Pages

Jan 1, 2011

sedia ke?

salam satu agama.

tahun baru menjengah. sambutan tahun baru hanyalah dengan kerunsingan memikirkan apa yang bakal terjadi esok. 

entahlah. apa beza hari ini dengan semalam? 
hari ini adalah hari ini, dan semalam adalah semalam. 
hari ini adalah minggu baru, semalam minggu lepas.
hari ini bulan baru semalam bulan lepas.
hari ini tahun baru semalam tahun lepas!

apa beza mereka? semuanya hanya jurang yang manusia letakkan. kita pun tak tahu apa bezanya. hari2nya sama saja. hanya satu ukuran. 

susun ukuran kita betul2. susun target kita cantik2. kalau tak, hiraukan nama 2011. tahun baru hanya tinggal istilah kosong. 

Allah menyusun hambaNya bermula pagi hinggalah malam. biar ada hujung mulanya. supaya kita dapat ukur semula pada hujung hari itu. duhai tuhan, apa yang telah aku lakukan hari ini? sudah banyakkah aku berbuat dosa? sudah banyakkah aku berlaku mulia?

tempoh itu dicipta supaya kita bisa menilai. setakat mana pencapaian kita. kalau semuanya sama, maka hidup kita tak lain hanyalah satu lagi hari yang terbazir. 

ingat, seorang yang beriman, jika hari ini sama dengan semalamnya, maka rugilah dia. 
jika lebih teruk dari semalam, celakalah dia.
jika lebih baik dari semalam, untunglah dia.

see? improvement. dan biar improvement itu berjalan sedikit2, biar ia bertatih. lama2 pandailah berjalan. kan?

cantiknya susunan hari ke hari. biar ada matlamat jangka pendek dan panjang. walaupun dalam perjalanan dunia yang tanpa henti itu ada yang lahir, ada yang mati. sedang dunia terus berpusing.

jadi apa beza hari dan tahun? tahun adalah gugusan waktu yang lebih lama berbanding hari! maka visinya harus jauh, menjangkau sesuatu yang tak terbayang lagi! mampu ke kita? kasyaf gila kalau boleh. haha.


orang mukmin itu kaki merancang. biar tersusun diri dan amalnya. biar sempurna di mata manusia. agar jadi teladan yang gempak.

jadi tahun baru menjengah lagi. bawalah visi baru, atau capai visi yang lebih hebat dari yang pernah kita capai!

jadi, soalan terakhir sebelum anda memaki saya kerana membuatkan anda baca entri ni sampai habis tapi baru anda sedar rupanya entri ini sangat bosan adalah,

sedia ke nak sambut tahun baru, dengan tanggungjawab yang lebih berat, dengan akal yang lebih matang, dengan mati yang kian mendekat. 

sedia ke?

wassalam.

4 comments:

alief_kaizer said...

orang kata orang yg bersedia x kan ckap dirinya bersedia tetapi dizahirkan dengan kompetensi memelalui perbuatannya... saya rse anda dan saya harus mencuba...

oughtn't we?

Norashikin Abdullah said...

orang mukmin itu kaki merancang. biar tersusun diri dan amalnya. biar sempurna di mata manusia. agar jadi teladan yang gempak

huhu dah 19

nemesis3891 said...

haha. 19 baru... orang dah 20 la... haha kanak2 lagi korang nih...

Harishah Halim said...

abrar dh 20 dh blh kawin. sbb tu ada carijodoh.net tu. wakakaka :P