Pages

Dec 16, 2010

bergaduh bertumbuk, kita yang luka, kan?

salam satu agama.

entri ni aku taip ikut sedap tangan je. maka, kalau tak faham, entahlahh, cuba jelah faham2kan.

belakangan ni, aku jadik khuatir. orang yang aku kagumi dah jadik pelik. DR FT syiah? tak, bahkan dia hanya pengkaji.

heh, itu mungkin ayat aku yang dulu.

bagi aku ada beza antara mengkaji dan membacking member.

aku tak tuduh sape beking sape.
korang pun paham kot.

orang kata, kita disogok dengan berita syiah itu sesat. tak pernah nampak syiah itu baik.

baik, siapa yang kata syiah itu sesat?

bukan aku. bukan pakcik aku. tapi orang dulu2. yang telah mengkaji terlebih dahulu. kajian mereka bukan bodoh2.

JAKIM yang kata syiah tu sesat. ingat JAKIM main tuduh2 jeke? aku malaslah nak hurai panjang, aku bukan ahli dalam bidang ni.

bacalah sendiri

ini

and yang ni gak,

membalas entri2 FT yang ada kat blog die.

kenapa keras sangat ulamak kita menentang syiah? kenapa mereka tak kaji macam FT?

kalau korang baca link2 aku bagi tu, mungkin korang akan faham.

tapi aku tulis jelah apa yang aku rasa betul.

pertama, mereka bercanggah dengan quran.
kedua, mereka merasakan Allah itu ada kelemahannya.
ketiga, yang sangat dikagumi FT, adalah tangisan dan ratapan.

ada beza pada tangisan dan ratapan. bacalah link di atas untuk lebih detail.

selama ini aku rasakan FT ni cukup ilmiah dalam perbincangannya. dengan kemukakan hadis yang hebat2. tapi aku sendiri tak boleh terima hujahnya. "welcome to reality of academic world. tak semuanya indah macam yang kita nak". kenapa aku tak boleh terima hujah tersebut? kenapa sedemikian banyak dalil yang dia bagi, ttg ratapan dan tangisan, aku masih tak boleh terima? adakah sebab aku ni terlalu taksub dengan pegangan aku sampai tak terima kebenaran yang baru?

tak. bagi aku itu bukan ajaran Islam. bagaimana banyaknya dalil tentang melarang meratap, tapi tidak satu pun yang dikeluarkan oleh FT. rupanya, ada kesalahan dalam hadis yang dikemukakan. ada yang tak ditulis habis, ada yang salah tafsir. macam2. ini bukan ilmiah. ini penipuan ilmu.


siapa aku untuk menilai syiah itu sesat atau tidak? siapa aku untuk menilai Dr FT itu betul atau tidak? dan siapa aku untuk mengatakanapa yang aku tulis di atas itu betul?

tak, aku pun tak tahu.

yang aku tahu,
aku bertuhankan Allah dengan sifat2 kesempurnaanNya, bernabikan muhammad yang terpuji, berpandukan quran dan sunnah, dalam hidup.  maka apa yang tidak bercanggah dengan itu, aku terima. tapi, jika ada yang bercanggah, aku tolak keras.

siapa ulama kita kalau nak dibandingkan dengan nabi?
siapa kitab agama kita kalau nak dibandingkan dengan quran?

oleh kerana syiah melanggar yang itu juga, maka aku secara peribadi menolak syiah. bulat2.
aku pun sayang husain. tapi aku lebih sayang nabi. aku pun menangis, tapi aku tak meratap.


aku tak ajak jadi sunni. aku ajak pegang quran sunnah semata, dan segala yang tak bercanggah dengan keduanya.

wassalam.

ps: dalam kita bergaduh ttg semua ni, golongan lain sedang memakan Islam. atheis, menafikan wujudnya tuhan. kristian dengan dakyah mereka. hentilah bergaduh. nampak tak betapa parahnya umat Islam dibuli?

3 comments:

fikrahuddin said...

ape tanda senyum tu, mujako?

hilmi said...

aku sangat takut jika faisal tehrani berjaya menjadikan ramai umat islam di malaysia termasuk dalam fahaman syiah. semua ini adalah kerana kemenjadian penyebaran penjenayahan ilmu dia melalui PENGARUH.

fikrahuddin said...

ui bahaya kot. hilang selera aku nak baca buku dia dah. tapi xleh doh.. setiap kali aku menaip, ada bayangan die kot... huhu