Pages

May 6, 2011

kasih pada nabi

bismillah.
cerpen 'kasih pada nabi', diedit dari cerpen 'menyemai cinta nabi'.
johan pertandingan 'work of art' anjuran unit pembangunan insan, perubatan cawangan zagazig.
(penyertaan cuma satu...-_-")





                Makmal itu agak gamat. Biasalah, kalau kelas Dr. Khairunnisa, pasti ada sahaja perkara lucu yang akan terjadi. Tapi Dr. Khairunnisa pandai mengawal situasi. Kerana itu, kelasnya menjadi kelas yang paling diminati pelajar-pelajarnya.
                “Kali ini kita akan memerlukan darah sebanyak 5ml. siapa yang nak menyumbang ni?” tanya Khairunnisa pada pelajarnya. Kumpulan yang diajarnya semua lelaki. Maka darah bukan satu masalah besar.
                Bukhari bangun sambil menarik nafas dalam-dalam. Penuh keyakinan lagaknya, biarpun tubuhnya kecil saja. Khairunnisa mendorong Khairul untuk mengambil darah Bukhari. “Pastikan kamu cucuk dengan cara yang betul. Ingat,kan?” soalnya pada Khairul.
                Khairul mengangguk. “Cucuk jarum pada vein dengan cara begini,” jawab Khairul sambil mengarahkan jarum pada posisi tertentu. Kharunnisa senyum. Dia yakin kini bahawa pelajarnya itu bersedia.
                Dengan bismillah, perlahan-lahan darah Bukhari disedut keluar. Sedikit demi sedikit, hinggalah mencecah 5ml. tanpa berlengah, Khairunnisa menghulurkan secebis kapas beralkohol untuk memastikan luka itu berhenti berdarah. Selesai sudah.
                “Baiklah, terima kasih, Bukhari, Khairul. Eksperimen kita pada hari ini dinamakan Erythrocyte sedimentation rate (ESR),” ujar Khairunnisa. Pelajar-pelajarnya sibuk meneliti buku. Ramai juga yang lebih selesa memberikan tumpuan mereka pada Khairunnisa. Tangan cekatan menulis nota.
                “Guys, like the other experiment, we must know what solution being used in the experiment. This is important for our practical exam. Also, please take note about the procedure, because this experiment is very common in the exam,” mukadimahnya beralih bahasa.  Dilihatnya Bukhari duduk gelisah.
                Dia menyambung lagi, “in this experiment, we’ll use 3.8% Na citrate solution, as anticoagulant. The percentage is taken for maintaining the isotonic state of the blood as we don’t want the red blood cell to be ruptured.” Dijelingnya pada Bukhari yang kian memucat. Tiba-tiba dia tumbang! Sebelum jatuh, Fakhruddin sempat menyambut kepalanya dan menjadikan bahunya sebagai tempat bersandar.
                “Eh, Bukhari, awak okay tak ni? Bukhari?” kelas cemas seketika. Khairunnisa risau. Bukhari buka mata perlahan-lahan. Wajahnya yang pucat merisaukan semua orang. Fakhruddin membantu Bukhari duduk tegak. Perlahan-lahan Bukhari menggeleng kepalanya. Pening yang dirasanya masih belum hilang. Fakhruddin mengurut-urut bahunya.
                “Eh, kamu okay tak ni, Bukhari?” tanya Khairunnisa lagi. Bukhari tersenyum, kelat. Dia mengangkat ibu jari tanda masih lemah untuk bersuara.
                Semua lega. “Hai, kamu ni, baru ambil 5ml darah, dah pengsan? Apalah kamu ni. Kalau perempuan, iyalah, saya faham juga. Saya pun pengsan juga masa tahun pertama dulu macam kamu,” usik Khairunnisa. Kelas yang tadi cemas kembali ceria dengan gelak ketawa. Bukhari hanya sengih tanpa kata. Digaru-garunya belakang kepala yang tiada gatal.
                Khairunnisa senyum suka. Macam-macam kerenah kelasnya yang satu ini. Yang lebih menarik, peristiwa itu mengingatkan pengalamannya ketika menjadi pelajar perubatan di Mesir dahulu.
                Dan sesi pembelajaran disambung semula.


