Pages

Apr 29, 2011

yang 'jangan-jangan' untuk para daie

salam satu agama.

hai lagi. rasa janggal pulak sebab semalam tak update. huhu. yelah, semalam buat cerpen, kira menaip jugaklah.

hari ni nak cerita pasal daie. saya bukanlah orang paling layak nak berbicara tentang ni, just nak kongsi pendapat dan teguran yang saya kira perlu.


makin lama makin ramai orang sedar hakikat diri sebagai daie. alhamdulillah.

melayu ni bagusnya suka komplen. bila suka komplen, maka banyak pembaikiannya. contoh, macam haji. orang kata khidmat haji Malaysia terbaik di dunia. mana tak, masalah sikit komplennya panjang. tapi bagus je, sebab kita pastikan diri kita sentiasa terbaik.
macam tu jugalah dengan yang lainnya. alhamdulillah ada masyarakat yang prihatin apabila melihat rancangan2 di TV yang banyaknya lagha, dan kerana komplen2 kita, maka sekarang ni sudah ada banyak rancangan, seperti Imam Muda, Akademi Quran, danlainlain.

lagi, kita boleh lihat masyarakat yang mula menerima Islam. mungkin Islam belum didalami sepenuhnya, tetapi permulaan kepada masyarakat sakinah telah bermula.
masyarakat sudah mula menerima politik Islam.
masyarakat sudah mula menerima syariat tuhan.
masyarakat sudah mula menerima usrah.
masyarakat sudah mula menerima bahawa Islam itu sesuatu yang ideal.

namun, dalam masyarakat yang baru mula2 berjinak-jinak dengan Islam sepenuhnya, tumbuh daie bagai cendawan selepas hujan. alhamdulillah. mereka bukanlah dari kalangan ulama semata, tetapi ada juga dari pensyarah, peguam, doktor, peniaga, tukang gunting rambut, pemandu teksi dansebagainya.

alhamdulillah.

tapi kadang2, dalam melaksanakan tanggungjawab kita sebagai daie, kita terlepas pandang beberapa perkara. nampak macam remeh tetapi akan efek dakwah kita.

apa dia? antaranya ialah,

kita suka melabel orang. kalau sekali orang tu buat jahat, selamanyalah dia jahat, tak gitu? kita ni memanglah, nak kena diingatkan semula dengan vlog aimanazlan. pegi tengok kat youtube.
semua orang ada khilaf, semua orang ada silap. biar ulama mana pun, mesti ada silapnya juga.
mana ada manusia yang perfek, betul kan?
jadi elakkan diri kita dari bersangka buruk dengan mad'u kita! kadang2 kita lihat kawan2 yang tinggal solat. kerana dia ni tinggal solat, maka tindakan kita ialah kita pindah bilik (contoh bagi yang duduk hostel, kampus) supaya tak terkena bala dari tuhan.
ha, perangai macam ni memang baguslah sangat. inilah masalah kita. nak baik, baik sorang2.
kalau kita kata pentadbiran di malayisa teruk, contohnya, tanam azam untuk memperbaiki, jadi salah seorang yang boleh memperbetulkan masalah tu, bukan setakat duduk dalam saratoga memaki pemimpin2 tu saja. negara akan kekal macam tu jelah sampai bila-bila.
jangan jadi macam tu. kita kena ingatkan diri kita, bahawa setiap orang boleh berubah. hari ini dia jahat, kalau pandai tarik, mana tahu esok lusa orang tu akan buat baik pula. ini tak, baru sikit dah putus asa.

yang kedua, suka menggunakan hujah tiada manusia yang perfek. hujah tu molek kalau kita gunakan untuk mad'u kita. tapi kalau kita gunakan untuk diri kita, itu alasan namanya. mengelat, tahu?
memang tiada manusia yang perfek. tetapi sebagai seorang daie, memperbaiki diri sebelum memperbaiki orang lain tu sangat penting. kalau kita duk nasihat orang, tapi kita pun sama jahat, agak2nya orang nak ikut ke? pastikan sekurang-kurangnya kita lebih perfek dari mad'u.
buat macam nabi. berdakwah dengan akhlak. bukan bicara semata. baru orang terpikat.

yang ketiga, jadi selebriti. yang ni saya dapat dari artikel iluvislam. trylah cari. tak ingat tajuknya apa. apa yang saya faham ialah, daie hari ini suka berdakwah, atau berpesan, berkata tentang sesuatu yang terperinci. menjurus kepada beberapa topik saja. yang masalahnya ialah apabila topik yang dibincangkan, nasihat yang disampaikan, kebaikan yang diserukan adalah semua kebaikan yang dia buat sahaja. bidang dia sahaja.
kalau boleh jangan begitu. Islam itu syumul. apabila kita jadi macam ni, kita macam menceritakan tentang diri kita semata. kita macam nak kata, "wei dunia, buat macam aku. tengok  aku, baik. buat amal tu, buat amal ni."
kalau boleh, jangan macam tu. kita daie, bukan selebriti.


