Pages

Jan 9, 2012

generasi istidraj

salam satu agama.

hari-hari yang kelmarin, saya dan kengkawan menziarahi masjid sayyidi ahmad badawi.
ok first, ni bukan autobiografi.
ini cerita dari pengalaman dan rasa.

masjid yang kami ziarahi ni dipenuhi dengan makam-makam.
banyaklah.
masjid yang besar gila (macam lagi besar dari husin je) ni menempatkan makam-makam kekasih Allah yang telah pergi.
boleh nampaklah ada orang yang sibuk mengaji di tepi-tepi makam, ada yang sibuk berselawat, ada yang duduk berzikir, dan ada juga yang agak ekstrim. biarlah.


mereka yang dimakamkan ini bukan biasa-biasa. cerita kehebatan mereka, menjadi buah mulut orang, sehingga ke hari ini. sayyidi ahmad hijab, contohnya, diberi gelaran sebegitu kerana beliau sering membuka dan menutup hijab-hijabnya (which kita tak boleh buatlah, ofkos).

sebenarnya bila dikenangkan, sejarah islam ini lagi menarik. kita ada sejarah dari segi teknologi, dan dalam zaman yang sama, konsep tasauf juga mula tersebar luas.
kalau kita baca buku fairytale, ada gajah boleh terbanglah bagai, tapi kita, ada wali boleh terbang contohnya, dan masyaAllah, cerita itu benar!

bukan nak ajak kita takjub dengan cerita-cerita kehebatan wali-wali ini.
tapi nak kita tahu bahawa Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Berkehendak.
kenapa hari ni kita tak nampak dah ulamak yang terbang-terbang macam dalam cerita?

pertama, generasi hari ini tak yakin bahawa Allah itu Maha Berkuasa.
kalau adalah orang yang terbang, mesti semua kelam kabut, siap ada dokumentari lagi bagai, ada orang terbanglah, sihirlah, magiklah, teknologilah, so what's the point? baik tak payah buat.
hari ini orang mungkin kagum dengan permainan ekonomi. teknologi. atau paling-paling nampak 'nature' pun, baby ada tulisan "Lailahaillallah". dan orang bertukar jadik pari. takpun sejadah sembahyang bagai.

malangnya, kegilaan kita pada cerita pelik macam ni tak membawa kita lebih percaya dan yakin dengan tuhan. bila banyak benda pelik, buat pulak program seekers. apahal?
lupa ke kita kisah pemuda-pemuda yang tidur di dalam gua beratus-ratus tahun tidak mati jua?
lupa ke kita kisah batu yang terapung di bandar al-quds?
lupa ke kita kisah perjalanan nabi ke langit?
lupa ke kita kisah salafussoleh yang hafal berjuta-juta hadis, LITERALLY?
ya, bahkan itu semua adalah satu keajaiban. and yet, kita tak terasa kagum.


hari ini kita lihat sendiri kemajuan menggila. sana sini bangunan mencakar langit, betui dak?
tapi kita ini makin jauh dengan tuhan.
ya, malangnya kita ini generasi yang jauh.
nauzubillah, kita ini adalah generasi istidraj. dimanja-manjakan dengan kemajuan. hanya untuk kemungkaran.
Allahu Allah.

yup. kredit to kak faz.


***

saat hati ini melihat janggut itu, hitam perang warnanya, hati mana yang tidak gentar. ini, ini janggut nabi! mungkin itulah yang paling hampir pada aku masa itu. dan apa aku rasa? entah.
sedang orang di sekeliling mula menangis merintih. oh nabi, duhai nabi, ampuni kami umatmu! lagha dan lalai setiap waktu!
tapi aku. entah. biasa.
hati aku ini keras bagai batu disaluti emas dan besi waja.
bagai sinar hidayah tiba dan terpantul semula.

Allahu Allah.
kurniakanlah hidayahMu kepadaku.
i want it so bad...


wallahua'lam.

No comments: