Pages

Jun 19, 2011

ayah saya

salam satu agama.

ya, ya. semua ada ayah, dan semuanya istimewa.
biarpun jika ada sesetengah kita tidak diberi peluang untuk mengenali ayahnya, atau masa bersama ayah tidak lama, mahupun tidak mendapat seorang ayah yang 'hero' dalam hidupnya,
tapi, dia tetap ayah.

ayah saya sekarang lain.

kalau saya telefon ayah saya, soalan pertama yang akan terpacul dari mulutnya yang berpisah dari saya sejauh beribu2 kilometer itu adalah,
"berapa berat sekarang?"
haha. ayah, ayah.
jawapan saya, "tak timbang, tak tahu. samada makin berat ataupun menten saja."

kenapa bukan ditanya solat dan baca quran?
oh.. pastilah dia akan tanya.
tetapi 'ajakannya' lebih berbentuk 'contoh'.

ayah saya sekarang lain. apa yang lainnya?
dulu dia garang. rotan sering di samping. entah dah berapa banyak hanger dah patah dibuatnya.
pernah saya menangis kerana dipaksa-paksa membaca qiraati.
(saya tak suka baca iqra, tak advance. kecil2 dah berlagak.)
alhamdulillah. sekarang dengan bangga saya boleh kata,
saya mampu menjadi imam, mampu membaca al-quran di khalayak ramai.
semuanya kerana didikan ayah.
teringat waktu dahulu, ketika itu saya berada di tengah2 mereka, ayah dan mak.
tegas. saya tertekan hingga membacanya kuat2. ayah saya tersentak. nampak sangat saya sedang marah.
tapi ketika itu tidak pula dirotannya.
dulu kalau buat silap, siaplah.
pasti ditambatnya dengan rantai besi di bilik belakang yang sunyi itu.
menakutkan.
saya sendiri pernah dibiarkan di luar rumah, kerana degil. jangan haraplah nak masuk.

tapi sekarang, lain.
ayah tidak garang. perwatakannya lebih tenang. mungkin kerana kami sudah mula berfikir. membiarkan kami menggunakan akal fikiran, kelak menjadi matang.
membiarkan kami menilai baik dan buruk sesudah mengajar kami pada waktu kecil.
tapi itu tidak bermakna tiada nasihat buat kami sekarang.
nasihat mereka kan tangkal kita.
kadang saya rasa pelik. kenapa mencecah usia remaja, kita seperti menjauhkan diri dengan keluarga?
siapa kata remaja itu menarik? menyeronokkan? bila kenang2 semula, saya jauh. sepi. diam.
itu sangat tidak menyeronokkan.
bila menjelang usia matang, saya nampak betapa hebatnya ayah. betapa kelakarnya ayah.
mengenang usia yang lalu, saya rasa bodoh. saya rasa rugi. kenapa tidak dimanfaatkan sepenuhnya bersama ayah? bila sudah besar begini, masing2 sudah sibuk.
tapi sungguh, masa bersama ayah sangat menarik.
kerana itu saya setia mengikut ayah ke mana saja jika berpeluang.
ke muktamar, ke perhimpunan, mesyuarat, dan apa sahaja.
mengkaji peribadi ayah adalah yang terbaik.

ayah orangnya tamak ilmu.
biarpun ayah dan mak sendiri mengaku,
mak lebih terer masa belajar dulu2,
tapi tak bermakna ayah kurang ilmunya.

walaupun ayah sering dijemput memberi kuliah, tazkirah, ceramah mahupun khutbah,
tetapi jika ada masa kosong (jika malam senggang tanpa mesyuarat atau program-jarang terjadi) ayah akan mencari kuliah.
biar agamanya sentiasa 'penuh'.
menunjukkan saya contoh ilmu itu bila2 masa.

dan nasihat ayah yang paling saya ingat adalah,
'tiada pembaziran dalam belajar'.
kerana itu saya ke gontor, kemudian ke uia, dan ke mesir pula.

dan saya ke mesir inipun mengejar impian dia yang mulia,
menjadi orang berguna kelak untuk ummat.



maka cinta saya pada ayah sangat dalam.
ya Allah, cintailah ayahku melebihi cintaku padanya.
selamat hari ayah.

7 comments:

liyanakhalisa ♥ said...

i like this entry. happy father's day to all daddies in the world! :)

qamar_muneera said...

Kalu boleh like banyak2 kali akak akan like banyak2 kali..sedap betul tulisan kamu untuk entry ini...^_^

Shasha Ira said...

*bgenang air mata baca*
sangat best..make me think more n c more bout my abah.. ^^

Nazihah@Jiha said...

ya rabb, i'm touched :')
ur dad is precious 2 u :)

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Salam,

Tak sangka kena rantai juga akhirnya....Selamat Hari Menyayangi Bapa....

Gitulah pengorbanan seorang ayah yang kekdang dilupakan oleh anaknya.....

Anonymous said...

Salam...
Tulisan yang sangat terkesan buat saya. Saya dah tak dapat lagi nak jumpa dengan ayah saya sebab dia dah pergi menghadapNYA.
walaupun sudah jarang berjumpa kerana sibuk, anda masih berpeluang berjumpa sebelum dia pergi kepadaNYA. Selamat hari ayah buat ayah2 semua. Al-fatihah buat ayahku.

nemesis3891 said...

al-fatihah buat yang telah pergi.

semua orang sayang ayah masing2... =)