yang keempat, sempit pemikiran. hey, daie, kalian kena kreatif. critical thinking! two wrong doesn't make a right. kalau kita nampak orang buat salah, kita kena tegur. tapi cara apakah yang sesuai? adakah membantah melulu?
kalau cara kita salah, lagilah situasi menjadi parah.
ketika seorang yahudi masuk ke masjid dan kencing, para sahabat mahu menghalau dan memarahinya. tapi rasulullah biarkan.
cuba bayang, kalau nabi suruh sahabat kejar dia, marah dia, pukul dia. apa jadi? mesti dia lari. habis satu masjid kena kencing.
macam tu jugalah kes ni. kalau kita nampak cara teguran kita akan memarahkan keadaan, cari alternatif lain.
sebenarnya saya nak kaitkan dengan masalah kat mesir ni.
kat mesir ada banyak persatuan. iyalah, persatuan yang lama tak suka ada banyak2 jemaah ni. berpuak-puak, berpecah belah katanya. ya, saya setuju. kalau semua kita fokuskan tenaga kerja kita pada satu jemaah, maka pasti kita akan lebih kuat.
masalahnya, jemaah2 yang ada takkan hilang begitu saja. semua ada agenda sendiri, semua ada objektif sendiri. sebab tu jemaah tu wujud. kerana kita rasa banyaknya jemaah itu salah, maka sesetengah mereka lari keluar dan menyertai jemaah yang mereka rasa paling tepat. paling islamik.
tinggalkan saja mereka yang sesat itu, kan? biar mereka terus sesat dengan jemaah mereka, tak gitu?
jangan macam tu. kalau mereka sesat, kita betulkanlah. dah la kita satu jemaah, saudara seislam pula. matlamat jemaah2 ni semuanya kerana islam. kalau salah, maka tegur. bukan maki, bukan burukkan. anggap
setiap jemaah itu satu individu yang berlainan perangainya. ada cepat marah, ada pemalu, ada pendiam. masing2 ada kelebihan masing2 dan masing2 juga ada kelemahan. nama pun saudara. tugas kita menegur saudara kita yang salah, bukan memburukkan mereka. kelak nama kita yang buruk nanti.
kalau kita saling merai, insyaAllah, perpaduan yang konon kita cari itu, kita akan dapat juga.

yang kelima, cetek ilmu. nak jadi daie kita kena pastikan diri kita rajin mencari ilmu. kalau novelis itu tugasnya membaca, membaca, membaca dan menulis, daie pula tugasnya mencari, mencari, mencari, barulah memberi. kadang2 kita bila sudah mula memberi, seakan lupa, tugas kita juga adalah mencari. mana mungkin ilmu kita sudah cukup. pasti ada kurangnya lagi. jangan jadi sombong untuk belajar, kerana proses belajar itu sampai mati.

sibuk sampai lupa yang aula. kadang2 kita sibuk berprogram, kita sibuk buat kebajikan sampai lupa kita ada tanggungjawab lain yang juga utama yang perlu dilunaskan, seperti belajar. sibuk sangat sampai kurang ibadah kita. ni penting jugak jaga ibadah ni. pernah sekali hassan albanna (ke hassan albasri) melalui satu majlis ilmu. setelah habis, dia berjumpa dengan syeikh itu dan berkata, "tuan, saya tidak dapat menerima kata2 tuan tadi. samada hati saya yang kotor atau hati tuan yang kotor."
ha, nampak apa efeknya? hati kita juga kena bersih macamana? dengan ibadahlah sayang~

yang terakhir, dakwah dan ukhuwah hanya kerana persatuan. adalah kadang2 perangai yang macam ni. mula2 bukan main baik, tapi bila orang tu taknak join persatuan dia, takda dah singgah2 rumah. takda dah jumpa muka manis. mana ikhlas kita dalam bersahabat? dalam berdakwah?

setakat ni, cukuplah dulu. banyak2 kang, kita tak terlaksana pulak kan. yang paling padan muka, yang menulis nilah. nanti kat akhirat Allah tanya, kenapa tak buat apa yang kita cakap. ah sudah.

sama2 kita baiki diri. saya bukan sempurna, cuma sekadar memberi pandangan. andai ada yang tersilap, maka tegurlah saya. komen je. saya tak kisah. kalau boleh klik iklan nuffnang tu sekali. hehe.

wallahua'lam.

9 comments:

Anonymous said...

Salam..ana rasa dakwah melalui akhlak itu paling first dan paling utama yang perlu ada dalam setiap daie..sama juga dengan sikap suka memburukkan orang yang utama perlu dihindari..sangat menyokong artikel ni..terus berusaha,sama2 ke arah redha ilahi..

Anonymous said...

ana stuju, mantapkan akhlak. mulut duk berjuih cakap sana cakap sini tapi kalau akhlak tak mampu di jaga, hilang respect..malah boleh menyebabkan non muslim pandang negatif pada agama islam. akhlak tu merangkumi semua terutamanya paling nampak sekarang, akhlak pergaulan berlainan jantina. bukan sahaja menjaga ketika d luar malah d laman seswang tu pun kena jaga...orang tak nampak tapi ALLAH nampak..wallahu'alam.

fikrahuddin said...

ni yg malas ni. tulisan sendiri meng'attack' tuannya. haha. penulis sendiri kena muhasabah diri balik banyakbanyak.

HH said...

suka entry ni.

suka komen anon kat atas.

dan ya abrar.. ada lg satu JANGAN. jangan cakap saja. :)

"semakin jauh percakapan dan perbuatan kita, semakin kita tak dihormati"

nauzubillah.

belajar raji2n ye..

hilmi said...

aku setuju dgn 1st commenter. akhlak tu mmg aset utama n pertama yg patut ada dlm setiap dai'e, mad'u n penuntut ilmu. aku rasa bnda tu sepatutnya jd pljrn utama sblm bljr agama.


point ketiga ko sama mcm kaedah sufi yg aku bg tau tu; takutlah dgn amalan kebaikan anda sama seperti anda takuti amalan kejahatan anda. :D

Mohd Zaid said...

like...

Zida said...

bagus. boleh jadi isi untuk aku kasi tazkirah kat SC minggu depan. haha XP

shukran~

fikrahuddin said...

kongsi la.. sama2 dapat manfaat...=)

umarmarwan said...

alhamdulillah,,bertambah ilmu,,moga ana juga thabit dlm jalan NYA..ameenn