Pages

Apr 14, 2011

babystep

salam satu agama.


bagaimana kita mulakan pagi kita?
seelok-eloknya kita mulakan dengan perkara yang terbaik.
janganlah bangun je terus bukak Fesbuk kan. manaalah tauu..

cuba kita praktikkan,
setiap pagi, sebelum mulakan hidup kita, kita baca quran, selawat, zikir, dan kalau lagi cantik, kita Qiam. memanglah mengantuk, tapi nanti lama2 ok lah tu.

sebab apa kita kena mulakan hari kita dengan baik? kenapa kenapa?
biar perjalanan hidup kita hari itu berjalan denga lancar. diredhai Allah. pagi2 lagi kita cari redha Allah. barulah hidup tu berkat.

apa? susah?
ya, memang susah. aku yang cakap ni pun belum tentu buat.
tapi kita kenalah berubah!
ada satu jenis manusia ni asyik duk fikir susah, masalah. susah, masalah.
memang kita diciptakan tidak sempurna, supaya ada ruang untuk memperbaiki diri.

kadang kita terlalu selesa dengan diri kita.
bangun subuh, solat, tido balik kejap, bangun, gi kelas, ha ha ha, balik, pastu gi makan, dansebagainya. simpel.
itu ke jalan hidup seorang muslim yg betul2 muslim?

jadikan hidup kita ni bermakna!

hidup kita terlalu singkat untuk kita buang masa!

kalau kita congak2 balik amalan kita, amalan muslim ke tu?
tengok bagaimana sahabat2 nabi, para salafussoleh beribadah. setakat ibadah kita, alah, celah gigi jelah mudahnya.

lakukan perubahan. keluarkan diri dari zon selesa.

nabi kata, seorang mukmin itu kalau hari ini sama seperti semalam, maka rugilah dia. sama pun rugi!
maka cuba, kita buat pembaharuan dalam diri kita. hari ini solat subuh, esok solat subuh jemaah, esok qiam.
kenapa kita nak qiam?
heh soalan. kenapa kita nak mintak tolong Allah? kadang kita ni, macam cukup syarat je, mintak pada tuhan. angkat tangan, doa2 gitu2 aje, amin.
lepas tu bila tak makbul mulalah marah tuhan.



sahabat, qiam itu untuk diri kita juga. Allah jadikan qiam itu untuk kita. cuba tengok agama lain, aday ang kena bangun pagi? dalam dingin2 embun subuh tu, kita bangun memohon redha sedang orang lain sibuk menyanyi berdengkur.
ketika inilah kita dekat dengan tuhan.
ketika inilah jiwa kita bersih.
ketika inilah kita mudah tersentuh.
ketika inilah hidayah mencurah2 ke ladang gandum.

itu step pertama. mulakan hari dengan baik.

apa seterusnya?
kita jalani hidup kita dengan baik pula. pastikan apa yang kita buat itu bermanfaat.
selalunya kita ni ada masalah imbangan sikit.
untuk dunia bermati-mati.
untuk akhirat, er, adalah setengah jam kot. tu pun mujur ada kalau setengah jam.
tak balance! pastu nak masuk syurga. tampo kang.

dunia ni kan luas. apa salahnya waktu2 lepas maghrib, waktu kita rehat tu, kita pergi kuliah agama ke, kelas mengaji ke, setidak2nya kita berilah sikit tempoh untuk kita tambah saham nak ke syurga, dari takda langsung. janganlah nanti dah nak masuk kubur, baru kita menyesal dengan diri kita.


seterusnya, pastikan diri kita menjadi orang yang penting dalam masyarakat. adakah mencapub itu perlu? haha. bukan yang tu. jadikan diri kita penting, supaya orang boleh ambil pengajaran dari kita. ambil manfaat. samada orang contohi kita, atau dapat manfaat secara langsung.

ape lagi nak kata ye?
cukuplah kot setakat ni. bukan selalu nak update blog pagi2 ni. ape kejadah ko ni Abrar? entahlah. sekadar nak berkongsi.

kadang2 kita rasa malang, salahkan takdir, kalau kita ada bad day.
cuba tengok balik, jauh2, elok tak pagi kita? subuh tinggal? quran baca?

setapak setapak, kita berubah jadi baik, insyaAllah.

batu pun sujud, bro!

bagaimana pagi kita lepas ni?
(akulah yang paling sakit, sebab kalau dah cakap, kenalah buat)

wallahua'lam.

7 comments:

hilmi said...

"hari ini bangun subuh, esok subuh berjemaah, lusa bangun qiam".




kalau nak buat macam ni memang boleh, siyes.


































tapi mustahil boleh istiqamah sebab amalan2 ni kena diistiqamahkan satu persatu dulu supaya dia jd tiang yg teguh untuk amalan yg lebih besar/berat. wallahu a'lam. :D

nemesis3891 said...

yeke boleh? bukan semua orang boleh, tahu.

bukanlah macam tu sekali. itu just perumpamaan. istiqamah lebih penting. biar sikit asal istiqamah. kalau tak istiqamah, tak jadi..

hilmi said...

ok.

alief_kaizer said...

akan kucuba praktikkan

Norashikin Abdullah said...

:)

matadore said...

yang aku ingat bila bangun pagi,
selamat pagi meleisia!

lepas tu buat solat subuh di awal waktu lah konon kononnya,
(jam pukul 655 pagi) lepas tu sambung tidur sampai pkul 12.


oke bai.

nemesis3891 said...

haha.. lepas ni kena tukarlah...