Pages

Oct 9, 2010

untuk sape?

salam.

untungnya bergelar muslim.

untung kalau benar kita seorang muslim.
berdiri kerana Allah.
belajar kerana Allah.
bersahabat kerana Allah.

tak pernah ada kerugian dalam agama.
seperti dinyatakan jelas dalam surah Al-Asr, yang mafhumnya,
"demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal soleh, dan mereka yang berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran".

itulah sifat sempurna seorang dai'e. seorang dai'e yang sebenar bukan dilihat pada natijahnya. tapi pada usahanya. bagaimana dia menghadapi mad'unya. bagaimana dia bersabar dengan dugaan seorang dai'e di jalan Allah.
sungguh, berdakwah itu tidak disempitkan dalam aspek tertentu sahaja. sungguh, berdakwah itu bukan juga sesuatu yang mudah. maka Allah tidak menzalimi hambaNya dengan tidak mengambil kira natijahnya tapi usahanya.

dan itu menunjukkan betapa istimewanya kita.

apabila kita belajar kerana Allah, kalau fail pun, dapat pahala kerana kita bukan belajar untuk lulus, tapi untuk Allah.

maka jangan tersilap!
apabila kita gagal sesuatu, janganlah terlalu kecewa.
kerana dunia bukan tujuan kita.
tapi semuanya kerana Allah semata.

tu je.
wassalam.

1 comment:

Saya said...

bisikan bijaksana likes this...

doakan agar diberi kekuatan menjalankan gerak kerja dakwah....