Pages

Jan 26, 2011

diorang dengar lagu bunkface kot.

salam satu agama.


patutnya pagi ni, lepas solat, aku kena stadi. yelah, japgi test anat. macam la dapat jawab elok2. tapi aku terpanggil nak baca blog2  yang menarik perhatian aku. blog apis bean ngan fiq  sememangnya membuatkan aku pun nak menaip jugaklah.

revolusi. mesir kecoh sekarang. kecoh sana sini. kalu nasai dia kata kucha lana lah. haha.

mereka mahukan perubahan. mereka mahu menjatuhkan yang zalim. mahu mendabik keadilan tinggi2. mahu tumbangkan apa yang orang panggil korupsi. hah, masa mereka sudah tibakah?

aku rasa perkara begini jarang sekali terjadi,kan? rakyat mesir sebelum ini takut2 mahu bangun kerana diugut macam2. oh, ugutan itu tinggal kosong saat mereka mendengar khabar saudara mereka yang bangun di Tunisia.

macam itulah di Malaysia, dulu. DULU? ha, dulu. sekarang jarang nak ada pemuda yang bangun untuk sakit, asalkan apa yang mereka perjuangkan itu berbaloi untuk sakit. jarang nak ada pemuda sekarang mahu fikir masa hadapan. mahu rasa bertanggungjawab sebagai pemimpin satu hari nanti.

jarang nak ada. tapi tetap ada.

angin revolusi sedang panas sekarang. entah sampai bila, tapi aku harap sekurang2nya dunia tahu, mereka tidaklah berdiam kot. mesir makin lama makin teruk. matawang jatuh, rakyat miskin, jalan kotor. ah, takda yang baik di Mesir, selain ilmunya.  mungkin jugak mereka dengar lagu Situasi, Bunkface. siapa tahu? diskriminasi menjatuhkan mereka, kan? haha.
mungkin kerana malukan itu, rakyat mereka bangkit. aku hanyalah orang luar. tak mungkin aku join sekaki,kan? tanggungjawab aku kat sini lagi berat. menuntut ilmu.
maka aku doakan mereka selamat. aku doakan usaha mereka dinilai tuhan sebagai usaha yang berharga.

pesan peribadi, kita tak usah masuk campur hal mereka. perjuangan mereka. kita ada perjuangan kita nanti. mungkin lebih sukar. siapa tahu? untuk itu kita kena kumpulkan semua bekalan. ilmu, mental, fikrah, dan strategi.

kengkawan, tahu kenapa mukjizat nabi kita adalah Al-Quran?


nabi Musa mukjizatnya sihir. kerana pada zaman baginda, orang2 yang tahu sihir dipandang hebat. boleh kata sihir pada zaman itu adalah keagungan. maka tuhan kurniakan Musa kepakaran bermain sihir. lihat saja, ada tak sihir yang lagi hebat dari Musa? tongkat menjadi ular. laut terbelah!!! nyata sihir Musa lagi hebak dari yang lain. sebab 'sihir'nya bukan sembarangan. sihir dengan izin tuhan yang Maha Kuasa.

 begitu juga dengan Nabi Muhammad. zaman nabi dibangkitkan, adalah zaman bahasa. kaumnya suka bermain bahasa. dan bahasa itu sesuatu yang hebat. pemuisi yang hebat disanjung. terkenal. dipandang hebat.
jadi mungkin itu adalah jalan terbaik untuk menyedarkan mereka, siapa yang hebat. Tuhan, pastinya.
tiap2 perkataan  yang disusun di dalam Al-Quran sangat cantik. bahkan ahli bahasa juga terpana. jadi, itu karya siapa? karya tuhan, pastinya. mana mungkin seorang yang tidak bisa membaca dan menulis mampu menghasilkan karya sebegini hebat.

ok. berhenti kat situ sekejap.

ilmu, bahasa, dan ekonomi.
aku nampak nabi ajar kita guna tiga benda ni.
ya, nabi yang kita rasa lapuk itu. boleh ke guna taktik ni? boleh! mukjizat nabi itu diturunkan sesuai dengan kaumnya. dan kaum nabi Muhammad sehingga ke akhir zaman, tak gitu?

kehebatan nabi dalam berniaga patut dicontohi.
ilmu yang ditekankan di awal wahyu patut diteladani.
bahasa yang agung di dalam Quran patut kita dalami.

dengan semua tu, dan sifat2 mahmudah yang nabi ajarkan, insyaAllah dunia ini milik kita.

kita selalu dengar bahawa banyak gelodak2 revolusi zaman merdeka kerana adanya tulisan2 yang membangkitkan jiwa. oh ya, terlupa pulak. bahasa kan mukjizat Nabi.....=)

wassalam.

ps: kalau rajin, sila baca cerpen aku, cerita perjuangan, di sini.

kalau suka karya yang enak2 untuk dibaca, bacay nag kawan aku punya. di sini.

2 comments:

Norashikin Abdullah said...

oh ptut la..kat sini mkin kerap kes smun ragut.. smlm ade tnjuk prsaan brlku kt sini..
huh.. yeah ilmunya.. kata ustaz ekin, jgn dkutuk mesir tuh, pndg pda yg bgusnya..krna susahnya d sni, mka sbb itulah lahirnya nabi2 d sni..bumi ujian dugaan.. slmat stdy..:)

fikrahuddin said...

terima kasih...=)