Pages

Jun 17, 2011

buku

salam satu agama.

kalau anda di mesir (zagazig spesifiknya), anda akan melihat lambakan orang2 yang susah, meminta belas di pinggir jalan. makcik tua yang duduk diam mengharap ehsan sehingga jam mencecah lewat 1 pagi, budak-budak lari2 meminta segenih dua, dengan muka tanpa perasaan.

mana cerita mereka?
mana keluarga mereka?

bila difikirkan, semua ada kisah sendiri, pastinya.
mungkin mereka orang kaya, kematian suami, harta dirampas pemerintah, mereka hidup melarat.
siapa tahu?

anak2 itu, mungkin ibu ayah mereka mati. ramai sangat? ya, mana tahu ibu bapa mereka mati beramai-ramai?
huhu.

hidup ni macam library.



masing2 adalah sebuah buku. samada anda di ruangan kanak2 yang semuanya fantasi dan indah,
ataupun anda di ruangan yang lebih serius, bahagian reference misalnya, menjadi rujukan banyak pihak.

mungkin anda ruangan santai,
kita adalah majalah, akhbar lucah, buku2 novel tiada faedah ataupun sekadar buku2 yang sudah luput dek zaman.

siapa kita pada dunia?
didik diri kita menjadi sesuatu yang berharga di dalam perpustakaan ini.
hidup hanya sekali. tidak seperti buku yang ada cetakan berkali2.
boleh ada ralat2 yang boleh diperbaiki.
tapi bukan kita. setiap apa yang kita lakukan adalah 'dakwat-undi-kekal-untuk-PRyanglebihadil.'
semuanya kekal. semuanya dicatat.

bisakah kita untuk menjadi reference book seperti ustaz hasrizal, al-qardhawi, dsb?
atau kita hanya nak menjadi sekadar novel cinta 'tudung-kopiah' fantasi yag melalaikan?


pilih sendiri.
wallahua'lam.

6 comments:

anafirdaus said...

aaaa...pedas dan menginsafkan...

Fiq Vertigo said...

novel tudung kopiah


ececece


aku nak jadi buku. yang serba rare, dan pemiliknya cuma satu.

aku nak jadi buku, kulit tebal tak brapa nak tebal sangatlah tapi bolehla kalau nak tebal pon sebab kulit tebal ni biasanya mahal, tapi ada kulit pada isi jika isinya, yilek? eh.

aku nak jadi buku yang, tak ramai orang boleh sentuh, sebab takut kalau selak helaian boleh terkoyak, sebab layaknya jiwa aku ni nipis. jadi setiap yang membaca aku harus, HARUS handle aku penuh care, cermat.

aku nak jadi buku yang mereka bawa ke bilik tidur, di ruang tamu, di dapur masak malah sewaktu bercuti dan berkelah.

eh

teringat karangan aku sebuah buku darjah satu dulu2.. hahahaha

nemesis3891 said...

=)

ko pengarang yang baik. even komen pun kau karang cantik2. respek.

satu je. jadik buku yg terbaik.
tak kisah la kulit tebal ke, kertas licin ke, banyak gambar ke, yg penting menarik.


aku nak jadi buku utk satu dunia tatap. boleh?


and, kenapa 'cecece'?
cinta tudung kopiah?
aku tak suka cinta bajet islamik.
sekian harap maklum.

alief_kaizer said...

salam...

saya pun nak jadi buku mcm tu lah,...
hha terbaik

Syahida _Masri said...

salam !

analogi menarik , kita adalah buku. sebab kita adalah apa yang kita fikir dan baca.

eh , cerpen tajuk apa yang kau menang tu? fuuuh !

nemesis3891 said...

si kecil imran. =)