Pages

Apr 28, 2011

cermin kawan.

salam satu agama.

kawan itu ibarat cermin. kita cermin kawan. kawan itu pula cermin kita.

apa guna cermin?
pepagi sebelum pegi kelas, mesti nak belek cermin dulu. pastikan tudung tu betul, pastikan rambut tu sikat kemas, pastikan jerawat dah picit. huhu. pastikan baju semua nampak perfek! tanpa cacat cela.

macam tulah kawan. sifatnya macam cermin. menunjukkan kita apa kurangnnya diri kita. kita pun samalah, kena jadi cermin utk dia.

kawan, lagi, adalah orang kata teman suka duka. kadang2 kita tak perlu respon pun, cukuplah sekadar mendengar. sebab tu parent kita pun boleh jadi kawan kita. pendengar yang setia.

kawan lagi, utk kita bagi kita gembira. ada tempat utk berkongsi. meluahkan perasaan. meluahkan rahsia.


agak2 kalau takda kawan, macamanalah ye.. House yg super jerk pun ada kawan jugak. hurm.


apa perasaan kalau kita ditinggalkan kawan?
rasa kosong.
rasa jauh.
sepi.

kambing yang berseekoran (berseorangan) lebih senang dibaham serigala. mereka yang takda kawan, lebih senang sesat dek syaitan sebenarnya!

kawan, kena tinggal bersendirian sangat tidak bes. oleh itu, kita pun jangan tinggalkan kawan!
orang kata, kawan mencorak peribadi. betul. tapi bukanlah bermakna kita jangan berkawan dengan bebudak jahat. habis siapa nak ubah depa?

berkawan ni salah satu alternatif dakwah. kalau kita rapat, orang tu lebih senang terima teguran.

sebenarnya apa aku nak cakap ni?
entahlah. macam nilah jadinya kalau pospon entri lama sangat. habis dah lupa. haih...-_-"

just, nak kata. kadang2 kita ni salah melayan hak2 sahabat kita. kadang2 bila kita rasa hebat, kita lupa diri, kita lupa kawan, menyampah, kawan dengan dia memalukan, sedangkan dia lah kawan kita susah senang dulu.
bayangkan, kalau kita tinggalkan dia, then dia lari dari harapan. cewah ayat. maksudnya, dia bawak diri. kecewa dengan hidup, tinggalkan agama.

aku nak tanya, siapa yang salah?
dibawaknya persoalan tu kat akhirat, Allah tanya,
"kenapa kau biarkan kawan kau terkapar sorang2?"
masa tu menangis pun tak guna dah.

dalam berkawan ada cinta. ada kasih sayangnya. tapi dalam bercinta belum tentu ada kawan yang setia.
kalau bercinta, semua yang baik je nampak. kalau berkawan, kita jadi diri kita. barulah ada orang yang boleh tegur salah silap kita.

adakah aku sedang bercinta kerana dalam blog ni semua yang baik je padahal aku taklah baik mane? -__-



aku pernah rasa ditinggalkan. yela, diri aku ni orang kata banyak dosa. banyak silap. macam aku kata dulu, jatuh terjelopok dalam lumpur dosa.
kalau kawan yang sebenar, dia tak tinggalkan kita. tapi dia akan hulurkan tangan. biarlah kotor sikit baju, orang kata apa pun biarlah, janji kawan dia pun akan bersih juga.
paham ke? -_-"

jgn jadi macam satu jenis manusia ni. dulu kawan, tapi sekarang, bila dah hebat, larikan diri. bila jumpa kawan lama, yang dah berubah, mula buat muka jelek. hei mulianyalah kau kan? nak kena ceramah dengan aimanazlan betullah kau ni. siapa kita nak menilai baik buruk orang? leave the judge part to Allah la, brother!

aku pun mungkin terkategori dari golongan yang lupa kawan. so, aku minta maaf kepada kengkawan yang aku dah banyak buat salah.

dan aku dah pernah rasa dilupakan kawan sendiri. diMAKAN kawan sendiri pun pernah.

ha, tak lawak. ye aku besar tak boleh dimakan, dikunyah dansebagainya.

maksud aku, kawan 'makan' kawan. -_-

pedihnya aku takkan lupa sampai sekarang.
so, jadilah kawan yang baik! hargai sementara belum expired! yelah, jodoh tu kan di tangan tuhan. mana tau nanti kita dah tak berpeluang nak berkawan dah ke, sapa tahu?

sila doakan kawan saya, muadz abdul wahhab yang sedang exam.
begitu juga kami yang bakal exam kat sini.

wallahua'lam.

kawan, aku minta maaf!

9 comments:

hilmi said...

apa khabar kawan? :D

Shasha Ira said...

like2~~ ^^ (nmpk mata jak,pakai purdah,hahahaha)

nemesis3891 said...

kabar baik, kawan. huhu.

purdah, dah talak, bukak purdah ye.. haha

zayed said...

huhu.... abrar

nemesis3891 said...

zaid sahabatku~

isy bila laa nak lepak sesama kan zaid...

aterification said...

terharunyer abrar yg tulis nh
p/s;ntah ko igt ak lagi ke x ...hhu

zida said...

tapi kalau ada kawan tu, aku rasa dia dah sakitkan hati aku, tapi dia tak mintak maaf dan langsung tak tegur aku dah lepas tu dan aku pun tak tegur dia sangat dah. macam mana tu doc?

nemesis3891 said...

maafkanlah. satu hari nanti kalau kita yg buat salah macam tu, mesti kita nak org maafkan kita jugak, kan?

cakap senang, buat susah. aku just bagi pandangan. huhu

nemesis3891 said...

maafkanlah. satu hari nanti kalau kita yg buat salah macam tu, mesti kita nak org maafkan kita jugak, kan?

cakap senang, buat susah. aku just bagi pandangan. huhu