***


                Selesai mengajar, dia pulang. Seperti biasa, anak-anaknya, Bilal dan Karimah sudah pulang. Suaminya saja yang masih belum pulang. Biasanya si suami akan pulang menjelang hujung asar, mendekati waktu maghrib. Suaminya sibuk di klinik.
                “Assalamualaikum,” salam diberi untuk memberitahu kepulangannya. Bilal yang sedang baring menjawab sedikit lesu. Keletihan pastinya. Anaknya yang satu ini memang sering sibuk di sekolah. Manakala Karimah yang berada di dapur menjawab sedikit menjerit. Dia ke hadapan untuk bersalaman dengan mamanya sambil membawa sepinggan cucur jagung kegemaran mereka semua.
                Bilal yang sedang baring, bangkit apabila cucur sampai. Dengan tenang dia mencapai seulas cucur itu dan makan. Khairunnisa pula duduk di sebelahnya dan menyertai Bilal untuk makan.
                “Hah, apa yang letih sangat hari ni? Ada program apa di sekolah?” tanya Khairunnisa. Tugasnya sebagai pensyarah tidaklah sesibuk suaminya yang bekerja di klinik sendiri, tapi tidak bermakna dia punya masa yang banyak untuk bersama anak-anaknya. Justeru, masa yang ada digunakan sebaiknya.
                “Tiada apalah, mama. Biasalah penat begini. Cuma tadi ada mesyuarat tentang program esok. Masalahnya ada sebahagian daripada pelajar dan wakil guru yang tidak bersetuju dengan program yang bakal kami laksanakan esok. Nasib baiklah pengetua tetap berkeras mahu melakukannya,” ujar Bilal.
                “Program apa tu? Kenapa ada bantahan?” tanya Khairunnisa lagi.
                “Program sambutan Maulidurrasul, mama. Mereka bantah, katanya sambutan ini bid’ah dan tidak pernah dilakukan pun oleh sahabat-sahabat,” keluh Bilal.
                Khairunnisa diam. Dia memandang Bilal lalu tersenyum. Biarlah senyum itu menjadi pengubat seketika permata hatinya yang satu ini. “nanti malam, usai solat maghrib, kita minta ayah cerita pasal Maulidurrasul, mahu?” cadang Khairunnisa sambil menepuk paha Bilal. Lantas dia bangkit menuju ke biliknya meninggalkan Bilal bersendirian di ruang tamu, menjamah cucur jagung.


