Pages

Apr 19, 2011

sapa suka tembikai?

salam satu agama.

yaa lagi sekali aku menaip satu entri yg aku tak nampak celah mana manfaatnya pada umat Islam sedunia. astaghfirullah..

takpalah.

sapa suka tembikai? soalan ni bukan berbentuk, "sapa suka tembikai, sila angkat tangan!"
tapi lebih kepada, "korang tau tak, sapa yg suka tembikai?"

sapakah dia?
beliau dikenali sebagai As-syahid Syeikh Ahmad Yassin. beliau dikatakan suka makan tembikai.

sekarang dah mencecah awal seif/musim panas.
boleh nampak kat depan masjid2, surau2, ada tembikar bersusun, dan ada air kat dalamnya. kalau tak silap, itu utk minum. tak tau laa kan kalau utk basuh kaki pulak.

another fact: nabi suka air sejuk. bukan air berais, tapi air yg sejuk, macam dalam tembikar tu. nyaman kan kalau minum? fuhhh....

ada satu hadis, yg mafhumnya lebih kurang begini (tapi tak ingat sangat. mohon ampun kalau salah. tolong betulkan di komen ye nanti, kepada yang tau.)

"cintaku pada agama melebihi cintaku pada air sejuk."
nak kata nabi cinta gila agama sampai air sejuk yang paling nabi suka pun nabi tak cinta macam tu.

apa yang besnya musim panas ni?
pertama, banyak buah tembikai. comel2 lak tu. kecek2 je.. huhu..
lagi, boleh menikmati ais krim dengan bes.
lagi, boleh bau aroma arab di dalam tremko. tak payah dalam tremko, tunggu depa lalu depan kita je taim tengahari. memang masyukkk...


subuh pulak awai gila. pukui 3 50 dah skarang ni. tido pukul 12, bangun pukul 4. possible, possible. tapi kalau dah letih tu kan..... doa supaya tak terlajak jelah.

exam dah dekat. dan macam biasa, aku masih tenang update blog. yay. huhu.

ok senanye cuak gilaks. cemana kalau...... woo tak sanggup nak bayang.

minggu ni memang super bizi.
doakan kami berjaya.
wassalam.

6 comments:

HH said...

'projectile motion'kan lappy kamu cepat!!!

dah nak exam x sdr2 diri lg :p

bittaufiq. study rajin2. jgn balik mesia sebelum dpt degree. faham dakk?

fikrahuddin said...

minggu ni takleh lagi la doktor.. nanti bos marah keje tak siap.. haha..

apa? jangan balik sebelum dapat BINI?
LOL~

hilmi said...

good luck utk exam. :D


exam final ke?

hanimyusra said...

tembikai sedap!
btw..semoga dipermudahkan..
seboga dapat manfaat dalam kebizian itu

fikrahuddin said...

yup, final. syukran suma!

Zida said...

harga tembikai dah murah belum? kalau dah ingat nak beli, nak blend buat jus. fuh musim panas minum sejuk2 memang best~ haha

exam exam exam XP