Pages

Jun 3, 2013

Pengemis kecil

Assalamualaikum.


suatu hari tu, aku dengan beberapa orang kawan keluar dari kedai makan. dan seperti biasalah di mesir, ada beberapa budak-budak dengan profesion sebagai pengemis mampir, menghulurkan tangan, mengharapkan segenih dua.

sudah 3 tahun aku jumpa budak ni. kadang-kadang hati ni naik meluat la jugak, sebabnya kalau tak bagi, nanti diikutnya kita, kalau boleh, sampailah kita bagi. "7agah lellah, 7agah lellah!"

bayangkan kalau 3 tahun macam tu, memang annoyinglah jugak kan. kebetulan pulak akhir-akhir ni aku tak berada dalam situasi kewangan yang cukup selesa (tapi alhamdulillah boleh pegi kedai makan lagi. haha), jadi, agak berat sebenarnya nak bersedekah. apabila budak tersebut tidak mendapat sebarang 'hasil' daripada kami semua, kawan aku yang agak bersimpati menghulurkan air mineral yang sudah dibuka. akhirnya dia dan kawan-kawan meninggalkan kami. salah seorang meneguk air tersebut, tapi tidak habis, lantas membuang baki air yang ada ke jalan!

hei, orang dah bagi air, dia membazir pulak. geram betul hati masa tu.



tapi dalam kebencian yang kian membuak tu, tiba-tiba dari jauh ada seorang pemuda arab, gayanya seperti student universiti, memanggil anak tersebut.

"eh pahal tu. dia nak marah ke?" desus hati aku. biasanya arab ni kalau dia tak suka, memang dia maki je pengemis-pengemis macam ni.

bila budak tu sampai, dia memasukkan tangan ke dalam kocek dan menghulurkan duit kepadanya (rasanya macam dalam 5 genih jugak kot) kemudian mencium kepala budak tersebut. huih. dia cium! budak yang rata-rata budak malaysia sini rasa jijik dengan kotornya, dengan selekehnya, dengan baunya, itu baru saja dicium! tanda kasih kepada seorang pengemis.

hambikkau. masa tu aku malu. lupa agama kita mengajar supaya menjadi penyayang kepada golongan susah seperti mereka. lupa agama kita memupuk kasih sayang. lupa juga untuk bersangka baik dan tak menyampah dengan budak-budak tadi.

makan dalam.

memang sejak belakangan ni, Allah bagi peringatan berbentuk sebegini, banyak kali kat aku. kebetulan jumaat yang lepas aku ke Tanta lagi untuk menziarahi masjid Sayyidi Ahmad Badawi, dan macam kebiasaan jumaat yang lain, ramai manusia. sesak. untuk aku, waktu sesak macam ni membuatkan aku sedikit rimas sebenarnya. tapi nak taknak, aku kagum dengan berbondong manusia yang datang untuk beribadah di situ. dengan macam-macam ragam keluarga yang datang menziarahi makam, dan kamera-kamera telefon bimbit yang diangkat untuk merakam apa saja-baik dari gambar kesan telapak kaki rasulullah, sehinggalah merakam memori berada di hadapan makam Sayyidi Ahmad Badawi, Wali Allah.

hasan tengah tengok janggut nabi

dan dalam ramai-ramai itu, seperti sudah menjadi budaya mereka, untuk menjadikan ruang tersebut peluang untuk berbakti. usai solat jumaat, sepeti biasa, di kawasan belakang, terdapat dalam 2,3 halaqah tarikat membacakan zikir-zikir serta selawat-selawat mereka tanpa menghiraukan mata-mata yang melihat dari tepi (biasanya baru pertama kali lihat kot).

dari celah-celah ramai manusia itu, ada pula golongan yang akan menghulurkan makanan saja. orang datang, dia hulurkan 3eisy, dan kacang. kami yang Maliziy mestilah menolak dengan baik apabila dihulurkan, sebab memang kami takkan makan pun makanan tersebut.

bila aku bangun dan mula menziarahi satu persatu makam di situ, sehinggalah sampai ke bekas tapak kaki nabi, ada makcik tua memegang botol air dan cawan berdiri di samping kawasan tersebut. aku tanpa menghiraukan sangat keadaan sekeliling, pergi ke bekas tapak kaki nabi, berselawat, berdoa dan mencium cermin yang menutupnya (kalau dia tak tutup, aku cium bekas tapak kaki nabi tu).

dan ketika aku beredar, baru aku perasan rupa-rupanya makcik tua itu berdiri di situ kalau-kalau ada antara mereka yang menziarahi itu terasa dahaga.dituangnya air ke dalam cawan yang dipegangnya, dan dihulurkan kepada sesiapa yang datang kepadanya.

Subhanallah. makcik itu sudah tua, dan mampu berperanan walaupun mungkin sesetengah daripada kita rasa peranan beliau kecil cuma.

mungkin aku yang baru perasan betapa muslim di Mesir ini masih ramai yang mengamalkan "fastabiqul khairat" ataupun mungkin kerana Ramadhan yang kian hampir menjelma.
terpulanglah. tapi sepatutnya kita juga mencontohi sikap mereka dalam berlumba-lumba mencari kebaikan.
dari mencium pengemis sehinggalah menghulurkan air kepada orang asing di masjid, sedikit sebanyak hati aku dilembutkan semula. Allah. tak sangka. selama ni mesir cuma mengeraskan hati aku aja. lebih-lebih lagi dengan dugaan black out sejam setiap hari pada waktu suhu mencecah 43 darjah celcius. hai, memang azab!

mujur saja aku ni Allah keluarkan dari Malaysia yang selesa infrastrukturnya, tetapi kucar kacir suasana islamnya, dan letakkan aku di sini yang punya situasi islamik yang tersendiri, di 'hiasi' pula dengan berbagai dugaan untuk menjadikan kita tabah di sini.
 

ekceli, dengan panas membahang macam ni, dengan keadaan ekonomi mesir yang sangat teruk, dengan bil elektrik yang mahal maut (400 genih setiap bulan apedehal), buat aku homesick lah sikit dengan Malaysia. tapi gaya-gayanya tahun ni macam raya di perantauan lagi je. huhu. takpelah. boleh buat video raya. haha.

"Adat wira harus tahan uji"


***

dulu ada orang kata, kagum dengan orang yang belajar di luar negara. katanya, jauh perjalanan luas pemandangan.

senyum.

tu baru yang belajar di mesir. cuba macam yang belajar di amerika macam Zaid, Waie, tak ke lagi hebat? menjadi minoriti dalam sebuah masyarakat non muslim. pasti dugaannya lagi hebat!

wallahua'lam.

No comments: