Pages

Jul 31, 2012

hidup dalam memori-bapak kucing

SBPI Rawang adalah satu tempat di mana bukan saja aku belajar ilmu akademik, aku juga belajar tidak ternilai harga sebuah persahabatan.

aku datang ke sepintar sebagai budak form 4 baru. yang peliknya penerimaan batch aku terhadap kami, budak-budak baru ni sangat mesra. ibarat dah berkawan lama. cikgu-cikgu pun pelik. walaupun masa aku mula-mula masuk, aku agak susah untuk diterima (sebab masalah lain), tapi once diorang terima aku, rasa macam merekalah kawan terbaik pernah aku ada selama hidup aku.

dan sampai sekarang kami masih saling menghubungi. kalau ada masa lapang, ada event, kami akan merancang untuk bertemu. tidak kiralah di Malaysia, di Jordan mahupun di Mesir ini sendiri. kawan pertama yang akan kami cari adalah dari sepintar.

masuk form 5, aku masuk dorm exco, dan masuk kelas 5JM. dalam kelas ni sangat happening. yes, kelas kami tak segila kelas bebudak teknikal, haha, tapi still, kelas kami ada faizzuddin, ada botak, ada ajin, ada amin, ada murt. macam rojak!

ajin buat comel

dan hari ini salah seorang classmate kami dah tiada. selamat pergi ke alam lain, dalam bulan ramadhan. kami satu batch digemparkan dengan berita kemalangan  ini, di mana Nazrin terlibat. dan semalam, er, tadi, kami dikhabarkan dia adalah mangsa terakhir yang dijumpai, di dalam perut kapal, sudah tiada bernyawa.

Muhammad Nazrin bin Khamsani
siapa dia ni? setiap manusia ada baik buruk yang mencorakkan personaliti seseorang itu. kelemahan yang ada dalam diri nazrin bukan kami jadikan bahan aib, sebaliknya kenangan manis bersama beliau sendiri.

siapa yang mengenali Ajin ni pasti tahu dia ni seorang yang kuat, peribadi dan fizikalnya. seriously kuat! badan dia taklah berketul-ketul, tapi still, dia sangat tough.

dalam situasi genting, memerlukan, dia adalah antara insan yang boleh diharap. dia dikenali sebagai insan yang bertanggungjawab. tanggungjawab dia dalam asrama pun banyak. dialah KR rumah hijau yang direspek semua bebudak rumah hijau, dia jugak antara budak yang hidupkan kadet polis (aku pun kadet polis gak dengan dia. pakai uniform sama-sama. wuuuuu), dia jugak yang hidupkan kelab memanah (aku masuk taim form 4. dia agak berbakat laa.), senang cerita, benda-benda macam ni memang semangat dia tinggi. huhu.



dia peramah, caring dengan kawan-kawan dia, sengal, otak masuk air, dan otai sejarah. dia sangat otai sejarah. dia juga gemar falsafah. orang-orang seperti hamka, za'ba, dan syed naquib al-attas adalah rujukan beliau.

kami (aku, ajin, hilmi, ali, dengan nafis) duduk sekumpulan waktu nak dekat spm. duduk betul-betul depan meja cikgu. ini antara memori terbest kami. sama-sama kena sound dengan cikgu Malina, cikgu Fatimah,juga ustazah Norrahila. subjek lain ok sikit, kurang la kot kena marah. hehe.

Ajin tidur tak dalam kelas? haha jangan tanya. group kami semua kaki tidur. rasanya kalau dalam kelas tu, lelaki yang tak pernah tidur, haikal sorang je kot?



Ajin seorang yang sangat sibuk. sibuk dengan rumah hijau, sibuk dengan kriket (he was hell of a player) sampaikan cikgu-cikgu ramai yang risaukan akademik dia. tapi dia rileks je. dah tu, power kan.
aku sebenarnya tak ingat result spm dia, tapi yang aku tau, not bad laa.tak la straight  macam murt kot, tapi still ok.
my point here, dalam sibuk-sibuk dia, dia tak kecewakan cikgu-cikgu yang mengajar.


Ajin ni bapak kucing. kalau bahasa arabnya abu hurairah. semua kucing kat asrama tu, kalau ada masalah, repot kat ajin. kucing-kucing tu semua boleh kata anak-anak dia la. di sebalik muka taiko dia tu, tersimpan hati macam taman. khas untuk kucing-kucing.

