Pages

Dec 3, 2011

ehwei

salam satu agama.

rasa seperti mahu larikan diri.
rasa tersepit diantara maya dan realiti.

bila mahu menulis, orang mengkritik. mana positifnya, mana negatifnya. kadang mereka yang mengenali kita akan menilai tulisan kita itu baesd on ou behaviour.
kalau buruk perangai, bila bagi nasihat, orang kata hipokrit.
kalau baik di mata, buruk tulisannya, dibilang alim-alim kucing.

susah sekali untuk kita menolak dahulu perangainya sebelum kita nilai nasihat seseorang, adakah benar pahit atau salah keji. minda lebih bahagia memilih untuk menolak nasihat andainya mereka yang memberi itu kita anggap picisan.

itu memang manusia. tidaklah aku mahu menyalahkan, sebab aku pun macam tu.

kerana itu, hati serasa mahu lari. lari dari tersepit ini. biar tiada yang mengenali identiti diri, lantas mereka menilai sendiri, adakah tulisan itu benar ataupun tidak. mungkin dengan cara itu mereka lebih terbuka menerima kritikan. menerima realiti.

sekarang aku faham kenapa ramai blogger yang dahsyat isinya tidak mahu dikenal di dunia ramai. biarpun ribuan yang membaca, mereka lebih selesa sirna dari mata masyarakat. walhal isi penulisan mereka menggegarkan jiwa, menyuap realiti dunia sebenar.

macam mana dengan blog ni? entahlah. kalau ada tulisan baru nanti, adalah. khas untuk kalian yang mengenali saya.
tapi kerajinan menulis ni akan dibahagikan lagi dan lagi. kepada fikrahislam yang sudah menjadi tanggungjawab, pseudosains yang entah bila nak datang idea, juga blog baru yang sedang dibikin.

ya, blog baru lagi. aku memang suka buat blog banyak-banyak lepas tu menyemak kat dashboard. heh. diri kurang rasa istiqamah kot.


awek sapa la tido tengah jalan nih.

away.

wassalam.

6 comments:

Aisyah Sophia. said...

hiraukan mereka.teruskan menulis. aku baca.

amalina hanifah said...

ehwei tu perkataan arab ke? ^__^
kalau terkesan dengan cakap-cakap busuk manusia, mungkin ada sesuatu yg kita perlu betulkan dalam diri kita.x gitu? :)
jom lari dari manusia. cewahh

nemesis3891 said...

ehwei tu away la amot. bahasa aku. haha

liyanakhalisa ♥ said...

teruskan menulis. aku support :)

amalina hanifah said...

ceh. aku mati-mati ingat perkataan arab~

nemesis3891 said...

wuuu sabah sapot aku jadik bersemangatlah macam ni bha!