke sana nanti.

maknah tanya, ada calon ke? amboi. baru 20 kot. ni bukan drama olskul. huhu. takpelah. nanti kalau ada oki setiana dewi versi malaysia, kabo ye. kira adalah tu. hehe.

wassalam.

Aug 3, 2011

pantang-pantang ramadhan

salam satu agama.

hah. korang ada pantang tak taim ramadhan? bukan pantang mengidam tu. tu nak beranak. hei korang ni. fikiran tu biar jernih sikit bulan-bulan ramadhan ni...


ok. ni adalah list pantang-pantang aku. kenapa aku tulis? suka hati akulah. blog aku. kalau korang nak tulis, buatlah korang punya blog sendiri. muehehe.

1. pakcik-pacik yang dah tua tapi tak reti nak rapatkan saf lagi.
ha. ni la akibatnya bila datang surau taim ramadhan je. tu pun mujur jugak datang. kalau buatnya datang taim semayang raya je, memang kirim salam la nak buek menantu. pakcik, pakcik tau tak, mulakan saf dari tengah. lepas tu make sure seimbangkan kiri dan kanan. bukan main belasah je nak masuk mana-mana. pastu bile dah masuk, rileks je saf tu tak rapat. aku siku kang, kata kurang ajar pulak. pakcik tu yang kurang asam dulu. hai. kan dah keluar kata-kata yang kurang manis ramadhan-ramadhan begini. heh.

kalau orang arab, dia luruskan ikut depan. sukati depa ja. bengong. huhu


lepas ni pakcik kena ingat. rapatkan saf tu simpel je. tak payah la rapatkan saf sampai se'eh. biasa-biasa sudah. kang orang suruh rapat, dia over pulak. cepat tacinglah pakcik ni. tegur kang kata biadap. tak tegur kang dia jugak yang malu tak tau hukum. sabor jelah.

yang imam pun satu. tak reti-reti ke nak tegur makmuk dulu. dah tegur, pastu buat dono je. alahai hensem betul imam ni. check la. bukan dosa pun. diorang kena ikut cakap imam la. marah-marah sikit pakcik-pakcik ni. amboi dia. biasa ye?

2.bebudak yang lari-lari depan saf.
semualah. bukan setakat lari je. diusiknya ayah dia macam patung toy story yang buncit. tu takpe lagi. yang mencangkung macam nak berak lepas berbuka depan orang lain, apa kes? hei memang aku panas dengan makhluk tuhan yang kompem syurga nih. korang ingat korang comel, korang bolehlah mencangkung depan aku suka-suka hati? hamboi-hamboi. macam tadi. budak arab tu tah hape la dia main ayah dia. aku bengkek je. kang aku sepak, anak orang. dibuatnya bapak dia sepak aku balik, menangis tak pasal. sabar jelah. dik, ayah ekau tu bukan patung shin chan kau nak geletek-geletek. kang aku geletek sampai mati kang baru tau.


ye kau memang comel. tapi kalau kau lari-lari taim terawih, siap!


3. pegi bazar ramadhan taim ada duit.
sebenarnya aku ni jarang pegi bazar ramadhan. taim ramadhan je aku pegi. bulan-bulan lain aku kurang ambil cakna sikit. huhu. sebenarnya, taim ramadhan pun aku jarang pegi. yelah, mak aku masak macam hotel, kejadah nak pegi bazar cikai tu? blease la, blease..
tapi kan, masalahnya, aku duduk bangi. bazar dia semua gila-gila. macam tak puasa je gaya. makanan, pergh, macam karnival. memang terbaik. tambah-tambah kalau tengah ada duit. kacau jiwa wei. nak beli kang, tak larat nak habis. tak beli, ah, dah terbeli!





tapi kat sini takde bazar-bazar. kalau ada makanan kat tepi jalan, biasanya arab kasi free. kurma ke, air ke. kalau lagi best, pegi tempat makan free dia. amenda tah nama. maidah rahman? mungkin kot. makanan berkat or something like that la maksud dia. so, sebenarnya bukak puasa kat mesir tu heaven jugak, walaupun panas.. 'sikit'. huhu.

4. solat terawih taim perut kenyang.
ini rentetan daripada yang tadilah. masalah betul. lain kali kena buat macam kat mesir. kalau jalan-jalan jangan bawak duit banyak-banyak. nanti habis kat bazar. ayam golek sekali. fuh...

ini sebenarnya punca ramai orang lari lepas habis terawih. taknak witir kononnya malam tu nak qiammullail. pastu berdengkur secara harmoni beramai-ramai. kadang-kadang sahur pun tak. hampeh.

5. tadarus
dont get me wrong. ini adalah aktiviti signifikan yang aku suka dalam bulan ramadhan. masa kecik-kecik dulu, aku dengan geng-geng aku akan buat group tadarus sendiri, dan akan habiskan sebelum sampai tarikh yang ditetapkan. kadang-kadang lepas subuh pun baca jugak. punya semangat wei team tadarus kami. bila rajin baca quran, alhamdulillah, bacaan kami agak lancarlah.bila majlis khatam quran, dapat pen. yeah!

sekarang, sejak lepas duduk asrama, aku tak banyak geng kat kawasan perumahan baru. tak kisah pun. cuma yang aku kisah, bila kumpulan tadarus aku bukan geng aku. pakcik-pakcik mana tah. tak jadi masalah pun. dia jadik masalah bila jarang nampak pakcik tu kat surau, tiba-tiba dia ada taim tadarus. mungkin dia nak berubah, biarlah. masalahnya tahun lepas pun sama! bila macam tu, bacaan pakcik ni biasanya kurang lancar. tak salah pun. tapi hati aku akan mengata depa ni, "kecik-kecik taknak mengaji.. kan dah susah..."
sebab tu aku lagi suka tadarus dengan budak-budak. nak tegur pun senang. diorang dengar cakap. pacik-pakcik tu okeh je. tapi aku yang segan nak tegur. terasa cam poyo lak. astaghfirullah... moga-moga bertambahlah golongan yang membaca al-quran kelak. amin.

kalau kat mesia, aku suka travel pegi masjid lain-lain taim ramadhan. tukar-tukar suasana. huih besnya ramadhan. nak pegi surau al-abrar, ada ekon. ye. surau tu nama aku. muahahaha.

so, macam mana setakat ni? ok amalan? jom banyakkan lagi!

itu jelah dulu. mana boleh banyak-banyak. nanti takde idea nak sambung. huhu.
wassalam.
apa pantang anda?