Ajin panggil aku panda. "woi panda, ko ni comellah." bila teingat ni, aku tersenyum pulak sorang-sorang. aku selalu malas layan orang panggil aku comel ni. tapi aku rindu pulak nak ajin panggil camtu. ajin jela, orang lain aku tak rindu. huhu.



sesiapa yang kenal ajin jugak, mesti boleh terima teori aku ni. orang jumpa dia dalam perut kapal, maknanya dia adalah orang terakhir berada dalam kapal.

mengenali perangai ajin, aku rasa mesti dia pastikan krew-krew lain keluar dulu. pastikan semua orang selamat,baru dia fikir pasal diri sendiri. mungkin jugak dia cuba padamkan api, mungkin. tak tahulah.
cuma kalau nak combine kan teori cerita ni dengan perangai ajin, ha, memang itulah ajin yang kami kenal. biar yang luka dia, asalkan orang lain selamat. biar yang susah dia, asalkan orang lain senang.

ajin buat comel lagi

ohh. kalau nak listkan semua kenangan dengan ajin, banyak sangat. sampai sahur agaknya aku menaip nanti.
cuma nak kata, kami semua rindu Ajin. sedih tu pasti, lagi-lagi cikgu yang anggap kami macam anak sendiri.
tapi janganlah sampai sedih kita membuatkan kita lalai untuk berdoa untuk kebahagiaan beliau di sana. biarlah tanda kita sayang pada dia dengan doa dan sedekah-sedekah amal jariah. itu yang penting diakhirat kelak.

dia pernah menjadi sahabat kita yang terbaik. sekarang masa untuk kita pula berbudi. Al-Fatihah.
takziah untuk keluarga ajin.

dia mungkin sudah pergi. tapi memori kita tak pernah pudar. aku doakan kau selamat dunia akhirat.


kita entah bila. moga maut menjemput kita dalam keadaan yang baik. moga keredhaan Allah kita iringi keakhirat kelak, insyaAllah.

8 comments:

Mimie Chayunk said...

ye,,,,walaupun saya kenal ajin kejap je..tp buleh rase kehilangan dia..ade jugak kenanagan dgn dia...takziah..semoge dia ditempatkn di kalangan org beriman bila dpt tahu jasad dia tiada luka...syukur alhamdulillah :)

Zida said...

aku baru tahu berita pasal ni semalam, terkejut jugak bila dapat tau yang arwah ni kawan korang.

Allah...

(dah, aku speechless taktau nak komen apa dah)

hilmi said...

seriously aku masih lagi susah nak terima hakikat yang dia dah pergi...


:'(

Unknown said...

Salam takziah buat korang...

Dengar dari cite awak, akak respek sangat dengan Ajin. Allah sayang dia. Allah tak sabar nak Ajin bersama-sama dengan Dia. InsyaAllah...

Ira Ohana said...

Moga Allah tempatkan dia dalam kalangan orang yang beriman...

Al Fatihah

Unknown said...

dia kawan sekolah rendah kami.
masa dekat sekola rendah dia pendiam sangat tp best student kot.
cakap dgn dak lelaki je.

pas abis sekola,dia tegur balik macham pelik kot budak yang dulu pendiam tetibe peramah yang amat.
macham tak caya tu ajen.
tapi dia memang kawan kami.
muhammad nazrin khamsani.

orang baik ALLAH pinjamkan sekejap je.kita semua sayang dia tapi ALLAH lagi sayang dia.

al-fatihah :'(


*maaf terkomen banyak pulak kt cini.

Aku Dan Diriku said...

assalamualaikum...saya salah seorang dari pegawai yang study dan siasat kes kapal meletup ini...
syukur kerana arwah ajin ada sahabat2 yang sayang dia...
alhamdulillah teori anda itu sememangnya agak benar...
sewaktu saya mengkaji rakaman percakapan rakan-rakan sekapal dengan arwah..ada seorang yang menyatakan dia melihat arwah ajin cuba pergi ke kawasan yang terbakar utk membantu memadamkan kebakaran sebelum letupan pertama berlaku....
bersama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat arwah

fikrahuddin said...

Ajin sure had its own character.

sesiapa yg kenal ajin, mesti tau bagaimana baiknya dia.

terima kasih kepada yang sudi komen. al-fatihah untuk nazrin, juga mangsa-mangsa lain.