Pages

Jan 12, 2012

spesel utk exam.

salam satu agama.


exam minggu depan wei. aku selamba je layan 9gag lagi. takda rasa bersalah. actually cuak. cuak sampai tak boleh nak stadi. haha.

sebenarnya dah lama aku nak pos pasal nih. tapi malas sangat.so now bila ada masa untuk stadi, barulah aku rajin update blog. aku memang macam tuh. stadi? Allah.. beratnya!

ok teruih kat poin.

kita dalam menuntut ilmu ini ada adab-adab dia.
tak molek la kalau kita mengapal dalam jamban, ye dak?
tak pun, mengaji masa istinjak. uiks. buruk benor.

takdelah. para ulamak salafussoleh dulu dah ajar dan bagi kita contoh, macam mana nak belajar betul-betul. secara beradab. secara tertib.

tapi yang aku perhati la, kita ni makin lama makin kurang asam. lagi-lagi yang duduk obersi macam aku nih. mentang-mentang la lecturer tak paham habuk kalau korang cakap melayu (kecuali prof baha : "Kamu faham?"), korang kutuk depan-depan je kan.

yes, aku tau, bes kutuk arab ni depan-depan. diorang bukan paham pun. tak payah pendam-pendam, kutuk je kat situ terus kan. haha. sampai terbawak-bawak bila balik mesia. hadoi buat malu je perangai yang macam ni.

tapi tapi, itu kalau ammu tepi jalan, takpe lagi. ini guru kita sendiri ye anak-anak. GURU. martabat guru tu lain tahu.

manakan sama martabat orang yang jahil dengan yang berilmu, kan? lagi pula kalau orang yang menyampaikan ilmu. agak-agak mana level diorang? tu ha. (tunjuk atas) langit tau tak.

kita pagi-pagi bangun tak sempat mandi, solat pun lambat, gosok gigi kalau sempat, sikat-sikat rambut sikit, pastu naik tremko pepagi buta konon-kononnya nak menuntut ilmu. lagi-lagi la taim-taim sejuk macam ni. beku bulu idung doh. tapi datang gamaah, kutuk lecturer (depan-depan lak tu) pastu ilmu tak berkat. pastu, sia-sia jelah ilmu kita tu!

Allah...

ye, bergurau, bergurau jugak. kutuk, kutuk jugak. aku paham kadang-kadang lecturer pun bertindak tak rasional. tapi, agak melampau la kalau kita perli dia ke hapa, pastu gelak reramai, tapi dia sorang je tak paham. tak ke rasa macam kita tengah kutuk dia?
apa perasaan dia, sebagai guru kita? kita yang nak terima ilmu ni tak hormat dia. pastu buat muka mengantuk tak malu kononnya nak cemerlang periksa. kamon. agak-agak la.


cer muhasabah balik. berapa banyak kali kita buat camtu kat lecturer kita? mungkin sebelum cecah exam, kita ada masa untuk mintak maap lagi kat diorang. kang tak sempat, menangis la sampai berhingus ke, markah die gitu jugak.


pastu mintakla diorang doakan kita nih. biar berkat ilmu tu. biar halal semuanya. baru masuk exam lapang dada. betui tak?

aku osem. memang pun.

dah la aku malas tulis panjang-panjang. asyik kena bahan dengan golongan-golongan tertentu. 'Adik Haziq' pun dah kutuk aku haritu. tacing ah aku camni. huha.

nasihat atas ni untuk aku sekali ye. aku ni bukan baik sangat.
sekian.


wassalam.

7 comments:

hilmi said...

bulatnya abrar!!!! teringat limau.

>.<

fikrahuddin said...

beza gila en dengan dulu. pergh siyes aku kena buat sesuatu bagi hensem cam dulu balik!

muadzmuhammad said...

:) abror nak limau satu. kat kelas aku pun depa wat kat lec arb camtu do sian aku tgk dia.."whats derr meaning,whats derr meaning?"

zida said...

terasa =.=

Asyraff bin Othman said...

igt tak ko ejek botak!dragon ball!?hehehe

fikrahuddin said...

aku tak ejek do. aku gelak sekali je. huhu

p.e.y.u.z. said...

abrar. kirim salam kat guy sebelah kau tu eh :)