Pages

Apr 6, 2011

jadi macam milo, boleh?

salam satu agama.

yay internet dah ada! huhu. hai kawan2. assalamualaikum..=)

kengkawan suke minum milo dak? tak? ok2. nescafe? old town white coffee?
apa? korang boikot milo dan nescafe? alhamdulillah...=)

senang cerita, penah minum 3in1 x? takpun, penah beli tengok dvd pirate 6in1, 7in1 kat gerai kedai DVD? macam kombo la kot. huhu..

macam itulah ibaratnya salafussoleh dahulu.
dulu2 kan Islam banyak pakar. pakar perubatan, pakar musik, pakar melukis dan pakar2 yang lain.
yang hebatnya, mereka bukan calang2 pakar. mereka pakar dalam bidang yang berlainan!

macam itulah patutnya kita. mengagungkan ilmu. biarlah apapun ilmu itu. mungkin ilmu tentang komputer, ilmu kereta, ilmu elektrik, ataupun ilmu kimia sekolah menengah. huhu.

jadilah doktor, tapi penceramah yang hebat.
jadi lawyer, qari yang mantap.
jadi peniaga, novelis terkenal.

entahlah. sorilah merapu sikit. kebelakangan ni mabuk sikit. ilmu berdesup masuk otak. saturated.. adehh~~

in a nut shell, fi khalasatil qaul, umat Islam dahulu gila ilmu. tamak sangat2. tetapi mereka tidaklah gelojoh pula, sampai mahu yang lain, yang di tangan terlepas. taklah macam tu.
tak rugi kalau kita tamakkan Ilmu ni. malah Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. banyak hadis2 yang menceritakan tentang hikmah menuntut ilmu.
tapi masalah Malaysia ni, adalah pemikiran jumud masyarakat.
profesional je, engineer, doktor. rasanya kerajaan sendiri kena banyakkan lagi bidang yang sesuai untuk komuniti.
negara kita memerlukan industri filem yang lebih maju, moden, berkualiti dan yang paling penting, islamik. mungkin ada caranya supaya peluang belajar perkara2 sebegini diperluaskan. begitu juga kemahiran animasi, musik dan seni2 yang lain.
kenapa kita tak contohi negara2 barat yang maju tu dalam pendidikan? kalau bab lain, suka sangat nak ikut kan...
banyakkan bidang ilmu. dan kita sendiri pun, banyakkanlah belajar. kerana belajar itu satu proses yang tak pernah berhenti, selagi nyawa masih dikandung badan.

belajarlah untuk diri sendiri. kelak hidup senang nanti.
belajarlah untuk ibu dan ayah. harga jasa mereka bila kita berjaya nanti.
belajarlah untuk masyarakat. kelak mereka mungkin memerlukan kita nanti.
belajarlah untuk ummah. kerana mulianya seseorang atau sesuatu kaum itu kerana ilmu dan agamanya.

ada ilmu, tiada agama, apalah gunanya.
begitu juga ada agama, tiada ilmu, hina juga.

ilmu itu rahsia tuhan. semakin kau belajar, semakin kau tahu hebatnya Dia, yang mengjarkan manusia berkata2.

ada harta, kena jaga.
ada ilmu, kita terjaga.



sikit selingan. hehe.

belajar medik kat mesir ni unik tau. mungkin fasiliti cam haramm, tapi at least dari segi nazariyyan (teori), sangat walawei!!!
contoh, kalau nak cerita pasal abdomen, mana pakai slide show ke hapa, pakai marker je!
abaikan meiji tu. tengok gambor whiteboard yg banyak contengan. huhu.


ha... tapi fasiliti siries sedih.. hehe.. andai kata boleh lagi sambung blaja kat sini, fikir dulu ye apa yang korang nak. sebab nak carik ilmu agama (di sampign medik), insyaAllah, terbuka luas.

tu je kot. berdebar tunggu esok. huhu.
wassalam.


12 comments:

Harishah Halim said...

esok ada apa?

hah kalau nak tunggu ada org melukis mcm tu kat whiteboard, mimpi jelah. slideshow memanjang.

hilmi said...

ape kaitan milo dgn isi artikel? x faham.




p/s: aku terhidu unsur-unsur balaghah. hehehe.

nemesis3891 said...

milo 3in1, dgn muslim yg 'multifungsi'! hehe..


mana unsur balaghahnya hilmi oi...

esok kena baca quran utk pembukaan majlis kat u.. ingat nak tarannum tp suara tak sesuai.. baca macm biasa jelah.. huhu..

bila lukis kan, kita akan lebih jelas kat mana posisi sesuatu organ tu. sebab doktor akan lukis organ tu dulu, baru lukis ap yg ad di sekeliling. lebih jelas la kot. huhu.

MUJA said...

muja tekan button like

Tukang Taip said...

stuju ngn halim.pe kisah milonya??apapun thumbs up sbb suka baca...

syahida _masri said...

wow! hebat pemikiran anda.
btw, aku change URL blog

nemesis3891 said...

mana url barunya? bagi la..

tukang taip, sebenaqnya saya cuba nak analogikan ulamak dahulu dgn milo. 3in1. tapi, cam tak bes. huhu.

~cik fitriah~ said...

huih... same je cra aku bljr anat..
tapi ade slide la..
disamping lukis2..

tapi, dr2 mesir yg ngajo aku mmg suke melukis..
i like it! lebih jelas n senang paham :)


btw, aku suke cra pnympaian ko dlm '3 in 1'

ni bru sedare aku ^^ heee

hilmi said...

bila nama aku bertukar jadi halim? hihihi.

zida said...

apa yang aku suka blaja kat mesir adalah apabila dukturah semua selalu mengaitkan ilmu medic ni dengan ALLAH! subhanallah~

nemesis3891 said...

peace dr mesir! huhu

aku dah buat entri pasal tu dah..
halim.. hai~ haha

Norashikin Abdullah said...

ekin x bawa pun milo dr mlysia..mnum air coklat mesir je la