Pages

Jul 18, 2012

harga sebuah kejayaan yang tertunda

salam satu agama.

‎"Janganlah kamu bersedih apabila kesedihan-kesedihan itu membebankanmu, dan terasa sempit bagimu dunia yang luas itu, mungkin Allah suka untuk Dia mendengar suaramu dalam keadaan kamu berdoa kepadaNya."

[As-Sheikh Mutawalli As-Sya'rawi Rahimahullah]
(copy dari member kat fesbuk)

phew. lama tak menaip bhai. kekok je taip kat keyboard wireless ni. aiceh~

exam dah habis, alhamdulillah. result pun dah dapat. kencang ah univeriti zagazig nih! tapi malangnya result imtihan tahun ni sungguh dasat. merata-rata orang kantoi, termasuklah diri ana ini.
yeah, aku sangkut psychoogy je, orang kata it's not a big deal. it is, for me. jenuh gak nak stadi psycho wei. -_-

tapi tapi, lagi kasihan kat kawan-kawan yang kena ujian yang lagi berat dari aku. macam-macam reaksi aku tengok. ada yang speechless, ada yang menangis, ada yang marah, ada yang gelak (cause he know he's too screwed up? haha, don't know).

mula-mula bila tahu aku sangkut psycho, rasa macam stress gila. fikir diri sendiri punya masalah je. nak balik bila, nak balik ke tidak? raya sini ke? halah. macam-macam gangguan emosi.
sedar tak sedar, orang di sekeliling kita menderita dugaan yang maha hebat. sangkut satu dua, tahan lagi. kalau sangkut sampai 4, 5, Allahu rabbi. hebatnya mereka. kalau yang repeat year, tapi sangkut lagi. Allahu Allah. tabahnya mereka.

bila ditegur, dilihat wajah masing-masing,masih ada senyuman yang terukir sebagai hadiah untuk kita. sedang dalam hati mereka, siapa yang tahu. siapa yang dengar tangis esak pejuang-pejuang ini di kala waktu malam?

Allahu rabbi. siapa yang terdengar, pasti sayu hatinya.

tapi jujur aku kagum. mereka masih mampu mencari daya untuk ikhtiar. mampu untuk berfikir rasional, apa yangg patut diusahakan. usaha, bro. itu yang aku kagum.
andai kata usaha yang terakhir saja yang tinggal, stadi untuk dur thani, maka buatlah elok-elok. Allah memberi kita second chance.

bila melihat mereka dan ujian, hati aku terdetik,
betapa tabahnya mereka menghadapi semua ni. kita yang tak rasa takkan faham!
kagum, bagaimana Allah meletakkan ujian maha hebat kepada mereka. tanda pundak mereka mampu memikulnya.
dan bagaimana dengan kita? (actually, aku tersept. istilah mana nak guna ni? korang ke kita? aku kantoi psycho kot!)
apa usaha kita untuk membantu? sedang terang-terang Allah tunjuk depan kita, bahawa ada sahabat-sahabat kita yang might need our help. atau kita akan abaikan saja, janji kita dah lepas?

susah senang sama-sama bro.

untuk kita-kita yang diuji, ingat, ini bukanlah satu kegagalan, bahkan satu kejayaan yang tertunda. tuntut kejayaan kita, usaha, insyaAllah kita najah sama-sama!
kebetulan ramadhan pun kian menghampiri. kenalah doa banyak-banyak yeh! piu-piu piu~ (senjata mukmin.huhu)
sungguh, kelak kita akantahu betapa berharganya seulas kejayaan yang tertunggak ini.


aku dah mengarut.
wallahua'lam. doakan kami.

ehem.

9 comments:

HH said...

meremang dengar 'ehem' tu. kah!

study moleks abrar, moga lulus subjek psychology tu.

nak masuk berperang, kena lengkap kuda, senjata, baju besi semua.

selamat bersiap! :D

fikrahuddin said...

eh eh, tak sangka dia follow lagi blog kita. haha.

perang kali kedua. kena tukar tektik ni. hehe.

ape yg meremang? bulu idung?

hilmi said...

kalau sangkut (walaupun satu), kena repeat year gak ke?


jgn putus asa abrar! aku yakin ko boleh!

fikrahuddin said...

tak, ni bukan subjek teras, so takda masalah pun, boleh je naik tahun. tp aku malas la nak carry ke tahun depan. subjek tahun depan lagi susah. baik setel apa yg boleh setel dulu. huhu

Mohd Zaid said...

Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya....

afiq zulhilmi said...

cara Allah memberi itu bkn hanya dengan memberi.. tp turut dengan x memberi.. jadinya yakinlah apa2 saja drnya adalah yang terbaik.. moga sabar n terus tabah yee... doa aku gak wehh.. cuak tahap memerang nihh..*_+

afiq zulhilmi said...

cara Allah memberi itu bkn hanya dengan memberi.. tp turut dengan x memberi.. jadinya yakinlah apa2 saja drnya adalah yang terbaik.. moga sabar n terus tabah yee... doa aku gak wehh.. cuak tahap memerang nihh..*_+

Mohd Ikhwan WaoNe said...

good luck ab*ROAR*~

InshaAllah, boleh punya!

Demi Qaumiyah! Erk

fikrahuddin said...

mecih semua.
suka komen zaid. huhe