Pages

Jan 11, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Abrar Shafie" : Si kecil Imran

             






                 Pak Cik Khalid menerpa ke arahku. Ayah lalu menangis. Setiap titisan yang jatuh menggusarkan hatiku. Ayah lalu memelukku. Erat amat. Aku yang tika itu masih mentah melelapkan mata. Tiada pernah aku peduli hal yang terjadi di sekitarku.
                Ayah membawaku ke Kedah. Ada pertempuran sengit di sana. Ayah beritahu ramai mujahid di sana terkorban dijemput Allah. Aku hanya mengangguk. Ayah cerita lagi. Sejak kedatangan tentera Amerika Syarikat tanpa silu menapakkan kaki dengan biadap ke tanah berdaulat ini untuk menjajah kita, Malaysia terkejut. Pemimpin kita terkontang-kanting tiada bersedia. Itulah, pemimpin sama pemimpin sering bertelagah, lama-lama rakyat yang parah. Itu ayah yang kata. Kalaulah aku mengerti butir bicaranya.
                Ayah beritahu, kronologi bermula apabila Parti islami berjaya menguasai parlimen dan politik negara. Kerajaan beralih tangan. Tetapi alangkah dukanya, kemenangan yang barusan disyukuri seminggu bertukar tragedi. AS hadir campur tangan kononnya terjadi kekecohan di negara kita. Kononnya merekalah pengaman dunia.
                Keluh ayah menjadi koma cerita. Ayah cerita lagi, semua ini sudah dijangkakan. Mujur sebahagian golongan seperti ayah cepat bertindak. Mujur satu pertubuhan sempat direncana. Organisasi tergolong daripada golongan profesional muslim. Dana organisasi sahaja mencecah jutaan ringgit. Beroperasi sekitar lima tahun, ayah antara peneraju utama. Rangkaian mereka melangkaui batasan sempadan negara.
                Asar sudah menjelang. Kami kini di Pulau Pinang. Jambatan Pulau Pinang yang terkenal itu sirna dari pandangan mata. Semuanya hanya tinggal sejarah. Runtuh punah ditimpa bom Amerika.
                Mataku mula mengantuk. Perjalanan yang jauh ini melelahkan tubuh kecilku. Kata ayah, umat Islam memang sudah mula membuka mata. Ramai yang sudah menyertai kami. Nama Islamic Community mula menggegarkan tentera Amerika. Segenap pelusuk negara mula menyertai kami.
                Seusai tiba, taklimat ringkas segera diberi kepada ayah. Aku yang tidak mampu menahan kantuk terus melangkahkan kaki mencari Kak Fatimah. Kata ayah dia ada di sini. Sebelum pergi, sempat kutatap wajah ayah. Bersih, tapi sirna sudah rasa bahagia. Aku hanya melihat cakaran-cakaran runsing mencorak muka. Ayah senyum membalas pandanganku. Bening matanya memancarkan ketenangan dan harapan. Lesung pipit di pipi kiri dan janggut membuatkan ayah nampak tampan meski banyak parut mencalar wajah ayah.
                Di Yan dulu, ayah kata, pemandangan sungguh menakjubkan. Sawah di kiri dan kanan jalan. Seluas mata memandang. Dedaun hijau yang  meliuk mengikut irama angin membawa bauan harum mewangi. Ah, alangkah seronoknya jika mataku bisa melihat semua itu. Betapa aku cuba membayangkan semua itu. Tapi sayang, itu dahulu. Berbeza dengan apa yang diceritakan, yang menjadi sajian mata sekarang hanyalah kemusnahan semata-mata. Tiada lagi kicauan burung yang ceria menjadi halwa telinga. Bauan harum juga sudah tiada menerpa. Yang tinggal cuma bunyi letupan bom yang memusnahkan keindahan alam. Segala-galanya. Termasuk arwah ummi.
                Kata Kak Fatimah, ayah akan keluar bersama Pak Cik Khalid. Mereka mula mengorak langkah. Senjata dicapai. Aku disuruh ayah tinggal di situ bersama Kak Fatimah. Aku mengiyakan saja apabila Kak Fatimah memberitahu aku ayah mahu keluar berjihad. Apa itu berjihad juga tiada aku tahu. Melancong? Bekerja? Pedulikan. Kucium kura tangan ayah.
                Sepeninggalan ayah, hati aku tidak tenteram. Masakan tidak, penjahat Amerika menanti di luar. Bagai berlari menuju kematian gamaknya. Pandanganku menemani pemergian ayah menuju medan jihad. Kak Fatimah lalu mampir ke arahku, lalu duduk di sisiku. Jangkaanku bahawa dia akan membawa kepadaku  semangkuk  ais krim meleset. Kak Fatimah membawa suatu kitab bersamanya. Kitab Al-Quran. Aku tahu itu Qur’an. Ayah sering membacanya bersama arwah ummi. Aku terkenang saat itu. Ummi sering membacakan kepadaku Al-Qur’an supaya lekas pandai, katanya. Bacaan ummi yang mendayu-dayu memikat hati sesiapa sahaja yang mendengar. Malah, pokok-pokok bagai berbuai mendengar alunan syahdunya. Awan meliuk-liuk mengikut segala burdahnya.
                “Ayuh Imran sayang. Mari baca Qur’an. Kali terakhir Im baca bersama akak ialah Surah Yusuf, ingat tak? Juzuk 13,” tegur Kak Fatimah mengganggu lamunanku. Aku senyum. Aku beritahu, telah aku sambung  bacaanku bersama ayah hingga tamat surah Yusuf.
                Kak Fatimah senyum. “Kalau macam tu, mari kita sambung ke surah seterusnya,” kata Kak Fatimah sambil mula menyelak Al-Qur’an putih itu.
                Bacaanku bagai bertatih sahaja. Sepatah-sepatah. Kak Fatimah tekun mengajarku dengan penuh kesabaran. 
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.”
                Kak Fatimah diam. Dia menerangkan maksud ayat tersebut padaku. Keluhannya memanjang. “Siapa sangka Malaysia akan diserang. Tidak sangka khabar angin yang mengatakan Malaysia on the list yang bakal diserang Amerika itu benar belaka. Benar firman Allah, kitalah yang mesti mengubah diri kita,” sambung Kak Fatimah.
                Aku mulai terimbas semula kata-kata ayah dahulu. Kalau kita tidak berubah, Allah akan menggantikan kita dengan kaum yang lebih baik. Ketika itu, usah disesali segala perbuatan lalu.
                Sekarang, realiti terhampar di depan mata. Siapa sangka Malaysia akan dijajah sekali lagi. Segala harapan dan impian Wawasan 2020 yang dicanang-canangkan mantan perdana menteri kita hilang punah ditelan kezaliman Amerika. Segalanya tinggal angan-angan. Keamanan hanyalah mimpi. 






