Pages

Dec 3, 2010

entahlah.

salam satu agama.










debu2 bertiup seperti biasa. kasut putihku yang baru dicuci minggu lalu sudah tak seputih lalu. pagi ini rasa kosong. aku pun tak tahu kenapa langkahku ke universiti hari ini begitu awal. selalunya aku akan memilih teksi, sebab malas nak berjalan, malas nak berpeluh.

tapi hari ini lain. aku memilih untuk berjalan sahaja ke sana. hati menurut sahaja setiap tapak yang melangkah. angin pagi itu menusuk tulang2ku. jari jemariku kemas di dalam jeans biru lusuh, tanda sejuk yang aku hadapi ini sejuk lain macam. musim sejuk bakal menjengah.

seperti robot, kakiku melangkah tanpa disuruh. sementara itu, akalku jauh termenung, ingatkan apa, aku pun tak tahu. sementara itu, debu mesir terus menyerbu mukaku.




zagazig kota yang aman. sekurang2nya amanlah kalau nak dibandingkan dengan kaherah. pekan ini sangat sederhana, maka tidak hairanlah kalau ramai yang ke universiti berjalan kaki sahaja. kadang2 ada tahi keldai di atas jalan, biasalah. tahi2 itu kelak akan mengering dan menutupi jalan2 tar di sini. nah, itulah keistimewaan jalan di mesir! berlapis2 binaannya.


kelas hari ini kelas menarik. seperti biasa Dr Iman Ramadhan akan membawa tisunya yang sudah koyak rabak, dan dengan sedaya upaya cuba untuk memegang semua pen marker yang dibawa, mahu menunjukkan kaitan axillary artery dengan axillary nerve. gayanya itu aku kira comel. kelakar. tapi cukup membuatkan kami seisi kelas faham. faham sungguh2.

dan ketika Dr Iman keluar mahu mencari cadaver itulah, aku menyeluk saku seketika. bosan ditambah dengan penat menjamu ilmu2 tadi, aku membelek dompet. senyum terukir di bibir saat mata menangkap sesuatu. sesuatu yang sangat istimewa. ia (penggunaan ia adalah salah dalam tatabahasa) adalah pemberian sahabat2ku. tiba2 mulutku berlagu kecil. entah apa kaitannya lagu kotak hati nyanyian hujan dengan gambar Hafidz, yang kami panggil singer itu. wajahnya tampan, tegap dan.. tak! aku bukan gay, aku cuma bangga seseorang macam dia memanggil diriku bro. sungguh, aku anggap dia juga bro aku.

lain pula gambar kamal yang nipis itu. gambar itu ditangkap ketika dia mahu menjadi wakil sekolah. untuk acara apa aku tak ambil peduli pula. banyak sangat penyertaannya. nasyid, ragbi, bola, badminton, dan juga wakil sekolah dalam subjek2 kimia ataupun matematik, juga bio. yeke? entah, aku pun tak ingat. yang aku tahu, dia hampir mencecah sempurna. siapa tak mahu gambar di tanganku ini, kalau aku tunjuk kepada mereka yang bernama wanita. cuma manusia bernama kamal ini agak rendah, yang sering menjadi bahan aku untuk membuli kamal. tapi pendek dia ada hikmah tersendri. semacam ada pengumuman, semua di sekolah akan mengerti apa yang aku cakapkan ini.

tak ada lagu yang bermain di fikiran ketika melihat gambar kamal. keran terlalu banyak lagu2 untuk aku nyanyikan. mahukah dikira semua persembahan kami bersama di atas pentas, dengan lagu 'gemuruh' nyanyian FT, 'seri dewi malam' nyanyian syarfah aini, 'bersatu' nyanyian raihan, dan bermacam2 lagi lagu yang pernah sama2 kami nyanyikan di pentas al-Qadisiah itu. belum lagi dicampur lagu2 duet kami di dorm. maka yang ada dalam fikiran, bukan sekadar lagu, tapi juga kenangan kami.rasa dekat biarpun palestin memisahkan mesir dan jordan.


