Pages

Jun 3, 2011

benar memang pahit

salam satu agama.
again, aku tak suka tulis pasal politik.
tapi aku rasa perlu jugak aku tulis ni.
bukan nak suruh sokong parti mana2, tapi nak suruh berjuang bagaimana mereka berjuang.

bismillah.

kadang2 bila baca cerita, kesusahan yang dilalui para sahabat masa mempertahankan perjuangan nabi, rasa macam tak logik. takkanlah sampai sesuah tu.
baju takda.
makanan takda.
teruk sangat tu.
macam Umar Al-Farouq, beliau sendiri pernah makan lemak saja selama tiga hari. sampai pucat2 mukanya.

tapi, itu zaman dulu.
mana nak ada zaman sekarang, kan?

well, remember this.
zaman sekarang pun ada!


ayah aku n kawan2 dia ada geng perjuangan sendiri.
banyaknya geng2 lawyer ayah aku la.
ada jugak yang akauntan.
ada jugak yang aku taktau keja hapa tapi kaya gila.

so, sapa kata keje ngan islam tutak dapat keja bagus2?

tapi, mereka
walaupun lawyer,
tapi hidup susah.
alhamdulillah keluarga kami dalam kategori keluarga sederhana.

tapi ada yang hidup susah. pakai bergaya (lawyer kena jaga pemakaian.) tapi, pakaian anak2 biasa2 je. tak mampulah nak belikan anak2 diorang pakai kain canggih. pakai kamdar ke. diorang pakai kain biasa2 je.
kalau kami? adik aku tu. memilih betul nak baju mahal. taknak yang panas.
ayah aku pun, mampulah sikit2 nak ada baju batik, jubah, blazer, johnmaster sepasang dua.
yang akauntan tu? nak pegi program pun pinjam baju batik ayah aku. dah la dia kecik, kesian tengok pakai baju besar2!


Allah, tengok mereka, aku sedih. rasa macam nak menangis. mereka punya masa, wang, tenaga, betul2 dicurahkan untuk perjuangan.
aku? duduk mesir ni melepak je. huhu.
alhamdulillah hidup aku tak susah macam tu.

ada sesetengah parti, kalau nak buat program, duit habis banyak pakai duit kerajaan. takpalah.
tapi kalau mereka ni nak buat program, kalau takda duit, kadang2 terpaksa pakai duit sendiri! ayah aku sendiri selalu buat macam tu!

bukan nak banggakan ayah sendiri. tapi kadang2 perjuangan mereka tu buat aku faham. berjuang tu tak senang, tapi puas.

kenapa mereka sanggup bersusah untuk itu semua?
sebab mereka jelas perjuangannya.
jelas tujuannya.
mereka rasa pengorbana mereka tidak merugikan.
kalau kita, sanggup ke agak2nya?
Allah...


ok tutup cerita tu.

ni generasi lepas kitalah.. haha.. comel je.
kita. generasi kita.
jom pakat koreksi diri.
macamana dengan kita?

jelas ke perjuangan? matlamat?
atau sekadar semangat tanpa matlamat dan kesedaran?

ramai je orang berjuang. berapi-api.
pumpampumpam kalau bercakap. tapi sebenarnya kefahaman diorang takda pun.
apa yang akan berlaku?
cepat naik cepat jugalah turunnya.
bila dia tak tahu apa yang dia kejar,
dia pun jatuh semula. jatuh di medan dakwah. medan perjuangan.

ramai yang macam tu. pernah tengok depan mata. malah pernah rasa sendiri. -__-
sesetengah orang rasa mereka paling betul. orang lain semua bodoh tak tahu. padahal yang di depan mereka tu tok syeikh.
orang macam ni merosakkan ummah gak.
so jangan jadi orang yang semangat je tanpa kesedaran yang benar, dan jangan jadi orang yang rasa dia tau semua, orang lain haram tak paham agama.

apa yang aku cakap ni? huhu.

satu lagi.
ada jugak orang yang banyak ilmu, tinggi kefahaman, tapi tak berjuang.
kecewa.
ramai orang yang macam ni, merasakan medan perjuangan itu bukan medan mereka. mereka di medan yang lain. sebab politik itu kotor.
kelakar betul.sedang ikhwan pun menyertai politik.
hangpa yang tak paham, pegi selongkar blog saifulislam. carik la sampai jumpa.
berjuang itu bermakna berjuang dalam pas (konteks di malaysia). tanpa politik cemana nak pegang negara islam?
ok lah. let;s say boleh, pegang negara dan jadikan negara islam dengan UMNO.
aku taknak.
jelas2 dah matlamat mereka salah. mahu memperjuangkan melayu.
sedangkan perkara paling utama untuk diperjuangkan adalah agmaa, bukan bangsa.
cakaplah apa nak cakap, tapi hak Allah lebih penting dari hak bangsa.

last sekali, ke mana passion kita?
agama atau dunia?

kalau dunia, ubahlah diri kita.
kalau agama, doa agar dikekalkan di jalan Allah.


malas dah nak taip panjang2.
tulis serius ni penat tau tak?

dan lagi sekali aku nak nyatakan.
aku tak gemar tulis pasal politik.
tapi inilah hakikatnya.
mahu tak mahu, benar tetap benar, mahupun pahit.

anda nak senang di dunia atau akhirat tentukan sendiri.
saya bukan mahu bercerita tentang bagusnya mana2 parti.
cuma nak jadikan contoh ini untuk diaplikasi dalam hidup kita.

ingat. beribadah tanpa berjuang tidak cukup.
pernah sekali seorang tabiin menasihatkan kawannya,
yang sedang beribadah di mekah.
kalau tiada yang kelaur berjuang, siapa yang mahu menegakkan Islam.
sedangkan berjuang itu lebih tidak selesa dari beribadah.
nampak macam beribadah ni ikut nafsu lak kan?
nak larikan diri dari zon yang selesa.heh.



solat saja tak cukup woi.

wallahua'lam.

10 comments:

hilmi said...

saya minta maaf.

nemesis3891 said...

sebab?

Nazihah@Jiha said...

seriusnya..

Tentunya sebagai agama yang mencakup semua aspek kehidupan, islam tidaklah melupakan atau meninggalkan permasalahan politik...

nemesis3891 said...

kadang2 kita kena serius kan? hehe.

Antara Mata, Hati dan Minda Perkasa said...

Salam teman,

CAntik madah pujangga itu...

Bila sebut pasal perjuangan maka ramai yang bertanya apa vehiclenya...apa kenderaannya...apa wadahnya?

Perjuangan banyak cabang dan sudut...sebab Rasulullah mengingatkan kita supaya menjaga Islam dari sudut kemahiran dan potensi yang kita ada...

Sapa yang minat politik Islam maka berjuanglah melalui politik kerna ia perlu.

Sapa yang minat NGO dan tak minat parti politik maka pertahankan perjuangan Islam melalui NGO

Ikhwan muslimin di Mesir mempunyai pelbagai organisasi.....mereka berjuangan di semua sudut sebab mereka faham tabiat manusia, karektor mereka berbeza, keinginan mereka pelbagai, pemikiran mereka juga pelbagai lalu ditubuhkan pelbagai organisasi yang suit dengan kehendak masyarakat yang ingin berjuang...

Jangan sempit dimensi kita bahawa perjuangan Islam hanya di sudut politik tetapi perjuangan Islam terlalu luas....

Tanya diri kita...bidang apa yang kita mempunyai potensi hebat utk kita berjuang menegakkan Syariat Islam dan menentang penyelewengan aqidah, ibadat dan akhlak...agar kita mengikuti perjuangan rasulullah dan para sahabat baginda....

MiztER MURTphalanx! said...

Maka, abrar. Tanpa ragu lagi izharkan lah bahawa PAS di Mesir platform nye PMRAM...

(sory2,x serious) :P

Transformasi Shahsi said...

hurm..betul tu

nemesis3891 said...

ayah su, tengok tu, ada orang sayang PMRAM! hahaha..

betul tu ayah su. tak nafikan pun NGO bukanlah ruang yang salah untuk berdakwah. asalkan tak saling menafikan perjuangan masing2. kadang2 mereka kata pas salah, itu salah, ini salah, mereka saja yang betul, itu yang jadi salah.

sepatutnya masing2 mendukung cara masing2 dan melengkapi satu sama lain.
ni bahasa orang mentah. maaflah. hehe.

zida said...

Aku tak retila kalau nak komen2 kalau bab politik ni. Tapi aku boleh sokong ko dan tolong share.

Keep it up~

=)

nemesis3891 said...

syukran..=)