Pages

Jun 28, 2011

penyakit exam

salam satu agama.
stress.
exam memang menyeteresskan. meng-stress-kan. whatever.

dah macam tradisi, ataupun trend,
kalau exam je, (especially kat sinilah, zagazig, ataupun mesir umumnya, tempat lain aku tak kaji lagi) mesti jadi something.

exam ni aku kira penyakit yang parah jugak sebenarnya. memang membawak mudarat yang banyaklah kepada mereka2 yang tak kuat antibodi. mungkin thymus diorang bocor lantas T-lymphocyte yg belum mature tu exposed kat antigen bla3. ha itu salah satu tanda penyakit exam. -__-

simptom nombor satu.
hilang kewarasan.
tak semua, tapi ramailah.
kalau exam physio hari tu, contohnya, semua pakat nak gila baca buku. ada yang siap sampai nak putus asa, padahal ada seminggu lagi.
bayang betapa dasatnya efek exam ni.
tak payah jauh2lah. physiology tu memanglah susah.
ni, histology yang poyo senang ni pun dah menggelabah. tensen tak hingat dunia. ha tulah, spa suruh amik medik. padan muka. haha.
kadang2 bila dah stadi lama sangat (sebenarnya taklah lama sangat. tapi sebab tak biasa stadi lama2 kan, so kira lamalah jugak tu.), mulalah melaung tak tentu hala. aku pelik gila, baba tak dengar ke? baik gila hati diorang sebab tak halau2 lagi kitorang, alhamdulillah...
yang lagi tak tahan, kalau berborak, semuanya keluar pasal pelajaran. (bayang kalau tengah maan, borak pasal medik. gila woo). tapi baguslah tu en. huhu.
oh ya, masa ni jugaklah semua orang kena pms, tak kisahlah laki ke pompuan. garang tak hengat.



simptom dua
rasa kurang kasih sayang.
yang ni memang takleh blah.
bila exam ni mulalah mencari 'kasih sayang sampingan'. ingat kerja part time ke hape.
yelah, bila musim exam ni kan, mulalah bertembung dengan orang2 lain yang kadang2 tak terperasan pun ada kat unibersiti. tak pun, masa nilah perbincangan hangat diadakan. bincang punya bincang, hati tersangkut pula. eceh. menggatal.
and for the record, bersepah budak batch aku yang kena simptom ni.
gatal sangat. pegi kawin jelah. mengada. macam ko sorang ada awek.

simptom tiga.
makan tak beragak.
nak masak malas. so, belilah segala roti biskut bagai. kalau makan nasik pun, kalau boleh lauk tu biar telur jelah, jimat kononnya.
pastu dok membongkang makan minum belaja tak bergerak2, hasilnya, memang badan jadik saiz akulah. gila kentang.
orang kata, taim winter, badan naik.
aku rasa salahlah. exam taim summer. maka orang naik badan taim summer sebenarnya.

sebelum dan selepas exam.


simptom empat
internet.
ceh, ni bukan simptom. dari dulu sampailah sekarang, tak penah takut nak bukak internet. even esok lusa nak exam dah. macam aku sekarang ni haa..
masa ni, mulalah twitter, tumblr, blog, and ofkos facebook jadi diari. kehkeh.
samolah eden pon.

konklusinya, apa dia ye?
sebenarnya, kita tensen stadi. (sapa suruh main masa awal tahun).
lalu kita cuba carik ketenangan.
ada macam2 cara. ada yang makan, ada yang carik jodoh, ada yang carik pelempang, ada yang buang masa.
masalahnya, ketenangan yang kita carik tu, ketenangan yang hakiki ke?

kenapa bukan masa musim exam ni,
tahajudnya makin banyak?
stay up jadik burung hantu sampai ke subuh, kononnya stadi. tapi lupa langsung nak solat malam.
malulah sikit woi. nak lulus exam, tuhan yang bagi, bukan usaha kita.

lastly, mungkin exam pun nak habis dah kan, kalau exam kita kantoi ke hape nanti,
kita istighfarlah.
mungkin kurang berjaya kita bukan kerana lack of usaha
tapi kerana hubungan kita dengan tuhan makin renggang.
astaghfirullah.

percayalah, semua simptom2 di atas dialami oleh aku sendiri, tapi bukan semualah.
ada yang nampak kat depan mata.

so, teguran ini ikhlas untuk kita semua, tak kisalah korang kat mesia ke, kat alex ke, kat memana jua,
dalam usaha kita nak mencapai sesuatu,
jangan lupa letakkan ingatan,
bahawa tuhan natijah kita.

wallahua'lam.

10 comments:

Verdict said...

nak cari pakwe nak cari pakwe nak cari pakwe nak cari pakwe.


bhahahahahahhahahahaha


heh macam dia sorang ada awek.


kebangangan di atas ni dialami aku juaaaaaa

Nazihah@Jiha said...

terlebih sudah..hehe

mamariz said...

ehem... :)

Fatihah Hilman said...

klu nk ikut teori ko ni...
smua symptom tu ak ada...
except no 2 tu...haha

fikrahuddin said...

byk lagi kot.. tapi yg ni yg paling common la.. huhu..

yeh miss L, xaya nak reply cemana nih.. huhu

Zida said...

terasa terasa terasa.

HAHAHA

semua simptom yang ko cakap tu sume ada kat rumah aku ni, dari osmet aku sampai la aku sendiri. bhahah :P

part masak telur tu pun ye jugak. memang malas nak masak best2. adehh =='

fikrahuddin said...

nampak sangat ko kekurangan kasih sayang. hahaha

Anonymous said...

Ingat Allah sepjg masa x mase exam je ingat Allah masa senang Allah ingaT kita mase tersepit

Mohd Zaid said...

bab internet tu betol..

Anonymous said...

Abrar ada simptom tambahan..layan nasyid acappella banyak2 time tensen exam... :) - by Amin (nanti ko ingat aku SPAM)