Pages

Oct 20, 2011

yang bernama manusia

salam satu agama.

yang bernama manusia itu, ada tanggungjawabnya.
yang bernama manusia itu, sering lupa.
yang bernama manusia itu perlukan peringatan.

peringatan sering datang kepadaku saat aku di hujung kelekaan. saat itu tuhan hantar manusia-manusia lain atau apa sahaja bentuk peringatan, agar aku tidak terus alpa, tidak lupa, aku ada tanggungjawab.

DAKWAH.

gerun sebenarnya aku diketuk dengan kalimah itu. kerana dakwah itu bukan perkara main-main. kerana dakwah itu satu kewajipan. dan peringatan itu tiba saat aku leka. seperti dipalu dengan kata-kata, bahawa aku lupa akan dakwahku!

jadi menggeletar saat kalimah dakwah digegarkan ke lubang telingaku. kerana aku sedar tanggungjawab yang satu itu terabai. hanyalah kerana aku rasa selesa sebentar, atau terlalu selesa, dakwah aku lupakan.

aku yang dunia tahu bukanlah manusia yang membawa obor dakwah suci itu. usahaku tiadalah bernilai sedikitpun di sisi tuhan kerana kotornya tanganku yang membawa panji dakwah itu.

Allah, terima kasih kerana mengingatkanku lagi dan lagi. agar aku tak lari dari landasanMu ini.

Allah ya Allah, layakkah aku ini, ya Allah?
mereka bertanyakan kepadaku apa tu dakwah, sedangkan yang empunya diri lupa di mana obor dakwahnya dahulu!

Allah ya Allah, aku menganggap itu satu peringatan dariMu. satu peringatan yang cukup memberi kesan.
Allah ya Allah, ampuni hambaMu yang sering leka.
kerana aku yang bernama manusia.

kalau tiada cinta dari Allah...

No comments: