Pages

Nov 22, 2010

sangat berunsur serius dan bosan.

salam.

adekah aku akan menulis sesuatu yang sirius kali ni? hu noes, hu cares? kadang2 sirius itu bagus kot...


politik.

kat mane2 pun ade politik.

baik di tempat kerja, di sekolah, di universiti, malah di dalam keluarga. politik ni sistem dalam kehidupan kita. aku bukan nak bercerita pasal PAS dan UMNO walaupun, walaupun ape ye? tapi tak minatlah nak cerita tu sekarang...


aku dah pernah lalui dan rasai macam2 jenis politik. kesan baik dan buruk. kadang2, ataupun selalu, aku memang nampak macam gila pangkat. ke, aku memang gila pangkat? lantaklah apa orang nak kata. bila aku nampak sesuatu yang bermasalah, tapi takde yang nak buat, memang aku rase geram and rase nak incharge je. bukan nak nama! tapi aku nak perubahan.

aku bukan sedang memuji diri sendiri.

tapi apa yang nak aku sampaikan, berapa ramai sangat orang yang berjawatan, tahu kenapa dia ada di situ? memiliki jawatan itu?

dah terlalu byk pengalaman pahit politik yang aku dan kawan2 dah rasa.

politik sekolah. politik sekolah? ya, takde kaitan dengan pelajar2. hanya cikgu2. tapi keputusan mereka, tindakan mereka kadang2 melibatkan pelajar. kadang sebahagian mereka merasakan mereka ada cukup kuasa untuk melakukan apa sahaja tanpa mengira perasaan orang lain.

oh, mereka cikgu, harus dihormati.

wah, point yang cukup besar. benar mereka cikgu. tapi mereka bukan dihormati(entah2 dibenci), malah ditakuti. samalah sahaja dengan pemimpin negara yang zalim, tapi kita tak mampu berbuat apa2.

kadang2 ada orang berfikir, kenapa perlu berfikir2 hal2 ini? aku tak minat politik, aku tak minat kepimpinan2 ni.. ni untuk orang yang gila pangkat je.

ada orang suka ambil tak endah apa yang berlaku dalam masyarakat. dan biar sistem yang salah berakar umbi.

sahabat2,

pimpin dan politik itu seiring. dan ingat tak, kita adalah pemimpin, sekurang2nya kita memimpin diri kita, mendisiplinkan dan merancang diri kita.

dan lagi, kita jugaklah generasi akan datang. pemimpin akan datang. habis kalau semua ambil tak endah, maka macam mana nak bina satu negara yang adil dan berkebajikan? siapa yang nak dukung pemikiran politik islami? atau kita nak biarkan berkubur sahaja dalam akal nurani??

sahabat2,


hari ni aku nak ajak kita semua serius, sekejap sahaja. memang aku jarang letak entri2 yang serius ni, tapi kali ni, cuba kita fikir dalam, renung dalam2.

apa tujuan kita hidup di dunia?
beribadah kan?

"kamu adalah umat terbaik, keluar kepada manusia utk mengajak melakukan kebaikan dan menegah mereka melakukan kemungkaran,dan kamu beriman..."

cukuplah kita ambil ayat yang ringkas ini untuk muhasabah diri.

bagaimana mahu jadi umat terbaik?
ajak buat baik, larang buat jahat.
beriman.

ramai antara kita mungkin telah beriman, tapi bagaimana pula dengan amar m'ruf nahi munkar? berapa ramai daripada kita cuba sehabis daya dalam hidupnya mendukung syariat? sedangkan berdakwah itu fardhu ke atas kita?

tak kawan2, kita tak berdakwah..kita hanya praktis seorang sahaja! sedang orang lain kita lihat dan biar sahaja terus dalam arah yang salah.

sahabat, di sinilah peranan politik yang sebenar. membina satu kepemimpinan, dan suatu sistem yang teratur, untuk masyarakat. kalau mereka tersalah, kita tegur. kalau kita salah, mereka tegur.

politik itu sebenarnya sistem yang jujur dan cantik. macam yang diajar nabi. tiada caci maki, tiada tuduh menuduh bahkan tiada juga saling menjatuhkan orang lain. apatah lagi orang itu satu matlamat dengan kita. itu bukan politik. itu mereka2 yang rosak yang mendukung politik.

apa point sebenarnya ni? tak dapat ye? biaselah kalau menaip mase belum mandi ni, otak bercelaru sikit. hehe.

the point is, kita. jangan lupa tentang tanggungjwab kita. aku teringat satu cerita, bila Fathi Yakan(kalau tak silap) diajak masuk arena politik Ikhwan, dia mengatakan dia tak berminat dengan politik. tapi akhirnya dia terlibat juga kerana menyedari hanya dengan politik kita mampu membina negara Islam. siapa lagi yang mahu mendukung pemikiran ini, kan?

sahabat2, aku x suruh kite semua masuk politik sekarang. lagi2 kat mesir ni, habis kang kena tangkap, tapi, aku nak ajak tengok sekeliling, politik di sekeliling kita, bagaimana ia berjalan, kalau ada yang tak betul, maka kitalah yang bertanggungjawab. kenapa? kita kan termasuk dalam sistem. so janganlah melarikan diri dari tanggungjawab.

biar di mana pun kita, pastikan politik di atmosfera kita bercirikan Islam.


serius dan membosankan. entri ini untuk difikirkan2 bersama biar jelas tujuan hidup kita.

wassalam.

2 comments:

muadzmuhammad said...

i love u abrar.
fathi yakan dan sayid qutub...

nemesis3891 said...

ha? amenda muadz? aku tak mengerti....

aku syang ko gak..haha