Pages

Nov 26, 2010

dia cinta aku.

salam.


mujur ada suara2 yang mengingatkan aku, siapa sang cinta aku.
mujur, aku ingat lagi.
mujur, aku tak lupa bagaimana dulu si dia aku puja hampir setiap masa.
aku juga puja dia sekarang, tanpa aku sedar aku sebut2 dia.

ya, aku begitu cintakan seni. dan bagi aku sastera juga seni. seni dalam bahasa.
jadi siapa cinta aku?

cinta aku adalah buku.
cinta aku adalah irama merdu.
cinta aku adalah bait2 bahasa indah dalam cerpen2ku.
cinta aku adalah semua itu.

dulu aku rasa, pergi aku ke mesir ini mengorbankan cinta. tak sebenarnya. dalam medic ini juga, aku rasa cinta itu. betapa seninya ciptaan tuhan. setiap lekuk dalam tubuh, ada relevannya. tak hebatkah?

apa kau rasa ketiak masam itu tiada guna?
atau bulu hidung yang keras berhingus?
atau rembesan peluh yang berbau itu?

maka aku rasakan dunia ini seni. lihat sahaja hasil karya tuhan. semuanya berseni. maka aku jumpa lagi cintaku di sini. di medan yang asing ini.

bezanya, seni ini terlalu tinggi. berbeza dengan seni manusia yang apabila aku kagum, cuba aku mengejarnya dan menirunya. tapi seni ini lain. hanya mampu dikagumi dan memuji2 siapa penciptanya. seni alam.


cinta memerlukan pengorbanan. ya, tapi bukan cinta itu yang kau korbankan. tapi dirimu. dan Allah bukan buta. Dia Maha Melihat apa yang dilakukan hambaNya. jika kau berkorban demi cinta, akan tuhan hadiahkan cinta kepada kau.

mujur, masih ada cinta untuk aku renungi di sini.
musik? bukanlah medan yang sesuai, kerana peluang tak banyak seperti malaysia.
menulis? mungkin..

tapi menulis tak semudah itu! apa kau baca pesan manusia itu tentang menulis dan guru tak rasmiku Faisal Tehrani? iaitu menulis itu harus ada mesejnya. biar pembaca terfikir dan tertanya2.

kerana itu, bijaklah orang tua2. menulis kerana menyindir. mahu yang lain sedar jangan ulangi bodoh yang lalu.

tapi hari ini berbeza. cerita2 yang dihambur semuanya indah fana semata.

apa  kau tak pernah dengar bahasa Faisal dalam novel2nya? dalam cerpen2nya? apa pernah kau buka blognya?

kata dia, dia menulis dengan mesej yang dalam. supaya pembaca berfikir sepanjang pembacaan. dalam masa yang sama, diselitkan jawapan atau pilihan, dan biarkan pada pembaca samada mahu terima atau jadikan bacaan itu sia2 belaka.

dan aku pegang apa yang dia kata.
menulis itu biar ada pengajaran. dan bukan angan2. jangan tambahkan lagi longgokan2 cerita2 cinta yang busuk itu. bosan mata aku membacanya.

dan atas dorongan kawan2, hari ini aku bagai terbuka semula minda, aku ini bagai melupakan cinta sendiri. dan akan aku luangkan lagi masa untuk cintaku macam dulu2.

kalau musik, mungkin aku pendamkan sampai jumpa duet terbaik sepanjang zamanku, kamal. baru rasa pentas itu ada seri bersama empunyaq suara yang faham citarasa aku. atau boleh aku katakan, sama citarasa. sama definisi musik dalam jiwa.


tapi kalau menulis, laptop sentiasa ada di telapak jariku.

tapi janganlah khuatir duhai cinta. kalau aku tak bersamamu, aku mungkin sedang membaca seni tuhan yang maha agung itu.

kepada kawan2, pujian2 dan dorongan kalian macam karya cinta aku itu hebat sangat. kalau betullah hebat, maka ia(salah tatabahasa) kerana aku lakukannya demi cinta.

maka lakukanlah sesuatu dengan cinta. baru hasilnya memuaskan kita.

dalam banyak2 cinta, jangan lupa cinta tuhan paling agung. harap2 segala yang kita cinta berpeluk pada cinta Allah.

salam cinta pukul 3 pagi.

7 comments:

yaya said...

eyeyyy!
itu gambar suamiku

nemesis3891 said...

pinjam ye...smart sangat..hehe

max'*bubble said...

maka lakukanlah sesuatu dengan cinta. baru hasilnya memuaskan kita.- go0d!

FT: faizal tahir + faisal tehrani= nice one !
me same too :))

nemesis3891 said...

elelele sibuk je tiru aku... haha.. FT rocks.. hahaha

melle. said...

aku berminat gambar FT je, haha

shasha said...

nice~~
sgt mbwt sy mlihat bhsa dr sudut berbeza..
(^,^)V

nemesis3891 said...

tengkiu..=)