Pages

Jun 13, 2012

salah siapa?

salam satu agama.

hai. hehe.
memandangkan ada sikit masa lapang, baik den luangkan untuk menaip sesuatu yang dah lama tertunggak dalam benak fikiran hamba semata.

*entri ini bakal berakhir sangat sekejap


FITNAH!

Ya, fitnah. dalam persoalan fitnah, den nak tanya, siapa yang salah? adakah orang yang memfitnah? orang lain yang mendengar? orang yang kena fitnah? *you like, whaaaaaat??


bagi den, mudah. semua bersalah. and that depends on situation.

situasi 1:
Abrar nampak sedang lepak berdua dengan seorang gadis bernama, S.. oh bahaya. seorang gadis. adakah mereka sedang bekerja? tidak. mereka nampak riang gembira bergelak ketawa. santai sungguh. adik beradik? lain sangat. takkan gadis cun tu ada kena mengena dengan Abrar yang mukanyaa...


ok lihat situasi di atas. apabila kawan-kawan diorang nampak diorang, apa tanggapan yang akan wujud dalam benak (benak lagi, bosan!) fikiran diorang?

kawan-kawan yang nampak mungkin akan fikir,
"wui, dating!"
"makan tak ajak!"
"Abrar tak bayar lagi hutang aku!"

makna kata, akan ada sesetengah golongan yang akan memberikan tanggapan buruk, bahawa mereka sedang dating.

dalam situasi ni, siapa bersalah? ya. kawan-kawan abrar.



eh? ok sori. abrar dan awek berkenaanlah yang bersalah. atas alasan apa mereka perlu duduk berdua? seeloknya cubalah bagi bertiga ke, berempat ke. kalau betul pun buat kerja, gayanya macam tak buat kerja, macam mana orang nak assume mereka sedang buat kerja?

pasti, abrar akan kata, "mereka yang menuduh tu pun sepatutnya tak letak prasangka buruk kat member sendiri. dah kenal lama kot!"

betul. bab prasangka MUNGKIN mereka yang melihat yang bersalah. tapi perlu sedar, awak yang melepak tu pun bersalah jugak. sedar tidak sedar, kalian yang menimbulkan fitnah tu to begin with (aiceh!).

jadi, mencari konklusi di sini,
siapa yang bersalah?



orang yang menimbulkan fitnah tu sendiri,
dan juga orang yang berprasangka buruk.
juga mereka yang mendengar cerita dari orang lain, pastu terus percaya. apadaa.

kepada kita-kita yang menimbulkan fitnah, tak kiralah awak sendiri, atau awak fitnah orang lain, elakkan segala bentuk kontroversi. ada satu hukum fikah dalam kitab imam syafie, yang pada awalnya halal, tetapi apabila boleh menimbulkan fitnah, boleh membawa kepada haram. semua benda yang boleh membawa kepada fitnah, eloknya ditegah awal-awal.


kepada kita-kita yang berprasangka buruk, latihlah diri untuk buang sifat keji ni. sepatutnya apabila kita nampak benda macam ni, andai kata betullah pun dah terbukti mereka sedang buat maksiat, maka kan lagi elok kalau kita pandang sebagai opportunity dakwah? at least tegurlah dengan hati. bukan membenci, bukan berprasangka, malah mengasihani dan mendoakan mereka.
ya, memang susah. sebab tu den kata latih.

kepada kita-kita yang suka mendengar cerita orang, juga latih-latihlah diri berhenti mendengar. entah-entah ada je kawan-kawan kita tengah mengata pasal kita sekarang. kita suka ke? tak kan? tau pun.



ya, selama ni anda yang bersalah!
mungkin anda tidak terlibat dalam fitnah tu, tapi tidak pula anda cegah.
sebelum-sebelum ini kita bersalah, lepas ni kita ubah.
wallahua'lam.





eh, ada lagi. hehe.

cerita lain.
kak munirah dah dapat baby. wuhuu.
gambar? malas nak download, malas nak upload kat sini. hehe

tu je. babai.
wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

abrar memang benak