aku simpan gambar kamal ketika melihat wajah yang satu ini. aku suka melihat wajahnya dengan senyuman yang menghiasi wajahnya yang macho itu. dengan janggutnya yang kian panjang hari demi hari, dia memang terkenal dalam batch kami. sangat ceria, motivasi, cekal. aku jarang mendengar dia mengeluh, kecuali hal2 yang melibatkan orang lain. malahan aku yang merasa sungguh akrab dengan dia pun, jarang mendengar masalah peribadinya. padahal, masalahnya aku kira berat, dan aku juga sering mengeluh. malu aku pada insan kecil ini. ingat lagi aku ketika kami baring bersama di katil dia dan adli. berborak2 saat sir izzudin meronda2 di luar. aku kira itu pertama kali dorm exco dimarahi, kerana ada bunyi2 suara kami berborak dan ketawa kecil, sedang orang lain cuba tidur terketar2. zaid, zaid. aku doakan kau selmat dunia akhirat. hari ini dia menempuh hidup yang sangat sukar. dikelilingi realiti dunia yang alpa agama, aku doakan dia mengikut arus tapi tak sampai terjatuh gaung. biar arus itu membawa dia kepada kawan2 yang lain, supaya dapat diselamatkan.


rindunya aku pada mereka tak terluahkan. malah rasa itu lebih kuat dari keinginanku melayan zakhir yang sedang menyanyi menghibur afiqah dan 2 beradiknya di belakang itu.

kalau dulu, ah... cukup indah untuk aku kenangkan. biar sahajalah aku simpan dalam memori menemani ingatanku tentang komposisi plasma, vaccination dan yang sewaktu dengannya. yang aku tahu, aku tak pernah lupa mereka. dan bagaimana pula dengan aku? jauh merantau ke mesir. solat jemaah pun kadang tertinggal. tak pun sengaja ditinggalkan.

moga aku dan mereka selamat2 sahaja. biar kami bertemu semula dengan segenggam ijazah.

Dr Iman masuk dengan cadaver menemaninya. dan aku masih menemukan dua telapak tanganku, untuk menahan sejuk.


wassalam.

10 comments:

MiztER MURTphalanx! said...

Abrar skill penulisan semakin mengarah ke novelis!

fairuz.fairuz said...

ala abrar.tacingnye aku bace...nak nanges dh ni;(((

oi abrar.manede pentas qadisiah.pentas al aqsa la

Fiq said...

abrar mmg begitu. aku suda tangkap mee cintatn sama penulisan dia niehh ahaha

chill2..

ko teringat kngn lama ya abrar.. nicee..bro! ko tak berseorangan. n bro.. ye.. aku tahu ko bukan GAY! ahha

nemesis3891 said...

alamak! aku asyik lupe name dewan sekolah je! hahahaha...


murt macam penulis solusi. lagi gempakest!

pergh afiqah.. secare tak langsung blog ko pun mempengaruhi penulisan aku tau x... sukati je nak bodek2 aku..

tetibe doh.. aku teirngat mesia hari ni... pastu teringat lak taim aku tgk dompet kat kelas anat.. aku gabung2 jadik la macam ni...hehe..

peyuz, kalo ko nangis, kire dah cukup sedih la aku tulis ni. ko kan hati kering. erk, hati gila.

n memang aku x gay. kalo aku gay, aku dah beli dah baju2 kat komiah tuh. huhu

as matter of fact, aku bersendirian kat sini. kawan lama tak macam kawan baru. aku rasa ko pun paham.

kat sini tak ramai yang nak ajar aku kalau aku tak paham. aku ni mmg lambat paham. hai, sampai bile ko nak bermanja dengan orang... abrar abrar...

zayed said...

T_T...itu je yg mampu aku tulis(walaupon aku tulis benda ni gak)

aterification said...

pergh gambar ak pon ade,jadilahhh....
bngge gler dpt berada di blog sasterawan terulung mutakhir ini :)

nemesis3891 said...

bile mase aku sasterawan? kuang ajo aaa ater... zaid kate ko terer bm.. ko jgn nak poyo..aku la paling x terer kat skola... -__-"

Norashikin Abdullah said...

jauh kita hingga ke sini kerana kasih ibu dan ayah

nemesis3891 said...

=)

walaupun hari ini air matamu tiada yang tolong lapkan, ketahuilah, ada yang jauh di sana sentiasa memegang sapu tangan, menunggu kau pulang untuk dia usapkan sisa air mata itu.

hilmi said...

some people said, "school friends are our true friends". I really agree with this quote. :)