Pages

Mar 10, 2011

impian korang?

salam satu agama.

pa habaq semua? sihat ka? ha, sapa yang baca sebab nak kondem aku, sila blah. entri aku ni agak serius. haha

"bro, tanya sikit boleh?"

"pa dia?"

"apa impian bro?"

"err, nape tanya sekarang?" (masa ni dah pukul 3 pagi di mesir, pukul 9 di malaysia. bukan waktu yg tipikal utk beramah mesra.)

"saje tanya. kan tv3 ada buat rancangan realiti sejuta impian."

"ooo.. i see. so, apa kaitan dgn saya?"

"nak masuk tak?"

ok yg tu tipu.

"takda la bro. saja tanya. nak tgk pendapat org."
aku tak penah tau pun ada rancangan gini.huhu


huih. secara spontannya, apa jawapan anda, kalau orang tanya, apa impian kita?

jawapan buku teks yg dipengaruhi unsur politik:

"saya mahu membanggakan malaysia dengan mencipta menara paling tinggi di dunia"


jawapan macam baik:

"saya nak tubuhkan masjid banyak2.lawa2. barulah nampak islamik"


jawapan nak menang rancangan realiti ni:

"saya nak bina rumah anak yatim terbesar di dunia. biar semuanya terbela."


berkata tentang impian. siapa yang betul2 ada impian yang murni? bukan semata2 utk diri sendiri? tidak berunsur material?
siapalah yang baik sangat tu kan.
bila org tu tanya, aku diam lama. tak tahu nak jawab macamana.

ye. aku minat musik. minat menulis. tapi aku rasa tak relevanlah kalau aku nak minta studio jamming pulak kan. baik tak payah ambil medic jauh2 kat mesir.

bagi aku, kita pilihlah impian yang boleh jadi nyata, dan relevan dengan kita.

jadi, aku fikir dalam2. aku macam terlupa impian aku ni. lama dah aku simpan. satu pasal bisnes. satu lagi pasal institusi pendidikan.

sudi tak korang baca panjang2 kalau aku tulis? takpa lah. aku tulis jela ye.

bisnes.

bila tgk situasi bisnes mesia, aku pasang impian. impian nak tgk org islam ada rangkain mereka sendiri. macam al-arqamlah kot. tp lebih hebat, dan tak sesat. huhu.
kan seronok kalau kita jumpa pasaraya yang jujur, tak ambil untung lebih, supaya org yang kurang berkemampuan pun dapat merasa hidup selesa. apa salahnya kita kongsi sama2 rasa selesa, kan. so, kalau takda org yang nak buat, apa salahnya kalau aku yg buat?

tp tiba2 aku amik sains taim sekolah rendah. babai, pasaraya murah!


sekolah.

ya, sekolah. bukan sekolah biasa. aku nak bina sekolah seni. institut pengajian seni islam malaysia. tak ke indah nama tu. (janganla korang buat singkatan IPSIM. memangla bunyiknya tak sedap.)

bila orang jalan2 bawak gitar, apa pandangan korang?
stedi la brader! rock! suksess! suksess!


stylo siak mamat tuh.


walawei dia pandai main gitar!!!


bajet la plak. macam dia sorang ada gitar. nak show off la tuh.


rosak akhlak mamat ni. gitar kan melalaikan!


macam2 persepsi masyarakat. bukan gitar jelah, sume jenis alat musiklah.
lagi2 orang surau.
mereka melihat orang2 macam ni seakan orang yang lupa agama.
jangan salahkan orang surau. salahkan mereka yang majoritinya memang begitu.
dia ni baik. tak nampak ke pada keayuan kebaikan di wajahnya? ahaha


kenapa mereka yang suka seni banyak yang jauh dari agama?
bukan ke seni tu salah satu keagungan tuhan?

maka, aku pun pasang impian besar. aku nak buka satu institusi seni. suma jenis senilah!
musik.
melukis.
menulis.
menyanyi.
khat.
tilawah.
photoshop
wuiyooo bes betul kalau ada institusi macam ni.

setiap yg ambik satu course (musik, sebagai contoh.), kena ambik jugak subjek2 lain ni sebagai basic.
al-quran subjek wajib.
sejarah seni dan islam (sapa nak buat buku teks utk aku?) kena belajar.