***


                “Amin,” ucap Syed Ibrahim menyudahkan bacaan doanya. Mereka sekeluarga saling bersalaman usai solat maghrib. Ibrahim duduk menghadap anak-anak dan isterinya. Janjinya, mahu memberi sedikit pengisian tentang Maulidurrasul.
                Ruangan tamu itu tidaklah besar mana. Di sebelah baratnya terletak sofa manakala satu kerusi malas kayu jati diletakkan di bucu rumah. Warna coklat kayu dan sofa itu berpadanan dengan warna permaidani berwarna merah darah itu. Khairunnisa bersalaman dengan Syed Ibrahim, dan diikuti oleh Bilal dan Karimah. Seterusnya, mereka mencium tangan mama mereka pula. Setelah itu semua duduk bertentangan dengan Syed Ibrahim, mula bersedia untuk mendengar.
                “Bismillah. Alhamdulillah, esok kita akan menyambut Maulidurrasul. Tarikh ini bukan semata tarikh lahirnya nabi, tetapi juga tarikh yang sama wafatnya nabi. Tarikh ini mengingatkan kita pada hari lahirnya nabi dan perginya baginda yang tercinta. Tetapi yang lebih penting dari itu, adalah kita kenang kembali perjuangan nabi antara tempoh masa keduanya itu berlaku, yakni selepas lahirnya baginda hinggalah hari kewafatannya. Apa ibrah yang kita ambil dari tarikh ini sebenarnya yang penting,” terang sang ayah panjang lebar.
                Khairunnisa mencelah, “namun, berkenaan tarikh wafat nabi itu, masih menjadi perbahasan. Mungkin betul mungkin tidak. Sama seperti tarikh yang ditetapkan sebagai Isra’ Mikraj. Para ulama bercanggah pendapat tentang tarikh yang paling tepat. Akhirnya jumhur ulama meletakkan tarikh 27 Rejab sebagai tarikh memperingati peristiwa bersejarah itu.”
                Semua mengangguk. “Tarikhnya penting, tetapi lebih penting pengajaran di sebalik tarikh itu. Bukanlah satu masalah kalau tarikh itu bukan tarikh kewafatan nabi. Tarikh itu tetap penting kerana itu tarikh lahirnya nabi kita yang tercinta,” tambah Ibrahim.
                Bilal pula mencelah, “tapi ayah, ada orang kata, sambutan maulidurrasul ini bid’ah.” Bilal menyuarakan persoalan yang bermain di benaknya sejak petang tadi.
                Ibrahim tersenyum lantas menyambung, “kenapa pula bid’ah? Bid’ah ini adalah benda yang nabi tidak buat, dan tidak bertepatan dengan syariat. Selagi apa yang kita buat itu baik, itu tidaklah dikira bid’ah, jika kena dengan caranya. Yang pertama, pastikan kita tahu apa yang kita buat, dan biar jelas matlamat kita. Contohnya dalam kes ini, kita mendalami rasa cinta kita pada nabi. Dalam masa yang sama, kita mahu menghayati perjuangan nabi semasa hidupnya. Orang kalau ada kekasih sibuk nak sambut hari lahir,kan? Macam tu jugalah nabi, kita kenang hari lahirnya kerana kita cinta pada baginda. Kalau belum rasa cinta, kita nak lahirkan rasa itu. Tapi, pastikan kita tahu apa yang kita buat itu. Kalau kita menghukum sambutan Maulidurrasul itu ibadah yang wajib, maka itu juga salah, sama seperti mengharamkan sambutan Maulidurrasul itu juga.”
                Seisi rumah khali sebentar. Dipandangnya anak-anak dan isterinya satu persatu. Semua pandangan jatuh pada mukanya, dengan penuh perhatian
                Dia menyambung lagi,” siapa kata sambut hari lahir nabi itu haram? Tahu tak, ada riwayat yang mengatakan bahawa ‘nur muhammad’ itu telah diciptakan sejak sebelum segala seuatu diciptakan lagi. Saat dia ditanya siapakah dia, dengan tawadhuknya, dia menjawab, aku adalah ciptaanMu ya tuhan, tidak angkuh seperti nafsu. Lalu Allah ciptakan bumi. Lalu lahir nabi Adam. Lalu terbinanya kaabah. Itu semua berlaku kerana Allah mahu melahirkan baginda yang mulia di tanah suci Makkah. Allah dan nabi-nabinya pun menyambut kelahiran nabi kita. Tetapi kita pula tidak mahu menyambut hari lahirnya.”
                “Ayah, berkenaan ‘nur muhammad’ tadi, itu bukan israiliyyat ke?” tanya Karimah. Dia kurang arif tentang perkara sebegini.
                Ibrahim mengangguk. “Ya, benar tu. Maknanya, ia sebuah kisah yang tiadalah kita tahu kesahihannya. Mungkin betul, mungkin hanya rekaan. Kalau sekadar rekaan, tidak menjadi masalah, tapi kalau betul, maka rugilah kita andai tidak kita garap pengajaran yang tersirat di dalamnya. Ayah tidaklah mahu menghidangkan pada anak-anak ayah kisah yang kurang pasti kesahihannya, tetapi ayah kira tidak salah kita mendengarnya,” penuh sabar sang ayah menerangkan.
                Bilal lega apabila mengetahui apa yang diperjuangkannya itu tidak salah, malah sangat bermakna. Mujur sahaja esok akan ada slot ucapan oleh Ketua Umum. Dia akan berkongsi tazkirah ini dengan seisi sekolah nanti.
                Tazkirah Ibrahim tidak berakhir di situ. Dia menyambung lagi, “namun kalau kita mahu menyambut maulid nabi, perkara lain juga tidak boleh diremehkan. Kita beriya-iya menyambut Maulidurrasul, sedang tuntutan baginda tidak pun kita tunaikan. Sunnahnya tidak pun mejadi ikutan. Hak-hak baginda tidak tertunaikan. Itu lebih penting dari kita menyambut maulidurrasul sekadar adat saja. Sepatutnya, kita letakkan Maulidurrasul itu sebagai titik taujih. Kita perbaharui semangat kita. Perbaharui cinta kita pada nabi.” Sungguh, pengisiannya mendalam sekali.
                “Apa hak-hak kita pada nabi, ayah?” soal Karimah, mahu tahu.
                Ibrahim menarik nafas. “Ada lapan semuanya. Yang pertama, beriman kepada nabi. Yang kedua,               contohi nabi. Yang ketiga, sayang nabi, tolong nabi, sebarkan dakwah nabi, kita muliakan nabi, kita selawat pada nabi dan kita bantu penolong-penolong nabi. Lain kalilah ayah hurai yang ini, ya,” jawab Ibrahim. Semua mengangguk. Malam itu mereka puas. Sirna segala keraguan. Mereka bingkas untuk makan malam.
               

