Pages

Dec 7, 2010

hijrah dan niat?

salam satu agama.


sebelum bunyi keyboard kian membising malam2 buta ni, ingin saya ucapkan selamat tahun baru kepada semua muslimin muslimat di seluruh pelusuk dunia.

hari ini hari yang orang panggil maal hijrah. awal muharram. ana (mode baik) rasa ana bukanlah paling layak nak bercerita tentang kepentingan dan sejarah maal hijrah ni. banyak lagi orang2 yang lebih arif, mungkin, dah buat entri pasal benda2 macam nih. di fesbuk juga, nota2 maal hijrah sudah mula dikongsi2.. alhamdulillah.

elok jika kiranya kita muhasabah diri kita dengan menziarahi blog kawan2 saya ni, yang saya kira bagus untuk dibaca, sempena maal hijrah ni.

mereka ialah            murtadha    afiqzulhilmi      dan        izzati.  kawan2 saya yang lain mungkin belum punya masa untuk berkongsi.

jadi, apa yang orang yang kekurangan ilmu macam saya ni mampu kongsi? macam biasalah, haya berkongsi buah fikiran dan muhasabah diri.



kagum dengan nabi


hari ni agak skema. huhu.
siapa tak kagum dengan nabi. ana salah seorangnya.

kita dapat lihat pelbagai pengajaran daripada ceritera hijrah.

bagaimana nabi mempertahankan agama, walaupun baginda terpaksa meninggalkan tanah air tercinta.

bagaimana hebatnya tawakal nabi dalam berhijrah.

bagaiamana kasihnya nabi pada sahabat2, sehingga baginda adalah orang yang terakhir berhijrah.

bagaimana setianaya Abu Bakr.

bagaimana sayangnya penduduk madinah kepada nabi.


dan macam2 lagi.

apa yang ana tahu, hijrah merupakan titkk penting dalam tarikh Islami. titik signifikan dalam pergerakan Islam. dan kerana bermulanya hijrah, maka tertubuhlah kerajaan madinah.


nampak tak?

secara tak langsung, baginda mengajar kita erti tak pernah mengalah dan ikhtiar usaha.

agak2nya kalau baginda terus putus asa di mekah, siapa yang akan menyambungnya?

pentingnya hijrah!

dan kalau tiada hijrah, siapa yang akan menyampaikan agama Islam kepada orang2 di tanah melayu? bukankah itu semua saudagar2 yang berhijrah ke sini?

benar! itu ketetapan Allah.bukan kemahuan saudagar2 itu.
 begitu juga kita harus mengerti, bahawa Allah mungkin mahu menunjukkan kita betapa hijrah itu adalah salah satu strategi dakwah.

berundur bukan bererti mengalah.
nampak lagi, nabi itu punya kepimpinan yang kukuh...=)
dan jelas, Islam tidak menyuruh kita terburu2 dalam tindakan, strategi itu penting,

"kamu merancang dan Allah juga merancang. sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang"

tapi harapan tanpa usaha adalah sia2.

maka dapat lagi satu pengajaran yang terkait seidikit, doa tanpa usaha dan strategi adalah langkah kosong,

last but not least,


niat dan hijrah.


tiba2 rasa tersentak.

hijrah aku ke mesir ni betul ke nak belajar?


"sesungguhnya tiap2 amalan itu dinilai dengan niatnya. siapa yang berhijrah kerana Allah dan rasulNya maka dia hijrahnya untuk ALlah dan rasulnya. siapa yang berhijrah kerana kerana dunia atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu untuk apa yang dihijrahkannya itu."

lebih kurang begitulah sebuah hadis yang dipetik dari matan arba'in, karangan imam nawawi, hadis pertama.


kebetulan, niat dikaitkan dengan hijrah. ini ada kaitan dengan sirah nabi. ana rasa sirah itu tidak perlu ana ceritakan sekarang (dah mengantuk).

apa yang mahu ana sama2 koreksi diri,

bagaimana dengan kita? hijrah dan niat?

adakah kita berhijrah dari baik ke buruk? apa niat kita?

nah, hijrah itu skopnya bukan sebesar satu skop ais krim. luaskan pemikiran, jangan jadi jumud. berubah kepada situasi yang lebih baik dipanggil hijrah.

moga2 setiap hijrah kita mendapat ganjaran yang istimewa.

tidak tahulah entri ini memberi manfaat atau tidak. berisi atau tidak. ana bukan gifted dalam bidang2 nasihat ni, tp yang pasti kita mencuba. jangan putus asa. ingat, kalaulah nabi putus asa dulu, kita semua takkan merasa nikmatnya Islam dan Iman itu bagaimana.

that's all, folks.


salam hijrah semua.

wassalam.


ps: setiap kali tahun baru, kita nak pasang azam baru,kan? ayuh awal letakkan sikap, menjadi hamba yang taat. =)

3 comments:

Fiq said...

aku pon berhijrah seperti kau.. dari tanah air ke padang pasir sbb nk tuntut ilmu atau mungkin saja 'tuntut sijil mbbs' ahaha

smoga hijrah ini drpd yg buruk ke baik.. baik buruk sesuatu itu pula letaknya di pundak kita sendri..

MiztER MURTphalanx! said...

Hijrah dan Niat...

Niat=matlamat akhir, hijrah= setiap langkah dan stategi dlm menggapai niat td...

insyaALLAH setiap langkah kita menuju matlamat akhir... liLLAH...!

nemesis3891 said...

(senyum)

aku rasa setiap kali nak mencapai niat tu, kena ada hijrah perlu kita aturkan. bermakna pasti ada pengorbanan yang akan kita hadapi.
itulah cara menggapap cita yang tinggi kot. yelah, bukan semua orang ada cita yang menjulang. tak fikir panjang. kan?