Pages

Feb 12, 2011

my bad, I guess?

salam satu agama.

pernah tak korang baca note kat facebook, atau mana2 blog, tulis pasal 'terima kasih malaysia'? apparently, aku yang tulis benda tu dan ramai yang salah sangka nampaknya. salah tafsir.

ada orang kata aku sarkastik. memang aku sarkastik, tapi tak la terlalu sarkastik. aku memang maksudkan kawasan aku hijau, bukan dengan unsur sindiran tapi betul2 aku maksudkan hijau.

ada yang kutuk aku sebab kata aku ni melampau sebab tulis sesuatu ikut perasaan dan tuduh orang tak tentu hala, sedangkan orang yang aku tuduh tu berusaha sehabis daya. maaf, kalau ada yang terasa. kalau embassy terasa, aku dah minta maaf kat note kedua. kalau orang atas lagi dari embassy? err....


ada jugak yang perli2 aku. dan ramainya yang no komen, terutamanya yang kenal aku lah. nak kutuk, kesian pulak kat member macam aku ni, kan? ada jugak yang baru kenal. " oh, inila Abrar tu!" dan terus takda komen. nampak sgt pandangan dia terhadap notre tu buruk dan terpaksa disorok di depan penulisnya demi menjaga hati. mungkinlah. tapi taklah bermakna korang buat sesuatu yang salah. semua pihak ada pendapat masing2.

ada jugak yang jumpa terus, "Well job Abrar. kau beranilah," katanya. lain yang aku tunjuk lain yang orang faham rupanya.

ah, sedih betul. ramai jugak yang tegur kesalah aku, yang mereka nampak. terima kasih banyak2. dan atas sebab tu aku dah padam note tu. atas beberapa sebab.
pertama, aku malu orang nampak salah aku. siapa yang tak?
kedua, apa yang aku tulis ni tak mewakili fikiran semua student yang kat mesir ni. ada yang rasa mesir masih selamat diduduki, masih boleh studi, maka aku tak patut publish begitu sekali, mungkin.
ketiga, ada unsur2 perselisihan faham berlaku. aku taknak kerana note tu, aku buat orang berpecah belah.

banyak yang aku belajar daripada note tu. siapa tahu, kan? kalau aku tak tulis aku pun takkan tahu kebaikan2 ni.

yang pertama, being famous is just ridiculous. kenapa? yelah, bila tgk orang yang baca note ni, dan bersetuju, semua pakat nak add. untuk apa? ada yang ajak couple. main2 je kot. tapi yang jelasnya, kita nampak bahawa tak semua orang sama macam kita. semua orang fikir lain2. dan juga menjdi terkenal bukan bermaksud menjadi orang yang disukai. kan?

yang kedua, facebook memang mantap. memang medium untuk meluahkan perasaan dengan efisien. haha. tak tak. medium yang berkesan untu share sesuatu. mungkin facebok jugak boleh mengubah sesuatu negara. kita tegnoklah apa hasil kerja keras kerajaan dalam evakuasi nanti apabila membawa produk2 pembangkang pulang ke tanahair dengan efisiennya. pasti PRU ni akan jadi menarik.

yang ketiga. bahasa memang untuk kita. kenapa nabi muhammad mempunyai Al-Quran sebagai mukjizat? kerana bahasa. kerana umatnya senang terpengaruh dengan bahasa. kerana kadang2 pena itu lebih tajam dari pedang.

banyak lagi sebenarnya. sebenarnya kan aku nak buat cerpen pasal rusuhan ni. tapi mood aku takda. sebab apa? sebab aku duduk di Jeddah ni lama sangat sampai Mood aku habis mati semua. bosan!!! ah, siapa tahu, kan? perlu ke ambil peduli? janji semua selamat keluar dari mesir, alhamdulillah.

now, mubarak dah turun. esok pagi, parent aku akan ke beijing. yes, dan aku tak balik lagi. cuti pun dengar2nya ada la dalam dua minggu. berbaloi2... bukan apa, lagi pendek cuti tu, lagi kita faham apa makna cuti yang berharga, kan? haha. harap2nya banyaklah benda berharga yang boleh dibuat...=)

lastly, satu persoalan yang aku nak ajak fikir2 bersama.

kerajaan. apa yang kita maksudkan dengan kerajaan? UMNO? tak. kerajaan adalah kerajaan. tak kiralah umno atau pas. kalau itu tanggungjawab kerajaan, maka kerajaanlah harus menanggungnya. bukan mana2 parti. bila orang2 melalak bising suruh kerajaan selamatkan student2 mesir yang 'sibuk belajar agama hingga lupa hal dunia', adalah pihak2 yang bising semula, kalau PAS bagus sangat, kenapa tak selamatkan je mereka?
boleh saya tolong jawabkan? sebab mereka bukan kerajaan PUSAT!

lagi, kita mendapat ihsan dari beberapa negara dalam proses evakuasi itu. adakah kerajaan kita layak benar untuk mendapat ehsan tu? benar ke mereka berusaha terlalu bagus untuk mendapat pertolongan?

not sure. ku bukan nak menuduh. i'm just curios. bukan apa, ada ura2 dengar katanya bini orang penting negara melancong baru2 ni sakan. habis duit banyaklah jugak. tapi apabila diungkit tentang hal ini, kos tu sangat ditimbang berat. no offense, oka. aku taknak tuduh sesiapa. rumours. tapi macam yang aku kata, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? entahlah. aku bukan di pihak sesiapa. aku cuma memerhati.dan pemerhati tidak tahu sebanyak yang pelaksana tahu. kalau ada sesiapa yang rasa aku salah dan kasar mahupun biadab, aku minta maaf. hanya nak berkongsi pendapat.

oh ya, correct me if i'm wrong, okay?

esok mungkin flight aku. kalau bertuah. salam.

7 comments:

PalTel said...

Allah tahu Abrar. jgn sedih, baru nak balik e?

MUJA said...

abrar, sabar tau . aku fahaam perasaan kau. aku 7 hari kot ka situ selepas beberapa kali 'lusa flight, lusa flight' dan selepas beberapa kali number dilangkah dan buatkan harapan ku frust. tapi alhamdulillah, semua benda ada hkmah !

nemesis3891 said...

hikmahnya apa??? dapat ferero rosyer kat dalam MAS!! aku sayang MAS!! haha

Harishah Halim said...

pena kadang2 blh jd lbh tajam dari lidah. tp dlm kes ni keyboard la :p

takpelah, manusia belajar dr kesilapan. kalau x buat silap x blh belajar.

selamat bercuti di malaysia!

nemesis3891 said...

ya, benar. keyboard...-__-"

haha.. baik. akan saya enjoy makanan di sini.

Norashikin Abdullah said...

:D nk snyum

nemesis3891 said...

kenapa nak senyum?