Pages

Jan 18, 2011

pokok


Sekali ini aku diizin
Bertinta tentang kritikalnya pokok
Pokok yang mabuk dalam sendirian
Seketika risau seketika sebak

~0~

Pokok dukacita dalam romantis dunia
Terumbang-ambing dalam risau
Dunia evolusi tapi pokok setia
Memasrah dalam amarah

~0~

Sekali lagi aku diizin
Sayu dan cemasnya pokok, aku ceritakan
Merisaukan dunia yang tepu
Padat dengan gelap-gelita
Keliru denagn revolusi yang keliru

~0~

pokok ini sukacita?
Rimas tapi sanggup menerima
Namun bimbang ketika dunia tenang
Mungkin kapan bahagia datang
Tiada kenal pokok erti gembira

~0~

Kasihan pokok yang kalut
Lemas dalam gersang dunia
Awang-awangan dalam ombakan dunia
Sempit melihat ketegangan.cuma
Dunia yang tegang meilhat luasnya pokok

~0~

Saya intiha dalam tegas
Terus menulis walau pokok kecewa
berkelana cinta pokok dan dunia
Tinta ini tinta cinta
cinta?
Sekali lagi pokok runsing mendengar cinta


 salam satu agama.
 puisi ini dikarang oleh rakan saya nawfal fathel. sengaja saya kongsi di sini bila melihat keindahan susun atur ayatnya. ahh, cemburu saya tidak mampu menghasilkan puisi2 sebegini. puisi bukan kepakaran saya. bukan tempat bermain saya. bukan keistimewaan saya. maka apa yang saya mampu adalah berkongsi serba sedikit apa yanhg kawan2 saya ada. 

untuk mengenali penulis lebih lanjut, bolehlah ke sini.

bertambah seorang lagi sasterawan di Malaysia....=)

wassalam.

4 comments:

PalTel said...

nak copy cerpen lu leh ke? haha

nemesis3891 said...

wui... jangan.. nak share link tu takpe. tp jangan copylah, sebab ana dalam proses nak kumpul cerpen.. nak buat koleksi.... nak bukukan... sori ye...

Fiq Vertigo said...

aku jatuh cinta dengan pokok tu.

wui. puisi tu ada maksud dalam. ada rasa macam a samad said.

nemesis3891 said...

gempak en. puisi ni dibuat mase skola menengah kot. dulu paltel ni selenge je. ngahaha... takde ah. pemuda berwawasan walaupun gagap sikit. tapi jelas, lancar tulisannya menyusur melalui jari2 menyentap rasa hati untuk membaca lagi, dan mengenali pokok dgn lebih dekat. haha ape aku merepek nih.