                Esoknya, usai solat Subuh, Bilal bersiap-siap. Karimah juga sibuk merapikan diri. Biarpun hari itu 12 Rabi’ul Awwal, sekolah mereka tidak cuti kerana akan ada sambutan Maulidurrasul. Bilal siap menyusun kata sejak pagi, untuk sesi ucapannya nanti. Karimah pula menolong mamanya menyediakan sarapan ringkas, sementara mamanya menolong ayah bersiap di atas.
                Khairunnisa yang baru sahaja siap menggosok baju suaminya, ditegur Ibrahim. “Awak, saya dijemput ke sambutan Maulidurrasul di Masjid Negeri nanti. Awak nak ikut?” soal suaminya.
                Dia menggeleng. “Tak apalah, bang. Biar saya tengok-tengokkan klinik abang. Mujur universiti cuti hari ini. Biarlah saya bekerja, sempena mengenang perjuangan baginda yang tiada kenal lelah itu,” senyum Khairunnisa. Ibrahim mengangguk tanda memahami. Isterinya memang seorang yang kuat semangat perjuangannya. Memang sudah tuahnya dapat memiliki isteri solehah begitu.
                Abang, mama, ayah, sarapan dah siap ni,” Karimah di bawah sudah mula memanggil yang lain untuk turun bersarapan.  Mereka turun setelah selesai bersiap. Khairunnisa membawa beg bimbit suaminya bersama. Ibrahim juga akan ke klinik setelah majlis di Masjid Negeri selesai.
                Semua duduk di meja makan. Selesai berdoa, masing-masing menyuap makanan ke mulut. Khairunnisa memulakan perbualan, “mama bangga ada suami dan anak-anak dari keturunan Rasulullah. Moga-moga semua anak mama mewarisi semangat perjuangan nabi sekali.”
                “Jangan begitu, mama. Iman tidak dapat mewarisi. Dan bukankah Allah juga ada berfirman, bahawa mereka yang mulia di sisiNya adalah mereka yang bertaqwa. Islam tidak memandang pada keturunan,” tegur Ibrahim. Walaupun dia memegang gelaran Syed, tetapi dia tidak gemar kalau dia dimuliakan kerana keturunan semata, sedang Allah melaknat mereka yang berbangga dengan keturunan.
                “Ya, sayu tahulah, bang. Tapi, nabi juga yang suruh kita muliakan ahli baitnya, kan? Lagipun, saya bukanlah memuja, Cuma sekadar rasa bersyukur diberi peluang hidup dikelilingi keturunan nabi. Bukankah cinta pada keturunannya juga cinta pada Rasulullah?” Khairunnisa membalas dengan senyuman. Dia tahu suaminya lebih memandang iman dari nama.
                Khairunnisa menyambung lagi, “tapi bang, saya cintakan nenek moyang abang tu, lebih dari abang. Tapi abang jangan nak mengada-ngada sayang orang lain lebih dari saya,” seisi rumah ketawa mendengar jenakanya. Ibrahim hampir saja tersedak dek kelakar itu.
                “Iyalah, abang rela. Kalau yang mama sayang itu nabi, takkanlah pula abang nak marah, kan?” bicara Ibrahim masih bersisa ketawa.
                Suburlah rumah itu dengan mahabbah. Suburlah rumah itu dengan cinta pada Rasulullah.

6.27 pagi
28 April 2011.     

hadiah. dan sejumlah wang.
syukran kepada pihak penganjur.


sila komen untuk penambahbaikan dan pembetulan fakta.
wallahua'lam.

10 comments:

muhammad mahadhir said...

aku fakhruddin ke abrar??

nemesis3891 said...

....


-__-"






bukan.

muhammad mahadhir said...

habis sape abrar..?

hilmi said...

aku baru nak sebut tahniah, tapi lepas tu baru t'nampak yg penyertaan hanya satu. :P

nemesis3891 said...

sedih kan... huhu

zida said...

setuju dengan hilmi. hahah tapi best ahh cite ni. rasa nak hantar kat majalah je. heheh ^^

zida said...

eh syed tu keturunan nabi eh?

nemesis3891 said...

iyolah.. syed syarifah.. tapi tak semestinya.. ada je keturunan nabi yg mengelakkan letak syed..supaya anak cucu dia tak bangga.

ira said...

salam'alaik...klu nk shre cerita ni dlm blog n fb bole x? ke...hak cipta terpelihara...tp cerita ni best...

nemesis3891 said...

boleh, tapi link kan ke blog ni. sebab ni memang hak cipta terpelihara. insyaAllah kalau ada rezeki akan dibukukan.