Pages

Jun 6, 2011

i dont understeng setarang!

salam satu agama.

i don't understeng setarang baroh!
why, Malaysian people?
what's wrong with US?

i mean, not 'united state of america' but, us=kita.

Malaysia ni satu negara yang pelik.
mereka lebih percaya apa yang didengar daripada apa yang dia nampak sendiri kat kepala mata.
itu satu kes. mereka jugak suka kondem orang.
dan yang paling takleh blah, mereka juga suka menghanjeng kengkawan mereka.

maaflah, entri kali ni tidak terjaga sikit bahasanya.
tapi contoh2 kat atas tu menunjukkan betapa tidak matangnya rakyat malaysia. betapa jumudnya minda kita.

pertama,kita suka menghanjeng kawan2 kita.
proper word, kita suka sindir kawan2 kita.
bukan takat sindir, mata pandang atas, tangan ke dada, ni dah advance.
maki, kutuk, keji, perli, sume dah campur sekali. koktel!

memang memberangsangkan betullah.
aku ambik contoh terdekat dalam hidup aku ye.

hari tu, exam. orang arab adalah seorang dua yang keluar awal.
alah, orang malaysia bukan tak pandai. bersepah je dah siap (ataupun dah taktau nak jawab hapa. study sikit soalan yang keluar banyak.huhu) tapi semua takut nak keluar. sebab, kalau keluarmesti kena nganjing punyaa.
apa masalah kita ni? dengki sangat dengan orang kenapa?
kalau dalam kelas, contohnya, dia nak jawab soalan lecturer.
biarlah dia! kau yang tak dapat jawab tu, senyap sudah. dia nak jawab tu bukan sebab dia tau, tapi sebab dia nak cuba. kalau dia nak riya' ke hapa, tu dosa dia dengan tuhan, bukan dengan kita pun.. kan kan?

on the other hand, janganlah pulak kita jadik orang yang poyo tuh. konon kat kelas, hamboi, asyik ko aje nak jawab soalan. taklah salah. asalkan niat tak lari. ini, saje nak jawab banyak2. mentang2lah banyak awek cun kat kelas kau ye. hek eleh brader. dia tak teringin la kat hangpa. muka basi je. gosok gigi pun tak, nak tekel awek konon. tapi andai kata kita ikhlas, dan ada bunyik2 yang kutuk kita, janganlah kita kecik hati ke apa. kalau hati kita kecik sangat, nanti bahaya tau. liver atrophy. (sukahati aku je! haha)
kita buat sesuatu perkara biarlah ikhlas kerana Allah. kalau ada orang bunyik2, bising, kata poyolah, bajetlah. abaikan dia.. komen2 dia tak menolong kau masuk syurga pun. lainlah kalau dia bising2 tu, kau layan, dapat diskaun tiket syurga. dia tu sendiri belum tentu masuk syurga. -_-

aku tidak mengerti dengan sikap kalian.


kedua, kita suka bebenor kondem orang. ini adalah perangai yang aku tak paham apakah masalahnye?
ini contohnya.
sorang blogger tulis pasal life dia jadik HO, pastu dia komen la pasal sistem HO kat mesia. kadang2 doktor tu sendiri tak terjaga kesihatan dia sebab sibuk sangat jaga kesihatan orang lain.
then, tersebarlah kat FB pasal dia. ramailah yang suka baca, kan. terutama budak2 medik.
tiba2 ada jugak yang kutuk dia, kata dia patut berenti jadik doktorlah, sebab tak ikhlaslah bagai.ada yang kata dia kuat merungutlah.

ya Allah korang nih. dia nak kongsi pengalaman. and so far pengalaman tu betul. salah ke? yang korang baca blog dia sapa suruh?
dia komen pasal sistem? yang tiba2 ada MO yang tak puas hati la, ada yang suruh dia quit la, kenapa? dia tak komplen pun pasal patient. adalah dia kata patient banyak songeh, well, itu perkara biasa, tapi kacau jugak jiwa doktor yang kena berhadapan patient dalam keadaan tak bertenaga, kan? bukan bermaksud dia salahkan patient. hadoi la~
cuba pandang positif sikit. kalau dia tak ikhlas nak jadik doktor, tak tahan, menyampah, kompem la dia dah berenti. tapi dia still tabah lagi, cuba ikhlaskan diri dia, eventhough dia tahu nasib dia kat sana takkan jadik better sampai bila2. haha.
apa kata kita doakan mereka dan kita, tabah hati dalam pekerjaan kita, dalam bidang apapun, kerana Allah.
dan kita jugak doakan sistem 'taburan' HO kat malaysia akan jadi lebih sempurna. yelah, ada hospital yang HO rileks, ada yang kelamkabut. kang baru keje setahun dah mampus. kan susah?
untuk baca blog beliau, keliks sini.


yang ketiga, nak hurai sikit jelah, boleh? hehe.
apa yang orang cerita, percaya. yang depan mata, tak nampak pulak.
minyak naik. gula naik. semua barang naik!
apa kejadahkah?
lepas tu still pangkah lagi. kau nak tunggu takda duit nak makan ke, baru nak paham?
kita negara yang jual minyak, tapi kita sendiri kena bayar minyak mahal!
ye, kita jual minyak kat negara orang, kita beli minyak lain. sebab tulah kita kena beli minyak.
tahukah anda minyak yang kita beli tu lagi murah dan tidak berkualiti dari minyak yang kita jual?
dah tu, posibelkah kalau kita kena bayar harga minyak lagi tinggi?
subsidi kejadah?
lepas tu bila paper kata itu-ini dekat parti lain, percaya jelah bulat2.
dulu, aku pernah ikut ayah aku pegi muktamar. macam2lah dia cerita.
esok, keluar dalam paper berita harian. dia putar belit fakta! aku rasa masa tu macam.. sampai hati hangpa. aku dengaq sendiri muktamar tu, lain teruih dengan apa yang hangpa tulis. kenapa sampai lagu tu sekali nak memfitnah? berdosa woo. sejak tu aku tak percaya dah berita harian. kecewa, doh. lagipun paper tu dah makin lucah. -_-
korang kalau taknak percaya aku sudah. bukan aku rugi pape pung.

yay!!! (tetibe)


cukuplah. aku kalau tulis emosi2 begini, aku penat. dahlah biochemistry tak habis baca lagi. asal pegang nota je, mengantuk. kalah panadol actifast, pantasnya. hebat betui.
itu jelah. bukannya korang baca sampai habis pon. hahaha.

wassalam.
maaf terkasar bahasa.
tulisan penulis dipengaruhi mood dan imannya. hehe.



*hobi baru. unfriend orang kat fesbuk. hehe
** kak long indon. haha. no offense. tak caya tengok gambar ni.











wakaka. sori doh. bes lak aku bahan ko macam ni. astaghfirullah. what to do? i'm a typical Malaysian maaa...

4 comments:

naqi said...

perlu ka gambaq last tu? perlu ka? PERLU KA?

nemesis3891 said...

tu sedara aku. sibuk je ko. hahahaha

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Begitulah gelagat pelajar Malaysia tak kira oversea atau local.... mudah nak mnegata orang dan mudah terasa dimngatakan orang!

Jangan marah-marah!....gunalah mindmap dalam study...ianya memudahkan anda!

~cik fitriah~ said...

setuju dengan komen naqi..

peace^^

nseb bek aku baik abrar weyh. kalo x, dh lame aku pulau ko!haha