Pages

Apr 2, 2011

tak percaya, anda fasiq!

salam satu agama.


di mesir banyak terjadi keajaiban. maklumlah, tanah para anbiya' kan. antara yang menarik, ialah buah oren yang berwarna darah.

huh? macam mana boleh jadi ni? adakah oren tu luka?

ceritanya begini. ingat tak, cerita pempuan2 yang terhiris jari sendiri, ketika melihat kekacakan Nabi Yusuf.
yang menariknya, buah2 itu ada baka2nya yang menunjukkan warna2 merah sikit sebagai bukti oleh Allah bahawa kisah itu betul2 berlaku.
hebat, kan?

ada darah! jeng jeng jeng~

ini pendirian saya.
tuhan itu Maha Kuasa untuk menjadikan buah oren itu warna apa sekalipun, ungu, atau oren, mahupun kelabu. saya juga percaya bahawa kisah kehenseman nabi yusuf itu benar belaka.

tapi tak semestinya, buah itu adalah baka dari cerita tersebut. tak kisah la yang cerita tu org yg jual ataupun senior, tapi takda kisah kukuh, susah la saya nak percaya.

ok jom kita sesama kaji kelogikan cerita ni.

buah2 yang dipotong adalah untuk diamakan ke ditanam? mestilah makan kan? so, habis cerita. mana datangnya baka tu pulak?

atau,

buah tu dibuang sebab dah kena darah, dan sebab dibuang di tanah, maka dengan kuasa Allah, biji itu membesar dengan sihatnya dan berbuah pulak tu.

logik ke buah tu ada kesan darah lagi? (simpan kejap 'jawapan' bahawa Allah Maha Kuasa.)

secara logiknya, buah itu terkena darah untuk tika yang sangat kejap. so, takkanlah darah tu terlalu memberi efek pada gene oren tu sampai menjadi merah2 sikit? kalau macam tu, siramlah susu kat pokok2 tu. mesti sedap nanti, macam milk shake mango!

mcm saya kata tadi, tuhan memang Maha Kuasa untuk menjadikan buah itu berwarna merah, samada kerana darah ataupun bukan.
tapi tak bermakna cerita tu betul. jadi, jangan paksa orang percaya. macam dah fasiq je kalau tak percaya.
saya dan mereka yang tak percaya, bukan tak percaya kuasa tuhan, tapi tak percaya kesahihan cerita ni.
takda bukti kukuh mengatakan bahawa itu adalah kesan cerita tersebut. tah2 diorang senanye potong nenas!

contoh cerita lain. tok saya cakap, ikan sebelah berasal dari cerita nabi Nuh, atau nabi Sulaiman(tak sure), bermula apabila orang2 kapal makan ikan di laut, dan tak habis, then nabi pun buang la sisa ikan tu kat laut. dan dengan kuasa Allah ikan itu hidup, sebelah je.
siries sedap ikan nih. gi beli, makan.


saya percaya cerita ni. sebab, takda penerangan lain yang lebih elok. tapi saya tak kata cerita ni betul. takda pula jumpa dalilnya dalam quran. saya sekadar percaya, yang akan mengukuhkan kepercayaan saya bahawa allah itu Maha Kuasa. tapi tak bermakna saya boleh meyakinkan orang bahawa cerita itu benar. kalau orang tak percaya, saya tak salahkan diorang sebab saya pun takda bukti kukuh.

saya ingat lagi, saya dengar ceramah ust Akil Hayy. "janganlah kita ni terlalu taksub sangat dengan misteri. cuba ada kaca depan m
ata kita pecah depan mata, tiba2, malam ramadhan pulak tu. hah, sah tu lailatul Qadr! bukan macam tu...."

paham ke? maknanya tuhan itu benar2 Maha Kuasa. tapi kadang2 penerangan ceritanya tak berapa meyakinkan. jangalah terlalu obses mengatakan bahawa semuanya kerana Allah nak bagi pengajaran dari kisah terdahulu.
sebenarnya ada penerangan lebih simpel. tuhan sengaja nak tunjuk Dia mampu mewarnakan oren itu kaler apa sekalipun. dan tuhan juga nak tunjukkan bahawa Dia mampu menghidupkan makhluknya, walaupun sebelah, macam ikan sebelah.

saya rasa kita akan lebih yakin akan cerita macam ni. begitu juga mereka yang kafir. bahawa kuasa tuhan memang benar, berfakta, bukan kisah dongeng semata.


kita kan cemerlang. ingat tak PQS, taim SPM dulu. hadis dhaif boleh diamalkan tapi tak boleh menjadi hujah. itu hadis. apatah lagi cerita yang tak tahu asal usul ni.

kalau ada yang terasa, saya minta maaf. saya cuma nak menegur, atau beringat saja. kalau saya berniat nak malukan, saya akan letakkan nama korang sekali. huhu.
tu je. kalau salah, sila betulkan.

Wallahua'lam.

13 comments:

muhammad m said...

abrar..kure2 ko da gemok..penat aku bg mkn... (^_^)V

Harishah Halim said...

ikan sebelah? kenapa sy x pernah tau kewujudan beliau?

nemesis3891 said...

mekasih mad.. haha..

tak tau ikan sebelah? alahai penah gi pasar tak ni dukturah? hahaha

zida said...

macam terasa je. haha

wah. kisah apa tu ikan sebelah? bakpo aku tak penah dengarpun?

cecita cecita lagi. hehe

nqddnnrzm. said...
This comment has been removed by the author.
naqi said...

kura kura ? hg bela kekura ? :O

Harishah Halim said...

cuihhh. mestilah pernah pergi pasar. ingat sy jenis tak masuk dapur apa? :p

Norashikin Abdullah said...

hui dsyat oren tuh..oren kt sini mnis..farawla masam..shita dh hbis..ginilah
ikan ape tuh

MUJA said...

rasa orange tu sama ke manis sikit ? takpenah jumpa kot

nemesis3891 said...

zakzik sume manis kan muja.. haha.. besnye zakzik...

tu ikan sebelah laaa... google la kalo tak caye...T.T

alief_kaizer said...

hha... nk apela rsenya ikan sebelah masak gulai... hha... malaysia x de...
abrar hntr la gune fedex..gga~

apa2 pun betul apa yang dibicrakan,,

nemesis3891 said...

malaysia takde hutaksmu.... aku makan kat mesia la sengal... hahahaha

kat mesir ni tak penah nampak lagi.. kami biasa makan ikan sungai je.. lain la kalo tetibe sungai nil tu ada ikan laut kan... huhu

hilmi said...

alif, ikan tu ade bnyk kt m'sia.


abrar, aku x pernah dengar pon cerita ikan sebelah. (?)