Pages

Apr 13, 2011

nama pun medik kan.

salam satu agama.

bila borak dengan junior yg baru lepas SPM, aku tak sarankan depa amik medik. jahat kan aku?
"hangpa tau dak berapa ramai lagi nak grad tahun kami nanti? nanti hangpa nak keja apa?"
"medik susah gila kot. baik hangpa amik akaun."
"medik membunuh."
"medik membosankan."
"medik...... kalau minat bebetul, ambiklah..."

bukan ape, kadang2 anak2 muda ni tak sedar banyak je lagi pekerjaan lain yang berjaya. ingat ambik medik boleh kaya tetiba ke? harapan la......

nak tengok tak nota aku? haaaa.... nota seorang pelajar medik ketika lecture..
sangat........ huh. tak terkata.

 gambar ni ada punggung. lecturer yang lukis. aku ikut je. hehe.


kidney? apa? tulisan buruk? lah... doctor-to-be kan... hahaha.


jadi, ape motif aku update blog ni? tah la. takde motif. 
penat belaja, sebab exam dah dekat. dalam masa yang sama, ada keje lain yang kena siapkan. tapi internet tak cemerlang pulak! emosi aku begini! 
selalunya kalau emosi begini, aku akan ke kedai Karamel di syari' komiah dan membelilah sebekas (sebungkus, semangkuk? entah.) mahlabiyya.

sedap wei... 4 genih paling berbaloi dalam hidup, kata naqi.


makan ni boleh hilanglah segala duka lara. insyaAllahlah. at least stress tu kuranglah sikit kan. huhu. 


sama2 la beringat. 
kalau perjuangan itu mudah, maka janganalah namakan ia perjuangan. kalau berjuang kita kalah sebelum melangkah, maka jangan berani masuk ke medan kancah. 
bak kata FB, 
tak senang nak senang,
tak susah nak susah.
aku nak senang. 
maka aku nak stadi elok2. 

doakan. 

wassalam.


13 comments:

melle amir said...

baru aku tahu kau amik medik

nemesis3891 said...

aku dah nak final baru tau.. haha

naqi said...

aku merujuk kepada mua'li, bukan mahlabiyya ni !

nemesis3891 said...

aku pinjam kata2 ko utk aku rujuk pada mahlabiyya.

kira ok la tu. mereka sekeluarga ok. sekedai lagi. hehe

Shahirah Zainol said...

datang sini drpd naqiuuu.
saja nk kata
weh sedapnyaaaaa makanan tuu!

**xminat medik pun pffffft dentistry boleh lah :D :D

nemesis3891 said...

hai 'daripada naqiuuu'. huhu. orang pompuan elok le amik dentistry. tak la sibuk sgt. boleh jaga rumahtangga. huhu

makanan ni siries sedap.

~cik fitriah~ said...

''orang pompuan elok le amik dentistry. tak la sibuk sgt. boleh jaga rumahtangga. huhu''

aku setuju dgn kte2 ko yg ini:P

MUJA said...

kita mumtaz.

nemesis3891 said...

insyaAllah.

diesya_syieda said...

engineering pun same.....huhu

nemesis3891 said...

engineering aku bayangkan lagi serabut, syieda. sebab aku tak terer fizik. haha!

hilmi said...

tulisan aku lagi buruk. heheh.


makanan tu nampak sedap la!!!

nemesis3891 said...

sedap gila hilmi. memang berbaloi la... harga baru dalam kuranglebih RM2...