Pages

Jun 12, 2011

mana pilihan hati?

salam satu agama.
kalau anda disuruh untuk memilih sesuatu,
apa kayu ukur yang akan anda gunakan?

kerana cantik,
kerana menarik,
atau kerana membawa manfaat kepada anda?

memilih/ mengundi bukan semudah ABC. prosesnya memerlukan pemikiran yang kritis memilih mana yang terbaik.
dan setiap pilihan kita ada implikasinya.
samada baik atau buruk.

setiap undi kepada negara, contohnya, akan mencorak negara itu sendiri.
kalau anda layak mengundi dan tidak mengundi,
hingga membawa kepada negara ini dipimpin oleh golongan zalim,
maka sesetengah ulama menjatuhkan hukum berdosa.

abaikan yang itu. apa yang saya nak katakan adalah, undi anda ada impak tersendiri.

baru2 ini kerajaan selangor telah melancarkan pertandingan blog kreatif selangor.
antara objektifnya ialah,
  • Membanjiri dunia maya internet dengan imej Negeri Selangor yang positif melalui berita, cerita, nukilan, forum dan sebagainya dengan menggunakan medium blog.
  • Menggunakan blog sebagai alat (tool) untuk capaian kepada seramai mungkin pengguna internet.
  • Menggunakan blog sebagai penyampai informasi Kerajaan Negeri Selangor.
  • Memberi garispanduan yang jelas kepada pengguna internet khususnya remaja berkenaan unsur-unsur positif dalam dunia maya.
  • Mendedahkan remaja kepada dunia ICT secara terkawal melalui etika penggunaan internet yang berlandaskan syariah
atau lebih mudah kata, mereka mahu mencari satu medium blog yang boleh membawa manfaat kepada masyarakat. di selangor khususnya.

apa akan jadi kalau blog yang menang adalah blog yang mengarut?
maka blog yang 'bermanfaat' itu adalah blog yang sia2.
sayang!

justeru, admin FikrahIslam.com telah mencalonkan fikrahislam untuk diundi.
kepada kalian yang belum negenali apa itu fikrahislam, sila layari di sini.

kalau anda rasa blog ini bermanfaat, silakan undi di sini.

tapi kalau anda meragui blog ini menarik, iyalah, mungkin kerana saya mahu mempopularkan diri sendiri, sebab saya salah seorang penulisnya, maka tiada masalah.
cuma saya ingin beritahu, saya hanyalah seorang penulis.
adminnya hanya seorang muallaf.
kalau niat saya dilihat sekadar berunsur 'politik', niat muallaf lukman ini saya kira tidaklah niat yang sudah dipolusi.
tapi andai anda rasa blog ini tidak layak diundi,
tidak mengapa, silakan undi mana2 blog yang anda rasa menarik.

janji, anda tidak lupa kata kuncinya,
memberi manfaat kepada ummah.
andai kata blog yang anda undi menang, insyaAllah anda ada sahamnya.
jadi tunggu apa lagi? satu komputer boleh undi sebanyak tiga kali!
saya kira banyak blog dan website yang mendaftar yang berkebolehan dan membawa manfaat.
di samping mengundi, anda juga boleh terus follow blog2 yang anda rasa menarik.

wallahua'lam.
yang baik dari Allah, yang khilaf dari saya sendiri.

No comments: