Pages

Dec 15, 2010

orang tua dan orang muda.

salam satu agama.

di celah2 ruang2 waktu dimana exam anatomy kian menjengah, aku luangkan sikit masa aku sementara otak dah tepu menghafal segala jenis relation pada arteri2 di bahagian tangan yang berlemak ni, untuk menaip sesuatu.

entah bes entah tak. dulik hapa aku. aku punya blog. huhu.


orang tua dan orang muda.

kita disogok2 dengan bermacam2 sejarah. dan salah satunya kisah perselisihan faham golongan muda dan golongan tua. golongan tua ni biasanya pakcik2 lebai yang belajar dari pondok2, manakala yang muda pula selalunya belajar di luar negeri. sejarahnya adalah apabila sang muda datang membawa idea baru yang mereka temui di negara lain, dan oleh kerana jiwa muda yang sangat berminat, maka cuba didukung hingga ke negara sendiri. manakala golongan tua pulak menolak kerana teguh dan lebih senang dengan cara lama, bukan cara baru. apa cara lama apa cara baru? bukaklah buku sejarah, aku pun tak ingat sangat.


the point is, itulah golongan muda dan baru. tak perlu diberi nama pun, kita tahu, orang lama bagaimana pe'elnya, orang muda bagaimana.



golongan muda

golongan muda biasanya sungguh bersemangat dan cepat terpengaruh dengan idea2 di sekelilingnya. dia mengambil dan kalau boleh mahu dijadikan pegangan. tapi, bila datang idea baru dengan hujah2 baru, maka dia beralih arah.  maka ada yang menyebut golongan muda ini golongan yang sedang mencari arah hidup. yeke? entah.korang rasa betul ke? terpulang.

golongan muda ada akal yang cerdas untuk menjana idea2 dan teori2 baru untuk dicuba. maka semuanya mahu dicuba. mungkin sesetengah orang menganggap ini satu bala, di mana tindakan tidak ditunjangi iman dan rasional fikiran, tapi lebih kepada semangat dan semangat semata.

on the bright side, idea2 baru boleh menjadi variasi dalam mencari satu solusi. idea bukan benda simpel pimpel.  idea is bulletproof, bak kata V dalam cerita V for Vendetta. (stailo gila cerita tuh. haha)
idea yang mengubah dunia, idea yang mencaturkan hidup kita. dan masyarakat. ape jadah aku merepek ni?


so ape kaba pulak golongan tua?

golongan tua, suatu ketika dahulu juga adalah golongan muda. mereka juga menerima benda2 baru jugak masa masih muda2 dulu. masa rasa nak kawin 4, masa rasa nak jadi perdana menteri tu. tapi itu dulu. dan kerana masa yang berjalan berlalu, mereka telah memegang beberapa idea, dan merasakan idea itu yang paling tepat. contohnya, bila kata pompuan takleh blaja kat sekolah, sampai bila2 la mereka rasa pompuan pi blajaq tu benda yang tak betul.

ini sebahagian. bukan semua.



sebenarnya apa aku nak cerita ni?

macam ni. sebenarnya dalam satu permasalahan yang dibincang, mesti ada masalah dalam dua golongan ni. yang muda suka benda baru, dengan nampak beberapa sudut rasional (sudut lain mungkin masih di titik buta kot), dan yang tua tak mahu terima hujah tu dah.

contoh pasal hal bincang soal syiah sunni macam kat blog Dr FT. malas nak letak link, pepandailah korang carik. senang je kot.

bila isu ni makin dikupas, maka ada sebahagian yang menolak terus, tapi ada juga yang mula menunjukkan minat untuk mengetahui apa baiknya syiah ni. cuba menerima sudut positif.

jadi siapa benar siapa salah?

yang benar adalah yang mencari. bukan yang hanya menerima bodoh2 saja. kalau kata syiah tu kafir,maka kafiiirlah dia. kalau kata syiah tu baik, baiiiiklah dia. ini bukan soal syiah tu baik ke tak. tu contoh je. tapi yang nak aku bawak ni, adalah bagaimana kita menerima dan memproses sesuatu ilmu tu. kalau kau kata sesat, apa pandangan kau? hujah kau? jangan sekadar menuding bodoh saja. dan kalau kau kata benar, maka buktikan mana yang benar tu, mana dalilnya. kalau kau tak jumpa dalilnya, atau dalilnya kurang meyakinkan, maka simpan jari kita ni dari menuding. simpan untuk mencari dan menyelak lembaran2 buku, mengeliks2 mouse, mencari apa hujah dan bukti, apa cerita sebenar. dan bertanya pada yang lebih arif. bukan ikut membarbie buta je.

dan ingat, bukan hak kita untuk mengkafirkan seseorang. biarlah itu urusan dia dengan tuhan. dan kalau rasa betul2 hebat dah kajian kau tu, bukan duk bisik2 kat orang sebelah ja,"syiah tu sesat" contohnya, tapi tulislah buku, tulislah blog, tulislah artikel, dan kemukakan hujah korang. mahu percaya atau tidak, bukan di tangan kita. bukan juga tangan mereka, tangan mana boleh percaya, kan? hati je boleh. huhu.

makin lama aku makin merepek. nasib baik tak keluar segala anastomosis around scapula bagai. huhu.


last sekali, golongan muda hebat dengan idea dan teori baru, galak memandang segala jihat, manakal golongan tua pula selalunya lebih matang dan teguh pendirian. kan cantik kalau bersatu padu berganding bahu berpimpin tangan beli aiskrim dan asob bi lemon?


wassalam. salam hari hari. huhu. esok ade physiology. malas laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

4 comments:

Shasha Ira said...

like it~~ (^,^)v

MUJA said...

ade lah jugak kena mengena dgn aiskrim ngan asob . HAHAAA

hilmi said...

lemon itu masam.

nemesis3891 said...

asob bilemon sedap la wei....