Pages

Jan 8, 2011

prinsip

salam satu agama.

pernah ke aku story pasal prinsip sebelum ni?

setiap orang ada prinsip dia. ada yang nak tido lewat, takpe, asalkan dapat stadi, dapat result exam cemerlang. bagus.

ada yang sanggup bersengkang mata, malam2 buta, setiap malam, sebab ibadah qiammullail tu wajib bag dia. lagi bagus.

terpulang. manusia punya pilihan tersendiri. prinsip tersendiri.

apa prinsip hidup kita? pernah tak muhasabah balik? orang kan suka buat azam baru masa awal tahun, so, ada tak kita check apa prinsip hidup kita? jarang, kan?

prinsip menentukan sikap kita tau. kalau prinsip kita ialah xnak lapa waktu kelas supaya belajar fokus, asal ade mase free je carik krib kat tepi gam'ah tuh.

kalau prinsip die tak nak kawin sampai habiis blaja. maka awek cun mana pun, saja lalu lalang depan die sebab nak ngorat, dapat penat jela, sebab die ade prinsip.

macam tulah kot.

dan menjadi orang islam perlu serius berpegang pada prinsip,yang menepati tuntutan syarak.

dan kan indah kalau prinsip hidup kita ialah,

taknak menyusahkan orang lain, malah kalau boleh bagi manfaatlah.
buat semua kerana agama, sebab saya kan pewaris perjuangan nabi.
taat setia pada tuhan mengalahkan pemimpin yang lain. melebihi raja dan lain2.
saling sayang menyayang kerana Allah.


indah je kan? jenjalan jumpa kat kubri sume pakat2 beli sayur same2, jumpe kat kedai kusyari sume pakat nak belanja, jumpa kat abu khalifah tak berebut dengan makcik2 yg besar itu di kaunter... ah.. indahnya mesir kalau gitu. tak tak, indahnya dunia!

mcm satu lagu kata,

if it ain't rough it ain't fun.

so dunia ni macam2 kaler ada. kalaulah manusia sume same pattern (macam muka arab2 kat sini) kan bosan hidup? asyik2 engkau. bosan betul. maka, dengan kehebatan Allah, yang tak perlukan kuasa bulan utk menghukum sesapa (paham ke?) Dia menciptakan makhluknya berbeda2 sih. ada yang lain kulit. ada yang lain pemikiran. ada yang lain pendapat dan prinsip. biarlah. prinsip masing2 itu adalah keistimewaan masing2.

cuma pastikan! prinsip anda itu bagus untuk islam.
nak jadi doktor, doktor yang memberi nasihat agama.
nak jadik penulis, menulis sesuatu yang bermanfaat kpd org lain.
nak jadik cikgu kimia, jadilah cikgu kimia yang beriman.

fuh, cakap senang la kan? ni ha, yang menaip ni lagi susah. ape2hal pun, jom la kita sama2 memartabatkan islam.

ada sesetengah orang fikir islam tu time skola je memang dia produk berjaya yahudi. kesian dia. islam itu menyeluruh. bukan hanya di sekolah, malah di setiap masa dan setiap tempat.

ingatlaaa makcik pakcik sekalian, kalau islam itu hanya di depan ustaz je, kalau ustaz tu blah, Allah ikut dia ke? ke Allah nampak semua?? ha? ha?


fikir2kan.

dan sesungguhnya akulah yang paling kena fikir sekali. sebab Allah tanya nanti,

"wahai orang beriman, kenapa kamu bercakap ttg sesuatu yang kamu tak buat?"

tu je. ngantuk gila. wassalam.

3 comments:

hilmi said...

kuasa bulan utk menghukum sesapa ; sailormoon???

nemesis3891 said...

haah. bijak hilmi. hahaha

hilmi said...

hahaha. x sangka aku masih ingat lg.