Pages

Nov 2, 2010

beban yang kita tanggung.

salam. lama gila tak hapdet. sume salah TP Link yang tetibe kedeng, sebab letak paswerd tanak bagi kitorang bukak. hehe




aku (menurut kajian, penggunaan aku dalam perbualan seharian membuatkan kita lebih selesa dalam berbicara dengan orang yang tengah kita berbicara sama. paham ke? tapi janganlah guna dengan cikgu2, makcik2, pakcik2 jaga, mahupun ibu ayah tercinta di rumah itu ye....)


oke, aku mule balik, aku, teringat satu masa tu...
"selamat pagi cikgu!!" (bunyik sms masuk)
"abrar, ada kawan aku baru clash, die nak murtad. nak buat cmne ni??"

Allah, terkejut aku. murtad? gulp. ni bukan bende main2. masin2 pun bukan. aku pun mintak nombo die kat kawan aku ni.konon nak nasihatlah.

maka bermulalah ceritera aku sms ngan minah ni.
sememangnya nak berdebat dgn manusia yang dah hilang rasa percaya ni agak susah. aku tak kate aku lelaki, takut die tak percaye kat aku, memandangkan die baru je clash.

"dengar citer kamu nak murtad."
"sape bagitau kau?"
mak aih..ganasnye minah ni. tan ye elok2 balas cenggitu.
"erk, ade la dengar kahhabrnye..betul ke?"
"haah. saye rase Allah tak adil sebab bagi saye pakwe yang jahat2. sume tak kekal.kenapa orang lain boleh kekal?"

haih manusia. rapuh sungguh pegangan. masa ni kita nak salahkan siapa? angkat jari, tuding kat diri sendiri.

ni terjadik sebab terpengaruh dengan masyarakat sekeliling yang memang kurang mengamalkan Islam.

siapa masyarakat tu? kitalah, siapa lagi.

betul, benda ni aku dah pernah sebut dalam blog aku, tapi suke hatilah kalau nak ulang bali, blog aku kan. huhu. lagipun manusia yang sering terlupa ini perlukan peringatan sentiasa. maka tak salah aku nak ulang kan...

pandang kiri, pandang kanan. adakah suasana sekeliling kita mengamalkan Islam sepenuhnya?
firman Allah dalam Al-Quran, yang bermaksud,
"dan masuklah ke dalam Islam sepenuhnya." lebih kuranglah.
kenapa kita amalkan Islam? tanya balik diri kita.

adakah kerana nak berkat dalam hidup?
tanya balik diri kita.

dapat ke keberkatan yang kita nak tu kalau kita amalkan hukum tuhan separuh separuh?
buka akal, lapangkan jiwa. fikir rasional, renung dengan relevan.

adakah kita amalkan hukum tuhan kerana terbiasa? adat?
maka rugi besarlah kita.

kalaulah kita tahu, betapa makan pun boleh dapat pahala, rugilah kita. masuk andas pun boleh dapat pahala, rugilah kita.
sedang amal yang khusus pun kita tak ikhlaskan hati kerana Allah, inikan pula ibadah umum.
belajar kerana Allah. tidur pun kerana Allah.

buat sesuatu kerana Allah. itu paling berbaloi. kerana ganjaran pencipta kita adalah yang terbaik. Dia lebih tahu apa yang kita perlukan. sama seperti manusia yang mencipta kereta, tahu perlunya minyak untuk kereta bergerak. maka tuhan lagi tahu apa yang kita perlukan. tetapi nafsu hanya mahukan apa yang dia nak. bukan untuk kebaikan kita.

itukan tugas seorang hamba Allah. bekerja hanya untukNya.

maka renung semula, adakah menjadi hamba Dia itu satu bebanan yang perlu ditanggung? atau nikmat yang tak terungkap di mulut, tak terzahir di wajah, dan hanya disedari oleh hati yang beriman?

keluar berdakwah, itu bebanankah?
tanya balik diri kita.
saat kita dicaci, kita dapat pahala. saat dia menerima dakwah kita, kita dapat pahala.

tiada kerugian dalam agama.

wallahua'lam.

5 comments:

Fiq said...

abrar ada makwe.......

MiztER MURTphalanx! said...

jarang nak baca penulisan cmNi dari abrar...

Hebat!

alief_kaizer said...

betul ckap murt itu...
gaya penulisan yg amat trasa lekat dan dekat mesej nye kt pembaca...

thumbs up dan syukran~

melle. said...

amboi nak murtad. ingat boyfriend tu tuhan ka

nemesis3891 said...

erk, sebelum ni aku tulis camne??? ni dah la pakai tibai je..main taip je ap yg terlintas...

blaja ngan murt n alip byk ni..hehe..

melle: nak murtad sebab pakwe je.. pastu ajak aku gi jumpe pakwe die, nak tekel balik. sengal en? x kuase aku.. haha..

fynn:sape makwe aku? besnye ade makwe.