salam satu agama. 

rasa tak perlu letak semua kot. 

ini adalah sebahagian dari jalan cerita cerpen saya untuk pertandingan 99 Hari Kisah Klasik Kita


cerita ini berkisar tentang seorang anak kecil bernama Imran yang sedang menempuh sesuatu yang di luar jangkaan kita-perang di Malaysia semula.

apa agaknya rasa kalaulah kita berada di sana? 

so, kalau rasa cerpen ni menarik, bolehlah undi cerpen tersebut, dengan menggunakan ayat2 ini sebagai komen:


♥ "Saya suka cerpen ini, saya undi"
♥ "I vote this cerpen"
♥ "I vote this"

dan sila tinggalkan komen anda di (bukan kat sini!) 







ha, in case korang rasa taknak undi kan, takpe. yang penting korang baca and amik pengajaran...=)


pertandingan ni dianjurkan oleh, jeng jeng jeng...


special thanks untk blog kisah klasik kita.

thanks kepada yang mengundi. 
wassalam.


7 comments:

zayed said...

dah undi dah...huhu.. all da best!

nemesis3891 said...

haha. mekasih. tengs sebab undi. korang kalau rase tak bes takyah laa undi. hehe

Fiq Vertigo said...

done!

nemesis3891 said...

ape yg done? cerpen ko??

♥ Vee a.k.a JV ♥ said...

Awak, nak Vee letakkan nama nemesis3891 atau abrar shafie ye? Sorry tau kalau salah letak nama.
=(

nemesis3891 said...

eh, mana2 pun xpe.. x kisah pun.

nurulkarimah said...

salam...
dah lame bace cerpen ni, suke sangat. tiba2 teringin nak copy utk kongsi dengan kawan2, bolehkan kan??

terima kasih :)