Pages

Aug 1, 2011

di celah-celah ramadhan

salam satu agama.


terkejut, sebenarnya.
hari ini bukan hari untuk bercerita, bagaimana kalutnya Attabah dengan kes bunuh semalam.
hari ini bukan hari untuk bercerita bagaimana cantiknya kristal-kristal di asfour.
pendamkan dahulu untuk hari ini.

di celah-celah hari yang kian menghampiri ramadhan,
aku terkejut.
sapaan pak arab yang menyenangkan itu buat aku terpana, tidak terjawab dibuatnya.
"Kullu 'am wenta bikheir"
aku senyap. apa dia cakap ni?
"Kullu sanah wenta bikheir"
sekali lagi. oh! mereka mengucapkan selamat dengan gembira. kerana RAMADHAN kian tiba!

agaknya bagaimana sambutan kita?
Allahu rabbi.
lambat sedikit rasanya zuq ramadhan itu tiba.
sibuk meluangkan sedikit lagi masa yang boleh digunakan untuk ke husin, ke macam2 tempat lagi, sebelum ramadhan tiba. sibuk dengan urusan duniawi, sebetulnya.
aduh, ramadhan yang tiba ini bagai tiada disambut gembira. sedang pak arab diluar sana bagaikan mahu berpesta-kerana ini hari raya mereka.

alhamdulillah.
ramadhan tiba lagi.
madrasah ini bakal mendidik kita menjadi hamba yang sempurna pada pencipta.
asal hujungnya kita menjadi graduan ramadhan yang berjaya,
segulung taqwa kita genggam di akhir sana.

niat perlu diperbaharui.
pastikan amalan kita tidaklah dicalari dengan kemungkaran.

wei ramadhan ni wei.
eksaited lak rasa. haha.
lepas ni bolehlah cari tempat2 makan free.
=)

mulakan ramadhan kita dengan amalan.
wassalam

2 comments:

naqi said...

awai tu kullu 'am kenapakah? 'am jugak bawak maksud sanah ka cikgu?

fikrahuddin said...

err.. aku pun tatau.. aku dengaq2 lagu tu... mungkin la kot.. hehe