Pages

Jul 3, 2013

Apa lagi korang nak?

orang Malaysia semua sokong Mursi.

Sejujurnya, aku ni bukanlah penyokong Mursi. bagi aku, beliau adalah seorang yang mempunyai peribadi yang sangat hebat, tetapi kurang bijak dalam berpolitik.

tetapi masalah bumi Mesir ini bukan seremeh itu. masalah bumi Mesir ini lebih rumit. Semua ini sebenarnya bermula dengan Arab Spring yang dicanang-canangkan sebagai 'revolusi'.

Entahlah. bila melihat keadaan Mesir hari ini, betul ke ini revolusi?

aku ingat lagi. kebetulan Zagazig ini antara daerah yang sentiasa 'panas', maka hampir setiap hari apabila menuju ke gamaah, aku boleh melihat perhimpunan kecil-kecilan yang menuntut itu dan ini. apa yang aku lihat, mereka bukannya mahu pemimpin yang baru. sepertinya mereka mahu pemimpin yang baru naik supaya menjadi boneka mereka pula. pemimpin mereka yang sebenar adalah 'Muzaharat' itu sendiri. itu pemimpin mereka. itu firaun mereka.

dulu ketika terjadinya muzaharat besar-besaran di Mesir, kawan aku pernah berkata,
"Hassan Al-Banna pernah mengatakan hal sebegini. di mana Ikhwan tidak akan sesekali menjadikan muzaharat sebagai jalan untuk menjatuhkan kerajaan. tetapi seandainya kerajaan ini berterusan menindas rakyatnya, maka rakyat sendiri akan bangkit dan keluar berdemonstrasi di jalanan."

mungkin ayat tu aku gebang-gebangkan sikitlah. heheh. baru sedap.

point aku di sini, kenapa Imam As-Syahid Hassan tidak membenarkan ikhwan mengadakan perhimpunan? kerana itu bukan solusi sebenar. akhirnya, Mesir ini hanya bangga pada nama kerana mereka berjaya menumbangkan kerajaan, seterusnya terpinga-pinga, "er, what should we do now?"

Demokrasi dan Diktator

mungkin setelah 30 tahun pemerintahan secara diktator oleh Mubarak telah memualkan rakyat Mesir. malah, kalau diikutkan, mereka ini telah ditindas sejak berzaman lagi. jadi, setelah melihat betapa hebatnya kempen demokrasi oleh negara-negara yang lain, mereka pun mahukan juga demokrasi. iyalah, mungkin dengan demokrasi mereka dapat pemimpin seperti Mahathir (walhal kalau nak diikutkan, dia tu diktator jugak.ISA bagai), mana tahu boleh dapat bangunan hebat-hebat seperti KLCC, dan sebagainya.

tetapi hakikatnya, rakyat mereka terlalu bodoh untuk menerima demokrasi. serius.
cuba stop dengar lagu yang boleh pecahkan gegendang telinga, then, aku tak panggil korang bodoh dah.

mungkin, rakyat Mesir masih lagi memerlukan pemimpin yang mengamalkan diktator. masih perlu ditunjuk begitu begini, sehinggalah akal mereka 'matang' dan betul-betul boleh menerima demokrasi.

pada pendapat peribadi aku, Mursi sangat layak menjadi pemimpin bertaraf dunia. letaklah beliau sebagai pemimpin di mana-mana negara yang sedang membangun mahupun negara maju, pastinya rakyat akan menyanjung beliau.

tetapi tidak di Mesir. kenapa? kerana rakyat Mesir terlalu bodoh untuk menerima pemimpin yang sebegitu hebat. baru setahun, korang nak perubahan yang macamana lagi? nak negara bebas sampah? Mursi dah jalankan tanggungjawab beliau. kalian? masih lagi membuang sampah merata-rata. lalu kalian menyalahkan Mursi.

sebenarnya, jujurlah, apa lagi yang kalian mahukan?

ni kat depan rumah kitorang. parti ke muzaharat bro?


ramai orang menilai Mursi dari satu sisi saja. sisi baik. aku neutral. aku selalu sangat ternampak sisi buruknya(buruk macam kasar lak, sisi lemahlah), sehingga aku cuba mencari di mana sisi baiknya. dan aku dapati, ada banyak. tetapi aku masih juga berpendapat beliau adalah pemimpin yang mempunyai peribadi yang hebat, tetapi tidak bijak dalam berpolitik. biarlah aku tamatkan di situ saja.

Ya lustah!

Ya lustah, atau yastah bermaksud hai pakcik pemandu. hehe. begitulah secara lembutnya. aku ini antara orang yang kerap menaiki teksi sekitar zagazig. kadang ada banyak urusan dan aku perlu cepat sampai ke destinasi, maka aku memilih teksi berbanding tremko.

setiap kali aku menaiki teksi, aku akan berbasa-basi mengenai cuaca, baik buruk Mesir, dan Mursi.

"enta ma3a Morsy walla dhend?"
"kau bersama Mursi atau menentang beliau?"

pemandu teksi selalunya akan memandang aku.

dan rata-rata mereka akan menjawab mereka tidak menyokong Mursi. mulanya, garu kepala jugalah aku. dulu suka sekarang benci. tak komited langsung.

dalam banyak-banyak teksi yang aku naik, hanya ada dua sahaja yang tidak membantah Mursi.

satu, dia kata, dia hamba Allah sahaja. mana yang baik kita sokong. kalau dia buat jahat kita bantah.
aku rasa dia ni geng salafi kot. hehe.

kedua, aku tanya dan dia kata, "aku tak kisah. aku kerja. aku bekerja di waktu cuaca panas membahang, dan aku kerja ketika waktu malam."

aku angguk dan angguk.

dia sambung lagi, "orang mesir ni pemalas. bukan pejabat dua jam sehari, sampai orang ramai kena beratur panjang. siang tanak kerja, asyik tidur je. dah macamana negara nak maju? macamana nak jadi seperti Malaysia?"

heh. aku tersengih luas dan mengiyakan semua yang dikatakan beliau. punyalah kami bersetuju, tapi last-last dia nak 5 genih juga. ceit.

itu masalah rakyat mesir yang kedua. sudahlah mereka tidak bersedia menerima demokrasi, tetapi mereka juga sangat pemalas. mereka lebih selesa berkumpul membuang masa berdemonstrasi sehingga berhari-hari daripada berkerja dengan produktif. mereka sangat tidak menjaga masa, tidak menjaga kebersihan, tidak bekerja dengan sepenuh hati.
tetapi apabila Presiden mereka tidak memenuhi apa yang mereka inginkan, mereka melenting. pergi bilik air, tengok cermin dulu bro!


kesimpulannya, aku sendiri tak tahu siapa pemimpin paling baik untuk Mesir. mungkin betul Mursi, mungkin tidak. baru saja tadi aku baca artikel yang mengatakan Mursi tidak akan turun walau apa pun terjadi. aku sokong seratus dua belas peratus. kalau rakyat perlukan dictatorship, maka lebih baik mereka menerima diktator yang berakhlak dan beragama, yang tidak sesekali akan makan rasuah dan harta negara, berbanding diktator yang kuku besi.

dengan keadaan Mesir sekarang, aku sering tertanya-tanya, apakah definisi pemimpin yang ideal bagi kita?

adakah kita lebih menerima pemimpin yang berakhlak tetapi tidak pandai berpolitik, atau politikus yang hebat tetapi berakhlak sampah?

hurm.

2 comments:

Anonymous said...

Post yang berani.

Gurindam Jiwa said...

������