Pages

Nov 26, 2011

lagi-lagi tahun baru

salam satu agama.
lagi-lagi tahun baru. bila tahun baru je nak buat azam baru.
memang itulah yang sepatutnya kan.



tahun baru.

syukur sebenarnya. kita ni sebagai hamba yang dikotori dosa, masih Allah kurniakan peluang demi peluang untuk kita baiki diri.
hari ini kita buat dosa, esok Allah bagi kita hari baru untuk ubah diri kita menjadi lagi baik.
malang tak kalau dah dapat peluang macam tu, tapi kita still tak hargai peluang tu?
rugilah kan.

tahun baru.
tahun ini kita taktau berapa hari kita ada. cukup setahun ke, setengah ke, ESOK ke, sapa tahu? yang pasti, tahun baru ini sebenarnya adalah peluang baru untuk kita, menjadi hamba dan khalifah Allah yang lebih baik.

wui taknak la cakap banyak2. den ni nama yo exco dakwah bagai, tapi tak sikoh langsung. ceramah pungpang, tapi tak buat. bahaya wooo.
nanti kang Allah tanya,
"Nape ko tak buat macam apa yang ko cakap?"
kan mampus.


so ala kulli hal, jom setting azam baru.

azam.

azam baru aku adalah untuk seimbang dari segi akademik dan kemasyarakatan.
akademik aku sekarang memang terabai gila laa duk sibuk itu ini. so mulai sekarang aku nak cuba seimbangkan balik.

dalam masa yang sama, persatuan bukan yang kedua. pentingnya selari. kerana tiada hari tanpa dakwah.
ecehh.

ya Allah, ampunkan dosa kami pada tahun yang lalu, dan Kau kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk menjadi hambaMu yang lebih beriman kepadaMu pada tahun-tahun mendatang. amin.

ingat, setting azam, setting jugak. kalau tak buat, dop jadi!!


2 comments:

Addien said...

http://addienblog.blogspot.com/2011/11/sambutan-maal-hijra-antara-sunnah-dan.html

menjawab persoalam adakah islam menganjurkan sambutan awal muharram..

dan benarkah hijrah itu pada bulan muharram?

insyaAllah

fikrahuddin said...

bismillah.

pertama sekali, harus kita tahu bahawa tahun hijrah ini bukan ditetapkan bermula daripada tarikh nabi berhijrah, tetapi bermula selepas menunaikan haji wida'.

dan banyak riwayat mengatakan bahawa nabi sebenarnya berhijrah pada rabi'ul awwal.

cuma adakah salah kita menyambut awal muharam?
salahnya dimana?

tak! bahkan bagus sangat2. sekurang2nya kita akan muhasabah semula bagaimana diri kita sebelum ini dan kita akan perbaiki pada tahun yang baru ini.

adakah ini bid'ah?
ini dikira bid'ah bila kita menganggap menyambut awal muharam ini secara khususnya adalah sunnah, ataupun ibadah khusus dalam syara'.

tidak.
tapi kita digalakkan utk menyambutnya jika itu dapat memperbaiki diri kita, muhasabah, menambah motivasi utk memperbaiki diri dansebagainya.

salahkah berdoa? tak salah. cuma kena tahu doa akhir tahun dan awal tahun itu hanyalah sekadar inisiatif kita untuk menambah iman kita pada awal tahun. sekurang2nya akhir tahun itu ditutup dgn benda baik dan awal tahun pula dibuka dgn doa yang baik.

wallahua'lam.