dan penekanan ciri2 islam dalam kampus. means, no ketat2!! no rokok2. hisapla rokok, aku buang kolej!!!
anak2 muridku, janganlaa hangpa dok menyanyi sakan macam depa ya. biasa2 sudah. huhu.


tapi, tak semudah itu. mana nak cari pensyarah2 dalam bidang2 ni yg berkelulusan dalam bidang masing2?
senang?
tak tak. korang tak faham.
mana nak cari mereka yg berpendidikan begini yang nak sokong impian aku?
yang mana aku percaya, setiap profesion perlu ada pakarnya,
dan ada fikrahnya.

ini tidak. ramai mana sangat pemusik yang ada lulusan ijazah betul2?
lagi penting, ramai mana antara mereka yang tak ramai tu yg berfikir tentang islam?

fuhh, jenuh nak carik. malaysia dah cop, musik dan seni itu utk orang lagha semata. yeke?

so, sapa nak tunaikan impian aku ni?

apa pun impian kita, biarlah kita kejar baik2. dan biarlah ada pulangannya untuk islam. berfikir matang sikit. kita kan dah besar. takkan nak fikir untuk diri sendiri je. kamonlah. macamana umat nak maju. ni tak, asyik nak kondem orang yang buat kerja, bukan nak tolong. huhu.

entri ini sangat panjang. dan bosan. sapa yang dah habis baca tu tahniahlah.

ps: belog aku ni lebih selesa dibaca kot. tona warna dah terang. taknak dah gelap2 macam dulu. background belakang pun tak serabut. harap kome sume lebih puas hati la ye.

lagi, aku ade taman hewan. dah tengok? ahha..

dan lagi, aku ada buat slideshow gambar yg aku dah edit, kat bawah sikit. kalau sudi tengoklah ye..=)

senanye kan, aku rindu nak nasyid. tapi sini takda geng. sapa nak geng ngan aku? huhu. seriously.

wassalam.

10 comments:

MUJA said...

abrar!

satu, NAK JOIN !! aku amek seni tau waktu spm dulu :DD takramai budak sc yg amek seni :DDDD

dua, lawa oh layout and Energy saving mode :DDD

fikrahuddin said...

kecil tapak tangan, mesin basuh saya hulurkan. haha. tah bile la impian aku tu nak jadik kenyataan. kalau bukan aku pun, at least ade la bnda tu..

energy saving mode saves the earth... lalala..

shikin said...

best la p0st k0 abrar...
haha~ nty aq tlg crikkn org t0k cita2 k0 2(mcm ye je aq nie)
hehe~btw nice p0st..:)

fikrahuddin said...

time kasih...=)

Anonymous said...

abrar,, teruskan apa yang kau impikan tuh!=) menariklah.. usaha cari jalan macam mana nak buat semua yang ko dah terfikir tu..ingat! nothing imposible, kalau ada usaha nya lah..okiey?!^^ *selamat berjuang fi sabilillah* banyak kan berdoa dan mohon kat Allah supaya sentiasa diberikan petunjuk dalam sesuatu hal=)) lagi satu, buat je semua selagi mana mampu.. xsemestinya apa yang kita belajar tu, itu je yang kite kerjakan..kan?kan?=)

HH said...

knp tiba2 ada muka ana rafali pulak? LOL TADE KAITAN.

moga impian kamu tercapai. ameen :)

edoraemon said...

kak faz pon budak seni! macam muja, kak faz pon amik seni time spm! hahahahha :D :D

kak faz rasa ada je kawan kak faz,
dia hafal 30 juzud,
mwmang power bab agama2.
dia pnya impiann nak buat bidang musik tuh tarik org.
org dia indie2. haha
kalau dah bukak uni ko nnti.
biar kak faz rekemenkan dia kat ko :D

fikrahuddin said...

time kasih sume yang menyokong.. hahaha...

senanye ap yg sy nak cakap, nak ada impian, biarlah impian yg besar.

harap2 impian saya jadik kenyataan.

Syahida _Masri said...

abrar, post kali aku touched dengan impian kauu!

al-quran subjek wajib. SETUJU!

btw, biruu kale favourate akuu. untungg kalau aku nak tgk kale biru, aku datang sinii. so, jangan tukar layout!

fikrahuddin said...

tp asal gamba pic profile ko purple? haha..

impian takde apa yg nak dikagumi kalau tak jadik kenyataan. bila dah jadi kenytaan barulah bnda tu jadi realiti, dan boleh dikagumi.