Pages

Mar 27, 2011

pernah jadi loser?

salam satu agama.


pernah tak rasa macam diri ni macam loser?

aku?

SERING.

apa yang aku buat, ada aje salahnya. aku taklah salahkan sesiapa. tapi kadang2 rasa nak putus asa.
ingat lagi dulu2, masa SPM, subjek sains boleh bagi aku sakit kepala. hampir2 aku putus asa duduk menanti ajaib tiba.
tapi ada ramai sahabat yang tak sanggup tengok aku gagal seorang. ditariknya aku dari ruang gelap itu dan pimpin aku menuju cahaya meski sedikit cahaya itu.
yang penting bagi mereka, jangan pernah putus harap.

ya, aku insan lemah, nak tak nak, aku akan susahkan kawan2 aku, sentiasa. tapi tak pernah pula mereka mengeluh ke.

aku dah rasa banyak sekolah. maknanya aku banyak kawanlah.

bila aku jumpa kawan lama, lihat betapa majunya mereka dalam kehidupan, betapa faqihnya, betapa terjaganya perangai, betapa siqahnya semua, ah, aku rasa macam,
masing2 berlari, dan terjatuh dalam lopak kefasikan. lopak maksiat yang mengotori. biasanya akan adalah kawan yang mampir menghulurkan tangan, sambil cuba mengenepikan rasa jijik dengan 'lumpur2' dosa yang ada padaku. tidak juga dia menunjukkan rasa mual dengan luka nanah darahku yang mengalir ke bahu saat dia memapahku. dia hanya senyum dan terus pimpin aku.

ah, kawan. aku berterima kasih banyak banyak.

tapi, ada juga yang dah lupakan aku. yang 'lama2' biasanya. yang dah jauh. lihat aku pun tak mahu. iayalah,kalau dah bernanah begini, siapa yang mahu dekat, kan?
mereka pula dengan jubah bersih, mahu ke masjid. takkan mahu kotorkan diri pula?

tak mengapa, kawan. aku tak lupakan kau. kau juga mungkin tak lupakan aku. kau kan mahu beribadat.  pergilah, aku tak halang. iya, terkilan itu ada, tapi, sedikit cuma, melihat kau pergi mengendahkan aku dalam kelukaan begini.
tapi, yalah, takkan aku nak halaang kau pula. kau kan mulia.

padanlah dengan muka aku. mesti ramai kawan2 aku pernah kena dengan aku begitu. ketika aku rasa 'suci' dulu.

apapun, aku doakan kalian semua bahagia saja. dunia apatah lagi di sana.





dengar mereka nyanyi. soutul jihad. bagai irama sempurna. masyaAllah.
kadang2 aku rasa tak bersyukur, apabila rasa hati semacam mengungkit,
"tuhan, duhai, kenapalah aku tak sedap seperti mereka?"

dan terus, dari dalam, paling2 dalam, hati yang lebih kecil dengan berani bersuara, tapi perlahan saja bunyinya,

"kau lupa doa kau dulu?"
"apa?" tanya hati luar.
"begini doamu. tuhan, aku pohon Kau kurniakan aku suara yang indah2 saja, supaya dapatlah aku bacakan ayat2Mu dengan senang, dengan indah. jangan Kau kurniakan suara yang terlalu sedap, sampai aku riak, leka dengannya. biar ianya sedang2 saja. cukuplah untukku tuhan."
hati kecil diam sebentar, dan menyambung,
"dan kira2 seminggu kemudian, suara kau tiba2 lembut, kau azan, dan, mereka memuji2. ah kau memang ikut nafsu saja, hati. hari ini, kau mahu lebih sedap lagi dan lagi. kau lupa janji kau? lagukan ayat tuhan konon. berapa kali kau selak mushaf suci tu dalam hari2mu?"

dan tangan yang menulis tetap menulis, meski hati pedih mendengar, mata bergenang membaca.

susahnya mencintai erti syukur. sungguh tuhan, aku lemah. ajari aku berterima kasih padaMu.

ampunkan aku, tuhan.




kata umar RA: "tiadalah aku takut doaku tak dimakbulkan tuhan, tetapi lebih aku takut tuhan menarik taufiq dariku untuk terus berdoa."

Allah. ingatkan lagi aku perlahan kalau aku lupa. aku hambaMu yang hina.

wallahua'lam.


14 comments:

syahida _masri said...

perghh! Soutul Jihad ad post istimewa. btw, abrar even kau rasa kau tak sedap nyanyi, kau salurkanlah suara kau dengan mengaji.

sore aku pung tak sedap, tapi kawan aku cakap suara aku sedap bila mengaji. heee

nemesis3891 said...

erk. suara aku tu poin kedua. tu tak penting sgt. tolongla ko tak dapat ke mesej aku nak bg??

-__-"

syahida _masri said...

chill la, aku tauu kau nak cakap pasal kau pernah jadi loser. ok, post yang baguss. Sahabat adalah insan yang sanggup menerima kita seadanya biarpun sehina nanah pun. :)

nemesis3891 said...

haaaaaaaaaa bagus2... hahaha...


*maaf kalian, saya bukan mahu berlagak cerita ttg suara, tapi mahu kongsi pengajaran. untuk kongsi bersama.

dan ini bukan entri khas utk soutul jihad. tapi diorang memang sedap. =)

Archie said...

Ak la rase mcm Biggest Loser~ huhuhu!

Harishah Halim said...

never give up hope! hidup ada turun naiknya, abrar.

siapa kata suara kamu x sedap? kat aucms ni dah ramai peminat2. hek3. jgn riak pulak lps ni :P

btw, ada antara ktrg yg sempat record. wuhuuu~

MiztER MURTphalanx! said...

abrar ni sbb aku kata ko looser ke?

Jgn2.. kau x kan pernah begitu...

nemesis3891 said...

sengal laa isha.. adui..

murt, bukan sebab tu murt. saja je. yelah tgk kawan2 aku lain semua maju jaya. aku?

astaghfirullah...

zida said...

HAHA nak test suara sedap ke tak pegi try azan. tapi sekurang2nya bersyukur even suara tak sedap, kita still ada suara. weeeeee~

rasa nak copy ayat ko ni buat status kat FB. haha

nemesis3891 said...

nak copy, copyla. tapi ko jangan copy yang pelik2. wat malu aku je kang. haha.

mane nak dapat azan kat mesir nih... dekat setaun dah tak azan....-_-

MUJA said...

mujahidah asri has tekan butang like.

nemesis3891 said...

muja hari ni stail doe... woot woot~~~

MiztER MURTphalanx! said...

abrar pun Maju! Go2x...

hilmi said...

jangan mcm tu abrar, semuanya berhikmah. :)


eh, kt mesir xde azan? ape kes?